Segala puja & puji buat-Mu... Selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Lama tidak menjenguk ke mari, kesibukan dalam realiti yang sukar untuk diterjemah dalam huruf-huruf yang dieja. 2 events besar PERMAI telah berlalu, 'Majlis Iftar Jamai'e & Perasmian Minggu Penghayatan Al-Quran' dan 'Rumah Terbuka Aidilfitri PERMAI' yang diadakan semalam.

Minggu lalu, aku membuka network Indera & 'menggeledah' folder milik rakan serumahku & ku temui satu cerita bersiri Jepun, Iryu . Mengisahkan sekumpulan doktor yang pakar dalam cardiac surgery. Aku suka menonton cerita sebegini bagi meningkatkan lagi minat dalam bidang perubatan, meskipun aku kini berada dalam jurusan pergigian.
Apa yang menarik minatku adalah berkenaan teamwork mereka. Cerita ini bermula dengan head surgeon tersebut mencari ahli-ahli kumpulannya (nakama) & akhirnya mereka menjadi satu team yang mantap & punyai kesefahaman.
"I need nakamas that can fight beside me". Satu team atau organisasi seharusnya bergerak ibarat satu jasad yang sempurna, selari dengan hadith Nabi SAW :
وعن النُّعْمَانِ بنِ بشِيرٍ رضي اللَّه عنهما قال : قال رسولُ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم:
« مثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وتَرَاحُمِهِمْ وتَعاطُفِهِمْ ، مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَداعَى لهُ سائِرُ الْجسدِ بالسهَرِ والْحُمَّى »
متفقٌ عليه .
وعن أَبي موسى رضي اللَّه عنه قال : قال رسول اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم :
«الْمُؤْمنُ للْمُؤْمِن كَالْبُنْيَانِ يَشدُّ بعْضُهُ بَعْضاً » وَشَبَّكَ بَيْنَ أَصَابِعِه .
متفق عليه .
وعن أَبي هُريرةَ رضي اللَّه عنه ، أَنَّ رسولَ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قال :
« إِذا صلى أَحدُكُمْ للنَّاسِ فلْيُخَفِّفْ ، فَإِنَّ فِيهِمْ الضَّعِيفَ وَالسقيمَ والْكَبِيرَ . وإِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ لِنَفْسِهِ فَلْيطَوِّل ما شَاءَ »
متفقٌ عليه .
وعن جرير بن عبد اللَّه رضي اللَّه عنه قال : قال رسول اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم :
« مَنْ لا يرْحَم النَّاس لا يرْحمْهُ اللَّه »
متفقٌ عليه .
Hadith ke-227 , Riyadhus Solihin
Muamalah atau interaction sesama ahli juga haruslah dengan penuh berakhlak & kesopanan,Sentiasalah saling mengingati, memberi motivasi, menegur kesalahan & memperbaharui azam, sebagaimana yang dilakukan oleh Mu'az bin Jabal ,
dan juga hadith dari Nabi SAW
Biarlah segala kekusutan, kelemahan, keadaan kelam kabut yang berlaku diselesaikan di peringkat dalaman. Kata orang, hal rumahtangga, jangan sampai jiran-jiran pun tahu. Begitu juga dalam organisasi, tidak molek bagi kita menampakkan cacat cela sendiri, apatah lagi membuka pekung di dada.
Interaksi yang berkualiti, memerlukan kesabaran & penelitian, yang akhirnya akan membuahkan persefahaman. Sekiranya kita mampu untuk bersabar & berinteraksi secara berkesan sesama sendiri, insya-Allah, sekiranya kita terjun ke tengah-tengah masyarakat, kita sudah punyai pengalaman ketika berada dalam organisasi, menghadapai karenah yang pelbagai. Sekiranya kita dengan ahli dalam organisasi pun fail untuk memahami, bagaimana kita boleh berhadapan dengan masyarakat yang punyai 1001 kemungkinan yang tidak dapat kita bayangkan.
Meskipun apa yang aku sampaikan ini simple, namun ketahuilah, mengaplikasi selepas mengetahui adalah lebih manis, sebagaimana seorang yang ingin membeli kereta, selepas diberitahu akan kebolehan, kecanggihan & kelebihan kereta tersebut, dia akan menjadi lebih ghairah untuk membeli & memandu kereta tersebut, kerana dia tahu, kereta itu bukan hanya sekadar boleh membawanya ke destinasi lain, malahan punyai fungsi yang pelbagai, apatah lagi sekiranya dapat dibeli pada harga yang murah.
Begitu juga dalam hal ini, bukan hanya pada amali, tapi juga mengundang rahmat dari-Nya, yang mana kita harus membayar dengan nilai akhlak & kesabaran (tiada kerugian bagi kita, malah mendapat nilai tambah dalam pulangan modal, untung, kan?).
Oh, terlupa, Eid Mubarak diucapkan kepada semua, semoga kita lulusan University Ramadhan sesi 1428 akan terus konsisten & mudah-mudahan dapat kita menyambung kembali pada sesi 1429.
Ya Allah,
Yang membolak-balikkan hati,
Tetapkanlah hati kami,
Bertaut dalam simpulan kasih sayang kepada-Mu....
Amiin...
-Syphoon-
Irbid, Jordan
0921, 8 Syawal 1428
No comments:
Post a Comment