Menukil bagi meletakkan kembali pada tempat asalnya....
Thursday, October 22, 2009
Betul Belum Tentu Sesuai
Segala puja & puji buat-Mu, selawat salam buat junjungan tercinta SAW...
Satu masa, aku teringat akan satu entry yang ditulis oleh Dr. Wan Ruzaimi aka Che Mi.
Tajuk entry tersebut ; Yang Betul, Tak Semestinya Sesuai (klik sini)
Satu masa, aku apa yang pimpinan kini (tak kisahlah PERMAI ke, MPPM ke, mana-manalah) lakukan, baik dari segi perancangan mahupun tindakan, tidak kena. Kalau dululah, aku takkan buat begitu. Aku akan buat begini dan begitu.
Tapi, bila aku fikir balik, itu dulu. Mungkin sesuai ketika itu. Tindakan yang aku fikirkan mungkin betul, tapi tidak sesuai ketika ini. Jadi aku lebih memilih untuk lebih banyak memerhati dan belajar lagi. Zaman PERMAI 220 orang tidak sama seperti sekarang yang mencecah 600 orang.
BETUL tidak semestinya SESUAI.
Sesuatu yang perlu difikirkan oleh para seniors ketika ini. Banyak pengalaman, mungkin banyak memBANTU. Tapi, satu ketika, kena memBATU juga, PERCAYA yang IKAN yang mengepalai ketika ini, mampu berenang ke muara. Biarkan mereka dewasa. Kalau sesat, barulah kita menjadi BATU yang BERTANDA, menunjuk arah kepada mereka.
Wallahua3lam.
-Syphoon-
Irbid, Jordan.
Sunday, August 16, 2009
PERMAI : Pasca Pilihan Raya
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Pertama-tamanya, sama-sama kita panjatkan doa pada Allah SWT, agar kita disampaikan kepada Ramadhan & mohon dikekalkan sehingga ke hujungnya.
Madrasah Ramadhan yang bakal menjelma, merupakan satu jualan murah dari Allah SWT untuk hamba-hamba-Nya membeli pahala. Andai kata tidak diambil kesempatan ini, satu kerugian besar bagi kita sendiri.
Keduanya, ingin aku pohon seribu kemaafan andai kata tulisanku dalam entri ke-3 berkenaan pilihan raya PERMAI menimbulkan salah faham terutama kepada mahasiswa Yarmouk. Entri yang mengulas sedikit berkenaan Majlis Mahasiswa Yarmouk.
Mungkin disebabkan cara memandang yang berbeza, maka aku mengeluarkan pendapat yang sedemikian rupa. A man focuses on a big thing, & he thinks he already scored 30 points when he succeeded. While a woman may thinks differently, which even a big thing is considered as one point. Mungkin juga disebabkan kedangkalan & kurangnya penelitianku pada MMY meletakkan penilaianku sedemikian rupa.
Jadi sebelum aku meneruskan tulisan ini, aku ingin memohon maaf kepada semua yang berkenaan dalam entriku sebelum ini.
MMJ, dengan Mini Klinik mereka mungkin telah memberikan impak yang agak besar pada pandangan aku, kepada warga PERMAI. Penglibatan & minat yang memberangsangkan di sebelah ikhwah menjadi kayu ukurku dalam hal ini.
MMY, tidak aku nafikan, banyak program telah dianjurkan. Multaqa 'ilmi yang diadakan di Dewan Abu Ain, sememangnya sangat bermanfaat. Namun sekali lagi, aku nyatakan, penilaianku pada penglibatan & minat warga PERMAI agak hambar. Rata-rata yang hadir pada malam itu kebanyakannya mahasiswa Yarmouk juga.
Apa yang ingin aku maksudkan adalah bagaimana untuk menarik lebih ramai untuk terlibat & memberikan rasa minat kepada warga PERMAI keseluruhannya. Bagaimana untuk menonjolkan fungsi mahasiswa Yarmouk dalam bidang masing-masing. Sekiranya MMJ, dengan program-program mereka mampu untuk menampakkan apakah aplikasi yang telah mahasiswa di JUST ini pelajari, memberikan manfaat kepada keseluruhan warga PERMAI.
Itu yang cuba aku maksudkan.

