Wednesday, December 17, 2008

Apa sudah jadi dengan kita?

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Telah jelas kerosakan di atas muka bumi ini disebabkan perlakuan tangan-tangan manusia...
-Surah Ar-Rum : 41-

Pagi ini aku membaca beberapa berita yang membuatkan aku keliru, boleh dikatakan sesat di satu simpang, yang akan menyebabkan kita sesat di hujungnya kelak.

Satu sudut menceritakan berkenaan GRO bersusuk, satu sudut lain berkenaan penyakit HIV yang semakin meningkat dalam masyarakat.

Dan dalam berita berkenaan HIV tersebut membawa usul untuk mengamalkan seks secara selamat.

Jelas dalam berita berkenaan GRO itu menceritakan adanya aktiviti-aktiviti seks bebas yang dilakukan dalam pekerjaan mereka. Mungkin cuma kita sahaja yang tidak menyedari hal ini.

Tidakkah syariat Islam itu telah menggariskan yang zina itu haram?


Jangan kamu mendekati (perkara-perkara yang membawa kepada) zina...
Surah Al-Isra' : 32

Andai dunia semakin moden, bukankah lebih banyak cara untuk kita mengamalkan syariat-Nya?

Atau dengan kemodenan hari ini menjadikan kita lebih mudah untuk melanggar perintah & larangan-Nya?

Sekiranya dulu babi (atau nama sopannya khinzir) tidak kita makan kerana tidak boleh disembelih, sampai satu masa adanya genetic recombinant antara babi & zirafah menjadikan babi itu boleh dimakan?

Atau sekiranya keselamatan untuk wanita-wanita yang tidak lengkap menutup aurat atau 'berbogel' di khalayak ramai dapat dijamin, maka dibolehkan untuk tidak menutup aurat?

Atau sekiranya seks bebas boleh diamalkan dengan selamat, maka tidak lagi perlu pada perkahwinan?

Maka benarlah firman Allah SWT dalam surah Ar-Rum : 41 seperti yang aku nyatakan di atas...

1 lagi berita bertajuk 'Gerak Kempen Kesedaran Tangani Gejala Sosial', ibarat kisah bangau oh bangau...

Mengapa tidak dimulakan dengan yang di depan cermin? Working in our own circle of influence. Kerajaan dengan peranan sendiri, ibubapa & keluarga dengan peranan masing-masing. Saling menuding tidak membawa kepada penyelesaian...

Wallahua3lam.

-Syphoon-
Irbid, Jordan.

Wednesday, December 03, 2008

Akukah yang terkena ‘Local Anaesthetic’, atau….

Bismillah…

Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW….



Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh

manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.

-Hadith ke-20, Matan 40 Imam Nawawi


“Lambat kau keluar pagi ni?” soal pakcik teksi tersebut.


Pagi itu aku keluar agak lewat, lantas menahan teksi di depan rumah sahaja menuju ke Mujamma’ Amman.


“Kau tengok, sakan untuk siswi ni berhawa dingin,” pakcik teksi memulakan perbualan.

“Pagi-pagi akan ada bas depan sakan mereka, bawa terus ke universiti,” sambung pakcik itu lagi.


Itu antara kelebihan & kemudahan yang didapati siswi yang duduk di kediaman (sakan) khas untuk mereka.


Aku mendengar sambil lewa sahaja apa yang diperkatakan oleh pakcik itu kerana ingin menatap nota material pelajaran.


“Wanita ni tak boleh bawa main-main…”

“Kenapa?” soalku kembali.


“Akan ada 4 orang yang akan disoal kelak berkenaan dengan wanita ni,” tegas pakcik tersebut.


“Ayah, abang, suami & anak lelaki. Kalaulah wanita ini wanita solehah, nescaya akan dapat memberikan 4 orang ini syafaat/manfaat pada hari akhirat kelak. Kalau tak…” pakcik teksi tidak meneruskan kata-katanya.



HARI INI


Hari ini aku melangkah keluar, aku mengalami satu kejutan besar terutama di JUST, universitiku. Bukan dek kerana minah-minah Arab, tetapi lebih kepada Maliziyyat atau siswi Malaysia sendiri.


Mungkin aku mengalami satu zaman transition, di mana bermula dari batch aku dan ke bawah, persekitaran atau biah agak terjaga, dari segi aspek pakaian terutamanya. Tapi hari ini tidak lagi. Bahkan ada siswi Malaysia yang sudah menjadi Arab!


Ah, aku tidak ingin mempersoalkan mereka yang sempurna cara pemakaian mereka. Cuma pada yang kurang, diriku seakan-akan janggal melihatnya. Andai ada yang beralasan 'ada yang lebih teruk' maknanya sensitiviti kita semakan terhakis & yang kurang sempurna itu dianggap biasa, dengan keadaan yang 'lebih teruk' itu sebagai neraca, maka aku pasti satu masa tidak akan ada biah Islamiyah itu di bumi Irbid ini.



DURIAN & RAMBUTAN vs MUSLIMAH


Durian diberi nama sedemikian kerana wujud durinya. Rambutan juga begitu. Tidaklah dipanggil durian sekiranya tidak berduri, & tidak juga dipanggil rambutan sekiranya tidak berambut.


Mungkin durian namanya kelapa, atau rambutan namanya manggis.


