Wednesday, April 21, 2010

Melompat Lebih Jauh

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Alkisahnya, Luffy & kawan-kawannya membantu Puteri Vivi menyelamatkan Negara Alubarna daripada ancaman 'Shicibukai' Crocodile. Mereka berlawan dengan kesemua krew Crocodile, termasuklah Roronoa Zoro, yang terkenal dengan gelaran 'Si Pemburu Lanun' (Pirate Hunter).

Ada satu scene yang aku minati daripada kisah di Alubarna ini. One Piece chap.193. Scene Roronoa Zoro berlawan dengan Daz Borris, ejen Baroque Works yang dikenali dengan Mr.1 (ha, tertanya-tanya, nak tahu kena baca sendiri).

(klik pada gambar untuk dapatkan paparan jelas)



Exciting right?

The first time I read it, I thought, 'OH, HE'S SO AWESOME!'.

PENGAJARAN

Halangan bukan satu perkara yang mustahil untuk kita lepasi. Setiap dugaan & cubaan yang Allah berikan kepada kita, bukanlah untuk kita berasa lemah & putus asa, lantas mengambil jalan mudah meninggalkan perkara tersebut.

(1)
Dulu aku ada satu fobia. Pesakit yang datang dengan kes yang agak susah, misalnya free-end-saddle partial denture, aku agak takut untuk membuatnya. Lebih cenderung untuk membuat bounded saddle partial denture sebab prosedurnya mudah & hanya memerlukan 2 kali lawatan.


Namun, setelah direnung kembali, akulah yang akan rugi pada kemudian hari, kerana tidak mempunyai pengalaman untuk membuat partial denture yang sedemikian bentuknya.

(2)
Optimis dalam menghadapi ujian. Persepsi yang salah, akan memberikan jalan penyelesaian yang buntu.

Ada seorang kawan Arab aku, dulu dalam dentistry, duduk sebelah aku dalam Science Hall 1 masa lecture Biology. Sekarang dalam medicine, dia dapat tukar masa tahun 2. Mukmin Faisal kalau siapa-siapa kenal. Baik orangnya.

Dulu dia pernah fail dalam Organic Chemistry, masa first exam. Dia pulun punya pulun, dapat 28/30 masa second exam. Mantapkan? Final result tak tahu. Sebab dah cuti, tak sempat nak tanya.

Aku nampak, dia tidak merasakan yang Organic Chemistry itu susah. Namun, sekiranya dia mampu untuk skor subjek tersebut, dia yakin, mampu untuk menguasainya.

(3)
Kadang-kadang, perkara-perkara remeh seperti komik ini pun mampu memberikan impak & pengajaran kepada kita.

Namun dek kerana penelitian singkat dalam pemikiran, kebanyakan kita sering mengatakan yang ia membuang masa.

Misalan, masa di sekolah Azlan dulu, ada seorang senior ni, bergerak dari dorm ke dorm (junior). Meminta (pow) sekupang (10 sen) dari setiap orang kami. Dan disebabkan kami tiada rasa terbeban kerana hanya 10 sen yang diminta, hulur je la.

Penghujung tour senior tersebut, dia telah berjaya mengutip RM5. Cukup untuk beli Nasi Lemak Cikgu Jumilah yang hanya berharga RM1, selama 5 malam (50 orang gak tu dia pow).

Nah, bagaimana sepuluh sen itu berjaya membina RM5? Begitu signifikan 10 sen itu, kan?

(4)
Entri ni tajuk dia hanya kena dengan situasi 1 sahaja, kalau mana-mana pembaca yang masih setia sampai ke no. 4 ni. Harap maklum.


Jadi, sebenarnya, belajarlah dari sekecil-kecil perkara, yang membolehkan kita mengingatinya, sampai ke tua.

Aku belajar dari buku & guru, kadang dapat juga aku garapkan dalam komik agar tidak sia-sia begitu.


Aku masih belajar, mencipta keadaan yang menyeronokkan, dengan cara tersendiri.

Anda pula, bagaimana? =)

Wallahua3lam.

(Lagu ini ditujukan buat semua yang sedang stress di luar sana =D )


Get your own playlist at snapdrive.net!


-Syphoon-
Irbid, Jordan.

p/s : sedang cari mood untuk study. doakan kami 4th year dental students yang akan exam Ortho Sabtu ni.

p/s 2 : Bittaufiiq wannajah to all 6th year seniors yang akan menghadapi exam OSCE terakhir esok.

