Saturday, July 28, 2007

Runsing....

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu... Selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Fikiranku agak kusut sedikit minggu ini. Entah mengapa. Sering termenung kosong, terfikir sesuatu yang tidak patut aku fikirkan, sedangkan tugasan & komitmenku masih beratur menunggu untuk dilaksanakan. Khamis lalu, aku ke Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) di Suwaifiyah. Sepanjang perjalananku ke sana, fikiranku melayang entah ke mana. Hilang bersama angin. Aku hilang fokus.

Termenung : Berlatarbelakangkan Padang Arafah

Berfikir panjang untuk sesuatu? Mungkin....

Berfikir mengenai seseorang? Mungkin....

Rindu? Barangkali...

Tapi pada siapa? Masih mencari-mencari...

Runsing... Gundah-gulana... Risau?

Tidak dapat aku gambarkan perasaan aku ketika ini...

Perbualan dengan seorang ustaz tempoh hari memberikan satu kesan yang cukup mengganggu aku sehingga kini...Menjadikan aku tidak boleh untuk tidak memikirkan perkara tersebut...

Dan ia mengingatkan aku kepada salah satu peristiwa dalam hidupku...
_________________________________________________________________


Minggu ini antara minggu yang meletihkan bagi aku. Ahad & Isnin lalu aku demam, demam dek kerana keletihan menguruskan majlis pada hari Sabtu yang lalu. Namun demam yang aku alami kali ini agak istimewa bagiku, kerana peristiwa ini mengingatkan aku kenangan aku di Haramain.

Roommate ku di Madinah, Aiman Majdi

Ketika berada di Madinah, aku demam panas. Aku ingat lagi, hari pertama di Madinah, ketika hendak menuju ke restoren Indonesia di sana, darah meleleh keluar dari hidungku tanpa aku sedari. 5 kali aku hidungku berdarah sepanjang 3 hari berada di Madinah.

Aku menelan 2 biji Paracetamol untuk keluar dari bilik menuju ke Masjid An-Nabawi. Jika tidak memang aku tidak larat untuk bangun keluar, ditambah dengan cuaca panas di Madinah, sehinggakan bahang siang hari masih terasa meskipun sudah tengah malam.

Terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan kepada sahabatku Aiman Majdi yang sudi mengambil berat tentangku sepanjang berada di bumi Madinah...

Setiap waktu aku menangis di dalam hati...

"Andai ini merupakan kifarah dari-Mu Ya Allah, aku redha..."

Demam aku tidak kebah sehingga hari terakhir berada di Madinah. Aku menangis sendirian, kerana aku takut Allah timpakan kesakitan tersebut kerana Dia tidak membenarkan aku memasuki rumah-Nya Baitullah a-Haram. Tidak dapat aku gambarkan perasaan takut aku ketika itu. Mungkin aku ketika itu seperti anak kecil yang pulang dengan baju yang kotor ke rumah, takut untuk berdepan dengan ibunya.

Perjalanan melebihi 24 jam : Irbid-Madinah

Malam apabila sampai di Makkah, aku menangis dalam diam, kerana aku merasakan betapa Allah itu Maha Pengasih. Kasih sayang-Nya yang begitu tinggi, membenarkan hamba-hamba-Nya yang ingin kembali kepada-Nya, untuk memasuki rumah-Nya. Tidak dapat aku gambarkan perasaanku tatkala aku memandang Kaabah di hadapan mataku. Tangisan kesyukuran terburai daripada mataku, tidak dapat dibendung.

Ya, tidak semua orang akan merasakan seperti ini. Aku demam panas ketika berada di Madinah & pada masa itu, aku berasa sangat takut, takut dek kerana dosa-dosa ku yang selama ini aku lakukan. Aku takut demam ku itu merupakan penghalang yang Allah hantar kerana Dia tidak membenarkan aku masuk ke rumah-Nya. Pernahkah anda berasa sedemikian rupa? Dan aku merasakan betapa Allah itu Maha Pengasih & Penyayang, ibarat seorang ibu yang tidak kisah akan keadaan anaknya itu yang pulang dengan baju yang kotor, asalkan anaknya itu pulang kepadannya sudah memadai. Begitu juga yang aku rasa, meskipun aku bertandang tanpa diundang, dengan seribu satu dosa, namun Allah itu Maha Pengampun, bagi hamba-hamba yang pergi mencari-Nya.

