Friday, January 29, 2010

Usia Menelan, Menuntut Perubahan

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Semalam, ada makan-makan, Nadzeem jemput. Sempena habis exams untuk batch kami, sebelum ada yang pergi bermusafir. Juga meraikan birthday Mad Taq dan aku. Tapi aku rasa macam tak sampai lagi. Terima kasih buat kalian yang hadir.

Juga dapat kad daripada Halim.


Oh, ada juga pengumuman tergezut oleh Pengarah PSL PERMAI. Beliau bakal menghadapi sesuatu yang besar bulan 7 ini. Tahniah diucapkan. Semoga dipermudahkan segala urusan... =)

Menginjak usia pertengahan 20-an, yang aku rasakan sudah agak melewati zaman remaja, bakal menelusuri zaman kepemudaan. Maka banyak perubahan yang perlu dilakukan.

Nabi Muhammad SAW, junjungan tercinta, pada usia sebegini, baginda telah pun memegang tanggungjawab yang besar, membawa barang dagangan Saidatina Khadijah, berniaga jauh ke Syam. Kematangan, kejujuran, ketinggian budi pekerti baginda, menjadi satu titik banding bagi aku dalam usia ini.

Mampu berdikari, mampu mengurus diri, tidak bergantung kepada orang lain, seterusnya memikul tanggungjawab sebagai seorang suami, membuktikan Nabi Muhammad SAW, sebagai seorang pemuda, memanfaatkan segala kudrat & konsentrasi bukan kepada perkara yang sia-sia.

Aku?

Kedua, terkadang, kita terkenang, masa kita yang terdahulu. Aku di sekolah menengah, aku di sekolah rendah, aku sebelum datang ke Jordan. Kita ingin menjadi seperti dahulu. Lebih carefree, lebih bebas. Namun bisakah semuanya itu terjadi?

Galasan amanah yang menimbun, kaki yang dirantai dengan taklifan, tangan yang diikat dengan tali-tali tanggungjawab. Dulu, seorang pelajar sekolah rendah, pergi berhantar, balik diambil, makan disedia, baju digosok siap. Sekolah menengah sudah advance sedikit, duduk di asrama, mula belajar berdikari. Undergrad? Lebih jauh, lebih kena berdikari. Tambahan dengan course dentistry yang berat.

Itu baru amanah sebagai penuntut ilmu.


Belum tambah kepada ma & abah, adik kepada kakak & abang. Masih bujang, belum berkahwin, belum ada anak. Kalau dah, lagi bertambah. Boleh join KMM bak kata orang Amman (Kumpulan Mata Merah). Dah kerja, apatah lagi. Terkejar-kejar ke sana ke mari.

Semuanya menuntut untuk kita melakukan perubahan. Aku tidak boleh setia seperti dahulu. Mereka yang berjaya, adalah mereka yang memaksa diri mereka berubah. Mereka yang terpaksa berubah, adalah mangsa, quoted from Abu Saif.

Bersyukur dengan apa yang ada disekeliling kita, menerima apa yang ada pada kita, menggunakan peluang yang datang sekali seumur hidup. Tidak mahu nanti menoleh pada hari mendatang dengan penuh penyesalan.


Andai mahu direnung ke belakang, banyak kenangan yang manis. Simpan dalam lipatan memori. Aku yang hari ini, bukan aku yang semalam. Perlu melangkah lebih kuat, lebih hebat. Berpencak bersilat, menelan kelat, agar esok tidak terkulat-kulat.

Itu aku. Engkau?


Wallahua'alam.


-Syphoon-
Irbid, Jordan

Thursday, January 28, 2010

Dah tahu salah, janganlah ulang!

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Minggu lepas, aku menonton sebuah filem biografi, Hitler : The Rise of Evil. Filem ini menceritakan bagaimana beliau, mendapat fikrah & pemikiran beliau, bermula daripada kecil, sehinggalah beliau mampu mendapatkan pengaruh dan kuasa, seterusnya membina empayar diktatornya sendiri, iaitu NAZI.


Menggunakan kesempitan & kecelaruan hidup bangsa Jerman ketika itu yang sememangnya tertekan dengan keadaan peperangan, beliau mengambil kesempatan menyebarkan pemikirannya hanya dengan kuasa percakapan (the power of speech, power of persuasion). Mewujudkan kerajaan Jerman NAZI ketika itu yang kononnya membela bangsa Jerman, menyembelih jutaan bangsa Yahudi, mencetuskan Perang Dunia ke-2.

