Tuesday, August 21, 2007

Hari ini kita berjuang...

Hari esok untuk Islam
Hari ini kita berjuang
Menegakkan kebenaran
Walau manusia membenci
Walau manusia mencaci

Hari esok untuk Islam

Hari esok untuk Islam
Hari ini kita berjuang
Menegakkan kebenaran
Walau manusia membenci
Walau manusia mencaci

Yakinlah wahai pejuang
Hari esok untuk Islam
Bekalkan dirimu
Ilmu & Iman
Itulah tenaga kejayaan

Wahai teman sejati
Sambutlah kebangkitan ini
Bumi yang gelap sama disinari
Dengan cahaya Din yang suci

Wahai teman sejati
Bantulah perjuangan ini
Bumi yang gelap sama disinari
Dengan cahaya Din yang suci

Setiap kebatilan pasti akan hilang
Setiap kebenaran pasti akan menang

Yakinlah wahai pejuang
Jahiliyyah pasti diruntuhkan
Islam akan kembali gemilang
Hari esok untuk Islam

Hari esok untuk Islam
Hari ini kita berjuang
Menegakkan kebenaran
Walau manusia membenci
Walau manusia mencaci

-HARI ESOK UNTUK ISLAM-



-Syphoon-
Irbid, Jordan
0904, 8 Syaaban 1428

Saturday, August 18, 2007

Senyum seindah suria...

Bismillah...
Segala puja & puji ku panjatkan kepada-Mu... Selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Hujung minggu lepas (9-11 Ogos), merupakan hujung minggu yang tidak akan aku lupakan. Meskipun di kala kesibukan menguruskan pendaftaran pelajar-pelajar baru di JUST & keterlibatanku sebagai AJK Jawatankuasa Pilihanraya (JPR) Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ), namun kehadiran beberapa insan kecil ini menceriakan kembali diri ini.

14. Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak[186] dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). - Surah Ali Imran

Cahaya-cahaya mata Ustaz Mujahid & Kak Ina

Faheem & Yaya

Kakak Fatimah & Faheem

Cahaya-cahaya mata Ustaz Razi & Kak Yana

Dengan Amir
(Amir berjaya mempengaruhi Presiden PERMATA dibelakangnya =D -sori Amad- )


Kakak Syira

(They really remind me to my nephs & nieces. I miss them badly... Huhuhu)



14. Hai orang-orang mukmin, Sesungguhnya di antara Isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu[1479] Maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) Maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[1479] Maksudnya: kadang-kadang isteri atau anak dapat menjerumuskan suami atau ayahnya untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak dibenarkan agama. - Surah At-Taghabun

15. Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar. - Surah At-Taghabun

Metal purifying. Satu proses untuk mendapatkan logam yang asli. Misalnya, emas yang asli diekstrak daripada bijih emas. Bagaimana? Dengan meleburkan di dalam api yang membakar.

Begitu juga dengan manusia. Bagaimana Allah SWT mahu menghasilkan seorang mukmin yang betul-betul taat kepada-Nya? Melalui ujian yang boleh kita ibaratkan sebagai api tersebut. Meskipun panas, susah & memerlukan pengorbanan, namun hasilnya adalah bongkah-bongkah emas tulen yang berkilauan.

Setiap apa yang Allah SWT berikan kepada kita merupakan ujian. Kenikmatan itu satu ujian, yang mana menguji setakat mana kesyukuran kita kepada-Nya, kesusahan & kepayahan itu juga ujian bagi menguji sekadar mana pergantungan kita kepada-Nya.

Cahaya mata juga merupakan satu nikmat & juga ujian yang Allah SWT berikan kepada kita. Bagaimana kita mendidik mereka? Adakah mampu untuk kita kekalkan mereka di bawah lembayung Allah? Adakah kita terleka dengan anak-pinak sehingga mengabaikan tanggungjawab kita kepada-Nya? Apakah caranya untuk kita mendapatkan nafkah untuk diberikan kepada mereka? Melalui jalan yang halal atau haram?