Sebaliknya salahkanlah diri kita, yang sepatutnya berperanan!
Alhamdulillah, dengan kewujudan blog MMY sendiri, banyak yang telah dikeluarkan untuk manfaat semua. Adalah diharapkan sangat-sangat, seluruh warga PERMAI, dalam apa jua bidang, dapat memberikan walau secebis daripada apa yang ada di dada kita semua, untuk dikongsi bersama, terutamanya di sebelah ikhwah.
Kurangnya budaya ilmu, banyaknya hedonisma, menjadikan akal & hati menjadi lesu. Ulasan-ulasan isu semasa, berkaitan dengan fiqh atau keagamaan, yang menjadi kekeliruan di kalangan masyarakat, perlu dijawab secara proaktif oleh mereka yang berada pada bidangnya. Begitu juga dalam masalah yang melibatkan kesihatan atau bidang perubatan mahupun pergigian.
Ya, sememangnya sukar untuk memuaskan hati semua pihak. MMY, sekali lagi, tidak aku nafikan mereka telah banyak berperanan & memberikan manfaat kepada warga PERMAI. Mungkin silapnya pada cara aku menilai.
Sekali lagi aku memohon maaf, buat MMY, juga kepada seluruh mahasiswa Yarmouk.
Pesanku untuk semua, sememangnya tidak mudah untuk berurusan dengan manusia, apatah lagi memuaskan hati mereka. Namun itulah yang Nabi SAW katakan, golongan yang berada bersama dengan masyarakat & berasa sakit dengan perbuatan mereka itu, lebih baik daripada mereka yang mengasingkan diri dengan tujuan beribadah.
Wallahua3lam.
-Syphoon-
Irbid, Jordan.
Sunday, July 19, 2009
Labuhkan tirai 08/09 (siri 1)
Assalamualaikum wbth...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Alhamdulillah, berakhir lagi satu sesi pentadbiran PERMAI. 12 bulan, merupakan satu tempoh yang cukup panjang. Pastinya tanpa sokongan & dorongan serta kerjasama warga PERMAI sekalian, Badan Pentadbir PERMAI sesi 2008/2009 tidak akan dapat bertahan & melaksanakan amal-amal Islami yang dipertanggungjawabkan kepada kami.
Amanah atau taklifan merupakan satu bebanan, bukan kunci untuk memperoleh kemuliaan. Tiadalah kami yang berada di atas ini mempunyai apa-apa keistimewaan untuk membuat keputusan atau melaksanakan apa sahaja yang berlegar di fikiran kami tanpa memikirkan akan warga PERMAI keseluruhan.
Begitu jugalah yang saya harapkan kepada pimpinan yang bakal memegang teraju PERMAI, dapat mengutamakan kepentingan ahli tanpa membeza-bezakan mereka. Juga diharapkan kepada seluruh warga PERMAI, agar dapat memberikan kerjasama kepada pimpinan yang naik kelak, walau sekadar akhlak yang tinggi.
Musnahkan segala tembok yang membeza-bezakan, yang memisah & memecah-belahkan kesatuan warga PERMAI, agar keadaan kembali permai. Cukuplah tahun-tahun sebelum ini yang banyak suka-duka dek kerana adanya golongan yang cemburu melihat kesatuan ini, cuba untuk membawa idea-idea & fikrah yang tidak matang lagi rasional, lantas ‘menceraikan’ sebahagian ahli PERMAI dengan yang kelompok besar.
Nabi Muhammad SAW sendiri tidak pernah membezakan antara manusia, inikan pula kita sebagai umatnya yang kerdil lagi hina. Islam tidak pernah mengajar untuk mendiskriminasi antara satu sama lain. Memilih sebahagian & mengabaikan sebahagian yang lain, bukanlah sifat dai’e yang proaktif & produktif.
Akhir kalam, 3 tahun berada dalam kepimpinan PERMAI, saya memohon maaf andai ada salah & silap, sepanjang saya berperanan. Terima kasih & syabas saya ucapkan kepada seluruh barisan kepimpinan PERMAI sesi 2008/2009, atas kerjasama yang padu sepanjang sesi ini, & juga kerana berjaya mengukuhkan PERMAI di hati ahli dengan cogankata ‘PERMAI DI HATI’.
