Friday, February 23, 2007

Moden, Segera & Sesat.

Bismillah...
Segala puja & puji hanya bagi-Mu, selawat & salam buat yang tercinta SAW...

Mimbar Jumaat Masjid An-Naim Taman Seri Setia hari ini menperihalkan berkenaan ajaran sesat. Pelbagai bentuk ajaran sesat tumbuh ibarat cendawan selepas hujan di Malaysia, berbentuk tarekat, sufi dan lain-lain. Ada yang bergerak secara terbuka dan ada yang secara rahsia. berlainan, tapi Substance tetap sama, sesat.

Aku fikir, mengapa boleh wujud keadaan ini? Lebih pelik yang mengikut majoriti adalah umat Melayu Muslim. Ayah Pin, majoriti pengikutnya Melayu. Malam semalam, aku dengar di radio IKIM.fm perbincangan topik mengenai stress, yang aku kira berikutan kes yang berlaku baru-baru ini. Panel dalam rancangan tersebut, Datuk Fadzilah Kamsah, menyatakan antara punca utama berlakunya kes-kes sebegini kerana tiadanya ketenangan dalam jiwa. Dek kerana kurang iman, hati tidak tenteram, terasa jauh dari rahmat-Nya.

Manusia memerlukan suatu tempat untuk mengadu. Tuhan. Bagi seorang Muslim, Allah adalah segala-galanya. Tapi manusia moden telah disetkan fikiran mereka dengan perkataan 'cepat' & 'segera'. Makan mahu segera, kalau tidak, mana mungkin wujud mi segera. Berjalan mahu cepat, lantas mencipta kereta, bullet train dan kapal terbang. Hinggakan untuk menggapai redha-Nya turut mahu segera.

Ajaran-ajaran sesat berkembang dengan menawarkan khidmat segera untuk mencari Tuhan, khidmat segera untuk menghilangkan dosa-dosa yang dilakukan, khidmat segera untuk ke syurga. Hal inilah yang mewujudkan ajaran-ajaran sesat ini. Perkembangan tamadun yang tidak selari antara fizikal & roh menjadikan era modenisasi ini terencat dari segi sosial. Kita kaya dengan material, tapi miskin dari segi ketahanan mental. Kita terlalu banyak menggadaikan agama demi mencapai pembangunan lahiriah. Shape yang cantik, namun substance yang membentuk, rapuh.

Tindakan-tindakan sepatutnya telah diambil oleh pihak berwajib, menahan ahli-ahli gerakan, membubarkan, mengisytiharkan kesesatan mereka dan banyak lagi. Tapi cukupkah sekadar itu?

SHAPE YANG LAIN

Bentuk yang jelas, kita tahu itulah dia. Sama seperti kes ajaran sesat ini. Kita dapat mengetahui dengan melihat pada para ahli mereka. Pihak berwajib juga bertindak ke atas mereka. Tetapi bagaimana dengan bentuk yang tidak dapat kita pastikan? Maka hendaklah kita lihat pada substance yang membinanya.

Islam Liberal. Gerakan yang makin berani melebarkan sayap mereka, kononnya memayungi umat Muslim di Malaysia. Golongan ini tetap menggunakan hadith & Al-Quran sebagai hujah, tetapi dalam sudut yang berbeza. Berdalilkan Al-Quran & Hadith, mereka berhujah, dengan pandangan mereka sendiri. Ada juga kes, ada antara golongan ini memperlekehkan sunnah Rasul SAW, mengatakan apa yang Rasul SAW buat itu sudah tidak relevan pada era yang serba canggih ini. Mentafsirkan Al-Quran mengikut fikiran mereka, sedangkan yang dibaca hanyalah terjemahan, bukannya teks asal Al-Quran itu sendiri.

Mereka mendakwa tafsiran Al-Quran yang dibuat oleh para Ulama' terdahulu sudah ketinggalan zaman, & perlu dikaji semula. Aku setuju, walaupun tidak 100%, untuk menyemak semula, kerana Ulama' terdahulu pun bukannya ma'sum. Tetapi untuk menolak mereka, tidak sama sekali. Dan biarlah mereka yang ahli sahaja menyemaknya. Siapa aku untuk menyemak kitab tafsir Fathul Qadir? Siapa aku untuk menyemak Syarah kitab Riyadhus Solihin:Nuzhatul Muttaqin? Dan siapa mereka yang 'berbunyi' itu untuk menyemak kitab-kitab ini?

