Monday, September 24, 2007

Sesuatu yang tiada

Sedang aku diulit mimpi oleh kelelahan
Sahutan azan sayup-sayup kedengaran
Memanggil menuju kebenaran
Mengajak kepada Tuhan

Namun aku masih terkapar lesu sendirian
Umpama berada di tepian jalan
Yang berlalu berasa hairan
Tidak kurang yang tidak mengendahkan

Mampukah aku bertahan
Tika masih berada dalam pencarian?
Tiadakah yang mahu membimbing tangan?
Tiadakah yang sudi menunjuk jalan?

Tidak layakkah aku mempersoalkan
Atas apa yang telah diperlakukan?
Apakah aku sahaja yang dipersalahkan?

Kadang aku termenung sendirian
Merenung ke hadapan
Mencari sesuatu seolah kehilangan

Mencari semangat di satu sudut perjuangan
Bagi membina kembali keruntuhan

Mampukah aku meneliti perjalanan,
dalam gelitanya keadaan?

Sudah air mata menitis kekeringan,
Menangisi dosa beriringan
Adakah aku mahu membawa sekali ke pembaringan?
Yang natijahnya amat memedihkan

Pilihlah antara dua tangan
Yang mana kita mahukan...

Satu perjalanan itu tidak selalunya lurus...


-Syphoon-
Irbid, Jordan
0923, 11 Ramadhan 1428

7 comments:

Azree MH said...

Uish. Sejak bila minat tulisan sajak ni?

Ingatkan aku ngan rauf je tulis dulu kat KISAS.



www.studiomuslim.com

syphoon said...

lame dah...cuma x zahir jek. baru2 ni je tertulis sajak nih..bese simpan dlm kepala...

Anonymous said...

penyajak baru jordan dari just...hehehehehe....

Anonymous said...

sedap lagu redha ni....nyanyian sotul mujahidin kisas punye

Azree MH said...

Ah, dah ko tulis blog update kat YM, aku singgah la kejap.

Kalau tak update tu memang malas aku nak singgah. Hehe.

syphoon said...

adi suda pulang ke Mu'tah ka?

Anonymous said...

ana dah sampai dah mu'tah.....ari jumaat ni ana gi irbid utk iftor utagha.....hehehe