Terima kasih juga buat warga PERMAI kerana telah memberikan komitmen yang tinggi walaupun dalam kepadatan kehidupan seorang mahasiswa di bumi Anbiya’ ini.
Semoga PERMAI akan terus berjuang, kembali meletakkan kalimah Allah pada tempat yang selayaknya.
Wallahua3lam.
Nursyafiq bin Ali Shibramulisi
Timbalan Presiden,
Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid,
Sesi 2008/2009.
*artikel ini telah diedit oleh Biro Program AJK Pelaksana AGM PERMAI kali ke-7 dan dimuatkan dalam Buku Cenderahati untuk VIP dalam program tersebut.
Thursday, July 16, 2009
Pilihanraya PERMAI (siri 4)
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Sedar atau tidak, telah 4 siri aku keluarkan untuk komen pilihanraya PERMAI kali ini, menggambarkan betapa hangat & sengitnya pemilihan pucuk pimpinan sesi depan ini.
Aku juga hairan buat akhir-akhir ini, ramai antara warga PERMAI menuntut setiap calon untuk mengemukakan manifesto masing-masing. Atas nama mahukan perubahan, maka tuntutan sebegini dilakukan, meskipun tahun-tahun sebelum ini tidak dilakukan.
Perlu diingatkan, yang kita di sini tidak sama seperti di kampus-kampus di Malaysia, yang calon-calon sendiri yang mendaftar untuk bertanding. Maka mereka perlu membuat manifesto yang diyakini untuk meraih undi daripada para pemilih.
Berlainan dengan kita dalam komuniti PERMAI, kita, selaku ahli, sendiri YANG MENCALONKAN MEREKA, sedangkan ada di antara MEREKA TIDAK PERNAH TERFIKIR PUN UNTUK DUDUK DI KERUSI MT.
Malahan, ada juga calon-calon ini dikempenkan tanpa pengetahuan mereka! Maka kita secara senang-senang menuntut itu & ini, jika tidak, tidak mahu keluar mengundi.
Itu satu perkara.
Yang kedua,
Perlu kita kaji dalam aspek MEMINTA-MINTA JAWATAN. Aku yakin, insyaAllah calon-calon ini tiadalah mengharap akan perkara ini. Mereka semuanya akan bekerja insyaAllah kerana Allah SWT. Meskipun mereka tidak memegang jawatan, keringat dan kudrat mereka akan digunakan untuk membantu menegakkan Islam melalui platform PERMAI ini.
Membuat manifesto, ibarat meminta-minta jawatan. Anda yang menuntut perkara ini, dalam tidak sedar, anda telah mendesak calon-calon ini supaya melakukan perkara yang ditegah oleh Islam itu sendiri. Tidakkah kita sedari ?
Ketiga,
Tiadalah manifesto dilakukan melainkan untuk menarik pengundi, kerana di Malaysia, contohnya dalam pilihanraya antara Parti A & Parti B, masing-masing mengemukakan manifesto sendiri. Parti A dengan ideanya untuk menegakkan keadilan berprinsipkan ISLAM tanpa mengenal batasan kaum, sedangkan lawannya bersifat perkauman. Maka atas dasar MAHU kepada kedudukan tersebut, agar TIDAK ADA YANG DIZALIMI, manifesto dilancarkan.
Jadi aku ingin lontarkan satu persoalan di sini. Adakah ada antara calon-calon ini yang naik kelak, AKAN BERLAKU ZALIM???
Suka aku melihat komen abgygbaikhati di shout box JPR PERMAI.
Andai ada yang anggap pemikiran & fikrah seperti ini kolot lagi jumud, maka aku berani katakan, corak pemikiran kita masih belum mencapai tahap matang, tidak sesuai dengan slogan 'Kematangan Bepersatuan' itu masih jauh dari gapaian kita.
Mengapa? Kerana kita sendiri tidak mencipta identiti sendiri, yang terikut dengan apa yang dibawa di Malaysia, sedangkan keadaan kita SANGAT-SANGAT BERBEZA di sini.
Kaji & selidikilah lagi berkenaan sistem siasah Islam, kiranya kita masih mahu menggunakan slogan 'Kematangan Bepersatuan' dalam Mesyuarat Agung Tahunan kita kali ini.