Apa pun, bukan itu yang aku mahu ceritakan di sini. Aku lebih berminat, bagaimana beliau melihat ibubapanya ketika kecil. Beliau dilahirkan hasil perkahwinan ayah, yang juga seorang pakcik dengan ibunya, yang juga anak saudara kepada ayahnya (an uncle married to his niece).

Ayahnya merupakan seorang penjawat awam, yang bangga dengan tinggalan kerjanya selepas bersara. Hitler ketika itu berasa begitu meluat dengan ayahnya yang kerja membanting tulang untuk orang lain. Beliau kemudian cuba untuk mengatasi ayahnya (to surpass his father) dalam semua keadaan.

Namun malangnya, beliau akhirnya, walaupun tidak semua, mengikut beberapa jejak langkah ayahnya itu. Beliau meminati anak saudaranya sendiri & ingin mengahwininya, tetapi terhalang apabila anak saudaranya itu mati (dibunuh? membunuh diri? tontonlah sendiri! =) )

Hal ini banyak berlaku dalam komuniti kita. Ada antara kita yang ketika kecil ditekan, dirotan & dididik dengan begini & begitu, dan apabila menuju ke alam dewasa, kita berazam untuk tidak melakukan perkara yang sama, malah berusaha untuk menjadi lebih baik daripada ibubapa kita.

Ataupun, dalam soal kepimpinan, kita bermula daripada bawah, kita nampak keadaan pemimpin yang berada di atas, melakukan kesalahan dalam mengatur gerak kerja, menerima rasuah, melakukan kezaliman dengan menggunakan apa jua cara untuk menutup mulut mereka yang menentang mereka walaupun mereka salah, mengutamakan kroni lebih daripada kepentingan rakyat atau ahli.

Kita nampak perkara ini salah. Kita berazam untuk berubah, memilih haluan yang lebih baik.

Belajarlah dari tanda yang ada sementara boleh belajar.
Tiada kesempatan yang kedua dalam kes di atas =)


Namun malangnya, tanpa kita sedar, terkadang kita juga melakukan perkara yang sama pada akhirnya. Apabila kita menjadi ayah atau ibu, perlakuan yang sudah tertanam dalam fizikal kita terkeluar secara semulajadi, respon ke atas perlakuan anak kita, yang sama seperti kita dahulu.

Kita naik menjadi pimpinan, kita kalut, lantas menggunakan formula yang sama seperti mereka yang melakukan kesalahan yang terdahulu.

Maka apakah bezanya kita dengan mereka yang kita katakan salah satu masa dahulu? Kitalah yang memusingkan roda sejarah itu. Kita juga berlaku zalim seperti mereka. Sedangkan satu masa dulu, kitalah yang lantang mengkritik, mengutuk & mengecam perlakuan yang sama.

Belajar dari sejarah. Belajarkah kita?

Persoalan yang perlu kita masing-masing jawab.


Wallahu'alam.

-Syphoon-
Irbid, Jordan.

20%

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Seorang pesakit datang ke klinik dengan beberapa keadaan ; muka yang pucat, bibir yang kering, muka cekung, eye-bag-panda-eyes, elevated body temperature, mengadu menghadapi gastrik dan jalan dalam keadaan terhoyong-hayang sikit ketika memasuki bilik pemeriksaan. Gaya yang agak malu-malu sikit, low self-esteem.

Referred from medical clinic to dental clinic.

Pemeriksaan dibuat, beberapa perkara dapat dikesan : major aphtous ulcers di beberapa tempat dalam mulut, irreversible pulpitis bagi gigi geraham, chronic gingivitis & missing upper central incisors. Juga terdapat karies pada beberapa batang gigi yang lain.

Several treatments planned. Root canal treatment for the irreversible pulpitis, scaling & polishing for chronic gingivitis, bridge or partial denture for missing central incisors & pharmacological treatment for those ulcers, preferably chlorohexidine. Oh, restorations for those carious teeth.

Also, improvement of the oral hygiene is really needed for the treatment to success.

Tidak boleh tidur malam kerana irreversible pulpitis. Anemia & pucat disebabkan malnutrition, tak cukup makan, begitu juga dehydrated (bibir yang kering). Demam atau elevated body temperature juga disebabkan oleh irreversible pulpitis. Ada inflammation orang kata.