Dalam Surah At-Taghabun ayat ke-14 & ke-15, Allah SWT telah memberikan peringatan awal kepada kita berkenaan perkara ini. Malahan kita akan dipersoalkan oleh-Nya kelak ketika berada di Mahsyar.

Alhamdulillah, aku bersyukur kepada-Nya kerana aku rasakan kedua ibubapaku telah mendidikku sesempurna mungkin. Dan aku berharap aku dapat dapat menjadi salah satu yang disebutkan oleh Rasulullah SAW sebagai pelabur tetap bagi kedua ibubapaku, meskipun mereka telah meninggal dunia kelak...

(Entry kali ini aku tulis seperti aku sudah mempunyai anak.... Ya, aku punyai anak....saudara )

Alf mabrook buat kakandaku di Malaysia, Nur Fadhli bin Ali Shibramulisi yang akan melangsungkan perkahwinannya hari ini (18 Ogos 2007). Tinggallah baki adinda yang berada jauh ini yang masih single... Jutaan kemaafan juga kerana tidak dapat pulang sama-sama meraikan hari ini... (Kali ke-2, kali pertama ketika kekanda Faizah Nur melangsungkan perkahwinan tahun lepas, aku juga tidak pulang ke Malaysia)

Ya Allah,
Lindungi & rahmatilah mereka,
Takdirkanlah mereka menjadi mujahid & mujahidah,
Yang akan berjuang demi-Mu kelak...

Amiin...


-Syphoon-
Irbid, Jordan
0247, 5 Syaaban 1428

Thursday, August 16, 2007

Petang yang panjang...

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu... Selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Kesibukan dengan kerja-kerja persatuan, ditambah dengan fatrah Imtihan Nihaie menjadikan aku tidak sempat untuk menjenguk ke mari. 2 minggu, menjadikan blog ku ini bersarang labah-labah & bersawang. Alhamdulillah, atas kekuatan yang Allah berikan padaku untuk aku berdiri teguh tatkala angin kencang bertiup. Kadang-kadang, keadaan yang terlalu relax ini menjadikan kita alpa sementara, lantas tatkala deru angin deras datang sekali-sekala, langkah kita terhoyong-hayang kerana kuda-kuda tidak dipersiapkan dari awal.
____________________________________________________________________

Semalam aku ke MSD selepas selesai peperiksaan terakhir bagi semester ini. Bertolak daripada JUST setelah selesai peperiksaan tersebut. Aku mengambil teksi dari Mujamma' Tabarbur (mujamma' baru menggantikan Mujamma' 'Abdali). Pemandu teksi tersebut merupakan seorang yang peramah. Banyak yang diceritakan kepadaku.

"Engkau kalau naik teksi kau tengok dulu meter ni, kalo dia tak reset jadi 150 fils, ko xyah naik." (terjemahan), pakcik teksi memulakan perbualan.

"Aku tak kisah pun kalo aku dapat duit sikit pun, asalkan benda tu halal. Ada je pemandu teksi yang lain yang suka ambik kesempatan, tipu meter, ikut jalan jauh untuk dapat duit lebih," sambung pakcik tu lagi.

" Ni aku cite sket, semalam aku bawa penumpang, tambang dia murah je, dalam 87 qirsy, tapi aku amik 80 qirsy je. Aku kate takpe lah & atas takdir Allah SWT, lepas tu aku dapat penumpang, & aku dapat 3 dinar terus," cerita pakcik tersebut.

Mungkin bagi kita 3 dinar tu kecil, tapi bagi beliau, 3 dinar itu cukup besar nilainya. Apatah lagi jika seseorang itu menghargai setiap apa yang halal, yang Allah berikan padanya. Aku sebenarnya kagum dengan beliau, meskipun susah, tetapi tetap teguh berusaha mencari yang halal & Alhamdulillah, rezeki Allah itu turun pada hamba-Nya yang mencari dengan jujur & ikhlas.

Hadith ke 10 (Matan 40 An-Nawawiah)


Hadith di atas jelas menunjukkan berkenaan keberkatan harta itu sendiri. Biarpun sedikit, namun nikmat keberkatan pada harta itulah yang dicari. Quality , not quantity. Punyai harta kekayaan melimpah ruah, tapi nak mengeluarkan zakat sedikit pun sudah berkira. Tidur malam tidak lena memikirkan harta, takut dicuri orang. Adakah keberkatan pada harta pada masa ini lagi?