Tuesday, April 13, 2010

Hargai, Jiwai, Teladani

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Banyak insiden yang berlaku lewat ini di sekitar warga PERMAI. Banyak program, banyak ziarah, banyak aktiviti. Tak terkejar dek kaki.

Dan kebanyakan yang menjadi pelaksana semua itu terdiri daripada mereka yang muda-mudi. Maklumlah, seniors ni ramainya busy-busy. Tapi kalau ada slack, ramai pula yang jadi busy-body (gurau je okeh).

PERTAMA KALI

Teringat pengalaman pertama menjadi Pengarah program. Kalau tak silap program 'Iftar Jamai'e' PERMAI sesi 2006/2007. Jumlah ahli PERMAI ketika itu dalam lingkungan 220 orang.


Kalut. Memang sangat kalut. Semua benda nak diuruskan sendiri. Baik program, persiapan teknikal, tugas-tugas khas, termasuklah persegaran. Team aku ketika itu ialah Halfi (Biro Program), Marwan (Biro Persiapan Teknikal), Muneer (Biro Persegaran) & seorang lagi aku tak ingat (kalau ingat boleh inform aku ye). Tema progam tersebut adalah hasil fikiran Marwan. Mantapkan? Orang tua katanya. =)

Paling cuak adalah bab makanan. Kalau tak silap, masa tu Muneer yang pegang Biro Persegaran (kan Muneer?). Setelah bincang punya bincang, kami setuju untuk asingkan, seorang chef untuk nasi (Sophee), seorang lagi untuk lauk (Faisal) & seorang master chef (Abg Fird).

Dek kerana terlalu ramai chef, waktu tu dah jadi celaru. Masing-masing dengan resepi tersendiri, yang akhirnya mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan (walhal Nasi Ayam je pun). Ketika itu bulan Ramadhan dalam musim sejuk. Jam 5 petang dah masuk waktu Maghrib.

Lepas solat Jumaat (dalam jam 12.30pm), baru nak mula masak & potong-potong. Dek kerana aku ada kerja lain, terpaksa bergegas membantu biro-biro yang berbaki.

Nak cerita panjang, memang tak ingat.

Pada akhir program
(itu gambar candid, bukan muka bangga)


Pendeknya, program berjalan tidak berapa lancar, terdapat beberapa masalah. Memang tak puas hati. Aku memang sangat-sangat berterima kasih kepada ahli team aku yang sangat banyak membantu. Aku sebagai pengarah, memang sangat lemah pada ketika itu. Tanpa mereka, aku tidak yakin aku mampu untuk melangsaikan tanggungjawab yang diberikan itu.

KALI KEDUA

Tahun kedua aku berada dalam PERMAI, aku diamanahkan untuk mengendalikan program yang sama. Iftar Jamaie PERMAI sesi 2007/2008. Ahli PERMAI sekitar 340 orang.


Berbekalkan pengalaman tahun sebelumnya, aku cuba untuk membuat beberapa pembaharuan dengan mengubah daripada sekadar Majlis Khatam Al-Quran & berbuka puasa, kepada sesuatu yang lain, iaitu melancarkan juga Minggu Penghayatan Al-Quran, memandangkan tika itu masih berada dalam bulan Ramadhan.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT & berkat kerjasama dengan semua ahli jawatankuasa pelaksana ketika itu (maaf, 2nd team ni ingat-ingat lupa), program selamat berlangsung tanpa ada gangguan & masalah yang besar.

PENGALAMAN

Pengalaman yang berharga, sangat berguna.


Banyak kepincangan, banyak kekurangan, banyak ketempangan yang berlaku dalam kita menguruskan sesuatu. Tetapi, semua itu tak lain adalah satu bentuk pembelajaran. Pembelajaran untuk diri sendiri, jua untuk mereka yang baru mula berdiri.

Untuk diri sendiri, mengajar untuk lebih matang, lebih tersusun dan terancang.

Untuk yang lain, dengan laporan & muhasabah yang dilakukan, memudahkan mereka yang akan datang, agar kesilapan yang lalu tidak berulang.

Mereka yang belajar daripada kesilapan, adalah lebih berharga daripada mereka yang tidak pernah. Itulah sebab mengapa sekarang ni kerja pun memerlukan pengalaman. Fresh graduate memang sangat susah dapat kerja.

