Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Sebelum anda baca sampai bawah: poin di sini adalah 'Nak kahwin atau tak'. Bila & siapa tu, masih belum ada. Wallahua3lam. Teruskan membaca.
Entry ini ditujukan khas buat mereka yang selalu sembang pasal kahwin. Ye la kan, senior-senior ni ramai dah berumah tangga.

Once I called my dad, & made a joke with him. I think about 2 years ago.
“Abah, saya nak kawen la,” ujarku.
“Haa? Its a big NO, & there’s not even a small yes,” abah balas kembali dengan nada terkejut.
(the rest of the conversations are confidential (,^^) )
Banyak pula respon pada entry sebelum ini. Sebenarnya perkara ini aku rasakan telah banyak kali aku berlawak dengan sahabat-sahabatku. Paling aku ingat ialah dengan MaTaQ.
“Kenapa kau nak balik Syafiq? Baru je balik bulan 8 dulu,” soalnya.
“Aku....” saja aku biarkan tergantung.
“Kau nak kawen eh?” soalnya lagi.
“A’ah,” aku balas ringkas dengan muka yang serius.
“Ooo yeke. Tu la, aku tengok sekarang ni ramai dah nak kawen...” balasnya lagi.
Belum sempat Mataq habiskan ayatnya, aku dah ketawa terbahak-bahak lagi ketika itu.
“Sape taknak kawen Mataq. Aku lelaki normal,” kataku dengan nada selambe.
Perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah. Bak kata Abu Saif, perang melawan hawa nafsu itu adalah jauh lebih kecil berbanding cabaran-cabaran yang ada selepas perkahwinan.
Pernah juga aku sembang dengan MaTaq (MaTaq ni bakal bergelar abang ipar next Eid Adha) berkenaan kahwin ni.
“Cuba kau tengok, haji contohnya, nak pergi dalam sebulan, tapi persediaannya, kursusnya, dekat setahun,” luahnya.
“Kalau nak menikah plak, kursus 2 hari je, tapi nak hidup seumur hidup,” sambungnya lagi.
Banyak persediaan yang perlu dilakukan. Bukan kata nak kahwin hari ni, esok dah boleh akad nikah. Kurang-kurang kena merancang untuk ‘hari’ tersebut. Atau lebih advance bak kata Abu Saif lagi, rancanglah bukan sekadar ke jinjang pelamin, tetapi hingga susu & lampin.
Satu advantage jadi anak bongsu ni, aku boleh melihat yang ada di atasku. Kekanda-kekandaku semuanya telah berumah tangga. Jadi sedikit sebanyak bolehlah nak sembang-sembang, kongsi apa yang aku dapat.
Perkahwinan bukan semata suka sama suka. Kena mengadap yang ‘di Pertuan Agong’ dulu (baca: parents), kalau setuju, baru boleh proceed. Kalau mereka dah ada calon, maka banyaklah ‘kerja’ anda.
Aku ada satu kisah yang diceritakan oleh seseorang (identiti dirahsiakan).
Katanya, suka sama suka tidak mencukupi.
Satu masa, dia pernah menyukai seorang ukht, dan setelah dirisik & ditanyakan, ukht tersebut juga memberi respon yang positif. Namun ukht tersebut menyatakan yang dia (ikhwah ini) perlu untuk bertanya kepada walinya, iaitu ayahnya.
Dan setelah sekian lama mencuba, ayahnya masih belum bersedia untuk membincangkan hal ini. Alasannya, dia pun tidak tahu. Setiap kali, menjelang exam, ukht ini akan hantar SMS kepadanya, dan memberitahu berkenaan keadaan di rumahnya & pendirian parentsnya.
Dia dapat mengesan yang ukht ni sebenarnya agak mendapatkan tekanan dari parentsnya. Satu masa ayahnya memberitahu yang telah dia telah ada pilihan.
Sahabat aku ni, dek kerana kesian pada ukht ni, boleh kata setiap kali nak exam, ukht akan call parents perkara yang sama dibangkitkan. Lagipun setelah difikir masak-masak, sahabat aku ni kata, dia taknak sampai ada khilaf ukht ni dengan parents dia.