Sekitar Kaabah di tengah malam

Demamku kebah pada hari kedua aku berada di Makkah. Sepanjang aku berada di Makkah, aku suka duduk di hadapan Kaabah. Bagiku, Kaabah merupakan satu pemandangan yang cukup menyejukkan mata. Keadaan di Masjid Al-Haram merupakan keadaan paling tenang pernah aku kecapi meskipun jutaan Muslim berada di dalam masjid tersebut.

Aku rindu pada pemandangan tersebut... juga rindu pada ketenangan tersebut...

Kenangan umrah & ziarah ini, tidak akan aku lupakan sepanjang hidupku...

Matahari terbit di Makkah

Biarlah kehadiran matahari daripada journeyku kali ini, terus menyinari setiap langkah aku di jalan-jalan & persimpangan kehidupan, agar diri ini, tidak lagi terjatuh ke dalam lubang maksiat, dek kerana kegelapan yang menyelubungi...

Terima kasih Ya Allah...Terima kasih....


-Syphoon-
Irbid, Jordan
0301, 13 Rejab 1428

Wednesday, July 25, 2007

Khas buat pelajar tajaan JPA di Jordan

Salam...

Ditujukan khas buat semua pelajar tajaan JPA yang berada di Jordan.

Merujuk kepada pekeliling terakhir yang diedarkan oleh JPA berkenaan PERINGATAN UNTUK MENGEMUKAKAN KEPUTUSAN KEPADA PENAJA.

Keputusan yang perlu dikemukakan kepada JPA adalah keputusan SETIAP
SEMESTER (penjelasan daripada Jabatan Penuntut Malaysia Amman (JPM)) & keputusan tahunan yang dihantar adalah kepada Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) & setiap submission HENDAKLAH melalui Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) bagi memudahkan pengurusan.

Sekiranya keputusan tersebut tidak sampai kepada pihak JPA, elaun sara hidup yang seterusnya akan ditahan.

Justeru, pihak Majlis Mahasiswa JUST (MMJ) mengambil inisiatif untuk membantu memudahkan pengurusan dalam hal ini.

Keputusan yang mesti diserahkan kali ini adalah keputusan semester 1 & 2 bagi tahun pengajian 2006/2007. Keputusan-keputusan tersebut bolehlah diserahkan kepada wakil-wakil MMJ berikut :

Siswa tahun 1 : Saudara Izzat Borhanuddin
Siswi tahun 1 : Saudari Siti Natasha Yazid
Siswa tahun 2 : Saudara Syamil Salmi
Siswi tahun 2 : Saudari Nur Basyirah Abdurahman

Selain tahun tersebut di atas
Siswa : Saudara Syafiq Ali
Siswi : Saudari Maryam Suhaimi

Sekiranya anda memilih untuk menghantar secara persendirian, urusan tersebut bolehlah terus kepada pihak Jabatan Penuntut Malaysia & bukan secara terus kepada pihak JPA. Pihak MMJ tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa yang berlaku sekiranya anda memilih untuk menghantar secara persendirian.

Tarikh akhir bagi menghantar slip keputusan adalah pada 30 JULAI 2007.

Anda bolehlah pergi ke bahagian musajjil tibb & meminta untuk membuat 'Kasyfu 3alamah ghaira asli (tidak akan dikenakan sebarang bayaran).

Pihak MMJ mengharapkan kerjasama yang jitu daripada seluruh pelajar-pelajar tajaan JPA bagi memudahkan pengurusan & mengelakkan elaun akan datang (bulan 8, 9, 10) ini ditahan.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah diajukan secara terus kepada saya (id YM: ibn_shibramulisi , hp: 0777984552 )

Selamat memberikan kerjasama....

