Wednesday, September 26, 2007

Suci dalam debu?

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu Ya Allah... Selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...


Ali Imran : 110

At-Taubah : 40

Jihad. Kerja yang tidak lain tidak bukan adalah bagi meletakkan kalimah-kalimah kufur itu di tempat yang paling rendah & mengembalikan Islam itu ke tempat yang selayaknya.

Islam tidak akan tertegak selagi jahiliyah itu berada pada paras level yang sama. Naiknya syariat Islam berkadar langsung dengan penghapusan kemungkaran & maksiat dalam masyarakat. Tiada kompromi. Tiada tolak ansur.

Dosa & Pahala

Perkara yang halal itu jelas, begitu juga yang haram. Tidak boleh dicampur adukkan. Tidak boleh ditukar statusnya melainkan dalam kes tertentu.

Kita membaca Al-Quran, tapi dalam masa yang sama kita tidak menjaga dari segi tajwid & tartil. Kita pergi bersolat tarawikh di masjid, tapi dalam masa yang sama pakaian kita tidak menepati ciri-ciri sempurna menutup aurat. Kita berpuasa, tapi kita masih bercakap perkara yang sia-sia, membuang masa dengan tidur & menghadap komputer, menonton movie sehari-hari tanpa melakukan perkara yang bermanfaat.

Betulkah perkara ini?

Perjuangan

Begitu juga perjuangan menegakkan agama yang suci ini. Tidak boleh dicemari dengan perkara-perkara mungkar, maksiat & yang melalaikan. Bagaimana Islam boleh tertegak sedangkan pejuang-pejuangnya lalai & leka dibuai ombak dunia yang menjulang? Silap-silap lemas dalam badai yang datang sekali-sekala, lantas perjuangan mereka terbantut dek kerana hati 'mati lemas' dalam tragedi yang tidak terduga.

Hal inilah antara yang melahirkan golongan-golongan yang tercicir dari perjuangan.

Kita mengaku diri kita sebagai mujahid yang memperjuangkan agama-Nya, tapi kita masih bergelak ketawa, bergurau senda tanpa batasan setiap hari. Kita melarang sesuatu yang mungkar, tetapi kita sendiri yang melakukan perkara tersebut.

Betulkah perkara ini?

Ibarat membasuh lab coat yang putih dengan air lumpur. Gunalah apa juga jenis sabun, ataupun Clorox, (atau di Jordan ni yang lagi kuat dari Clorox, FLASH) tapi sekiranya perkara utama iaitu air itu sendiri tidak bersih, adakah lab coat tersebut akan kembali ke keadaan asalnya?

Biarlah amal ibadah kita ini membawa keuntungan 100% dalam pelaburan kita di dunia ini, bukan hanya sekadar menampung negativiti yang kita lakukan. Biarlah perjuangan kita ini umpama sang suria, menghilangkan segala kegelapan & kesuraman tatkala terbit di ufuk timur. Tidak seperti membasuh lab coat tadi dengan lumpur.

Janganlah kita sendiri yang mencemarkan Islam yang syumul ini. Janganlah kita sendiri yang menjadi fitnah kepada agama ini. Janganlah kita sendiri yang menjadi bukti dilalah atas tuduhan-tuduhan musuh-musuh kita.

Wallahua3lam..


-Syphoon-
Irbid, Jordan
0139, 14 Ramadhan 1428

No comments: