Monday, April 21, 2008

Kekuatan, Bukan Igauan!!! (2)

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...



Banyak respon yang diterima. Ada yang menerima, ada yang menolak, malahan ada yang mengemukakan persoalan kembali berkenaan artikel Kekuatan, Bukan Igauan.

Sekiranya para pembaca mahu mengaitkan dengan mana-mana blog, itu hak anda semua. Cetusan idea saya merupakan perasaan yang telah lama dipendam, sebelum blog Silence Stalkers itu terbina. Maka dengan itu saya menulis, kerana tidak tahan lagi untuk dipendam. malahan pada awal artikel tersebut, saya menyatakan untuk blog secara umum, bukan sekadar itu sahaja.

Apa yang mahu diketengahkan di sini adalah SIKAP kita sebagai seorang Da'ie. Bagaimana kita memandang mad'u kita? Menyamakan level kita dengan mereka? Abu Saif ada menyatakan dalam artikelnya 'Apa Tajuk Bab 1 Dakwah Anda'. Harap para pembaca boleh meneliti perkara ini.

Perkara yang kedua, adalah berkaitan perkara akidah. Teguran yang dibuat hendaklah dipastikan dengan keadaan mad'u memahami & mempunyai kekuatan asas dalam akidah. Mengapa perlu beribadah sedangkan keyakinan mereka kepada Allah SWT masih lemah? Perlukah manusia kepada Tuhan?

Seterusnya, perkara ketiga, berkaitan dengan perkara yang kedua juga, tekankan dalam aspek akidah terlebih dahulu. Kita menegur dalam bab ibadah, perlakuan & luaran, sedangkan banyak lagi persoalan akidah belum terjawab. Logikkah untuk 'Beragama Tanpa Tuhan'?

Perkara yang seterusnya, penulisan hanyalah salah satu cabang daripada dakwah. Penulisan tidak akan dapat menggambarkan kesemua keadaan yang berlaku dalam masyarakat, hanya mampu untuk memberi kesedaran kepada yang belum lena, sedangkan yang telah enak diulit mimpi, pendekatan lain perlu digunakan. Menjerit-jerit di sebalik pintu, tidak akan menyedarkan mereka ini, malahan meningkatkan lagi tahap annoyance mereka kepada kita.

Saya bukanlah orang yang terbaik dalam memperkatakan hal ini, cuma mengajak sahabat sekalian untuk membetulkan dahulu turutan dalam kita turun ke lapangan dakwah. Semangat itu bagus, tapi perlu pada saluran yang betul. Masa yang lama kita perlukan untuk menambah pengetahuan, menimba pengalaman & meneguk kepahitan dalam perjuangan.

Biarlah Islam yang indah itu nampak indah, tidak diselubungi oleh karat-karat jahiliyah, dalam apa jua bentuk. Kita mengajak mereka kepada Allah, maka ajaklah mereka mengenali-Nya dahulu, meyakini kepentingan Tuhan dalam kehidupan, kemudian barulah perkara-perkara seterusnya disentuh.


Wallahua3lam.


-Syphoon-
Irbid, Jordan
2139, 15 Rabi'ul Akhir 1429.

(harap semua pautan yang dibuat dalam entry kali ini ditekan & dibaca serta dihadamkan sebelum diskusi dilakukan)

Kekuatan, Bukan Igauan!!!

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu Ya Allah...
Selawat & salam buat junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW...

(Mohon untuk membaca artikel ini dengan teliti & juga MATA HATI).


Runsing!!!

Ramai yang bertanya. Berkaitan dengan exam? Atau sudah hampir masa? Pelbagai andaian. Namun masih didiamkan. Malam semalam tidur tidak lena, bukan kerana siangnya punyai exam, tetapi perkara lain.

BLOG & PENULISAN

Kemunculan blog & internet membuka satu medan penulisan yang begitu luas. Tidak lagi perlu untuk diuji bakat atau ditapis-tapis. Semua orang punyai peluang bagi menyerlahkan idea masing-masing.