Salam...

(semakan kemasukan elaun bolehlah dilakukan di sini dengan mengisi no. kad pengenalan anda di dalam kotak di ruangan Elaun Sara Hidup & kemudian memilih option Ogos, September & Oktober di bahagian tengah page tersebut)

Saturday, July 21, 2007

Bagaimana Aku?

Bismillah....


Dayus....


Dayuskah aku?

Anda?


Ya Allah..
Aku berlindung pada-Mu dari segala bentuk kemaksiatan....

Amiiin...

-Syphoon-
Irbid, Jordan
0820, 7 Rejab 1428

Wednesday, July 11, 2007

Semalam....

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Semalam...

Aku sampai di Irbid sekitar jam 11.00 malam. Selesai menolong Abg Ismat mengangkat kotak kargonya, aku kembali ke Sakan Sakran. Tiba-tiba Abg Rahmat mengajak ku ke Bayt Mall, kerana berlaku kecurian. Aku sangkakan hanya kes pecah masuk ketika tiada orang di rumah, rupanya tidak. Kali ini merupakan kes rompakan, 5 orang sahabat diikat & dipukul teruk.

Aku pulang ke rumah 10 minit sebelum azan subuh bersama-sama Zaid, menantikan bahagian forensik Pasukan Polis Jordan (pertama kali datang ke kes Maliziyyin, mungkin kerana Pegawai JPMJ ada kot...)

Takziah aku ucapkan buat sahabat-sahabatku, yang masih trauma akibat daripada kes ini. Semoga Allah memberi kekuatan untuk terus berdiri di atas bumi-Nya ini.

Namun disitu, pasti ada sesuatu yang ingin Allah SWT tunjukkan pada kita. Aku teringat akan satu tulisan Abu Saif bertajuk 'Pilih Yang Mana Satu'. Bagaimana kita menjustifikasikan sesuatu musibah itu. Adakah hanya musibah semata-mata, ataupun kita menganggap musibah tersebut merupakan satu teguran daripada Allah kepada kita semua walaupun tidak terkena musibah tersebut?

Dalam keadaan diri yang kian alpa, semakin jarak daripada Pencipta, semakin terlupa pada sunnah yang tercinta SAW, ribuan kesyukuran aku panjatkan kepada-Nya kerana sudi menegur terlebih dahulu, daripada ditimpakan dengan musibah yang lebih besar.

Sebenarnya, Rasulullah SAW telahpun memberikan penyelesaian kepada hal seperti yang berlaku dalam kes ini.

877 وعن جابر رضي الله عنه قال : أتَيتُ النبي صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم فَدَقَقْتُ الباب فقال : « من هذا ؟ » فقلت ، أنا ، فقال : « أنا أنا ؟ » كأنهُ كَرهَهَا ، متفق عليه .

877. Jabir (May Allah be pleased with him) reported: I went to the Prophet (PBUH) and knocked at the door (to seek permission). He asked, "Who is there?'' I said: "I''. He repeated, '' I, I?!'' as if he disliked it.
[Al-Bukhari and Muslim].

Commentary: At the doorstep, the visitor should disclose his identity to the host. Secondly, to knock at the door or to ring the door-bell is tantamount to seeking permission to enter the house. When the host comes out, the visitor should first offer him As-Salam. (Hadith ke-877, Riyadhus Solihin)

Dan hadith-hadith sebelum hadith ini juga turut menyentuh berkenaan 'Seeking Permission to Enter by Telling One's Name'

Apabila kita pergi ke rumah sahabat-sahabat yang lain, kita sering menggunakan loceng, mengetuk pintu & memberi salam. Tapi apabila orang di dalam bertanya "Siapa?" Kita membalas "Aku la..." , "Ana...", "Saya.." Hadith di atas menunjukkan yang Nabi SAW tidak menyukai perlakuan sebegini. Jadi harapnya selepas ini tiada lagi berlaku insiden seperti ini, tatkala orang di dalam bertanyakan siapa, jawablah dengan nama kita. InsyaAllah dengan kita mengamalkan hadith ini, akan ada sesuatu yang lebih istimewa di samping terjaga keselamatan kita sendiri.

