Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan - Al-Alaq : 1Wahyu yang pertama, merupakan tarbiah pertama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi SAW.
Kick start kata orang, yang akan menjadi penentu ke mana halatuju seterusnya.
Maka tidak dapat tidak, perkara pertama yang perlu pada seorang dai'e itu adalah untuk menuntut ilmu, sebelum bermujahadah & keluar menyampaikan peringatan-Nya. Tidaklah manhaj tarbiah Ilahi ini bermula dengan solat, zakat, menegakkan pemerintahan Islam mahupun keluar berjihad terlebih dahulu melainkan dengan perintah
"Bacalah...".
Material yang perlu dibaca oleh seorang dai'e itu luas. Tidak kira apa jua bidang, perubatan, pergigian, kejuruteraan, Syari'ah Islamiyah & sebagainya. Tapi jangan kita lupa untuk membaca ayat di atas sehingga habis.
Mahasiswa hari ini ghairah dalam mengejar, berlumba-lumba dalam mencedok ilmu di bidang masing-masing. Tapi malangnya dalam keghairahan tersebut, mereka mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba-Nya. Mereka terlupa
title mereka sebagai seorang Mahasiswa Muslim, yang terikat dengan ayat-Nya (di atas).
Untuk kita bina sebuah rumah, tidak dapat tidak harus kita mencari sebidang tanah dengan tapak yang rata & diyakini stabil & kukuh, supaya tidak runtuh pada masa hadapan. Begitu juga kehidupan kita sebagai seorang Mahasiswa Muslim, dalam proses kita membina kerjaya kita, jangan kita lupa akan 'tanah' tempat kita berpijak kini. Adakah sudah cukup rata & stabil? Atau bakal terjerlus & menelan semua hasil yang kita kaut selama ini sekelip mata?
Bagi seorang muslim, apa yang menjadi pancang di dalam tanah tapak rumah yang bakal dibina itu adalah hubungan dengan Pencipta Yang Maha Kuasa, Allah SWT. Ilmu yang dicipta oleh Allah SWT, maka pada Allah lah kita wajib meminta segala-galanya.
Tidak faham, terlupa atau tidak minat, mintalah pada-Nya dengan usaha yang semampu mungkin. Meskipun natijahnya nampak kecil, tapi di sana wujud keberkatan pada ilmu itu. Hatta jikalau sudah memahamahi sekalipun, ringankan mulut memuji-Nya. Kadang-kadang kita sombong, mengatakan apa yang kita fahami adalah hasil usaha kita berjaga sepanjang malam. Nah, di mana kita meletakkan ayat di atas? Tidakkah kita telah men
juzu'kan ayat di atas? Na3uzubillah!!!
Biarlah meskipun keputusan peperiksaan kita tidak seberapa, tapi insyaAllah, akan ada keberkatan pada Ilmu tersebut, keberkatan yang bakal menaungi kita kelak, menjadi tapak untuk kita membina kerjaya kita. Tiada keberkatan ilmu merupakan salah satu punca ramai graduan yang gagal dalam hidup & mengaplikasikan ilmu yang ada di dada. Berlakunya kes-kes pecah amanah, rasuah & jenayah-jenayah lain, berpunca daripada ketiadaan keberkatan ilmu itu sendiri.

Tanggungjawab kita sebagai seorang hamba kita juga jangan kita lupakan. Hamba merupakan syarat untuk kita beroleh syurga Allah, bukan doktor, jurutera, ustaz mahupun pemerintah sekalipun.
Kita usaha semampu mungkin & berdoa memohon apa yang terbaik untuk diri kita kepada Allah SWT. Kita
study tanpa mengabaikan solat jemaah, tidak lupa untuk
qiyam sekiranya
stay-up di tengah malam & membaca Al-Quran di samping kita membaca material subjek yang beratus-ratus muka surat.
Hadith ke-19, Matan 40 An-NawawiYakinlah, sekiranya kita menjaga hak-hak Allah, melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba-Nya, insyaAllah hak-hak kita akan dijaga oleh-Nya, Yang Maha Sempurna, yang tidak akan memungkiri janji-Nya.
Hal inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan Mahasiswa Muslim hari ini. Kegagalan sebagai seorang hamba, merupakan satu tanda kita ini tidak mampu pun untuk memikul
title lain. Kata orang,
"nak buat benda basic pun tak boleh, ada hati nak buat benda yang lagi advance!!".
Tiadanya keberkatan, bukan sahaja pada ilmu, tetapi juga pada kehidupan kita. Sentiasalah menjaga diri sebagai hamba.
Bukan mudah untuk bernafas dalam diri hamba, namun berdoalah kepada-Nya, minta dipermudahkan segala urusan kita.
Misalnya, sekadar berkongsi pengalaman peribadi, kadang-kadang kita sudah bersedia dengan peperiksaan. Material semua telah kita baca & hadamkan. Tapi pagi itu tiba-tiba kita tertidur & bangun lewat untuk ke universiti & dalam perjalanan, bas yang dinaiki rosak di tengah jalan, sampai di universiti kononnya mahu mengambil jalan singkat, namun tiba-tiba pintu yang selalu kita guna itu terkunci. Akhirnya masuk 30 minit lewat & menjawab dalam keadaan yang tidak menyenangkan.
Percayalah akan segala ketentuan-Nya setelah kita berusaha sedaya yang kita mampu. Berdoalah, minta apa yang terbaik buat kita. Andai yang yang rendah atau gagal itu yang terbaik buat kita, maka itulah yang kita harapkan & sekiranya lulus & markah yang tinggi itu yang terbaik untuk kita, maka itulah yang kita minta. Kita selalu meminta yang bagus & sedap dipandang mata, Allah akan beri mengikut apa yang kita minta, tapi tidak semestinya semua yang kita pinta adalah yang terbaik. Maka, pohonlah yang terbaik untuk diri kita.
Ucaplah setinggi-tinggi kesyukuran tatkala mendapat kejayaan, & pujilah Allah, Yang Maha Suci sekiranya apa yang kita dapat itu luar dari jangkaan kita, kerana Dialah yang Suci dari sebarang kejahilan & sifat-sifat negatif yang ada dalam diri kita serta sempurna sifatnya, tanpa ada sebarang cacat cela.
Perkara paling penting yang diakhirkan, tidak dapat tidak, dalam kita menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba, adalah melakukan segala perintah-Nya & meninggalkan segala larangan-Nya.
شكوت إلى وقيع سوء حفظي
فأرشدني إلى ترك المعاصي
وأخبرني بأن العلم نور
ونور الله لا يهدى للعاصي
Aku mengadu pada (guruku) Waqi' tentang buruknya hafalanku
Maka dia menasihatiku supaya meninggalkan maksiat
Dan dia memberitahuku bahawa ilmu itu adalah cahaya
Dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada orang yang melakukan maksiat.
Tinggalkan perkara yang sia-sia & tidak bermanfaat, apatah lagi perbuatan yang menjurus kepada maksiat. Membuang masa dengan menonton
movie, bercouple, tidak menjaga batasan dalam pergaulan, bermain
game secara berlebihan Leka di bawa arus yang entah ke mana yang akhirnya diri sendiri tenggelam lemas dalam dunia kehidupan.
Wallahua3lam

-Syphoon-
Irbid, Jordan
0803, 1 Zulhijjah 1428
-Perjumpaan MEKAP kali ke-2 kumpulanku, sesi 2007/2008-