HARGAI

Perkara lain yang menarik bagiku juga adalah berkenaan sikap para seniors & ahli PERMAI yang ada pada ketika itu.

Mereka mengucapkan tahniah & terima kasih di samping memberikan serba sedikit muhasabah untuk diperbaiki pada masa akan datang. Mereka memahami dalam keadaan kami yang masih mentah pada ketika itu, sanggup untuk menggalas kerja yang sebelum mungkin mereka tidak pernah terfikirkan.


Sikap seperti ini menjadikan kami untuk tidak takut untuk mencuba buat kali kedua dengan perancangan & pengurusan yang lebih kemas demi memperbaiki diri & menjayakan program & aktiviti yang seterusnya, meskipun kami gagal pada kali yang pertama itu.

Kenangan bersama Abang Amin & Pidah
(selepas dinner bersama dengan Dato' Mustapha Mohamad)


Setiap usaha yang sesiapa sahaja lakukan, untuk membantu menjayakan sesuatu pelaksanaan, tidak kira baik dari aspek program & aktiviti, mahupun perancangan & perjuangan, semuanya mesti kita hargai. Sekecil-kecil pengorbanan yang dilakukan, menyumbang kepada sebesar-besar kejayaan yang digapai.

JIWAI

Kelemahan & kekurangan itu sememangnya akan terus terpahat dalam hati & sanubari, agar esok tidak lagi aku ulangi.


Ujian Allah bagi, bukan nak suruh kita lemah. Sebaliknya untuk kita kukuh & teguh dalam apa jua yang kita tempuh.

Itu aspek muhasabah.

Aspek menghargai juga, seperti yang dilakukan oleh para seniors terdahulu, juga cuba untuk aku sematkan dalam dada.

TELADANI

Kini, aku & sahabat-sahabat yang dahulunya mentah, sudah bergelar senior. 5 tahun sudah berpayungkan langit Jordan, berpijak pada Bumi Syam ini.

Kadang aku terlupa, terbuai dek kenangan lama. Saat para seniors mengajar kami pelbagai perkara. Sedangkan kini aku sendiri punyai juniors.

Mampukah aku melangkau mereka, memberikan sokongan & galakan, walaupun ada cacat & keaiban?

Atau aku akan menjadi lebih buruk daripada mereka, mengeji & mengata pada tika pekung terbuka?

Andai aku terlupa, maka ingatkan aku, yang pada satu ketika dulu, aku pun begitu.
Mentah antah hanya pandai meniru.


Mereka akui kesilapan, jangan kita singkirkan.
Maafkan & beri penghargaan!



Get your own playlist at snapdrive.net!



Hanya ini yang aku mampu, agar sahabat-sahabat yang di luar sana tiada keliru.

Harapnya, makin tua, makin berguna. Bukan dibuang merata.


Wallahua3lam.


-Syphoon-
Irbid, Jordan

Hidup Tak Selalunya...

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Klinik Conservative Dentistry mempunyai banyak requirements. Maka banyaklah pesakit yang perlu 'ditebuk' giginya.

4 Class I Amalgam Restoration
4 Class II Amalgam Restoration
3 Class I Composite Restoration
3 Class II Composite Restoration
4 Class III Composite Restoration
2 Class IV Composite Restoration
3 Class V Composite Restoration
1 MOD Amalgam Restoration
2 Root Canal Treatment

(Ingat-ingat lupa, rasanya ada lagi ni)

Setiap pesakit yang hadir ke klinik, setelah berada di kerusi, memerlukan approval daripada doktor, sama ada kes tersebut sesuai untuk kami lakukan. Sekiranya tidak sesuai, maka pesakit tersebut akan dirujuk kepada mereka yang berkenaan, sama ada pelajar Master, atau doktor pakar.

Maka berkejar-kejaranlah kami Dental Students menyiapkan requirements ni & klinik Cons ini hanya ada 3 jam sahaja dalam seminggu, dengan tempoh seorang hanya akan dapat 3 jam dalam 2 minggu kerana bergilir-gilir dengan partner masing-masing.

Kalau yang hebat, boleh siapkan 3 requirements dalam masa 3 jam. Kalau tak, 1 sahaja.

Tapi hebat mana pun kita, kadang-kadang kalau tiada rezeki, tak boleh nak kata apa.

Satu hari, aku pernah mendapat 3 patients, tapi hanya patient ke-4 sahaja yang boleh aku rawat.