Ada blog berbentuk catatan harian, ada juga berbentuk komen berkenaan isu-isu semasa, tidak kurang blog yang cuba membawa dakwah & fikrah Islami serta menjadi tempat untuk meluahkan perasaan.

Tidak ketinggalan bagi warga PERMAI. Lihat sahaja senarai pautan di sebelah kanan blog ini, bertambah saban hari.

Namun apa yang dikesalkan adalah penulisan yang tidak disertakan dengan pemikiran. Tangan yang menaip lebih mengikut hati & perasaan (baca: nafsu). Tak puas hati itu, tak puas hati dengan si dia, ini tak betul & macam-macam lagi.

Bahasa yang digunakan tidak langsung menggambarkan seorang yang telah bergelar mahasiswa, yang telah berada di peringkat pengajian universiti. Seolah-olah tahap IQ yang sangat rendah untuk dibaca. Lebih malang sekiranya tiada EQ!
(baca: tidak beradab)

Firman Allah SWT :

Dan mereka yang menyakiti golongan mukminin & mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka mereka telah memikul kebohongan & dosa yang nyata - Surah Al-Ahzab : 58

Wahai orang yang beriman, JANGANLAH SEKUMPULAN lelaki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik daripada mereka. - Surah Al-Hujrat : 11

Sabda Rasulullah SAW pula :

وعن ابن مسعودٍ رضي اللَّه عنهُ قال : قال رسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم :

« لَيْس المؤمِنُ بِالطَّعَّانِ ، ولا اللَّعَّانِ ولا الفَاحِشِ ، ولا البذِيِّ »

رواه الترمذي وقالَ : حديثٌ حسنٌ .

Ibn Mas`ud (May Allah be pleased with him) reported: The Messenger of Allah (PBUH) said, "A true believer is not involved in taunting, or frequently cursing (others) or in indecency or abusing.'' [At-Tirmidhi]. - Hadith no.1555 - Riyadh As-Solihin


Menceritakan berkenaan perlakuan orang lain yang tidak sesuai atau disenangi juga bukan perkara yang Rasulullah sukakan.


وعن ابن مَسْعُودٍ رضي اللَّه عنهُ قالَ : قالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم :

« لا يُبَلِّغْني أحدٌ من أصْحابي عنْ أحَدٍ شَيْئاً ، فَإنِّي أُحِبُّ أنْ أَخْرُجَ إِليْكُمْ وأنا سليمُ الصَّدْرِ »

رواه أبو داود والترمذي

Ibn Mas`ud (May Allah be pleased with him) said: The Messenger of Allah (PBUH) said, "None of my Companions should convey to me anything regarding another because I desire to meet everyone of you with a clean heart.''
[Abu Dawud and At-Tirmidhi]. Hadith no.1539 - Riyadh As-Solihin

Commentary: `Should not convey to me anything' here signifies anything undesirable or which is harmful for the person concerned. Thus, this Hadith stresses that defects of people should not be unnecessarily reported to those who are at the helm of affairs, as is evident from the caption given to this chapter by Imam An-Nawawi.


Sabda Rasulullah SAW lagi :

Berkatalah perkara yang baik (kebaikan) atau diam
-Hadith ke-15, Matan 40 Nawawi


Ingatlah, setiap kata-kata & tulisan kita yang baik itu adalah sedekah.

Hadith ke-26, Matan 40 An-Nawawi

Kebanyakan penulisan-penulisan blog oleh mahasiswa ketika ini tiada unsur kerohanian & ilmu. Apa yang terlintas di kepala, maka itu yang tercatat. Pembacaan, kajian & penelitian langsung tidak diendahkan. Blog bukan pintu tandas, seperti yang dinyatakan oleh Abu Saif. Bukan sewenang-wenang kita menghambur, mengata, memaki hamun atau memberi komen yang tidak menggambarkan kita menggunakan akal YANG DIPANDU OLEH WAHYU.