Nah, bukankah itu sesat? Namun, apa tindakan kita? Berdiam diri? Membutakan mata? Memekakkan telinga?


Ya Allah,
Tetapkanlah hatiku di jalan-Mu,
Dan dalam mentaati Mu & Rasul-Mu...

Amiin...


-Syphoon-
Teluk Intan, Perak.
1551, 5 Safar 1428.

Monday, February 19, 2007

Pembetulan Kesalahan

Bismillah...
Segala puja & puji hanya bagi-Mu, selawat & salam buat yang tercinta SAW...

Aku terimbau kenangan ketika di sekolah rendah, pabila cikgu memberikan latihan dan terdapat kesalahan pada latihan tersebut, cikgu akan menyuruh kami untuk membuat pembetulan di bahagian belakang buku tersebut dengan tajuk 'Pembetulan'. Buku itu akan disemak kembali dan dengan cara itu kami boleh merujuk di bahagian belakang buku tersebut agar tidak melakukan kesalahan tersebut buat kali kedua.

Ketika di tingkatan 3, sewaktu aku berada di SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak, satu kalam daripada seorang cikguku masih aku ingat sehingga sekarang.

"Kalo dia salah, jangan pangkah, bulatkan pada jawapan yang betul. Tak guna kita salahkan dia, baik kita betulkan dia," ujar Cikgu Khairi, cikgu yang mengajarku Kemahiran Hidup.

Ketika itu aku dan sahabat-sahabatku sedang menyemak kertas soalan & kertas jawapan bagi kelas yang lain.

Kalam ini masih terkesan padaku sehingga kini.

Aplikasi

Entry di web Abu Saif berkenaan proaktif ada mengaitkan dengan falsafah dalam lagu 'Bangau oh Bangau'. Kita semua tahu yang falsafah ini berkaitan dengan kita sendiri. Kalau tidak, masakan lagu ini hanya wujud dalam versi Bahasa Melayu sahaja? (tolong maklumkan kiranya siapa-siapa pernah mendengar lagu ini dalam bahasa lain)

"Dia silap tu, padan muke die".
"Eleh dia tu, suruh org buat baik, tapi x reti cermin diri sendiri".
"Dia tu teruk la, suka buat camtu".


Sedar atau tidak, itulah ungkapan yang kita lafazkan. Tidak kira sesama ahli keluarga kita, rakan serumah kita, jiran tetangga kita ataupun orang yang tidak kita kenali.

Kita menyalahkan seseorang itu kerana perbuatannya itu. Dia itu, dia ini. Tapi apa tindakan kita?

Rasanya kita semua jelas dengan konsep amar maaruf nahi munkar. Bermulanya dengan tangan, lisan dan akhirnya dengan hati. Lisan itu ada, tapi bukan dengan cara ini. Dan tidak boleh sekadar dengan hati, tanpa kita cuba dengan 2 yang awal.

Pernahkah kita terfikir untuk menegur sahabat serumah kita yang lewat bangun untuk solat subuh? Pernahkah kita menegur abang, kakak, atau adik kita kiranya mereka membuat kesilapan? Mungkin ketika kecil pernah, tapi tatkala sudah dewasa ini, bagaimana?

Semuanya berlaku depan mata kita, dan kita pula berkata di belakang. Bukankah itu mengumpat namanya?

Sekadar berkata-kata di belakang tidak akan mengubah kesalahan tersebut. Tegur dengan niat membetulkan, tunjukkan cara yang betul kepada mereka, atau tunjukkan qudwah yang seeloknya kepada mereka.

Organisasi

Sering kita mengkritik orang atasan kita. Misalnya di Irbid, kita mengkritik Presiden PERMAI kerana sifatnya begini & begitu (maaf ya Tuan Presiden, misalan sahaja =P ), tapi pernahkah kita bersemuka dengannya, menyatakan tindakannya itu sebenarnya salah?

