Friday, October 10, 2008

Promosi Buku

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Promosi Buku sempena Hari Raya

1) Buku Bahasa Arab Ammi Jordan


Quick Review : Rujukan Cepat Bahasa Arab Ammi Cetakan Pertama 2008.

Terkandung vocab & perbualan harian serta terma-terma bagi kegunaan klinikal.

Bilangan terhad.

Harga : JD 4

2) Bekalan Para Daie


Himpunan Artikel yang ditulis oleh Mahasiswa Jordan era 1990-an. Mengandungi taujihat & kata-kata semangat bagi mereka yang bergelar daie.

Edisi fotokopi & terhad.

Harga : JD 2


3) Puteriku

Himpunan artikel berkaitan maruah & harga diri wanita. Terkandung terjemahan artikel oleh Syeikh Ali Tontowi & temuramah bersama Ummu Muhammad: Zaujah Syeikh Said Hawwa.

Harga : JD 1.50

4) Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam


Satu buku permulaan yang asas sebelum menerawang lebih jauh bagi mereka yang bergelar daie. Tulisan & susunan oleh Ustaz Fathi Yakan.

Edisi fotokopi & terhad.

Harga : JD 2

5) Passport Nabi


Terkandung segala informasi berkaitan biodata, sejarah hidup, salasilah keturunan, biodata isteri-isteri & anak-anak baginda & pelbagai lagi.

Dua edisi; English & Arabic. Bilangan sangat terhad.

Harga : JD 2

Kaunter jualan akan dibuka esok sewaktu Majlis Jom, Raya! PERMAI di Dewan Al-Kindi, Universiti Yarmouk.

Berminat? Silalah bawa wang secukupnya & rebutlah sebelum kehabisan stok!!!

-Syphoon-
Irbid, Jordan

PERMAI 08/09

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Kadang-kala, senyap & sepi itu lebih baik, penajam mata hati, pengasah buah fikiran....

Firman Allah SWT :

An-Nisa' : 59

Alhamdulillah, malam tadi telah selesai 1 program bersama para junior yang baru sampai ke Jordan.


Dalam program ini, kami selaku Ahli Majlis Mesyuarat PERMAI sesi 2008/2009 telah memberikan pengenalan kepada para junior yang hadir berkenaan peranan, tanggungjawab serta matlamat & halatuju PERMAI bagi sesi pentadbiran kali ini. Ingin sekali saya kongsikan beberapa perkara yang telah kami bentangkan dalam program malam semalam.

1) PERMAI sebagai sebuah badan dakwah

PERMAI bukan semata-mata sebuah persatuan biasa, yang menjalankan pengurusan & pentadbiran. Tetapi PERMAI merupakan satu badan dakwah atau jemaah Islamiyah yang rasmi & berdaftar pada MPPM & pihak JPM Jordan yang menaungi semua mahasiswa Malaysia di bumi Irbid ini.

PERMAI meletakkan Al-Quran & As-Sunnah sebagai teras panduan & sangat-sangat mengharapkan sokongan para ahli, yang senior mahupun junior untuk sama-sama menggemblengkan tenaga membantu meningkat syariat Islam di bumi Irbid ini.

2) Peranan & tanggungjawab PERMAI

Justeru, setelah jelas dengan hakikat PERMAI bukan sekadar sebuah persatuan semata-mata, bahkan merupakan sebuah jemaah Islamiyah yang rasmi bagi mahasiswa Malaysia di Irbid, maka sudah tentulah skop kerja & peranan PERMAI lebih meluas.


Firman Allah SWT :
Ali Imran : 110


2 tugasan besar ini menjadi peranan utama PERMAI di bumi Irbid.

Berbalik kepada dasar & panduan utama PERMAI, iaitu Al-Quran & As-Sunnah, maka sesiapa yang sekali-kali melakukan perkara yang bertentangan dengan dasar PERMAI, maka PERMAI tidak akan teragak-agak untuk bersikap tegas ke atasnya.

3) Matlamat & halatuju PERMAI 2008/2009

Badan Pentadbir PERMAI sesi ini telah menggariskan 4 halatuju & matlamat, iaitu:

i) berusaha meningkatkan SYIAR ISLAM dalam diri, kehidupan & program yang dijalankan
ii) meningkatkan syakhsiah diri seluruh warga PERMAI
iii) menambahkan thaqafah dalam diri warga PERMAI
iv) menjana ekonomi sendiri

4 matlamat & halatuju ini insyaAllah akan bergerak bersama-sama kami pada tahun ini dalam memandu seluruh warga PERMAI ke arah yang diredhai oleh Allah SWT.

Ingin saya nyatakan di sini, andalah sebagai warga PERMAI yang akan menjadi hakim & menilai, sama ada barisan kepimpinan PERMAI sesi ini berjaya atau tidak dalam melaksanakan 4 halatuju yang ditetapkan ini.

4) Slogan 2008/2009

PERMAI 2008/2009 menetapkan 2 slogan, iaitu 'PERMAI DI HATI' & 'BERSAMA-SAMA MEM'PERMAI'KAN DIRI'.

Perlu diingatkan, slogan bukanlah ibarat seperti tasbih yang perlu disebut di mana-mana, atau menjadi satu ideologi baru 'PERMAI', tetapi lebih untuk mengingatkan kepada seluruh warga PERMAI untuk sama-sama bernaung & bersatu padu di bawah 1 lembayung PERMAI.

Tiada lagi beza JPA, MARA, IKIP, JAIS, private mahupun JUST atau Yarmouk sesudah kita bersama-sama mengikat & menggabung jalin tautan hati antara satu sama lain.

Sekali lagi, saya mewakili Badan Pentadbir PERMAI sesi 2008/2009, menegaskan yang PERMAI bukan sekadar sebuah persatuan semata-mata, tetapi merupakan Jemaah Islamiyah, yang sudah pasti tugasan & skop kerjanya terletak pada kerja-kerja Islam, menegakkan syariat, meninggikan syiar.

Ayuh, sama-sama kita memPERMAIkan diri!!!

Timbalan Presiden,
PERMAI 08/09