Pesakit datang semula ke klinik 3 bulan selepas rawatan dilakukan.

Gosoklah gigi anda. =D

Improved appearance, lebih berisi, tidak nampak cekung, dan kembali pulih seperti yang normal. Problems solved.

Saja tulis, nak bagi nampak dentistry ni macam menarik. Lagipun rindu nak masuk ke klinik semula. Tak sabar nak habis cuti. Tangan dah gatal nak pegang handpiece. Hahaha.

Pengajaran :

1) Jagalah kesihatan oral & gigi anda. Sakit gigi tak boleh tidur malam. Lalu boleh menjejaskan banyak aspek kesihatan kita.

2) Daripada 100% masalah, 80% adalah presenting problems, 20% adalah underlying problems. Solve the 20%, the other 80% will resolve on its own.

p/s: Sindrom tak boleh tidur. Underlying cause: Malam panjang, dah tidur awal lepas Isya' tadi.


Terima kasih.

-Syphoon-
Irbid, Jordan

Wednesday, January 27, 2010

Menjadi lebih manusia

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Bagi students JUST, sudah pasti kita semua familiar dengan bas biru di Mujamma' Amman. Bas mustasyfa nama timangannya. Agak-agak kalau dah keluar lewat jam 7.30 tu, boleh guna khidmat beliau.

Aku sejak semester musim panas sesi 2007/2008 dah kurang menggunakan khidmat bas mujamma' sheikh khalil. Perjalanan yang sepatutnya 15 minit menjadi 45 minit. Aku pun tak faham, lantas mengambil keputusan untuk berhenti menggunakan khidmat bas di sana.

Meskipun mahal, namun bagi aku, masa itu lebih penting, tidak dapat dibeli dengan seqirsy dua, mahupun 20 qirsy.

Keselamatan juga seperti masa, walaupun mahal, tetapi sebenarnya priceless.
(Abaikan bendera tepi, tidak berkaitan)

Apa pun, 1 perkara yang aku sangat-sangat hargai berkenaan dengan bas biru ini, ialah keadaannya menjadikan aku lebih manusia.

Bas biru, menuju ke hospital. Maka ramailah pakcik makcik yang lain juga menggunakan khidmat ini. Aku perhati, ada pakcik makcik ni yang datang jauh dari ceruk-ceruk mukhayyam sekitar Irbid, pagi-pagi dah beratur, & bila aku balik lewat dinihari, kadang terjumpa kembali dengan pakcik - makcik yang sama, memegang beg plastik ubat & slip bayaran bil hospital.

Terkadang, kita yang muda ni berdarah panas, tengok pakcik makcik ni tak beratur, terus potong naik bas tu walaupun kita dah 2 bas terlepas sebab line panjang. Tak pun bila nak turun atau naik bas, pakcik makcik ni dok jalan terkedek-kedek depan kita, jalan perlahan-lahan. Kita dah lambat terkejar-kejar nak pergi kelas. Kalau orang lain tak ada yang rasa begini, baguslah. Tapi untuk aku, kadang-kadang ada rasa sikit.

Tapi kalau direnung jauh, aku pasti teringatkan ma & abah di Malaysia. Ma dengan tidak berapa upaya nak berjalan, abah yang usianya menjangkau lewat 60-an. Bayangkan kalau yang ada depan kita tu mak ayah kita, yang tak berapa larat nak berjalan sangat, disuruh beratur sekali dengan barisan yang panjang jauh ke tempat-tempat jual buahan tu.

Bayangkan sekiranya mak ayah kita yang dah tua, nak disuruh berjalan sepantas kita yang muda bertenaga. Kejam. Sungguh.

Ikan yang sepatutnya menjadi lebih ikan, bukan bernafsu macam manusia.

Keduanya, kadang-kadang terintai kertas-kertas yang pakcik makcik, atau sesiapa sahaja pesakit yang balik semula menaiki bas ini. Ada diagnosis yang begitu teruk, yang aku tengok dalam buku pun rasa macam dah tiada harapan untuk sembuh. Ada yang secara luarannya sahaja telah menggambarkan betapa teruk keadaan penyakitnya.

Melihatkan hal ini, menjadikan diri aku cukup insaf, yang aku masih diberikan peluang oleh Allah SWT untuk beramal & berbakti kepada-Nya dalam keadaan yang sihat & tanpa ada apa-apa halangan yang kronik lagi teruk.