Hal ini tidak berlaku antara ahli biasa & pimpinan, hatta dalam barisan kepimpinan tersebut juga terdapat kes-kes seperti ini. Kita mengkritik, kita mengata belakang, andai membina tidak mengapa, tetapi menambah dosa!

Ayuh, kurangkan cakap, mulakan tindakan, perbaik mana yang silap, perbetul mana yang salah, tambahkan yang kurang, sempurnakan yang tidak lengkap.l...

Wallahua'alam...


-Syphoon-
Teluk Intan, Perak
1921, 1 Safar 1428

Friday, February 16, 2007

Sudut dalam pandangan

Bismillah...
Segala puja & puji hanya bagi-Mu, selawat & salam buat yang tercinta SAW...

Dalam kursus Biro Tata Negara (BTN) yang aku lalui sebelum aku ke Jordan, kumpulanku ada membincangkan mengenai pandangan/pendapat dan fakta.

Pandangan/pendapat daripada seseorang itu merupakan aspek bagaimana dia menilai & melihat sesuatu. Misalnya dalam satu isu, si A berpendapat isu itu berpunca dari itu, dan si B berpendapat berpunca dari ini, kedua-dua pendapat mereka bercanggah. Pendapat boleh jadi salah dan boleh juga benar.

Fakta pula merupakan satu hakikat. Misalnya statistik yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai bilangan kereta & motosikal yang dipunyai oleh rakyat Malaysia. Angka yang diperoleh merupakan satu fakta.

Kedua-dua perkara ini berbeza, tapi saling berkait rapat. Andaikan si A tadi mengeluarkan pendapat berdasarkan fakta, dan si B pula tidak, siapa yang lebih diyakini? Ataupun situasi lain, kedua-dua pihak menggunakan fakta, namun si A salah dalam mentafsirkan fakta tersebut. Maka terjadilah 2 keadaan yang aku sebutkan di atas, pendapat/pandangan boleh jadi salah, boleh juga benar.

Dewasa ini, aku melihat rakyat Malaysia sudah mula berdiri di atas fakta. Buat ini, mesti persoalkan kenapa. Buat itu, mesti persoalkan kenapa. Mereka mahukan sebab, mahukan fakta yang menjadikan tindakan mereka itu diyakini. Satu perkembangan yang bagus!

Namun, harus kita berhati-hati dengan penggunaan fakta ini. Kalam-Nya & Hadith SAW bukannya satu fakta yang boleh kita kemukakan begitu sahaja. Apa guna ulama' mukhtabar terdahulu mengarang kitab tafsir Al-Quran setebal 7 jilid jika Al-Quran semudah itu untuk difahami? Apa guna para muhaddhithin berjalan berjuta-juta batu demi mencari para perawi yang cukup syaratnya menurut Ilmu Rijal bagi memastikan kesahihan hadith tersebut? Apa guna kitab-kitab syarah hadith ditulis ?

Gerakan tajdid menggunakan Quran & Hadith sebagai fakta mereka. Gerakan liberal juga turut menggunakan fakta yang sama. Tapi, bezanya mereka, bagaimana mereka memproses fakta tersebut.

Mungkin kita sentiasa mahukan rukhsah, kita mahukan kesenangan dalam kita mengamalkan ajaran Islam. Lantas kita pun bersetuju dengan pendapat yang dikeluarkan oleh puak Liberal ini. Wanita yang tidak bertudung, mengucapkan terima kasih kepada "seorang 'alim" kerana mengemukakan fakta kepada mereka yang tudung itu tidak wajib bagi mereka. Relevankah itu? Fakta dari Al-Quran & Hadith dikemukakan, tapi benarkah pendapat "orang" itu?

Seperti di awal tulisan ini, aku mengatakan pendapat/pandangan merupakan bagaimana seseorang itu melihat & menilai sesuatu. Meskipun berfakta, andai dinilai dari sudut yang salah, maka salahlah pendapatnya itu.

Sikap dalam menerima pandangan

Kini, kita punyai banyak pendapat, boleh aku katakan pendapat/pandangan tersebut semuanya diiringi fakta dari Quran & Hadith, tetapi berbalik kepada kita untuk menilai pendapat & fakta tersebut.