Hadith ke-6 (Matan 40 An-Nawawiah)

Segala-galanya telah jelas berdasarkan Al-Quran & As-Sunnah, mana yang halal & mana yang haram. Cuma terpulang kepada kita untuk memilih. Apa jua hal, bukan saja dalam persoalan harta, tetapi dari aspek lain, seperti pergaulan, makanan, muamalat & sebagainya. Meskipun jalannya lebih jauh, tapi pengakhirannya adalah sesuatu yang diredhai di sisi-Nya.

Meskipun jalan yang satu lagi itu nikmat & singkat, tapi sentiasa ingatkan diri kita, yang akhirnya adalah api yang menyala.

Hadith ke-25 (Matan 40 An-Nawawiah)

Akhir hadith ini menyatakan jika kita melepaskan syahwat kita pada sesuatu yang halal, turut diberi pahala & juga sebaliknya.

Syahwat bukan sekadar bermakna hubungan badan, tetapi juga dari segi perhubungan. Bergayut berjam-jam, menghabiskan kredit telefon bimbit, sedangkan perbuatan itu ditegah di sisi-Nya, menambah catatan di sebelah kiri pula.

Aku mengkagumi sahabatku Aiman Rosli & Asma' Khalid (Jordan), juga Hafiz Khairuddin & Atiqah Azam (X-KISAS SPM'04, Mesir) (alf mabrook, maaf tak dapat pergi, tak balik Malaysia :-( ) yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada hujung Ogos ini. (Aku? Masih samar-samar =D ) Atas kesedaran ini, mereka mengikat dengan cara yang sah di sisi syara'.

Seharusnya mereka yang masih belum terikat dengan ikatan yang halal ini soal pada diri masing-masing, "Dia ni betul ke nak terima aku sebagai isteri/suami nanti?" Atau hanya sekadar suka-suka, mengikut tiupan nafsu yang tidak menentu? Apa guna kita melabur pada pelaburan yang dihujungnya kita tahu tidak menguntungkan kita, malahan mengundang azab Allah SWT? Bercouple bertahun lama, berhabis duit membeli kredit telefon bimbit, membeli hadiah bagi menyambut hari jadi 'insan tersayang', sedangkan di hujungnya kita sendiri tidak pasti.

Aku tidak menghala kepada sesiapa. Cuma sekadar peringatan buat diriku sendiri. Terkadang terasa seakan cemburu melihat rakan-rakan yang punyai pasangan masing-masing, namun hati ini cuba menyelaraskan dengan fikiran yang masih waras.

"Berapa tambang ni pakcik," aku bertanya apabila sampai di hadapan MSD.

"Ko jangan tanya tambang, ko tengok meter. Semua teksi ko kene buat camni. Jangan tanya, satgi diorg letak harga yang mengarut," jawab pakcik tersebut.

"Terima kasih banyak pakcik, banyak yang aku belajar dari pakcik petang nih," balasku lagi.

Pakcik tersebut memanggil aku merapati beliau & mengucup ubun-ubun kepalaku.

"Kau dah macam anak aku. Doakan aku supaya sentiasa kekal dalam keadaan ni," pinta pakcik tu lagi.

Aku keluar sambil melambai pakcik tersebut...

Ya Allah,
Yang membolak-balikkan hati ini,
Teguhkanlah hati-hati ini di jalan-Mu

Amiiin...

-Syphoon-
Irbid, Jordan
0947, 3 Syaaban 1428

Wednesday, August 01, 2007

Kita bagaimana?

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu Ya Allah.. Selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Alhamdulillah...Aku kini kembali fokus, walaupun masih terdapat satu dua perkara yang masih bergerak, memusingkan sel-sel neuron di kepala.

Artikel ini telah 5 kali aku cuba untuk siapkan, tetapi dek kerana baru lepas format PC & kehilangan beberapa software hadith & Quran menyukarkan aku untuk menyudahkan apa yang telah dimulakan.