Kita bebas berfikir. Manusia itu unik, punyai pelbagai bentuk pandangan. Ya, kita boleh meraikan itu. Tapi sebagai seorang MUSLIM, biarlah kebebasan & perbezaan pendapat itu BERADA DALAM LINGKUNGAN SYARIAT, dalam cakupan Al-Quran & Hadith Rasulullah SAW.

Maka, adab perlu dijaga, perkataan perlu sesuai. Biarlah PERINGATAN ITU MENJADI KEKUATAN, BUKAN IGAUAN!!! Igauan yang menjadikan seseorang itu tidak lena tidurnya, yang akhirnya melemahkan. Bukan itu yang kita mahu.


PENULISAN ISLAMIK (?)

Apa yang lebih mendukacitakan adalah kemunculan blog-blog & penulisan yang dikatakan membawa dakwah & fikrah Islami, tetapi langsung tidak menggambarkan hakikat Islam yang sebenarnya. Sekali lagi ditekankan di sini, TIDAK AKAN BERSIH ISLAM DENGAN KOTOR MUSLIM.


Salah satu perkara yang ditulis oleh Ustaz Fathi Yakan dalam buku 'Maza Ya3ni Intima'i Lil Islam' adalah matlamat tidak menghalalkan cara. Kita tidak boleh menjadi seperti Robin Hood, merompak bangsawan demi membantu mereka yang miskin. Matlamat kita adalah membetulkan kesalahan, bukan menyalahkan.

Sekali lagi ditekankan, biarlah kita memberi PERINGATAN, yang membentuk KEKUATAN, bukan menjadi IGAUAN!!!


Maka berilah peringatan, sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan -
Surah Al-Ghasyiah : 21

Dan bentuk peringatan itu tidak lain adalah peringatan Allah SWT :


Sesungguhnya (ayat-ayat) ini adalah satu peringatan, maka sesiapa yang mengkehendaki (kebaikan bagi dirinya) nescaya dia mengambil jalan kepada Tuhannya - Surah Al-Insan : 29

Perkayakan diri kita sendiri dengan ilmu & uslub. Manhaj yang digunakan mestilah tidak lari daripada apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW & Ulama' terdahulu.

Firman Allah SWT :

Serulah manusia ke jalan Tuhanmu dengan Hikmah & pengajaran yang baik, serta berjidallah (berdiskusi) dengan mereka secara baik - Surah An-Nahl : 125

Dan apabila kita menyedari yang kita mengajak manusia kepada Allah SWT, maka ikutlah apa yang disyariatkan oleh-Nya secara terus (Al-Quran) atau melalui lisan Nabi-Nya (Al-Hadith).


Dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang baik
Hadith 18, Matan 40 An-Nawawi.

Sekiranya perlu dipukul, maka pukullah mereka dengan ayat & peringatan dari-Nya, kerana sifat mukmin itu diceritakan oleh Allah SWT :

Sesungguhnya orang mukmin itu apabila disebut akan nama Allah, maka bergetarlah hati mereka & apabila dibacakan ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka, & mereka hanya bergantung kepada Tuhan mereka - Surah Al-Anfal : 2


Allah SWT juga memberikan panduan berkenaan sifat seorang pendakwah itu :

Mereka itu bersikap lemah-lembut kepada para mukmin & bersikap keras kepada golongan yang kafir
- Surah Al-Maidah : 54

Syariat Allah SWT tidak akan tertegak dengan percanggahan dengan Sunnatullah & tidak ada Sunnatullah yang berada di luar Syariat-Nya. Maka patuhilah apa yang telah ditunjukkan oleh-Nya melalui Rasulullah SAW. Bahasa & adab mesti dijaga, akhlak juga tidak dilupa.

Bersabarlah dengan karenah manusia. Singkaplah kembali sirah Nabawi, ketika Nabi SAW disakiti di Thaif, baginda telah ditawarkan oleh Jibril AS untuk memusnahkan tempat tersebut. Tetapi Nabi Muhammad SAW telah menadah tangan kepada Allah SWT & berdoa.