Untungnya aku menjadi siswa di Jordan ialah aku diajar untuk menerima pendapat/pandangan & fakta, lalu mencari kesahihan. Tidak kira bagaimana, bertanya pada Haji Google, diskusi sesama rakan mahupun melalui pembacaan sendiri. Dengan cara ini aku boleh mencari 'sudut yang betul' untuk aku 'memandang' isu tersebut. (Teringat aku akan analogi yang dibawa oleh Akh Riyadh...)

Budaya mahukan fakta ini seharusnya disertai dengan budaya mencari kebenaran. Kita kini punyai ribuan jaringan maklumat. Tapi awas, perlu ada penapis. Tanpa penapis, kita sendiri akan terkeliru & tenggelam dalam lautan informasi menggunung ini.

Sikap dalam memberi pandangan

Suka untuk aku sentuh hal ini, kerana kita sering lupa sikap kita dalam memberi pandangan.

Biased, satu istilah yang biasa digunakan dalam isu pendapat/pandangan. Kita bercakap mengenai fakta, tetapi masih biased terhadap pihak-pihak tertentu. Academician yang jujur tidak patut berkelakuan sebegitu. Andai hijau warna daun itu, maka hijaulah dalam reportnya. Tidak boleh ditulis biru mahupun merah. Menyalahi hukum ilmu. Tidak boleh dek kerana takutkan bossnya yang mahu daun itu berwarna biru, maka dia menulis dalam reportnya itu biru. Jika dia tetap melakukan, maka dia telah melakukan kezaliman terhadap ilmu.

Begitu juga kita dalam dunia dakwah. Jika Dia dan Rasul-Nya mengatakan begini & begitu, maka begini & begitu juga yang perlu kita lakukan & sampaikan. Tidak boleh tidak, tanggungjawab itu telah ada di atas kepala kita.

Sikap dalam memandang

Memandang/melihat juga perlu pada sudut yang betul. Salah sudut, pandangan/penglihatan kita akan kabur & kita tidak akan nampak apa yang berlaku. Lantas kita memberi penilaian/pendapat yang salah.

Di Irbid, aku dapati penduduk di sana berduyun-duyun ke masjid. Mereka tidak kisah sekiranya lambat 1 rakaat, 2 rakaat, mahupun bersolat bersama imam kedua/ketiga. Jemaah yang awal tidak pula memandang dari sudut yang salah kepada jemaah yang lewat solat. Malah mereka bersyukur kerana sekurang-kurangnya mereka itu hadir bersolat di masjid berjemaah. Suasana ini menggalakkan lagi untuk solat berjemaah di masjid.

Yang aku hairan, di Malaysia, kita seolah-olah tidak boleh menerima mereka yang masbuk. Kita memandang mereka ini dari sudut mereka ini bersalah kerana lewat. Sedarkah kita sudut pandangan ini salah, malah membawa kepada kesan yang negatif?

Proaktif dalam memberi pandangan

Orang arab sangat proaktif dalam memberi pandangan mahupun jawapan. Mereka tidak takut kiranya mereka salah. Mereka mahu mencambahkan idea, mencari jawapan, mencari kebenaran.

Suasana ini berbeza dengan pengalaman ku dahulu, yang mana dahulu di dalam kelas sewaktu sekolah menengah, kiranya cikgu bertanya, jarang akan ada yang mengangkat tangan, malah terpaksa untuk disebut nama untuk menjawab soalan, macam VIP pula perlu dipanggil-panggil.

Situasi ini aku perhatikan sama seperti Dewan Ulama' yang ada di Malaysia. Tidak kira dewan yang mana. Apabila bersidang, seorang membentang, lain mendengar, dan kata putus adalah "Kami setuju". Pendapat lain? Tidak ada. Tidak proaktif.

Proaktif dalam memandang

Hal ini boleh saja aku directkan link kepada web Abu Saif. Lebih mudah untuk diterjemah. Memandang, pause & berfikir, lalu bertindak. Kesimpulan yang boleh aku buat.


Semua yang aku tulis ini berdasarkan pendapat/pandanganku, boleh jadi betul, boleh jadi salah. Berbalik pada kita sendiri, dari sudut mana kita memandang.

Wallahua'alam.