Kalau di mujamma' Sheikh Khalil ni, terkadang menjadi ganas macam pemain ragbi, nak masuk bas pun kalau dah lewat tu kena berebut. Tu tak campur nak gaduh-gaduh dengan Arab yang book tempat ikut tingkap dengan letak buku atas seat. Walaupun kena banyak bersabar, memang itulah yang menjadikan kita manusia.

Untuk menjadi lebih manusia, kerapkan diri kita untuk berinteraksi dengan manusia.

Nabi pesan,

خالق الناس بخلق حسن
Hadith ke-18, Matan 40


Pilihan kita, nak naik bas Mujamma' SK, atau Bas Mustasyfa. Kedua-dua ada kelebihan masing-masing.


Pilihlah yang mana berkenan di hati! =)


-Syphoon-
Irbid, Jordan

Tuesday, January 26, 2010

KECIL yang besar.

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

"Kalaulah aku ada duit banyak, dah lama aku sedekah buat masjid kat sana," kata si fulan selepas selesai menonton Slumdog Millionaire.

"Kalaulah aku macam dia, mesti aku boleh skor juga..." kata si fulan yang seorang lagi selepas mendengar pengalaman seorang pakar perubatan yang berjaya.

Ini dialog yang kadang-kadang kita dengar. Orang kata, termotivasi selepas melihat sesuatu yang besar. Maka kita inginkannya juga.

Tapi kita kurang sedar akan potensi yang kita sendiri ada. Kita tak perlu memiliki duit berjuta untuk baru bersedekah. Sepuluh sen jika dimasukkan ke tabung derma, tetap dikira derma.

Kita tidak perlu menjadi orang lain. Kita hanyalah kita, yang patut kita syukuri. Ada tangan, ada kaki. Ada mata 2 biji, ada mata hati.





Pertama, kita perlu menerima & bersyukur dengan apa yang ada pada kita. Tiada sobah, hiram yang ada jangan dimaki hamun. Ada tangan, ada kaki, gunalah. Apa yang ditunggu lagi.

Tidak perlu untuk memiliki satu keajaiban untuk melakar sesuatu pencapaian. Sebuah perjalanan yang jauh, dimulai dengan langkah-langkah kecil. A thousand miles journey, begin with a small step kalau dalam bahasa omputeh.

Aku mendiami bilik no.7 di aras pertama bangunan sakan Sakran ini. Bertentangan dengan aku, bilik no.6 yang diduduki oleh Abdullah, seorang budak Arab. Nak diceritakan, aku memang sangat kagum dengannya. Beliau masih seorang pelajar di Universiti Yarmouk. Siang keluar ke kuliah, malam bawa keluar meja kayunya & bekas-bekas minyak 'atar (minyak wangi) untuk dijual di tepi terowong Bab Iqtisad.

Minggu lepas, beliau telah membeli sebuah stall minuman. Memandangkan tengah cuti ketika ini, beliau keluar lepas zohor, dan membuka stall di depan Mat'amji. Siapa-siapa kalau lalu boleh tembung dengan beliau dengan stall warna kuning, dengan kaca di bahagian atas.

Beliau tidak seperti aku, ada bantuan kewangan, mampu memiliki itu & ini. Boleh berjalan ke sana ke mari, tanpa memikirkan, bagaimana untuk aku dapat wang hari ini? Bagaimana untuk aku sambung pengajian aku semester depan? Cukupkah duit aku untuk bayar sewa bulan ini?

Soalan yang tidak pernah kita runsingkan...

(Aku pakai cerita je, aku pun tak tahu apa yang aku tulis ni berkaitan atau tak. )

Acceptance.

Terimalah apa yang ada dalam genggaman kita. Jangan kita sia-siakan. Jangan kita bazirkan.

Amacam, hencem tak? =)

Tidak perlu untuk menjadi seseorang yang gah, barulah berani untuk berbuat sesuatu. Bagaikan pengurusan sebuah program, jika tiada orang yang mengangkat barang-barang menaiki pikap, maka tidak akan berjayalah program itu. Jika tiada orang yang mahu memotong sayur & daging di dapur, maka tidak akan siaplah masakan tersebut.

Ayam yang besar pun, asalnya dari sebiji telur yang kecil =)

Every small deed is count. Jangan hampa, jangan putus asa. Jadilah langkah-langkah kecil, yang membina satu pengembaraan yang jauh melata. Biar lambat, asalkan sampai ke destinasinya.