Kisah lain yang mana seorang wanita tua yang buta dari kalangan Yahudi tidak kering bibirnya daripada mengutuk baginda. Namun wanita tua keseorangan & sebatang kara. Nabi Muhammad SAW saban hari datang dengan roti & menyuapkan wanita tersebut sedangkan wanita itu masih lagi memperkatakan tentang baginda.

Satu hari selepas kewafatan baginda SAW, Abu Bakar As-Siddiq R.A telah datang untuk menyuapkan wanita itu, namun wanita tersebut menyedari, tangan itu bukanlah tangan yang selalu menyuapkannya. Lantas dia bertanya, "Di manakah tangan yang menyuapkan aku selama ini?". Abu Bakar R.A menangis & menjawab yang Rasulullah telah wafat, & selepas itu barulah wanita tua itu tersedar, orang yang dicaci & dihina itu merupakan seorang yang mulia & akhirnya wanita itu memeluk Islam.

Contohilah Manusia Agung ini. Alasan 'Aku bukan Nabi, aku hanya manusia biasa' adalah tidak relevan sama sekali. Gunakan pengetahuan kita berpandukan wahyu, bukan hati & nafsu.

Ingatlah, kita sesama Muslim itu adalah bersaudara:

Hadith ke-1570, Riyadh As-Solihin

Dan bagaimana seorang Muslim itu menyelamatkan saudaranya? :

وعنْ عبدِ اللَّه بنِ عَمرو بن العاص رضي اللَّه عنْهُمَا قالَ : قال رَسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم:

« المُسْلِمُ منْ سَلِمَ المُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ ويدِهِ ، والمُهَاجِرُ منْ هَجَر ما نَهَى اللَّه عنْهُ »

متفقٌ عليه .

`Abdullah bin `Amr bin Al-`As (May Allah be pleased with them) reported: The Messenger of Allah (PBUH) said, "A (true) Muslim is one from whose tongue and hand the Muslims are safe; and a Muhajir (Emigrant) is he who leaves the deeds which Allah has prohibited.''
[Al-Bukhari and Muslim]. - Hadith no.1565, Riyadh As-Solihin.

Commentary: Everyone who professes Tauhid and acknowledges the Prophethood of Muhammad (PBUH), is a Muslim, but a perfect Muslim is one who has attained that high level where he does not harm any Muslim with his hand and tongue (speech). Similarly, an Emigrant is the one who abandons his homeland and relatives and goes to a place where he can easily practise the religion of Allah. But such a person is also an Emigrant who renounces all such things which are forbidden by Allah, because emigration means abandoning, whether it is abandoning of homeland or sins.


Jangan kita lupakan marhalah ukhwah yang pertama adalah bersangka baik (husnu dzan).

Firman Allah SWT :


Wahai orang yang beriman, jauhilah daripada berburuk sangka, kerana sebahagian daripada buruk sangka itu adalah dosa - Surah Al-Hujrat : 12

Sabda Nabi SAW lagi :


Beware of suspicion, for suspicion is the worst of false tales
- Hadith no. 1570, Riyadh As-Solihin


Elakkan juga daripada mencari kesalahan-kesalahan orang lain :

Janganlah kamu mengintip (mencari kesalahan) orang lain.
-Surah Al-Hujrat : 12 & Hadith ke 1570 Riyadh As-Solihin


Kembalikan manusia kepada-Nya, itulah penghujung matlamat kita.


Jadilah seperti air yang lembut, melekukkan batu yang keras, membentuk satu ukiran yang cantik. Simpanlah tukul buat sementara waktu, sementara air masih belum habis. Tukul dapat memecahkan, tapi tidak mengikut bentuk yang cantik. Tetapi air, meskipun mengalir setitis demi setitis, bisa melembutkan batu yang keras.