Ya Allah,
Jelaskanlah pandanganku,
Selarikanlah pandanganku dengan jalan-Mu...

Amiin.


-Syphoon-
Teluk Intan, Perak
1605, 28 Muharram 1428

Thursday, February 08, 2007

ٍSubstance & Shape

Bismillah...
Segala puja & puji hanya bagi-Mu, selawat & salam buat yang tercinta SAW...

Meskipun tidurku malam yang lalu tidak mencukupi, namun fikiran ku yang jauh menerawang membuatkan aku tidak dapat menyambung tidurku selepas subuh. Tergerak hatiku untuk menulis daripada aku berdiam diri di bawah hiram tak tentu pasal.

Aku pernah terbaca salah satu artikel di web Abu Saif yang berkaitan dengan Substance & Shape dan aku berminat untuk memikirkan berkenaan idea ini meskipun idea yang disampaikan oleh Abu Saif cukup jelas.

Substance

Jika kita ke pasaraya, kita akan dapati pelbagai bentuk gula. Ada gula dalam bentuk butiran yang biasa, ada gula pasir & ada gula yang berbentuk kiub. Tapi apakah bahan asas bentuk tersebut? Semuanya gula.

Jika berjalan jauh sedikit di pasaraya, kita sampai di bahagian tupperware, kita akan dapati pelbagai bentuk tupperware, ada yang besar, ada yang kecil, ada yang bulat, ada yang segi empat, tetapi semuanya dari plastik.

Shape

Apa pentingnya bentuk kalau sudah semuanya gula? Biasanya kita akan menggunakan gula biasa untuk tujuan memasak, membancuh air dan sebagainya, manakala gula pasir biasanya kita gunakan untuk membuat kek atau kuih. Gula kiub memudahkan kita untuk mengagak sukatan gula yang digunakan, dan selalunya digunakan di hospital mahupun di restoran untuk dihidangkan kepada pelanggan.

Begitu juga tupperware tadi, ada pelbagai bentuk, dan setiap bentuk ada kegunaan tersendiri.

KAITAN ANTARA SHAPE & SUBSTANCE

Substance menghasilkan shape. Aku tidak mempersoalkan substance yang mengisi shape, tapi substance yang menghasilkan shape.

Tupperware
, punyai pelbagai bentuk kerana sifat plastik itu mudah dibentuk. Gula boleh dijadikan bentuk kiub kerana sifat gula itu sendiri.

SUBSTANCE & SHAPE BAGI MANUSIA


Manusia juga merupakan satu bentuk (shape). Manusia lebih kompleks, peribadi, personaliti, akhlak, perlakuan, percakapan, semuanya bentuk yang ada pada manusia. Aku fikir, andai semuanya ini adalah shape, maka boleh kita mengubahnya.

Tapi bagaimana?

ISLAM SEBAGAI SUBSTANCE

Ya, dengan menjadikan Islam sebagai substance, maka akhlak, personaliti dan sebagainya dalam diri kita boleh kita bentuk.

Islam merupakan substance yang unggul, tiada cacat cela padanya. Bayangkan jika plastik yang digunakan untuk membuat tupperware tadi tidak berkualiti, alamat baru di depan pintu microwave dah cair.

Seorang muslim yang dibentuk dengan substance Islam yang lengkap, akan punyai akhlak dan personaliti yang mantap. Tidak mudah cair tatkala berdepan dengan ujian, tidak gentar berhadapan dengan musuhnya. Semuanya hasil daripada substance yang unggul tersebut.

Apa untungnya jika semua shape dibuat dari substance yang sama?

Berbalik pada analogi gula tadi. Banyak shape, tapi substance tetap sama, iaitu gula dan punyai peranan yang berbeza.

Ah Chong, Raju & Abu. 3 sekawan dari kaum yang berbeza. Tapi substance mereka sama, iaitu Islam. Mereka keluar bersama-sama ke bandar dan dalam perjalanan mereka terserempak dengan seorang pakcik, muallaf Cina yang tidak tahu berbahasa Melayu atau Hindi. Jadi siapa yang lebih layak untuk berbicara dengan pakcik tersebut? Sudah tentu Ah Chong kan?