Pesakit pertama masuk, tetapi dengan keadaan severe enamel hypoplasia disebabkan fluorosis. Memerlukan veneer dan hanya boleh dilakukan oleh pelajar Master atau Doktor Pakar. (info lanjut berkenaan dental fluorosis)

Dental fluorosis





Pesakit kedua datang dengan keadaan gigi kacipnya patah 1/2, dan telah pun dibuat rawatan salur akar (RCT), tetapi setelah diperiksa melalui radiograph, rawatan tersebut gagal, atau lebih tepat bahan yang sepatutnya memenuhi ruang salur akar tersebut, hanya berada pada suku pertama sahaja. Beliau memerlukan re-treatment bagi salur akar tersebut. Lagipun pesakit tersebut memerlukan rawatan korona (crown) disebabkan giginya yang patah itu.














Pesakit yang ketiga adalah pesakit yang mempunyai appointment dengan aku, ya'ni sebelum ini aku ada merawatnya, tetapi ada beberapa yang berbaki perlu dirawat.

Malangnya, yang berbaki itu adalah RCT untuk gigi geraham (1st molar) dan hanya boleh dilakukan oleh pelajar tahun 5.

Hanya pesakit yang ke-4 sahaja boleh aku rawat, dan klinik hanya berbaki sejam. Dapatlah 1 Class I amalgam restoration.

Class I - pits & fissures caries only
source

Alhamdulillah.

Siapkan report, minta tandatangan untuk dokumentasi dalam fail pesakit & seterusnya markah bagi rawatan hari tersebut.

LESSON OF THE DAY



1- Rezeki milik Allah.

Aku biasanya dalam 1 klinik mampu untuk menyiapkan 3 atau sekurang-kurangnya 2 requirements dalam masa 3 jam tersebut. Namun hanya 1 sahaja yang sempat dibuat & mendapat approval daripada doktor.

Sekiranya setelah kita bekerja nanti & mempunyai klinik sendiri, biasanya sehari kita mampu untuk mendapatkan 9-10 pesakit sehari, tetapi tiba-tiba pada hari tersebut, hanya 2 orang pesakit yang hadir, maka itulah ketentuan dari Allah SWT.

Jangan mengeluh, jangan menyalahkan sesiapa, terimalah dengan hati yang penuh, dengan hati yang terbuka. Bersyukurlah walau sedikit yang kita terima.

2- Mengetahui had diri sendiri

To know my own limitation. Bukan semua prosedur mampu untuk kita lakukan. Dengan mengetahui had diri sendiri, menjadikan aku berazam, untuk mencapai perkara tersebut, supaya pada masa akan datang, sekiranya ada pesakit memerlukan rawatan tersebut, aku mampu untuk memberikannya.

Jangan pula buat-buat tahu, nanti menjadi ibarat tikus membaiki labu.

3- Bukan semua yang kita nak, kita akan dapat

Ya, aku mahukan class III, aku mahukan class IV, tapi akhirnya hanya dapat class I. Atau kadang-kala, mahukan kes-kes yang mudah, tiba-tiba pesakit yang masuk memerlukan RCT. Dah cuak tercungap.

Nak tak nak, you just have to do it. But to do it, you must be well prepared. Bersedia dalam semua keadaan, especially the worst.

Walaupun tidak banyak yang dapat pelajari pada hari tersebut berkenaan kos pengajianku, tapi banyak yang aku pelajari tentang kehidupan.

Ada antara kita yang bangun paginya rutin, kerjanya menjadi rutin, makannya sekadar rutin, tidurnya pun adalah rutin.

Rutin adalah ulangan tanpa ada penambahan. Tanpa ada pembelajaran. Bosan lagi tiada kemajuan. Kekal statik sedemikian tanpa ada arah tujuan. Bagai ayam itik mengais untuk makan, petang bila dah senja pulang ke reban. Merugikan.

Tapi semua itu adalah pilihan. Lakukan perubahan atau kekal menafikan.


Wallahua3lam.

-Syphoon-
Irbid, Jordan

Betul Tak Semestinya Tepat

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...


SATU (1)

Keadaan di jalan raya. Ada lampu isyarat. Kita berhenti apabila lampu merah, dan bergerak apabila lampu hijau.

Uh.. nak ikut yang mana 1 ni?