Batu yang keras,
Air yang lembut,
Dua kejadian amat berbeza,
Tiada siapa dapat menyangka,
Air yang mengalir, dingin di kali
Berupaya melembutkan batu,
Kesannya menjadi ilhamku..

Umpama kejadian hati dan zikir,
Hati bisa jadi sekeras batu,
Zikir sesejuk air mengalir,
Ia bisa melembutkan hati.

Usah disangka selembut zikir, seremeh perkara
Kalimah La Ilaha Illallah, berupaya menggegar hati
Menyadung manusia ke kaki kebenaran,
Menggegar dunia...

Penangan Zikrullah oleh Kumpulan Suara Firdaus
(klik untuk muat turun)


Tidak dapat tidak, zikir atau peringatan untuk kembali kepada Allah SWT itulah yang dapat melembutkan hati sasaran kita. Biarlah kata-kata itu sampai ke hati, bukan yang menjauhkan lagi hati mereka untuk mendengar apa yang kita sampaikan.

Perjuangan atas rasa semangat & tidak puas hati tidak akan bertahan lama.

Dan dalam kita berlumba-lumba mengejar kebaikan, beradalah dalam track yang betul.

Begitu juga perjuangan ini, sekiranya tidak berlandaskan syariat & manhaj yang betul, kelak akan mengundang kemurkaan Allah SWT.

Sekali lagi, sebelum mengakhiri, ingatlah, matlamat akhir kita adalah mengajak manusia kepada Allah SWT & tidak dapat tidak, MESTI berada dalam cakupan Syariat-Nya.


Demi PENA & apa yang aku tuliskan....
Mohon diampuni Ya Allah, sekiranya terdapat kekurangan...

Wallahua3lam.


-Syphoon-
Irbid, Jordan
0646, 15 Rabi'ul Akhir 1429.

Tuesday, April 15, 2008

Ingatan Membina Kekuatan

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

"Korang sume dah besar, takkan la benda basic pun nak bagitau..." "Bape kali dah pesan, takkan tak paham-paham lagi?!"

Kadang-kala, kita rasa muak, bosan & menyampah. Pekerja bawahan tak buat kerja, ahli-ahli tidak memberikan kerjasama, housemate buat endah tak endah, tak puas hati itu & ini dengan orang lain dan macam-macam lagi.

Maka dalam keadaan itu, Nabi Muhammad SAW berpesan :

Janganlah kamu marah - Hadith ke 16 Matan 40

Kemarahan akan mengatasi rasional. Pelbagai perkara yang akan kita hamburkan apabila kita marah. Rungutan, menengking, bahasa & perkataan yang tidak sesuai. Hal ini bukan sahaja akan menyakitkan hati kita, malahan turut memberi kesan negatif kepada mereka yang menjadi sasaran.

Andai kita marah sekalipun, biarlah marah yang ada 'kekuatan' dalam kemarahan tersebut.

Lihat sahaja beberapa kes sebelum ini:

1) Filem-filem & karikatur yang menghina Islam. Maka umat Islam melakukan boikot & tunjuk perasaan. Tapi tiada kesan yang ketara melalui tindakan yang diambil itu.

2) Liga Arab & OIC menyatakan kecaman mereka kepada Israel atas serangan yang dilakukan ke atas Palestin. Marah sekadar marah. Tapi umat Islam di Palestin masih sengsara, dihujani peluru-peluru saban hari.

Andai kata umat Islam punyai kekuatan, maka mereka tidak akan berani menimbulkan kemarahan kita. Bak kata pepatah, air yang tenang, jangan disangka tiada buaya!

Berbalik kepada persoalan dalam skop kehidupan seharian kita, sekiranya kita menghadapi keadaan yang boleh menyebabkan kita berada pada tahap yang tidak rasional, maka janganlah kita marah.