(Ah Chong : Ahmad Syafiq ; Raju: Muhammad Rajudin)

Apa yang boleh aku kaitkan dengan analogi substance & shape ini?

MASUK MELAYU, BUKAN MASUK ISLAM

Di Jordan, terdapat pekerja-pekerja yang datang dari Cina, bekerja di kilang-kilang di sini. Ada antara mereka yang Muslim, ada yang tidak. Meskipun orang Arab di sini pada mulanya memandang pelik kepada mereka tatkala Muslim Cina ini hadir ke masjid, mereka akhirnya mengucapkan 'Alhamdulillah' tanda kesyukuran kerana hidayah-Nya itu sampai kepada orang Cina dan tidak pula mereka menyuruh muslim Cina ini memakai pakaian seperti mereka ataupun mengikut perlakuan mereka.

Fenomena 'masuk Melayu' selepas revert kepada Islam merupakan satu igauan buruk yang menghantui golongan non-Muslim di Malaysia. Setelah revert, kena berpakaian seperti orang Melayu, kena mematuhi adat resam orang Melayu, kena itulah seperti orang Melayu, kena inilah seperti orang Melayu. Maklumlah, orang Islam di Malaysia kan orang Melayu... Tapi inilah antara shape yang menjadikan substance tersebut hodoh.

Kita terlalu mementingkan shape, dan mengabaikan substance. Saudara baru kita itu baru mahu bertatih mengenal Islam, kita bebankan mereka dengan adat Melayu, kita bebankan mereka dengan cara hidup Melayu. Apa cara hidup orang Cina 100% bertentangan dengan Islam, dan apakah cara hidup orang Melayu itu 100% selari dengan syara'? Kita mahu dia mengikut cara hidup Melayu atau cara hidup ISLAM? Hasil dari usaha meMelayukan ini yang menjadikan non-Muslim melarikan diri dari Islam.

Aku pernah membaca kisah beberapa orang yang revert kepada Islam. Boleh aku simpulkan, kebanyakan mereka mengenal Islam melalui kajian mereka sendiri. Andai mereka melihat keadaan umat Islam yang ada ketika ini, sudah tentu mereka tidak akan memeluk Islam.

Ayuh, mari kita bentuk kembali substance unggul ini agar punyai shape yang enak dipandang mata dan memukau malah memikat mereka yang melihatnya.

Ya Allah,
Perelokkanlah akhlakku,
Sebagaimana Kau perelokkan kejadianku...

Amiin...

-Syphoon-
Irbid, Jordan
0944, 20 Muharram 1428

Wednesday, February 07, 2007

ٍSemangat Ke'KITA'an

Bismillah...
Segala puja & puji hanya bagi-Mu, selawat & salam kepada junjungan tercinta SAW.

Sudah lama aku menyepi dari menulis. Cuti sungguh aku cuti kali ini. Cuti dari segala-galanya. Aku pohon keampunan-Mu atas 'cuti' ku ini Ya Allah...


Kisah Ketam

Satu hari, Abu ke pasar untuk membeli ketam. Lalu dia bertanya kepada penjual ketam tersebut

"Berapa sekilo ketam pakcik?" soal Abu.

"Adik nak ketam ape? Ketam Cina atau ketam Melayu?" soal pakcik tersebut kembali.

Abu terkejut dengan pertanyaan pakcik tersebut dan bertanya kepada pakcik tersebut apa bezanya ketam Cina & ketam Melayu.

"Ketam Cina tu yang dalam bekas bertutup tu dik...Ketam Melayu bekas dia yang tak bertutup tu," jelas pakcik tersebut.

"Jadi apa beza dia pakcik, saya tengok same je," tanya Abu lagi.

"Ketam Cina bekas die kene tutup sebab nanti kalo sekor ketam panjat, yang lain tengok & diorang pun panjat sama... Ketam Melayu tak payah tutup sebab kalo sekor panjat, yang lain akan tarik jatuhkan tak bagi keluar..." jelas pakcik itu lagi.

Cerita ini aku baca dalam salah satu website sewaktu aku berada dalam tingkatan 4. Masih segar dalam ingatanku dan 4 tahun selepas aku membaca kisah tersebut aku gunakan untuk aku meneliti kebenaran cerita ini. Nampak gayanya, tahun ke-4 ini semakin menjadi-jadi pula.