Ramai sahabat-sahabat yang pergi menziarahi sahabat-sahabat yang menjadi mangsa. Tak kurang yang mengecam & mengutuk. Cuma sebagai peringatan, biarlah kita yang sedar ini tidak melampau juga. Biarlah mereka yang merompak itu bersikap melampaui batasan, tidak perlu kita juga melampaui batasan. Melampaui batasan dalam percakapan, dalam pertuturan. Tatkala kita mengecam & mengutuk, jagalah adab-adab & larangan yang ditetapkan oleh-Nya. Jangan kita pun sampai dapat saham dosa, dek kerana golongan-golongan ini.....

Apa pun, langkah-langkah keselamatan mestilah diperketatkan kembali & saling mengingati sahabat-sahabat lain. Andai kepada ikhwah boleh berlaku sebegini rupa, tidak mustahil akan berlaku kepada akhawat & vice versa. Ambillah langkah berjaga-jaga, kurangkan keluar malam, tidak kira ikhwah & akhawat & elakkan berada di rumah bersendirian.


Ya Allah,
Kami memohon perlindungan-Mu daripada segala musibah,
& kami juga memohon agar diberikan hidayah...

Amiin....

-Syphoon-
Irbid, Jordan
1103, 26 Jumada Al-Akhir 1428

Friday, July 06, 2007

Kembalilah....

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Pagi tadi, aku mendengar rakaman kuliah yang disampaikan oleh Abu Saif & aku kira rakaman itu sudah agak lama, kerana aku memuat turun rakaman tersebut setahun yang lalu & aku mendengar buat kali ke-2. Kuliah bertajuk Rasulullah, yang menceritakan keadaan baginda di ambang kewafatan baginda SAW.

Aku teringat satu peristiwa, selepas Rasul SAW wafat, yang mana Umar Al-Khattab R.A memarahi sesiapa sahaja yang mengatakan Rasul SAW telah wafat. Lalu Abu Bakar As-Siddiq R.A naik ke mimbar, dan berkata :

"Sesiapa yang menyembah Muhammad, ketahuilah bahawa Muhammad telah wafat, dan sesiapa yang menyembah Allah SWT, maka Dia itu hidup & tidak akan mati."

Lalu Abu Bakar R.A membacakan ayat 144 dari Surah Ali-'Imran. (sila rujuk sendiri)

Umar Al-Khattab R.A berkata:

"Demi Allah, aku tidak pernah mendengar Abu Bakar membacakan ayat ini sedemikian rupa, seolah-olah aku tidak pernah mendengarnya. Apabila aku mendengar Abu Bakar membaca ayat itu, tahulah aku bahawa berita kewafatan nabi itu adalah benar, lalu aku jatuh tersepuk di atas tanah, kakiku tidak berdaya untuk berdiri."

Peristiwa ini merupakan satu peristiwa penting, yang mana Aisyah R.A mengatakan kata-kata Abu Bakar R.A & Umar R.A itu telah membantu 2 perkara,

1- Memberikan ancaman & amaran kepada golongan munafiqin, bahawa para sahabat tetap konsisten di atas Islam walaupun Rasul SAW telah tiada

2- Untuk menyedarkan para sahabat supaya bersatu hati & fikiran, untuk meneruskan kehidupan selepas kewafatan Rasul SAW.

Rasul SAW, merupakan seorang pemimpin yang agung, tiada tolok banding di dalam dunia ini. Para sahabat R.A pada awalnya tidak dapat menerima berita kewafatan baginda SAW. Tapi kerana keteguhan iman di hati, mereka terus berada dalam jalan-Nya.

