Sunday, August 16, 2009

PERMAI : Pasca Pilihan Raya

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Pertama-tamanya, sama-sama kita panjatkan doa pada Allah SWT, agar kita disampaikan kepada Ramadhan & mohon dikekalkan sehingga ke hujungnya.

Madrasah Ramadhan yang bakal menjelma, merupakan satu jualan murah dari Allah SWT untuk hamba-hamba-Nya membeli pahala. Andai kata tidak diambil kesempatan ini, satu kerugian besar bagi kita sendiri.

Keduanya, ingin aku pohon seribu kemaafan andai kata tulisanku dalam entri ke-3 berkenaan pilihan raya PERMAI menimbulkan salah faham terutama kepada mahasiswa Yarmouk. Entri yang mengulas sedikit berkenaan Majlis Mahasiswa Yarmouk.

Bagaimana anda melihat gambar di atas?

Mungkin disebabkan cara memandang yang berbeza, maka aku mengeluarkan pendapat yang sedemikian rupa. A man focuses on a big thing, & he thinks he already scored 30 points when he succeeded. While a woman may thinks differently, which even a big thing is considered as one point. Mungkin juga disebabkan kedangkalan & kurangnya penelitianku pada MMY meletakkan penilaianku sedemikian rupa.

Jadi sebelum aku meneruskan tulisan ini, aku ingin memohon maaf kepada semua yang berkenaan dalam entriku sebelum ini.

MMJ, dengan Mini Klinik mereka mungkin telah memberikan impak yang agak besar pada pandangan aku, kepada warga PERMAI. Penglibatan & minat yang memberangsangkan di sebelah ikhwah menjadi kayu ukurku dalam hal ini.

MMY, tidak aku nafikan, banyak program telah dianjurkan. Multaqa 'ilmi yang diadakan di Dewan Abu Ain, sememangnya sangat bermanfaat. Namun sekali lagi, aku nyatakan, penilaianku pada penglibatan & minat warga PERMAI agak hambar. Rata-rata yang hadir pada malam itu kebanyakannya mahasiswa Yarmouk juga.

Apa yang ingin aku maksudkan adalah bagaimana untuk menarik lebih ramai untuk terlibat & memberikan rasa minat kepada warga PERMAI keseluruhannya. Bagaimana untuk menonjolkan fungsi mahasiswa Yarmouk dalam bidang masing-masing. Sekiranya MMJ, dengan program-program mereka mampu untuk menampakkan apakah aplikasi yang telah mahasiswa di JUST ini pelajari, memberikan manfaat kepada keseluruhan warga PERMAI.

Itu yang cuba aku maksudkan.

Kejahilan masyarakat, jangan kita tertawakan.
Sebaliknya salahkanlah diri kita, yang sepatutnya berperanan!


Alhamdulillah, dengan kewujudan blog MMY sendiri, banyak yang telah dikeluarkan untuk manfaat semua. Adalah diharapkan sangat-sangat, seluruh warga PERMAI, dalam apa jua bidang, dapat memberikan walau secebis daripada apa yang ada di dada kita semua, untuk dikongsi bersama, terutamanya di sebelah ikhwah.

Kurangnya budaya ilmu, banyaknya hedonisma, menjadikan akal & hati menjadi lesu. Ulasan-ulasan isu semasa, berkaitan dengan fiqh atau keagamaan, yang menjadi kekeliruan di kalangan masyarakat, perlu dijawab secara proaktif oleh mereka yang berada pada bidangnya. Begitu juga dalam masalah yang melibatkan kesihatan atau bidang perubatan mahupun pergigian.

Ya, sememangnya sukar untuk memuaskan hati semua pihak. MMY, sekali lagi, tidak aku nafikan mereka telah banyak berperanan & memberikan manfaat kepada warga PERMAI. Mungkin silapnya pada cara aku menilai.

Sekali lagi aku memohon maaf, buat MMY, juga kepada seluruh mahasiswa Yarmouk.

Andai kata manusia boleh dikawal sebegini rupa?

Pesanku untuk semua, sememangnya tidak mudah untuk berurusan dengan manusia, apatah lagi memuaskan hati mereka. Namun itulah yang Nabi SAW katakan, golongan yang berada bersama dengan masyarakat & berasa sakit dengan perbuatan mereka itu, lebih baik daripada mereka yang mengasingkan diri dengan tujuan beribadah.


Wallahua3lam.

-Syphoon-
Irbid, Jordan.