Harapnya, dalam pemilihan kali ini, ahli sendirilah yang bersikap proaktif, mencari maklumat calon-calon, bertanya-tanya, merisik-risik, apa salahnya? Agar kelak, pilihan yang dibuat, tidak meletakkan kita dalam golongan yang ZALIM! (macam nak kawen plak)
Wallahua3lam.
-Syphoon-
Irbid, Jordan
Wednesday, July 15, 2009
Pilihanraya PERMAI (siri 3)
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Tempat, biarlah sepadan dengan orangnya!Sebelum aku mengulas panjang, perlu aku tegaskan di sini yang semua ini hanyalah pandangan peribadiku, yang boleh jadi salah atau tidak tepat. Anda berhak menerima & menolak. Apa yang aku lontarkan di sini hanyalah untuk difikirkan bersama.
Maka, sekali lagi, aku mohon, izinkan aku mengemukakan pendapatku berkenaan pemilihan pucuk pimpinan PERMAI untuk sesi akan datang.
Bukanlah niatku untuk mendiskriminasi antara JUST & Yarmouk ye... (",)
Aku tidak nafikan, mengikut pengalamanku berurusan & bekerja dengan Afif & Sahel, serta pada pengamatanku, mereka berdua punyai nilai & kualiti yang sangat tinggi, baik dari segi gerak kerja, mahupun corak mereka berfikir dan mengeluarkan pendapat. Amat rugi sekali kiranya mereka tidak dimanfaatkan.
Namun, perlu diingatkan, kerusi yang diperuntukkan untuk mahasiswa Yarmouk hanyalah 2 untuk siswa & 1 untuk siswi.
Calon-calon yang lebih seniors di Universiti Yarmouk ini lebih berharga, & wajar untuk 'dipergunakan' & 'diperhambakan' sebelum mereka pulang, memandangkan tempoh mereka berada di Jordan ini begitu singkat berbanding JUST.
Misalan, untuk siswa, aku sendiri yang mencadangkan untuk Amin berada di 2 kerusi teratas. Manakala calon kedua pula adalah lebih sesuai dari kalangan senior itu sendiri, memandangkan kerusi yang bakal dipegangnya adalah Naib Presiden (merangkap Ketua Yarmouk) atau lebih popular disebut sebagai Presiden/Pengerusi Majlis Mahasiswa Yarmouk. Dan aku pasti anda sebagai pembaca boleh meneliti sendiri siapa yang layak untuk berada di kerusi tersebut berdasarkan senarai calon yang dikeluarkan, berpandukan kepada seniority, pengalaman & pemahaman berkenaan waqi3 di Jordan ini.
Maka atas sebab yang tersebut di atas, aku tidak menyebut nama-nama juniors dari Universiti Yarmouk.
Walaubagaimanapun, aku rasakan mereka ini kiranya tidak dipilih untuk kerusi Majlis Tertinggi, masih boleh dimanfaatkan dalam Majlis Mahasiswa Yarmouk. Kebolehan, kemampuan & kemantapan dari segi gerak kerja mereka seharusnya dimanfaatkan
Majlis Mahasiswa Yarmouk, aku yakin, entiti ini masih menagih tenaga-tenaga untuk menggerakkannya. Ahli PERMAI secara keseluruhannya juga, masih tertunggu-tunggu, sekiranya Majlis Mahasiswa JUST sudah pun melaksanakan program Mini Clinic mereka, menuntut, apakah yang mampu dijana & dihasilkan oleh Majlis Mahasiswa Yarmouk untuk manfaat masyarakat PERMAI umumnya.
Aku yakin, insyaAllah, dengan serapan tenaga-tenaga muda yang gigih ini bakal menjelmakan kekuatan sebenar entiti yang dianggotai oleh seluruh mahasiswa Yarmouk ini.
Akhir kalam, sekali lagi aku tegaskan, semua ini tiadalah lain, pandangan seorang yang tidak jauh mana penelitiannya. Aku mengemukakan pendapatku atas kapasitiku seorang senior yang mahu melihat PERMAI untuk melangkah lebih besar, daripada tahun-tahun sebelum ini.
Wallahua3lam.