Peristiwa 1

Kaumku orang Melayu cukup terkenal dengan peribahasa 'Jangan jaga tepi kain orang lain'. Lantas mensampingkan perintah-Nya & Rasul-Nya untuk amar ma'ruf nahi munkar. Filem GUBRA merupakan salah satu contoh yang boleh aku bawakan di sini yang mempraktikkan peribahasa ini.



Al-Hujrat: 1-3

1. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasulnya[1407] dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

2. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara nabi, dan janganlah kamu Berkata kepadanya dengan suara yang keras, sebagaimana kerasnya suara sebagian kamu terhadap sebagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu[1408], sedangkan kamu tidak menyadari.

3. Sesungguhnya orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka Itulah orang-orang yang Telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. bagi mereka ampunan dan pahala yang besar.


Rasanya peristiwa Rasul tercinta dihina oleh kartunis dari Denmark masih segar di ingatan masing-masing. Boleh aku katakan seluruh umat Islam marah dengan penghinaan tersebut. Slogan 'Illa Rasulullah' (kecuali Rasulullah) cukup terkenal di Jordan, yang membawa maksud 'kamu boleh kata apa sahaja tentang orang muslim, tetapi tidak kepada Rasul tercinta'.

Perarakan & sepanduk-sepanduk dibuat di Malaysia tanah airku tanda membantah terhadap perlakuan kartunis tersebut. Semua orang Muslim marah tatkala adanya orang bukan Muslim mempersendakan, menghina Rasulullah. Sememangnya itu tanggungjawab kita untuk mempertahankan junjungan tercinta SAW, dan sememangnya itu antara ciri-ciri orang kafir, yang tidak putus-putus untuk menyerang umat Islam.

347. Ibn `Umar (May Allah be pleased with them) reported: Abu Bakr (May Allah be pleased with him) said: "Show reverence to Messenger of Allah (PBUH) by honouring the members of his family.'' [Al-Bukhari]


Tapi, bagaimana pula penghinaan yang dilakukan oleh umat Islam sendiri? 3 hari yang lepas aku menonton satu video klip di Youtube dan semalam aku membaca blog salah seorang senior KISAS berkenaan kes tersebut.

Ayat dalam Surah Al-Hujrat di atas cukup jelas untuk kita fahami. Bukan sekadar untuk menghina, mempersenda, bahkan meninggikan suara pun tidak boleh. Pelbagai isu dari dahulu hingga sekarang yang berlaku di Malaysia yang mempersendakan sunnah SAW, semuanya kita pandang remeh. Kita marah pada orang kafir yang tugas mereka memang untuk menyerang Islam, tapi kita tidak pula bertindak tatkala ada antara kita sendiri yang berkelakuan sedemikian.

Kita bangga melihat rosaknya individu-individu dari kalangan kita yang rosak. Kita mengutuk kejatuhan nilai moral & peningkatan masalah sosial di negara-negara Barat & Eropah, tapi kita bangga dengan anak muda kita yang turut sama mengikut jejak langkah mereka.

Benarlah cerita ketam di atas untuk peristiwa ini.

Peristiwa 2

Peristiwa ini juga aku terbaca dalam blog senior ku itu.

Ada respon yang positif & ada respon yang negatif berkenaan isu ini. Aku tertarik dengan yang negatif untuk aku coretkan di sini, agar mereka kembali positif.

Mengapa perlu ada suara-suara membantah? Mengapa ada yang bersikap pesimis apabila muslim dari kalangan Cina mahu membina masjid sendiri? Mengapa tidak bersikap optimis dengan pembinaan masjid tersebut?

Semua persoalan ini aku lontarkan dahulu dalam benakku. Aku rasa setiap kali program motivasi kita akan dipecahkan mengikut kumpulan, dan ditanya tentang apa kekuatan kita dan apa kelemahan kita, dan antara pro & kontra antara keputusan-keputusan yang kita lakukan. Jika banyak yang positif, maka kita akan kekal dengan keputusan tersebu. Jika tidak, kita akan mengubah keputusan tersebut.