Bergerak apabila lampu hijau itu betul. Tapi secara tiba-tiba, ada pula mamat rempit ni dia 'bantai' langgar lampu merah waktu turn kita jalan (bayangkan simpang 4, kalau 1 hijau, mesti yang lain merah, kan?). Maka adakah ketika itu tindakan yang bijak untuk kita bergerak?

DUA (2)

Seorang pesakit mempunyai masalah pada giginya, dengan keadaan korona yang telah pecah pada gigi geraham kecilnya. Doktor gigi yang menilai, membuat keputusan yang betul memberikan rawatan salur akar kepada pesakit tersebut.

Tiba-tiba, setelah disemak, pesakit tersebut mengandung dan tidak boleh melalui proses radiografi kerana dikhuatiri boleh mengganggu kandungannya.


Tindakan yang tepat, adalah tidak melakukan rawatan kepadanya, menangguhkan hingga pesakit tersebut bersalin.

TIGA (3)

Seorang sahabat kita baru sahaja kehilangan ahli keluarganya (meninggal dunia). Dia berasa sangat sedih. Kita datang kepadanya dan memujuk, menyatakan bahawa semua itu adalah kuasa Tuhan & ada hikmah di sebalik kejadian.

Tiba-tiba dia datang, membalas, menampar muka kita. Dapat sedas bekas tapak tangan di pipi yang gebu itu.

Hanya telur yang memahaminya.
Tidak pada kita.


Adakah kita dapat memahami bagaimana perasaan seseorang yang kehilangan mereka yang sangat-sangat disayangi? Bolehkan mereka diganti?

Betul untuk memujuk, tapi tidak tepat pada waktunya.

KONKLUSI

SATU (1)

Kadang-kala, dalam hidup ini, bukan semua benda yang betul perlu kita muatkan. Hanya yang sangat-sangat sesuai, boleh kita padankan.

Teori, mungkin semudah ABC, tapi pemahaman realiti membentuk segala keputusan kita menjadi tepat lagi teliti.

Betul untuk kita, tak semestinya sesuai dengan masa.

Betul bagi kita, belum tentu tepat bagi mereka.

Jangan sampai tersalah memilih!

Belajarlah dengan pengalaman, agar esok lusa tak menjadi orang cetek akal fikiran.

Ilmu penuh di dada, tapi tak pandai berbudi bahasa.

Belajar tinggi menggunung, namun malangnya akhlak entah ke mana tersadung.

Masing-masing dah besar kan... Boleh fikir sendiri, jangan tunggu sampai mati, baru nak sedar diri. Belajar tinggi-tinggi, tak guna kalau tak ada akhlak dalam diri.

DUA (2)

Kita sebagai seniors sering kali kata, 'zaman abang dulu' atau 'kami dulu waktu buat program' berkongsi pengalaman, memberikan tunjuk ajar.

Para juniors yang datang meminta pandangan & pencerahan, pulang dengan kehampaan & penuh kekeliruan. Tidak dapat membayangkan situasi yang digambarkan.


Misalan, zaman PERMAI dengan ahli 220 orang, tidak sama dengan tika ini, ahli yang melebihi 600 orang.

Maka kadang-kala kita memberikan info & pandangan yang betul, tetapi tidak tepat. Tidak dapat dimuatkan dalam kotak masa yang telah mengalami seribu satu evolusi.

Justeru, kongsikan asas, biarkan mereka menanam pengetahuan yang mereka punyai, agak berbuah menjadi pengalaman yang dapat dituai sendiri.

Muhasabah malam hari, tidak lain hanyalah untuk diri sendiri.

Harapnya makin tua, makin berguna.

Wallahua3lam.

-Syphoon-
Irbid, Jordan

Tuesday, April 06, 2010

Well Adapted

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Esok aku akan ada exam Oral Surgery, jam 8.15am. Nak ulang buat kali ke-3 memandangkan semester lepas markah untuk Oral Surgery ni tak berapa nak bagus.

Apa pun, tengah break buat sementara waktu. Ada nak tulis sesuatu yang berlegar-legar dalam benak kepala.

Salah satu cabang dalam dentistry adalah orthodontics. Tahun 4 ni kami masih belum merawat, tetapi lebih kepada kerja-kerja dalam makmal, mengenali & membuat appliances untuk ortho.

Dan setakat ini kesemua kerja yang kami lakukan adalah 'Wire Bending'. Bukanlah wire untuk ortho ni sama seperti wayar perkakas elektrik. Kita mungkin lebih mengenali dengan nama dawai rasanya.