Wallahua'alam.

-Syphoon-
Irbid, Jordan.

p/s: maaf, memang banyak sangat mengarut. tengah cari feel untuk menulis benda yang betol. kelapa tengah biol. =(

Monday, January 25, 2010

Make Your 1st Step!

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

"If you start right, there's maybe a chance for you to go wrong, but if you start wrong, you will definitely end wrong."

Itu pesan Dr Aladin Al-Qudah, doktor yang mengajarku ketika tahun 3 dalam subjek Endodontics.

Google Earth : Di manakah Markaz Sihhi?
(siapa boleh jawab? =) )


Setahun sudah berlalu, dan kesan dari kata-katanya itu dapat aku alami ketika berada di tahun klinikal ini. Perkara yang menjadi kelaziman kita, dimulai dengan permulaan. Permulaan yang baik, akan menjadi kelaziman yang membuahkan hasil, menguntungkan diri, tidak perlu terkebil-kebil.

Seorang yang pada awalnya diajar menggunakan high speed handpiece dengan cara yang salah, akhirnya akan belajar cara yang salah, dan mempraktiskan cara yang salah, seterusnya menghasilkan Class 1 cavity yang salah.

Seorang yang belajar bertutur dengan bahasa kesat, menggunakan perkataan kesat tersebut dalam percakapan sehariannya, sudah pasti apabila memberikan ucapan di khalayak ramai dengan perkataan kesat tersebut. Tidak semua pun, mungkin sebutir dua.

Itu dalam amalan harian kita.

Setiap yang dimulakan pasti akan ada pengakhiran. Langkah pertama, adalah niat. Nabi pesan, sebelum buat apa-apa, niat dulu kena pasang. Pasang biarlah tepat. Agar nanti amalan tak ditolak bulat-bulat.

Err, begin with the end in mind?!


Begitu juga dengan kehidupan kita. Lihat jauh ke depan, maka kita akan nampak akhiran perjalanan, tidak lain hanyalah kematian, yang selepasnya ada Hari Pembalasan. Semuanya atas pilihan, kita yang menentukan.

Andai percaya ada SYURGA, ada NERAKA, maka timbang-timbanglah perlakuan. Agak-agak belum cukup amalan, betulkan niat, jalan perlahan-lahan. Masih belum terlewat, untuk kita buat perubahan.

Maaflah kawan-kawan, banyak merepek lepas hujan. Harapnya jadi pedoman, jadi tauladan. Untuk kita yang masih hidup, masih mampu berjalan. Jangan sampai nanti dah diusung ke tanah kuburan, baru nak datang penyesalan!!


Wallahua3lam.

-Syphoon-
Irbid, Jordan.

p/s : sejuk di sini. ada siapa-siapa nak belanja makan? =)

Sunday, January 24, 2010

Penyakit

Bismillah...

Aku sekarang dilanda satu penyakit.

Penyakit hilang idea & hilang mood menulis apabila sampai di tengah-tengah entri, lantas terus menekan butang pangkah nun jauh di sebelah kanan atas sana.

Dah sebulan menjangkiti aku. Lebih 10 kali rasanya artikel sampai di tengah jalan.
Mungkin kena diketuk baru boleh ok ?

Doakan aku cepat sembuh & diberikan kekuatan untuk menulis semula.

Terima kasih. Syukran. Arigatou. Thank you.

Wehdah

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...




Satu hari aku diminta oleh Anas Asmadi untuk escort 'Ouwn, iaitu pegawai ISO JUST ke Balai Polis untuk menyiapkan iqamah para juniors.

Satu ketika aku bersembang dengan 'Ouwn di kawasan luar sementara menunggu passport yang dibawa itu diproses.

"Kau mesti dapat markah tinggi kan boleh dapat biasiswa & belajar luar negara?" soal 'Ouwn
"Aku ni golongan pertengahan je, yang bagus-bagus semua belajar Eropah, US sana," balasku berbasa-basi.
"Kenapa kau tak belajar rajin-rajin dulu?" soalnya lagi.
"Kalau semua nak kerja doktor, siapa nak kerja polis? Setiap orang ada tempat masing-masing..." balasku.

Tawa kami berderai.

Sebenarnya nak cover yang aku memang malas untuk study dulu-dulu. Orang lain yang datang Jordan ni aku tahu, semua mantap-mantap. =)

Dalam hidup, mungkin kita akan menjadi tangan, kaki, mahupun helaian-helaian rambut. Namun tiada satu pun yang tidak mempunyai sumbangan. Semuanya signifikan. Tiada satu pun atas muka bumi ini yang Allah ciptakan tanpa tujuan.

