Friday, September 19, 2008

Kembali berjuang...

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran buat-Nya, percutian ke tanah air pada 17hb Ogos - 9hb September yang lalu merupakan satu kerehatan minda sementara buatku.

Benarlah kata orang, jika berada depan mata, tak rasa sangat sayang atau rindu. Tapi tatkala berjauhan, kita akan rasa lebih sayang & merindui.

Sahabat-sahabat lama, famili tercinta, kenangan manis yang diraih akan dijadikan bekalan membina semangat selama aku berada di sini insyaAllah...


Famili

Salam sayang buat anakanda ku sekalian;


Abang Syamil, yang semakin tua; =)

Adam yang agak 'ganas' & Syimi pandai dalam pertuturan;

4 Farahs;

Kakak Nasrin yang masih kuat menangis, Tasnim yang sungguh ceria dengan gelak ketawa, Yasmin yang bagaikan seorang model & Baby Izreen yang baru pandai berjalan;

Tak dilupakan,

Baby Irfan yang sangat rajin 'membantu' nenek di dapur;


Terima kasih atas senyuman kalian, mengubat rindu & tension 'monster' Paksu ....


Program Lain

Alhamdulillah, aku juga sempat untuk bersama-sama dengan sahabat lama, menjayakan 2 program yang diadakan di KISAS untuk pelajar-pelajar tingkatan 5 & 6 atas.

p3, atau Projek Perkongsian Pintar, diadakan bertujuan memberikan pendedahan kepada bakal lepasan sekolah menengah kepada alam universiti. Secara asasnya kepada apa yang perlu dilakukan selepas mendapat keputusan SPM / STPM / STAM bagi mengejar cita-cita masing-masing.

Aku ditugaskan untuk menjaga booth jurusan pergigian & memberikan penerangan kepada setiap persoalan berkenaan pergigian; & sungguh bertuah kerana hanya aku seorang mahasiswa dalam jurusan pergigian pada hari itu!

Program 'Reaching for The Sky' pula diadakan sehari selepas P3, bertujuan memberikan motivasi kepada adik-adik yang bakal menduduki SPM tahun ini, juga diadakan di KISAS. Pendek kata, 2 program ini dianjurkan oleh pihak ALKIS (Alumni KISAS), cuma program kedua anjuran bersama Kelab Intelek.

Aku suka untuk bertemu & bersua muka dengan adik-adik generasi muda, yang pada mereka punyai kekuatan & keremajaan, punyai potensi yang akan mencorakkan masa depan.


Juga buat sahabat-sahabat serta krew iluvislam.com yang turun pada hari tersebut, semoga ikatan ukhwah ini akan terus berkekalan.


Get your own playlist at snapdrive.net!


1 lagu ku tujukan buat semua.... Meskipun agak berlainan genre nya. Terima kasih atas segalanya...

Kini ku berpijak kembali di bumi Jordan. Kembali menyambung saki-baki perjuangan yang masih perlu dihabiskan...

Wallahua3lam...

-Syphoon-
Irbid, Jordan
1012, 20 Ramadhan 1428

Tuesday, September 16, 2008

PERTAMA

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...



Assalamualaikum,

Setelah sekian lama tertangguh dan setelah menganalisis serta menilai kekuatan & keupayaan yang ada, saya selaku Pengarah Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan (PERTAMA) bagi Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) sesi 2007/2008 memohon kemaafan atas kegagalan saya & juga ahli jawatankuasa pelaksana dalam menunaikan & melaksanakan beberapa perkara pasca-PERTAMA.

Antara perkara tersebut adalah :

1) Sijil kepada semua ahli yang hadir
2) Pemulangan semula buku cenderahati
3) Penghasilan CD & Buku Laporan PERTAMA

Hal ini adalah disebabkan tanggungjawab & amanah lain yang dipikul beserta taklifan sebagai seorang penuntut di Bumi Syam ini. Selain itu, beberapa masalah teknikal yang berlaku seperti kehilangan maklumat & ketiadaan tenaga kerja menyukarkan ahli jawatankuasa berkenaan untuk melangsaikan kerja-kerja yang berbaki.

Sekali lagi saya memohon kemaafan daripada seluruh warga MPPMJ yang mengikuti PERTAMA pada awal bulan Februari 2008 yang lalu & juga kepada kepimpinan MPPMJ sesi 2007/2008 atas kegagalan saya sendiri & AJK pelaksana yang dipertanggungjawabkan dalam hal-hal tersebut.

Muhasabah tambahan pasca-PERTAMA:

- MPPM perlu mewujudkan 1 jawatankuasa sendiri untuk penerbitan & publisiti. -

Jawatankuasa ini penting kerana ia akan bergerak sepanjang tahun & menjadikan kerja-kerja berkaitan lebih teratur & efisyen berbanding jawatankuasa pelaksana program yang rata-rata AJK akan merasakan kerja mereka telah selesai setelah tamat program.

Wallahua3lam.


Nursyafiq bin Ali Shibramulisi
Pengarah,
PERTAMA kali ke-2,
MPPM sesi 2007/2008.


Artikel berkaitan:
Idea & Pemikiran
Resolusi Pra-PERTAMA