_________________________________________________________________

Kuliyyah Tibb, JUST


Firman Allah :
As-Saff : 4

2 perkara yang Allah sukai berdasarkan ayat di atas :

1) Mereka yang berjihad di jalan-Nya
2) dalam keadaan yang tersusun / berstrategi

Bahagian 1
Said Hawwa dalam Jundullah: Thaqafatan Wa Akhalaqan, bab Jihad Fi Sabilillah menyatakan jihad menurut Al-Quran & As-Sunnah terbahagi kepada 5 :

1) Lisan

An-Nahl : 125

2) Pengajaran / Pendidikan

At-Taubah : 122

3) Tangan & diri

فالأَوَّلُ : عن أَبي سعيدٍ الخُدْريِّ رضي اللَّه عنه قال : سمِعْتُ رسُولَ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم يقُولُ :

« مَنْ رَأَى مِنْكُم مُنْكراً فَلْيغيِّرْهُ بِيَدهِ ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطعْ فبِلِسَانِهِ ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبقَلبهِ وَذَلَكَ أَضْعَفُ الإِيمانِ »

رواه مسلم .

(Hadith ke 34 : Matan Arba'in An-Nawawiah / Hadith 184 : Riyadh As-Solihin)

4) Politik

i- Dalam kerajaan Islam yang adil

( Hadith ke-7 : Matan Arba'in An-Nawawiah)

ii-Dalam kerajaan Islam yang zalim (Hukumah Islamiyah Jairah)

الْحَادي عشَرَ : عنْ أَبِي سَعيد الْخُدريِّ رضي اللَّه عنه عن النبيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قال:

«أَفْضَلُ الْجِهَادِ كَلِمَةُ عَدْلٍ عندَ سلْطَانٍ جائِرٍ »

رواه أبو داود ، والترمذي وقال: حديثٌ حسنٌ .

( Hadith 194 : Riyadh As-Solihiin susunan Imam An-Nawawi)

iii-Dalam kerajaan kuffar

At-Taubah : 73

5) Harta

At-Taubah : 111


Kesimpulan yang aku buat setelah selesai membaca buku ini :

1)
Ali Imran : 110

Kesemua jihad tidak dapat tidak adalah berbentuk menyuruh kepada kebaikan & mencegah kemungkaran.

2)
At-Taubah : 40

Kesemua jihad tidak dapat tidak adalah untuk menjadikan kalimah-kalimah kufur itu berada di bawah sekali & meletakkan kalimah-kalimah Allah itu kembali ke tempat yang selayaknya.


Jadi, pilihlah mana-mana option di atas, asalkan menepati 2 ciri di atas, mengikut panduan & selari dengan syariat-Nya, maka ketahuilah yang kita sebenarnya sedang berjihad di jalan-Nya.

Bahagian 2

Kiranya telah kita fahami tuntutan jihad, bagaimana & mengapa, kita kembali kepada ayat ke-4 Surah As-Saff, tambahkan 1 lagi perkara

-dalam keadaan tersusun / berstrategi-

(Hadith ke-14 : Matan Arba'in An-Nawawiah)

Di Irbid misalnya, kita punyai proksi tersendiri seperti PERMAI , Badan Kebajikan Anak Negeri yang pusatnya telah berpindah dari Mu'tah ke Irbid seperti Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan(BKASJ), Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ), PUTRA (Terengganu) dan sebagainya.

Mengapa perlu kita berjuang seorang diri sedangkan platform sedia ada tersergam di depan mata?

Mengapa perlu kita bina sebuah lagi platform dek kerana hanya mahu mengikut blue print renovation yang menepati selera kita?

Mengapa tidak kita percantikkan platform sedia ada itu dengan idea-idea kita yang mantap & menarik itu andai platform itu kita tahu berpasakkan Allah & Rasul, berkertas-kerjakan Al-Quran & As-Sunnah?

Atau kita ini sebenarnya seorang yang ketegaq?


Wallahua3lam...


"Ceriakan hidup anda dengan masalah"

-Syphoon-
Irbid, Jordan
1137, 18 Rejab 1428

Muat turun Riyadh As-Solihin di sini
Muat turun Hadith 40 di sini