Nah, kenapa tidak kita lakukan perkara yang sama dalam kes ini? Susah sangatkah untuk duduk 10-15 minit untuk berbuat demikian? Aku pasti adanya suara-suara yang mengatakan

"Ala, orang Cina tu poyo je, nak buat masjid sendiri plak, padehal x pernah nampak pun kat masjid yang ada ni."


Muslim Cina tersebut yang tak datang, atau kita sendiri yang jarang ke masjid?

Bukan aku mahu mengata, tapi aku yakin adanya mereka-mereka yang berkata sedemikian. Sikap kita sendiri yang mendiskriminasikan Muslim Cina ini juga yang menyebabkan mereka bertindak sedemikian. Kita pandang mereka pelik apabila mereka hadir ke masjid ibarat mereka makhluk asing.

"Cina pegi masjid? Biar betul...orang Islam ke dia tu? Entah-entah saje je nak main-main..."

Aku pasti itu merupakan antara tanggapan kita sendiri tatkala melihat atau mendengar mereka yang bukan Melayu tetapi Muslim hadir ke masjid.

Tidakkah kita sedar pembantahan kita itu selari dengan permintaan penubuhan Inter Faith Commission (IFC) yang mahukan Islam tidak boleh disebarkan dalam bahasa ibunda masing-masing melainkan Bahasa Melayu?

Aku pasti, tujuan pembinaan masjid tersebut bukannya seperti Masjid Dhirar sebagaimana yang disebut dalam surah At-Taubah, bahkan masjid tersebut adalah medan bagi Muslim Cina untuk berjuang. Aku pernah berjumpa dengan pakcik Cina tua yang langsung tidak tahu berbahasa Melayu. Bolehkah aku sampaikan ayat-ayat-Nya sedangkan aku tidak tahu berbahasa Cina? Nah, sekarang, kiranya pakcik-pakcik ini memeluk Islam, dan hadir ke masjid untuk solat Jumaat, dan khutbah disampaikan dalam Bahasa Melayu, fahamkah pakcik-pakcik tersebut?

Kita tidak bersikap optimis dalam isu ini. Sering kali kita memandang rendah orang lain, dan apabila kita rasakan orang lain lebih daripada kita, kita melenting. Mulalah kita mencari kesalahan & kesilapan mereka. Tapi kita tidak pernah pula mahu ke masjid atau surau berdekatan dengan kita, bahkan kita pula yang mengata orang yang mahu mengimarahkan lagi masjid.

Benarlah sekali lagi cerita ketam untuk peristiwa ini.

Peristiwa-peristiwa ini aku bawakan untuk kita sama-sama jernihkan bangsa Melayu yang mengaku diri mereka MUSLIM, yang semakin jauh dari Al-Quran & Sunnah SAW tercinta. Tulisanku ini bukan sahaja peringatan untuk mereka yang membaca, tetapi kepada diriku juga, agar tidak tergolong dalam golongan ini.



Ya Allah,
Engkaulah yang membolak-balikkan hati ini,
Tetapkanlah hati ini pada jalan-Mu...

Amiin...

-Syphoon-
Irbid, Jordan.
0422, 19 Muharram 1428

_____________________________________________________________
Hadith ke-347, Riyadhus Solihin

* nota:

Commentary: In this Hadith, the love and respect for the members of the Prophet's (PBUH) family has been tied with the love and respect of the Prophet (PBUH). In other words, a person who loves and respects the descendants of the Prophet (PBUH) will be deemed to be a lover and admirer of the Prophet (PBUH). On the contrary, one whose heart is devoid of the love of the descendants of the Prophet (PBUH), will be considered devoid of the love and respect of the Prophet (PBUH). But love and respect here does not mean that they are taken for sinless persons and their status is exaggerated beyond reason, as is the case with the Shiites. Their whole religious thinking is founded on the exaggeration of the qualities of the members of the family of Messenger of Allah (PBUH) and they have exhausted their imagination in proving them sinless. While their love and respect lies in adopting the noble features of their character and cherishing their piety. Their love and respect does not lie in sentimental attachment with a particular family and exaggerating its praise beyond all limits.

Tuesday, February 06, 2007

iMAD

Bismillah...

*klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

-Syphoon-
Irbid, Jordan
1545, 18 Muharram 1428