Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu Ya Allah... Selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Jawapan, memerlukan persoalan.
Jawapan memerlukan masa.
Semasa kita menjawab peperiksaan, tidak semestinya kita menjawab mengikut turutan. Kemungkinan soalan pertama itu susah, lalu kita
skip, dan sedang kita menjawab soalan ke-37, baru kita teringat atau teringat akan hubungkait soalan tersebut dengan soalan pertama tadi.
Tidak semestinya soalan pertama itu dijawab pada minit pertama. Boleh jadi idea itu datang tatkala kita sedang kelam-kabut melihat pengawas peperiksaan mengutip kertas jawapan.
Ada persoalan yang mudah, ada yang susah. Namun kedua-dua memerlukan jawapan. Ada jawapan yang mudah untuk persoalan yang susah, ada juga jawapan yang rumit bagi persoalan yang senang.

Jawapan juga tidak semestinya positif. Adakalanya negatif. Menerima atau menolak, betul atau salah. Semuanya merupakan proses pembelajaran bagi kita.

Begitu juga persoalan-persoalan yang timbul dalam hidup kita ini. Buat adik-adik yang baru tiba ke Jordan, mungkin ada yang masih tertanya-tanya,
"Mengapa aku dicampak ke Jordan yang serba kekurangan ini?" atau mungkin
"Apa tujuan aku ke sini?" Mungkin jawapan bagi persoalan ini boleh didapati daripada para
senior, tapi tidak semestinya menepati skema jawapan yang adik-adik inginkan. Maka tugas seterusnya terletak pada bahu adik-adik sendiri untuk mencari, realiti & hakikat sebenar mengapa kita tercampak ke bumi Syam ini.
Boleh jadi persoalan-persoalan lain berkaitan kehidupan ini, seperti cita-cita, perkahwinan, kehidupan akan datang. Jawapan bagi persoalan-persoalan ini mungkin tidak akan dapat difikirkan sehari dua, mungkin seminggu, mungkin sebulan, mungkin bertahun lama.
Biarlah berapa lama sekalipun, biarlah jawapan tersebut positif atau negatif, asalkan jawapan tersebut dibuat selepas difikirkan dengan sebaiknya, kerana jawapan yang kita buat hari ini, akan mencorakkan masa depan kita kelak.

Ah, tidak lupa kepada mereka yang menyoal. Setkan minda, boleh jadi jawapan tersebut positif, mahupun negatif. Seorang cikgu yang memberi soalan kepada anak muridnya, seharusnya bersedia menerima jawapan yang betul, mahupun salah. Begitu juga dalam persoalan kehidupan kita, sekiranya kita sendiri yang menyoal & memberi jawapan, maka bersedialah, & sekiranya kita menyoal individu lain, seharusnya kita bersedia sekiranya jawapan yang diterima kelak bercanggah dari apa yang kita kehendaki.
Aku rela mencari & menunggu, biarlah berhari, berminggu, berbulan sekalipun,biar positif mahupun negatif, asalkan satu perkara itu difikirkan secara teliti
Sudahkah anda temui jawapan anda?
-Syphoon-
Irbid, Jordan
0106, 25 Syaaban 1428