Jadi atas 2 sebab, ditambah pula dikatakan pilihan ayahnya itu dari keluarga yang mereka kenal, maka sahabat aku ni lepaskan ukht ni. Dia takut terinduce ukht ni ‘lawan’ parents dia pula, sedangkan dia mahu rumah tangga yang dalamnya ada redha Allah & redha ibubapa.
Untuk yakinkan parent ukht ni tadi, dia kata, dia pun tak punyai sesuatu. Ya lah, masih belajar. Nak memberikan kepastian, jauh sekali.
Ya, pengalaman aku melihat kakak-kakak ku begitu juga. Abang-abang iparku, bukannya mudah nak lepas dengan abah. Abah muda-muda dulu agak tegas. There must be something valuable that can convince them (parents) that you can take a good care of their daughter. Itu realiti masyarakat kita hari ini.
Apatah lagi nak jadi adik ipar, kena interview dengan bakal abang-abang ipar dulu. Maka bertambahlah lagi panel hakim anda.
Aku masih berpijak pada realiti. Bukan semudah cerita-cerita dalam novel atau dalam filem. Cuma bila mana aku nyatakan ‘mahu untuk berkahwin’, aku sedang menyediakan pemikiran, minda, fizikal & material untuk menuju ke arah tersebut.
Bak kata Mataq, nak kahwin, tapi 2 hari je pergi kursus. Menyediakan pemikiran ke arah itu, menjadikan setiap hari anda bagaikan kursus (betulkah? Haha)
Aku tahu, ada juga parents yang tidak sama seperti yang aku ceritakan di sini. Tapi aku boleh katakan ‘kebanyakan’ dalam masyarakat kita adalah seperti itu.
Andai perkahwinan & pembinaan rumah tangga ini semudah ABC, masakan banyak keruntuhan institusi kekeluargaan di luar sana. Melayari bahtera di tengah badai tanpa pengetahuan (pengalaman mana nak ada, ye tak? Lain la kalau duda.. Adeh) yang minimum, kelak akan karam tanpa kita sendiri mengetahui.
Last year, when I went back to Malaysia, I talked to abah again regarding this matter.
I said, “Abah, please trust your son. I know what I’m doing .”
Abah hanya diam & mengangguk.
Jadi, adakah anda telah menyediakan pemikiran anda?
p/s:
0) Fardu muslim adalah tingkatan sebelum Bait Muslim. Jadi sempurnakan fardu muslim sebelum melangkah jauh (bak kata seseorang).
1) Aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba aku tulis pasal ni. Junior-junior aku rasanya lagi awal dah tulis pasal perkara ni. Tak caye boleh tengok blog Naqeb (mati la aku).
2) Kisah yang aku ceritakan di atas tidak semestinya berlaku di Jordan.
3) Sila jangan salah sangka dengan aku. Husnu zhan ye.
4) Mataq sekarang sedang pergi Umrah. Doakan segala urusannya & semua sahabat-sahabat yang ke sana dipermudahkan.
5) Aku tengah bengong. Exam yang berderet menjadikan aku insomnia. Maka terlahirlah entry ini.
6) Doakan aku boleh tidur malam ni.
7) Aku tidak menulis dari konteks hukum agama, tapi lebih kepada pengalaman & pengamatan dari realiti. Hukum, masing-masing boleh dapat. Haji Google kan ada. Boleh tanya sama beliau.
8) Tahniah buat Athiq, selamat pengantin baru. Jangan lupa upload gambar nanti.
9) Juga buat Amir & Kak Zay yang akan buat kenduri di Malaysia cuti ni. Sila jangan kedekut gambar anda. (huahuahua)
10) Lagu Mirwana ni menemani aku setiap malam.
Get your own playlist at snapdrive.net!
11) Takziah buat keluarga Allahyarham Ammar. Ku hadiahkan Al-Fatihah buatnya. Moga ditempatkan di kalangan mereka yang beroleh nikmat di sisi-Nya. Juga buat sahabat-sahabatnya yang masih dalam rawatan, moga Allah menentukan yang terbaik buat mereka.
Menunggu mata terpejam...
-Syphoon-
Irbid, Jordan.




.jpg)
.jpg)