Peraturan yang paling penting dalam memanipulasi dawai ini adalah dawai tersebut mesti well adapted to the tooth surfaces. Tidak kira kiri, kanan, depan atau belakang gigi tersebut. (Tak tahu macam mana nak cerita.)

Uniknya dawai ni, punyai kebolehan atau keupayaan untuk dimanipulasi supaya well adapted mengikut laras mana kita pusingkan, hinggakan boleh mengikut permukaan gigi & mukosa dalam mulut. Convexity, concavity, depression or bulging, semuanya boleh diadaptasi oleh dawai dengan teknik yang betul.

Playar memang instrumen penting dalam memanipulasi dawai

Ciri penting bagi well adapted wire adalah punyai smooth curves, tidak bengkang-bengkok, berlekuk-lekuk tak tentu hala.

Cantikkan? Itulah arts dalam dentistry =)

Itu cerita dawai. Can be well manipulated, well adapted.

Manusia juga begitu. Lagi unik, lagi menarik.

Seorang yang jet-lagged dengan perubahan waktu di Jordan, apabila pulang ke Malaysia, boleh menyesuaikan diri dengan keadaan di sana setelah tempoh waktu tertentu.

Seorang yang janggal dengan persekitaran awalnya kerana baru berpindah, lama-kelamaan akan mula mengenali jiran tetangga, beramah mesra & menjadi biasa dengan keadaan sekelilingnya.

Seorang yang mengangkat berat, berlari 100m yang semput pada mulanya, setelah berlatih dengan penuh konsisten, otot & sistem badannya sudah boleh keep up dengan bebanan tersebut.

Sangat well-adapted.

Tapi ada side effect pada kita, apabila sudah well adapted ni. Kita menjadi takut. Takut pada perubahan. Takut pada pembaharuan.

PEMBAHARUAN & PERUBAHAN

"Alah, aku biasa buat gini, jadi je... " kata A kepada B, sedangkan B punyai kaedah yang lebih mudah, lebih cepat, lebih advance kata orang.

"Tak pernah lagi orang buat gitu, jangan dok gatal nak cuba-cuba," larang Ambo kepada sahabatnya yang ingin membuat program baru yang tidak pernah diadakan di kampusnya.

"Tak pelah, nanti dah pergi sana nak carik rumah lagi, tempat kerja jauh, tak kenal orang sekeliling, sibuk pagi-pagi dah kena keluar, balik nye tengah malam," ujar Holk memberi alasan apabila menolak tawaran kerja yang lebih tinggi.

Alasan-alasan yang selalu dikemukakan. Dah biasa buat kan, nak cuba yang lain, jadikan kita malas pula.

Well adapted life?

Sedangkan di luar sana, terdapat 1001 peluang dan kesempatan, untuk mengubah diri. Kita lebih suka untuk susah, daripada berubah, kerana telah terbiasa dengan keadaan awal kita. Tanpa kita sedari, situasi kita itu adalah buruk, hanya kerana telah terbiasa, kita menjadi lupa.

Terbiasa dengan escalator,
tangga kosong sebelah tu lagi cepat rasanya.


Hanya dengan sedikit perubahan, mampu mengubah keadaan diri kita. Kemungkinan atau possibility yang kita sendiri rencatkan dengan paradigma 'well adapted' yang mengukir bayangan kesenangan dalam kepayahan.

Well adapted, biar kena pada tempatnya.

Kalau boleh bergolek, telentang, mesti lagi syok, kan? =)

Jangan sampai mengaburkan pandangan, menutup penglihatan, memadamkan potensi & kehebatan.


Bergeraklah ke hadapan, ke arah kemajuan.

Wallahua3lam.

-Syphoon-
Irbid, Jordan


P/S:
- Coret-coret tengah malam exam; bittaufiq wannajah untuk sahabat-sahabat 4th year dental students.

- @Syahmi, maaf sangat-sangat, artikel tak siap lagi. Akan submit secepat mungkin. Sori sangat-sangat bro.

Saturday, April 03, 2010

seKECIL, SEbesar

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

(Entri ini ditulis atas desakan seseorang di Malaysia ye)

Bagi pelajar pergigian, pandangan kita selalunya dihadkan dengan sekecil-kecil mulut pesakit, dan setinggi-tinggi sebatang gigi (yang paling tinggi adalah gigi taring ye).