__________________________________________________________________

Di tempatku kini, para senior bakal meninggal komuniti di sini & boleh dikatakan sukar untuk mencari ganti untuk mereka, walaupun pepatah Melayu mengatakan "patah tumbuh, hilang berganti", namun ianya tetap tidak sama.

Sesetengah merungut,

"Sape la bleh ganti senior kita ni? Pening aku, ape la nak jadi tahun depan.."
"Tahun depan dah la lagi ramai yg dtg, takda dah org yg mcm senior2 kita nih"

"Eh, dia ni boleh ke ? Aku tak yakin la dengan dia ni..."


Hal ini aku kira tidak hanya berlaku di tempatku, malahan dalam pelbagai organisasi, tidak kira besar atau kecil.

Para sahabat R.A, kehilangan seorang pemimpin terulung, Nabi Muhammad SAW. Andai tiada ikatan ketaqwaan antara mereka, sudah pasti mereka sudah berpecah belah, membawa haluan masing-masing. Mereka tetap bersatu hati, kerana dasar mereka adalah Allah SWT. Andai mereka tidak mahu menerima pemimpin lain selain Nabi SAW, dapatkah mereka bersatu hati & fikiran?

Apakah yang akan terjadi kepada umat Islam di kala itu sekiranya mereka tidak mahu menerima Abu Bakar As-Sidiq R.A sebagai pengganti Rasul SAW?

Mereka yang senior akan pulang, meneruskan perjuangan di tempat yang berlainan, bagaimana kita pula? Adakah dengan rungutan-rungutan sedemikian rupa dapat kita satukan hati-hati & fikiran-fikiran kita?
Ikatlah hati-hati kita dengan simpulan iman....

Bagi aku, walau siapa pun pemimpin kita, andai kita letakkan iman & taqwa sebagai tapak untuk kita sama-sama berpijak, insyaAllah satu ikatan yang tidak dapat dirungkai akan terbina.

Kepimpinan bukan sahaja kebolehan untuk memimpin, bahkan kebolehan untuk dipimpin Nabi SAW seorang pemimpin, & baginda juga mendapat pimpinan daripada Allah SWT. Andai kita seorang pemimpin, bersikap adil & telus dalam menjalankan amanah, jika kita seorang yang dipimpin, maka taatlah, kongsilah ilmu & pengalaman kita bagi memantapkan organisasi serta tegurlah pemimpin andai mereka berbuat salah dengan cara yang sebaiknya.

Aku menyeru kepada para sahabatku di luar, andai siapa sahaja yang naik sebagai pemimpin kita selepas ini, berilah sepenuh komitmen kepada mereka, dengan menjadikan iman & taqwa sebagai dasar.

Dan aku harap tidak akan berlaku lagi, yang mana sekiranya orang yang kita harapkan untuk memimpin kita itu tidak naik, kita tidak mahu mengikut orang yang selain itu. Kembalilah, kembalilah, kembalikanlah dasar kita kepada IMAN & TAQWA.....


Ya Allah,
Satukanlah hati-hati kami, bersama-sama memikul beban dakwah-Mu....
Amiin...

-Syphoon-
Irbid, Jordan
0234, 21 Jamadil Akhir 1428

-Lagu ini aku dedikasikan kepada para seniorku, & kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali ku, tidak kira di mana jua... (Westlife : Season in the Sun)

Monday, July 02, 2007

I-MAD

Bismillah...

Tahniah kepada pemenang-pemenang pertandingan mereka wallpaper sempena Islamic Modern Art Day (iMAD) anjuran Jawatankuasa Kerja Kebajikan & Penerbitan (JKK K&P), PERMAI

Johan : Hetty Ayuni bt Sulaiman


1st runner-up : Khairul Anwar bin Ibrahim


2nd Runner-up : Muhammad Nazirul bin Md Yusoff



Tahniah diucapkan sekali lagi kepada para pemenang...


-Syphoon-
Irbid, Jordan
17 Jamadil Akhir 1428, 0407

Sunday, July 01, 2007

Makin tua, makin berguna..