Maka, jagalah setiap penjuru yang telah ditetapkan kepada kita. Jangan kaki sibuk nak suap nasi ke mulut. Itu kerja tangan. Masing-masing hormat, masing-masing kerja pada tempatnya. Faedah & manfaat lebih besar. InsyaAllah.

Itu kalau dalam satu jasad. Masalah akan berlaku sekiranya 2 tubuh berbeza (note : bukan 'berbadan dua' @ hamil). Satu penyakit senang melanda, iaitu 'pijak kepala' atau 'memperguna' atau 'memperalat'.

Contoh mudah, seorang menteri menggunakan kedudukannya untuk memberi tender & projek kepada kroni mereka, mahu pun pihak-pihak tertentu. Kemudahan yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat, dihadkan kepada golongan tertentu sahaja. Ini kes menteri. Kes besar.


Jangan kerana nak dok atas, kerja-kerja kotor semua diberikan kepada orang bawah semata!

Kes persatuan pun sama. Ada yang guna persatuan mahupun badan kebajikan untuk kepentingan sendiri. Mungkin nama & populariti, cari jodoh (mungkinkah?) mahupun kelompok-kelompok tertentu. Tiba-tiba ada program tertutup. Ahli sendiri pun tak boleh join? Apatah lagi guna peruntukan & kemudahan persatuan. Rasa macam rakyat teraniaya pula.

Ini pengalaman dulu-dulu. Harapnya tidak berlaku di Jordan.

2 atau 3 jasad, mahupun 100, kena ada sinergi. Masing-masing kena fikir untuk maslahah ummah. Sinergi untuk hasilkan keberkesanan yang lebih efektif. Bukan ikut perut sendiri. Asal aku kenyang, sudah. Ini bahagian aku, bahagian kau, kau usahalah sendiri.

Susahlah kalau semua fikir begitu.

Ambillah perhatian atas tanda amaran!

Aku tulis sebab peha yang sebelah sana kena cubit. Jadi aku pun terasa juga. Kalau ada mana-mana bahagian lain yang terasa, cepat-cepatlah sedar.

Wallahua'alam.


-Syphoon-
Irbid, Jordan

Thursday, January 07, 2010

Penghujung Penantian

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Hari ini ramai sahabat-sahabat di Irbid yang akan menghadapi exams. Semalam sempat 'bersiar-siar' setelah lama 'berkuarantin' ketika fatrah exam dahulu, hampir kesemua yang diziarahi sedang sibuk study. Maaflah kalau mengganggu anda yang berkenaan... =)

Selamat menghadapi peperiksaan akhir bagi semester pertama ini bagi sahabat-sahabat sekalian. Semoga dapat mengakhiri sem ini dengan cemerlang, terutama kepada komrad tahun 5 pergigian =) .


Tidak lupa juga, buat Presiden PERMAI, saudara Naqeb, yang menghadapi pembedahan pada hari untuk kecederaan di kakinya. Semoga cepat sembuh & kembali berlari seperti sedia kala. =)

Wallahua3lam.

-Syphoon-
Irbid, Jordan

Wednesday, January 06, 2010

Tanpa Tajuk

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Alhamdulillah, 4 bulan telah berlalu untuk semester pertama ini. Tamatnya exam semalam, maka terlabuhlah tirai pengajian semester pertama ini bagi kami, para pelajar pergigian tahun ke-4, Jordan University Of Science & Technology.

Lebih 5 bulan blog ini bersawang. Banyak yang ingin aku coretkan sebenarnya. Namun keterbatasan menyusun perkataan daripada penelitian membuatkan aku lebih banyak diam untuk berfikir.

Semester ini merupakan semester yang sangat mencabar & begitu mengujakan bagiku. Banyak perkara baru yang ku temui, yang ku perdalami. Semester ini semester bergerak, masanya untuk kami bertindak. Tidak lagi kaku hanya berlagak.

4th year Malaysian Dental Students
(in front of DTC)



InsyaAllah, akan cuba ku kongsikan sebanyak mana yang boleh, untuk renungan bersama, baik buruknya.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang memberikan tolakan untuk aku menulis. Terima kasih.

Wallahua'alam.

-syphoon-
Irbid, Jordan