Sebaliknya, peringatkanlah kepada mereka. Firman Allah SWT:


Dan tetaplah memberi peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi mereka yang beriman -
Surah Az-Dzariyat : 55


Maka berilah peringatan, sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan -
Surah Al-Ghasyiah : 21



Dan sebaik-baik peringatan adalah ayat-Nya, yang dapat mengembalikan manusia kepada Tuhan :


Sesungguhnya (ayat-ayat) ini adalah satu peringatan, maka sesiapa yang mengkehendaki (kebaikan bagi dirinya) nescaya dia mengambil jalan kepada Tuhannya - Surah Al-Insan : 29

Sesungguhnya manusia itu daripada Allah, maka peringatkanlah mereka agar kembali mengingati-Nya.

Janganlah kita risaukan mereka akan melenting atau tidak menerima. Maka tetapkanlah hati kita untuk terus memberi peringatan kepada mereka, kerana sifat orang mukmin itu disebutkan oleh Allah SWT :

Sesungguhnya orang mukmin itu apabila disebut akan nama Allah, maka bergetarlah hati mereka & apabila dibacakan ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka, & mereka hanya bergantung kepada Tuhan mereka - Surah Al-Anfal : 2

Kemarahan yang kosong, sekiranya digantikan dengan kata-kata lembut yang berat berisi, maka kesannya akan lebih menusuk hati. Manusia yang kembali mengingati Tuhan, Muslim yang kembali mengingati Allah SWT bukan sahaja akan meningkat kualiti diri mereka, malahan dapat kekuatan rohani mereka sedia terbina.

Lihat sahaja kisah Salahuddin Al-Ayubi yang telah berjaya menawan kembali Al-Quds, beliau telah bertanyakan kepada bala tenteranya, siapa yang pernah meninggalkan solat jemaah & qiyamullail untuk duduk, & akhirnya tinggal beliau seorang yang masih berdiri.

Hatta pada zaman Rasulullah SAW sekalipun, baginda SAW memilih mereka yang bangun bertahajud pada malam hari untuk berada pada barisan hadapan.

Umat Islam ketika ini tidak lebih daripada tin kosong. Kemarahan yang meluap-luap, tapi tidak diendahkan akan sensitiviti ini. Penghinaan & penindasan terhadap Islam saban hari semakin berleluasa. Lebih malang perkara ini dilakukan terlebih dahulu oleh umat Islam sendiri. Tidak akan bersih Islam dengan kotor Muslim.

Sucikanlah kembali Islam dengan membersihkan kembali Muslim. Bermula dengan sahabat-sahabat kita, tetapkanlah hati kita untuk memberi peringatan, meskipun perkara yang basic & perlu diulang berkali-kali.

Sifat manusia yang nis-yan (pelupa) ini tidak harus kita lupa & abaikan. Maka atas perkara ini, perteguhkanlah diri kita, menghadapi karenah yang pelbagai.


Wallahua3lam.

Sama-sama kita cuba untuk mengawal kemarahan kita.


-Syphoon-
Irbid, Jordan
0651, 9 Rabi'ul Akhir 1429

Wednesday, April 02, 2008

Fitna : Satu Analisa

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...


Baru-baru ini, kita sekali lagi digemparkan dengan bentuk penghinaan Islam selepas lukisan karikatur Nabi Muhammad SAW. Kali ini lebih dahsyat, dalam bentuk filem yang berjudul 'Fitna'.
Secara jujur, aku masih belum menonton walau sedutan daripada filem tersebut. Capaian internet di rumahku yang agak perlahan akan bertambah perlahan dengan buffering terus daripada mana-mana laman web.

Telah ada beberapa komen daripada Abu Saif & Ustaz Zaharuddin (klik untuk baca) & beberapa blogger yang lain. Namun apa pandangan kita pula dalam menjustifikasikan keadaan ini?

Aku berminat untuk meneliti isu ini dari dua aspek :

1) Boikot

Meskipun ada yang mengatakan boikot itu tidak relevan, namun ada juga yang memberi alasan boikot merupakan salah satu tindakan berbentuk protes yang boleh kita usahakan bagi memberi signal atau tanda akan kebiadapan mereka yang melakukan perkara tersebut.

