Saturday, September 29, 2007

Kalimah itu...

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Sebuah sajak sebelum ku terlena...


Kalimah itu,
Pelengkap sebuah kalam,
Penghurai sebuah gambaran
Menyimpan 1001 maksud di sebaliknya

Kalimah itu,
Masih ku tercari-cari
Adakah mampu untuk ku lafazkan setelah ku temui?
Atau kelak hanya terbuku di hati?

Kalimah itu,
Bermaknakah di sisi Ilahi?
Atau hanya sebuah igauan mimpi
Yang mengganggu tidurku di malam hari?

Mencari-cari dalam kesibukan yang mengelilingi
Menyedarkan aku dari fantasi
Mengetahui,
Kalam itu, tiada sempurna, selagi kalimah itu,
Tidak ku temui...

At-Taubah : 40


-Syphoon-
Irbid, Jordan
2336, 17 Ramadhan 1428

17 comments:

Anonymous said...

salam. wah! sedapnye sajak ni. ciptaan sendiri ke? apekah 'kalimah' tu ye?? *blur* ;)

mataku (B.i.B) said...

salam..smoga kalimah y dicari itu ialah kalimatullah y kmbali diletakkan di mercu y paling tinggi..

syphoon said...

@ apis pojie

yup, ciptaan sendiri...

siapa tahu, apakah kalimah itu, bergantung kpd org yg membaca, bagaimana mereka mentafsirkan kalimah itu

@ mataku

insyaAllah...

tapi sajak ni pun ade maksud lain...yg hanya diketahui oleh penulisnya...

tapi ttp berbalik kpd org yg bace sajak ni..camne nak amik maksud kalimah tu...

Anonymous said...

kalimah itu ialah kalimah "i love you"! wahahaha

(mesti syapik ali delete komen ni)

syphoon said...

@pudin

assumption yg salah...

Anonymous said...

Haha. Pudin2. Meh aku bagi jawapan salah yang lain plak.

Kalimah tu, "Aku terima nikahnya.......binti ..... dengan ........ tunai."

Hehe.

syphoon said...

apsal la byk2 entry, entry ni gak korang nak komen? dah tu dok mengarut plak tuh...

haiz...

Syafique said...

askum... hye..sy penggemar blog, bleh berkenalan? http://syafiqueasma.blogspot.com/

Anonymous said...

oh maaf ye encik syafique. ni bukan blog untuk berkenal-kenalan. nak berkenal-kenalan pergilah ke www.berkenalan.com. harap maklum.

syphoon said...

@syafique

1st time dgr penggemar blog...

@pudin

Berakhlaklah sesama manusia dengan akhlak yang baik (tinggi) : Hadith 18, Matan 40

Anonymous said...

sebuah sajak dan status yang penuh tanda tanya..

satu sajak yang baik..mempunyai pelbagai elemen yang akan membuat pembaca tertanya2 apakah kalimah itu..

Anonymous said...

wah..ramei lk org komen dlm post kali ni..haha..

diorg ni mmg suke komen bnda yg byk tnda tny nih..

ni td bru dapat forward PM dr sorg sahabat..saje nk post kt sini :
"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan.Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

hurm..best sajak..:)

hehe..apekah kata2 tu ye (garuk2 kepale x gatal)

syphoon said...

actually, this poem i made it last Ramadhan. Check the date, its on Ramadhan 1428.

Time tu ada peristiwa sket, so terciptalah satu sajak ni...

Anonymous said...

oh i seeee...

peristiwe apekah??
ni bedtime poem..so, apekate wat bedtime story lak.hehee

syphoon said...

bedtime story adalah tidur...

cik santun said...

hmm kalimah itu...

Anonymous said...

apee la kalimah tu yekk???
susah btul nk pk bg org yg x berseni mcm saye~ heheh