Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
September 2006.
Tahun itu aku tidak pulang ke Malaysia untuk beraya. Aku terpaksa beraya di Jordan. Irbid boleh dikatakan lengang. Jumlah asal 200 orang itu hanya tinggal tidak sampai 30 orang pun.
Study, kerana terpaksa mengambil exam ikmal subjek Histology, di samping membantu sahabat-sahabat lain ketika itu bersedia menyambut para juniors yang akan sampai tidak lama lagi.
Hari pertama bermulanya sesi pengajian 2006/2007, aku melangkah ke jamiah, bersama dengan seorang lagi sahabatku yang turut sama mengambil exam ikmal. Keputusan ditampal di notice board di hadapan jabatan bagi subjek tersebut.
Kami sama-sama mencari-cari nama masing-masing. Sahabatku nampak namanya.
"Alhamdulillah, 65. Lulus," ujarnya.
Aku masih positif, terus mencari-cari namaku.
Jumpa. Dan terus down, kerana tidak seperti yang aku harapkan. Hari pertama yang aku sangkakan bakal bergelar senior tahun ke-2 jurusan pergigian, sebenarnya hanya tinggal mimpi. Aku masih di tahun 1!
Pulang ketika itu juga, tiada mood lagi yang tinggal, dengan perasaan bercampur baur. Terus mengurung diri apabila sampai di rumah.
Ketika itu, paling aku fikirkan, bagaimana mahu aku maklumkan kepada familiku. Takut, aku telah mengecewakan mereka. Aku tidak mahu mama menangis mendengar perkhabaran ini. Aku tidak mahu abah hampa dengan keputusanku. Aku tidak mahu adik-beradik ku yang lain hilang harapan mereka.
Takut. Kecewa dengan diri sendiri. Menangis sendirian.
Awal-awal, aku mengalami 1 perubahan sikap. Aku mula terasa inferior. Maka, segala macam apa yang aku ada di sisi, aku jadikan modal untuk 'eksen', mahu tampak lebih superior. Pergi ziarah rumah kawan-kawan, sembang-sembang, tapi tidak memahami apa yang mereka bualkan. Perbualan lebih banyak menjurus kepada apa yang berlaku dalam dewan kuliah, sedangkan aku tidak lagi berada bersama-sama. (Ada 1 entri dulu aku tulis memohon maaf, rasanya dah delete. Beberapa orang sahaja yang sempat baca)
Keseorangan. Mula menjauh dari orang. Terasa seperti alien, walaupun sahabat-sahabat lain tidak pernah memandang sedemikian.
Tidak lama kemudian, aku mendapat panggilan telefon dari Malaysia. Kak lang yang call, bertanya akan hal aku. Mereka di Malaysia mendapat tahu tentang keputusan aku. Pihak JPA menghantar salinan surat kepada penjamin & juga penjaga.
Bertambah tertekan.
2 bulan. 1 fasa yang cukup lama aku lalui untuk tekan butang pause & berfikir dengan rasional.
Aku berazam, tidak mahu lagi mengulangi episod-episod ini lagi.
Aku tidak mahu lagi menitiskan air mata mama.
Tidak mahu lagi mengecewakan abah.
Tidak mahu lagi merapuhkan harapan adik-beradikku yang lain.
September 2010.
Alhamdulillah.
Sahabat-sahabat sebatch ku dalam jurusan pergigian telah selamat bergraduasi pada Jun yang lepas.
Dan aku kini, telah berada di tahun akhir pengajianku. Mendaki dengan kecederaan, menjadikan aku lebih berhati-hati dalam setiap langkah yang aku ambil.
'Tahun 6' jurusan pergigian. Pelik. Tapi di situlah aku berada tika ini. Setahun berbaki yang perlu aku & sahabat-sahabat lain langsaikan untuk mengejar sebahagian daripada perjalanan hidup kami.
Buat sahabat-sahabat yang terpaksa mengulangi tahun pengajian masing-masing, jangan putus asa. Down itu tidak salah, but when you hit the bottom, make sure you come back & rise again. Jangan terus berada di bawah sana dalam kegelapan keseorangan.

Ambil pengajaran daripada apa yang Allah tentukan untuk kita ini. Aku dapat sedikit, ya lah, dah usaha sungguh-sungguh, burning the midnight oil bak kata peribahasa english, tapi tetap berputih mata.
Percaya! Apa yang Allah tentukan untuk kita itulah yang terbaik. Tiada satu pun yang berlaku kepada seorang mukmin itu buruk. Semuanya yang baik-baik belaka.
Firman Allah SWT:
Mungkin jalan kita sedikit membelok, tapi semuanya punya 1 perhentian terakhir. Jangan rebah di tengah jalan. Gagahkan diri, biar pun terpaksa merangkak perlahan-lahan. Angin kencang yang meniup itu akan pergi juga kelak, menjadikan langkah-langkah kita lebih kuat & kemas.
Terima kasih buat para seniors ku yang selalu memberikan sokongan & dorongan ketika aku berada dalam zaman gelap dahulu.
Terima kasih kepada sahabat-sahabatku kerana tidak pernah memandang negatif kepada ku. Semua itu hanya mainan perasaanku semata-mata.
Terima kasih mama & abah kerana memberikan kepercayaan kepadaku lagi.
Terima kasih Allah atas segala nikmat & kurnia yang Kau berikan ini.
Terima kasih....
-Syphoon-
Irbid, Jordan.