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat yang tercinta SAW...

2 perkara :

1) Buah kelapa


Buah kelapa semakin tua, semakin banyak kegunaannya. Buah kelapa muda hanya boleh diminum airnya & dimakan isinya. Tapi sabut & tempurung tidak boleh digunakan melainkan telah kering.

Tapi fungsi buah kelapa ini bertambah apabila tua. Isinya boleh diparut, kemudian diperah untuk santan, menambahkan kelazatan dalam masakan. Sabut & tempurung boleh dijadikan bahan api. hampir 95% bahagian daripada buah kelapa tua boleh digunakan berbanding buah kelapa muda.



Semakin tua kelapa, semakin banyak fungsi buah kelapa tersebut.


2) Telefon bimbit

Berlainan dengan buah kelapa, telefon bimbit adalah sebaliknya. Semakin baru jenis keluaran telefon bimbit itu, semakin banyak fungsinya.

Telefon bimbit yang pernah aku gunakan pada era awal komunikasi adalah Nokia model 3210. Tiada fungsi istimewa, hanya boleh menghubungi & ber'mesej'an. Mesej pun hanya 60 patah perkataan, tidak seperti sekarang, 160 patah perkataan.

Kini, jika kita lihat telefon-telefon bimbit di pasaran punyai 1001 fungsi tersendiri, dengan MP3 Player, Camera Digital, Software yang pelbagai dan sebagainya.

Semakin lama jenis telefon bimbit tersebut, semakin sedikit fungsi telefon bimbit tersebut.

Generasi kini juga terdapat 2 jenis, 1 seperti buah kelapa & 1 lagi seperti telefon bimbit.

Buah kelapa & telefon bimbit, kedua-dua ini berfungsi pada manusia. Bukan kepada diri sendiri sahaja.

Begitu juga kita, dengan umur yang semakin bertambah, adakah kita menjadi seorang yang berguna kepada orang lain? Ataupun semakin bertambah umur kita, semakin kurang perkara yang boleh kita sumbangkan kepada masyarakat?

Tepuk dada, tanya iman. Andai anda seorang manusia telefon bimbit, buatlah R&D, masuklah kembali ke kilang tarbiyah untuk renovation. Jadilah seorang yang baru, yang punyai 1001 fungsi kepada masyarakat.

Andai anda seorang manusia buah kelapa, pastikan setiap apa yang ada ada, pengalaman, kemahiran & sebagainya, digunakan secara optima & tidak dibiarkan menjadi busuk, yang akhirnya dicampak ke dalam parit.

Wallahua3lam...

Ya Allah,
Jadikanlah aku seorang yang berguna kepada agama-Mu...
Amiin...

-Syphoon-
Irbid, Jordan
16 Jamadil Akhir 1428, 1157

Haramain

Bismillah....
Alhamdulillah...Segala puja & puji buat-Mu... Selawat & salam buat junjungan tercinta SAW.

Ah..Lama benar diri ini tidak menjengah ke sini, mencoret sepatah dua kata.

Pulangnya aku dari Haramain, kesibukan yang ada menyebabkan aku tidak cukup tangan. Namun, ziarah aku ke sana merupakan satu refreshment buat diri yang alpa ditelan arus duniawi.

Selepas Subuh di hadapan Masjid An-Nabawi

Diambil dari hadapan Bab Al-Fath

Tiada tempat yang pernah aku pergi selama 20 tahun aku hidup ini punyai ketenangan sepertimana yang aku kecapi tatkala berada di rumah-Nya ini.... Alhamdulillah, Dialah yang memberikan ketenangan dalam hati hamba-hamba-Nya yang mukmin... (Al-Fath,48:4)

Seribu satu kenangan yang indah & bermakna akan terus kekal dalam sanubariku, & InsyaAllah jika diberi peluang, aku ingin ke sana sekali lagi....

Wallahua3lam...

Terima kasih Ya Allah kerana membenarkan ku menziarahi masjid-Mu...