Tension kan?

Lebih tak tersangka-sangka dari dental check -up.
Check up apa la tu ye? =P


Itulah yang aku & sahabat-sahabat lalui di tahun klinikal hadapi. Kini dah masuk minggu ke-8 kalau tak silap dalam semester kedua.

Entri ini bukan entri mengeluh. Kos pergigian sangat menarik. Jangan salah sangka ye.

Mengetahui yang kecil, membolehkan kita menghargai yang besar. Sekecil-kecil gigi, kalau dah sakit, bermalam-malam tak boleh tidur. Nak tak nak, kena juga jumpa doktor gigi =) .

5 minggu selepas semester kedua bermula, tension mula terbina dalam kepala. Mana taknya, nak study lagi, dah la pandangan pun sempit.

Tapi, Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui, telah memberikan kesempatan kepada aku & beberapa orang sahabat untuk berhujung minggu di Aqabah & Wadi Rum. Terima kasih yang menjemput & sponsor tambang & kemudahan yang lain.

Melihat & merenung kepada kedua-dua tempat ini, membolehkan aku bermuhasabah diri & ingin aku kongsikan bersama kalian :

1) Sebelum ke sini, aku agak tension, mana taknya, pandangan terhad kepada mulut yang kecil semata. Melihat kepada sesuatu yang lebih luas, membuatkan aku rasa sangat - sangat selesa. Tak jemu mata memandang.


Begitu juga perspektif & persepsi kita. Andai kita sempitkan horizon pemikiran, takkan kita jumpa kesudahan. Makin menimbun derita di hati andai tidak dibesarkan. Dapat keluar dari konteks pemikiran yang sempit, membantu kita memahami lebih lagi tentang dunia...

Ini bukan sempit. Ini namanya tersepit.

Aku tidak akan dapat mengenal dunia dengan hanya melihat kepada gusi & mukosa semata. Ibarat sekumpulan si buta yang meraba-raba mengenali sang gajah.


2) Di Wadi Rum, sangat banyak perkara yang aku belajar. Menemukan kembali erti diri, mengenali dengan lebih dekat Pencipta Agung yang Maha Tinggi. Sekecil-kecil gigi, seluas-luas hamparan bumi boleh dicipta-Nya.


Langit yang tertegak tanpa tiang, bukit-bukit terpasak teguh tanpa terjejas dengan deru angin, daratan bumi yang terbentang tidak jemu dipandang, unta-unta tunggangan yang berkeliaran.

Pakej lengkap di Wadi Rum dapat aku nikmati.

Firman Allah SWT :

Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan, Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan? Dan bumi bagaimana ia dihamparkan? (Al-Ghasyiah : 17-21)


3) Tujuan utama skuad pada rehlah kali itu adalah untuk melihat sunset katanya. Kalau ikut pada slogan di pintu masuk untuk memilih pakej tu, ada ditulis yang menikmati matahari terbenam mampu menghilangkan tekanan. Harap-harapnya ada kesanlah untuk semua yang pergi hari tu (sekarang mungkin dah built-up semula kot? =) )

Melihatkan matahari terbenam, mengingatkan aku pada kisah Nabi Ibrahim AS.

Firman Allah SWT :

فلما راى الشمس بازغة قال هذا ربي هذا اكبر

فلما افلت قال يا قوم اني بريء مما تشركون

Kemudian apabila dia (Nabi Ibrahim) melihat matahari terbit, dia berkata "Inilah tuhanku, ini lebih besar," dan apabila matahari terbenam, dia berkata "Wahai kaumku, sungguh aku berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan." (Al-An'am : 78)

إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيفاً
وَمَا أَنَاْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku kepada yang menciptakan langit dan bumi dengan penuh kepasrahan (mengikuti) agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk golongan musyrikin. (Al-An'am : 79)

Salah satu spot untuk melihat SunSet

Pengembaraan kami berakhir dengan terbenamnya matahari. Satu hari yang menarik, walaupun meletihkan. Alhamdulillah. Ngam-ngam 24 jam keluar rumah.

So, thats all for now. Kredit kepada Harith yang tolong ambil gambar & mereka yang tolong sponsor tu.

It was really an amazing trip. Thank you very much. I'm very grateful, up until now.

Doakan kami semua yang dah nak exams ni ye. Adios!~


Wallahua3lam.

-Syphoon-
Irbid, Jordan