Tetapi malangnya kita sering melakukan sesuatu perkara membuta-tuli. Jika diajak untuk boikot, maka kita turut serta. Tiada alternatif (klik pada pautan) yang diberikan.

Seorang yang suka minuman bergas, Pepsio & Coca-Cola, kita terangkan kepadanya yang syarikat tersebut memberikan sumbangan kepada Zionis & menyuruh mereka meninggalkan minuman tersebut, adakah logik mereka dapat meninggalkan perkara kegemaran mereka itu serta-merta?
Maka di situ perlu ada satu jalan keluar. Mungkin boleh kita usulkan Zamzam Cola atau sekiranya di Irbid ini kita punya Ugarit Cola keluaran Syria yang tidak kurang rasanya berbanding Pepsi & Coca-Cola.

Begitu juga keadaan ketika ini. Kita menyuruh untuk boikot produk-produk keluaran negara terbabit, tetapi kita lupa untuk memberikan jalan keluar.

Jangan sampai umat Islam sendiri yang tersepit, dek kerana akal yang pendek.


2) Sistem pendidikan

Semalam ketika program Introspeksi Iman, Saudara Umeir telah memberikan sedikit review berkenaan filem Fitna ini.

Dikatakan ada satu bahagian yang seorang wartawan telah bertanyakan kepada seorang budak berkenaan apakah pandangan Islam terhadap kaum Yahudi.

Kesahihan akan perkara tersebut tidak dapat dipastikan, sama ada budak tersebut sememangnya berkata sedemikian rupa atau dia diupah untuk berkata-kata.

Tapi, bagaimana sekiranya perkara tersebut adalah yang benar-benar berlaku?

Tidakkah peristiwa ini memberikan 1 indikator yang wujudnya ketempangan dalam sistem pendidikan Islam yang ada ketika ini.

Muhasabah perlu dilakukan. Mungkin terdapat kebenaran di sebalik apa yang mereka tonjolkan dalam filem tersebut.

Sistem pendidikan Islam sedia ada perlu diperbaik, supaya mereka yang melalui sistem ini tidak hanya mengeluarkan muntahan otak. 5 tahun belajar, yang tahu hanya apa yang ada dalam kepala.

Misalan, seorang hafiz, tetapi tidak mengetahui tafsir Al-Quran, lebih malang sekiranya makna ayat-ayat Al-Quran tidak diketahui. Hanya menghafal semata-mata, tanpa ada penghayatan.

Atau kelas-kelas menghafal hadith, tanpa adanya rujukan berkenaan syarah pada hadith tersebut. Lantas makna & kefahaman hadith itu tidak sampai seterusnya memberikan kefahaman yang berlainan malah berbeza dengan apa yang telah ulama' terdahulu kaji & gariskan.

Kemunculan serangan-serangan seperti ini bukanlah diletakkan kesalahan tersebut pada musuh-musuh Islam, kerana memang itu pun kerja mereka.

Tetapi bagaimana mereka boleh melancarkan serangan tersebut? Tidak dapat tidak berpunca daripada kelemahan umat Islam sendiri. Mana mungkin pengkritik bola sepak akan memperkatakan sesuatu terhadapa seorang pemain yang sempurna?

Begitu juga keadaan ini, tidak mungkin musuh Islam memperkatakan sesuatu sekiranya umat Islam sentiasa memperbaik keadaan dari masa ke masa, membangkitkan kekuatan yang lalu.

Fikirkan, kemungkinan besar apa yang ditonjolkan dalam filem tersebut, sememangnya tepat ke atas batang hidung kita!!!

(Pandangan seorang yang masih belum menonton filem tersebut, boleh diterima & ditolak)

Wallahua3lam.


-Syphoon-
Irbid, Jordan
2018, 25 Rabi'ul Awwal 1429