(Perumpamaan mengarut kot)


Begitu juga seorang muslimah. Tidaklah dipanggil seorang muslimah itu sekiranya tidak sempurna pada luaran (cara pemakaian)nya atau pun pada akhlak & pertuturan.


Rupa luar durian yang memberikan tanda itu adalah durian. Seorang muslimah juga dikenali dengan cara pemakaiannya.


HILANG DURI?


Aku kira, nilai atau pakaian malu ini semakin terhakis dalam diri muslim. Mungkin corak berpakaian musim sejuk ketika ini, atau lebih kepada tidak mahu ketinggalan dalam trend masa kini. Aku tidak tahu. Cuma yang aku pasti, sekiranya malu ini masih bersarang dalam jiwa kita, maka itulah yang akan menjadi kayu ukur kita tatkala melihat cermin.


Firman Allah SWT :


Lakukanlah apa yang kamu kehendaki, sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu lakukan.

-Surah Fussilat : 40


Ancaman & sindiran yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita. Andai Allah menjadi neraca, maka insyaAllah tidak perlu lagi program 'Ikhtilat Sifar', ' Kempen Menutup Aurat' dan segala bagai program.


SUDAH SEMPURNA?

Ah, adakah sudah sempurna? Mari kita tinjau apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW.


1) berpakaian seperti tidak; either jarang atau ketat


1633 وعنْه قَال : قَال رسُولُ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم :

« صِنْفَانِ مِنْ أهلِ النَّارِ لمْ أرَهُما : قَوْمٌ معهم سِياطٌ كأذْنَابِ الْبقَرِ يَضْرِبونَ بِها النَّاس ، ونِساء كاسياتٌ عارِياتٌ مُمِيلاتٌ مَائِلاتٌ، رُؤُوسُهُنَّ كَأسْنِمةِ الْبُخْتِ المائِلَةِ لا يَدْخٌلنَ الجنَّةَ ، ولا يجِدْنَ رِيحَهَا ، وإنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مسِيرَةِ كذَا وكَذَا »

رواه مسلم .

1633. Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) said: The Messenger of Allah (PBUH) said, "There are two types of people who will be punished in Hell and whom I have not seen: men having whips like the tails of cows and they will be beating people with them, and, women who will be dressed but appear to be naked, inviting to evil; and they themselves will be inclined to it. Their heads will appear like the humps of the Bactrian camel inclined to one side. They will not enter Jannah and they will not smell its fragrance which is perceptible from such and such a distance.''
[Muslim]. –Riyadh As-Solihin : 1633


2) Menyerupai lelaki bagi perempuan & vice versa


1632 وعنْ أبي هُريْرةَ رضي اللَّه عنهُ قال :

لَعنَ رسُولُ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم الرَّجُل يلْبسُ لِبْسةَ المرْأةِ ، والمرْأةِ تَلْبِسُ لِبْسةَ الرَّجُلِ .

رواه أبو داود بإسناد صحيح .

1632. Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) said: The Messenger of Allah (PBUH) cursed a man who puts on the dress of women, and a woman who puts on the dress of men.
[Abu Dawud]. –Riyadh As-Solihin : 1632



Mungkin akan ada yang melenting. “Bukan salah kami, salah lelakilah yang melihat!” Oh, sampai begitu sekali….

Ketahuilah yang setiap syariat-Nya itu turun dengan hikmah. Firman Allah SWT :

19. Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat[1318] dan apa yang disembunyikan oleh hati.

[1318] yang dimaksud dengan pandangan mata yang khianat adalah pandangan yang dilarang, seperti memandang kepada wanita yang bukan muhrimnya.

-Surah Al-Ghafir : 19

KESEDARAN & SENSITIVITI

Adakah terlalu memberatkan?

Hanya dek kerana sudah menjadi ‘kebiasaan’, maka ia diterima menjadi hukum?

Aku risau, aku akan terkena efek yang sama seperti ‘local anaesthetic’. ‘Local anaesthetic’ atau satu kaedah untuk menjadikan bahagian itu kebas, tidak terasa apa-apa. Bermula dengan hilangnya rasa sakit, kemudiam sentuhan, perubahan suhu, tekanan & akhir sekali adalah gerakan otot,

Muslim yang sudah hilang sensitiviti tidak akan terasa sakit tatkala Islam dihina dengan kata-kata. Kemudian diusik dengan sentuhan lembut dengan tujuan menjahanamkan Islam, diikuti ‘pembakaran’ atau ‘pembekuan’ syariat & nilai Islam itu sendiri, yang selepasnya diikuti dengan tekanan, sehingga mengakibatkan tidak gerakan atau tindakan untuk membela/membantu agama yang suci ini.

Nah, andai dunia semakin moden, seharusnya makin banyak cara untuk kita menyempurnakan tanggungjawab kita kepada-Nya. Bukan makin kita menimbun murka, mengkambus diri ke dalam azab-Nya.


PESANAN BUAT TEMAN

Sedikit pesanan buat sahabatku yang bakal berumah tangga kelak, ingatan pakcik teksi itu & juga gambar di bawah ini aku hadiahkan buatmu. Moga segala urusanmu dipermudahkan oleh Allah SWT.

Fikir-fikirkan maksud tersirat =)

Wallahua3lam.

-Syphoon-

Irbid, Jordan