-Syphoon-
Irbid, Jordan
Pilihanraya PERMAI (siri 2)
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Izinkan aku sekali lagi untuk mencoret berkenaan pilihanraya PERMAI yang bakal berlaku, bagi memilih kepimpinan baru bagi sesi akan datang ini. Niatku bukanlah untuk berkempen semata-mata, malah untuk memberikan rasional kepada para pembaca untuk menilai sendiri calon-calon yang ada, supaya jelas akan ciri-ciri pemimpin yang bakal kita sendiri pilih, juga agar tepat pilihan kita kelak pada hari pengundian.
1) Keperluan untuk melatih pelapis (juniors) bagi memastikan kemandirian & juga kelangsungan mata-mata rantai perjuangan, meneruskan legacy PERMAI pada tahun-tahun akan datang.
Melihat kepada senarai calon yang layak bertanding, ada beberapa nama dari kalangan juniors (tahun 1) berbanding calon lain yang terdiri daripada mereka yang berada pada tahun 2 & ke atas.
Bagi aku, perlunya kepada beberapa kerusi dalam Majlis Tertinggi PERMAI ini diduduki oleh juniors. Misalan pada kerusi Setiausaha & Timbalannya, atau Bendahari & Timbalannya. Hal ini bagi membolehkan mereka mengaut & menimba pengalaman dalam pentadbiran PERMAI itu sendiri.
Majlis Tertinggi jauh berbeza dengan Majlis Eksekutif. Majlis Eksekutif punyai portfolio masing-masing yang jauh lebih berat & cenderung kepada pelaksanaan program & aktiviti.
Majlis Tertinggi pula lebih tertumpu kepada pentadbiran, perjalanan gerak kerja, penggubalan dasar & penentuan keputusan.
2 perkara yang berbeza digabungkan yang membentuk Majlis Mesyuarat PERMAI, bersinergi dalam keadaan yang harmoni. Namun kedua-duanya tetap berbeza!
Maka sekiranya tiada pelapis, bagaimana PERMAI bakal meniti hari-hari (baca: sesi-sesi) mendatang?
Nama-nama seperti Arif Hakimi, Faiz Azra'in, Farhanah & Nadhirah harus difikirkan untuk diberi peluang, agar mereka dapat ditempatkan sebagai Ahli Majlis Tertinggi PERMAI, supaya pada tahun-tahun berikutnya, mereka mampu menjadi pengganti, peneraju yang berkualiti, dengan menambah-baik idea-idea, serta menampal lompong-lompong kosong dalam kekurangan pentadbiran PERMAI sesi sebelumnya.
2) Seniors tidak hanya diperlukan dalam Majlis Tertinggi, malahan dalam Majlis Eksekutif.
Kadangkala, kita sebagai seniors ini sering kali menganggap, "Ah, dulu kerja tu aku time jadi junior la buat, dah jadi senior ni takyah dah buat keje-keje tu..."
Kita akan mengandaikan, juniors ini masih baru, masih awal untuk mereka diletakkan dalam Majlis Tertinggi. Cukuplah dulu bekerja dalam Majlis Eksekutif yang 6 itu (ya3ni JKK).
Ini tanggapan yang silap.
Kadang-kadang kita terlepas pandang yang juniors ini pun ada kekurangannya. Dari aspek pengalaman, memahami waqi3 & pengetahuan berbanding seniors. Boleh jadi kiranya MT yang kita rasakan kuat untuk naik, tapi Majlis Eksekutif yang lemah, bisa menggugat kelicinan gerak kerja keseluruhan organisasi itu sendiri.
Sinergi antara seniors & juniors, baik dari segi antara AMT atau AME, yang membentuk AMM, bakal menjadikan pergerakan gerak kerja itu jauh lebih lancar berbanding sebelum ini. Malahan, proses latihan untuk para juniors ini turut dapat dilaksanakan.
Aku berkata sebegini rupa kerana pada pandangan aku, kiranya para juniors ini tidak diberikan peluang, para seniors ini yang nak membolot semua kerusi, pada satu hari nanti PERMAI bakal dilanda krisis ketiadaan pemimpin yang berkelayakan. Lantas penyakit-penyakit lain bakal menghinggap, seperti perpecahan, perbezaan pendapat yang ketara, masalah sosial yang meruncing, biah solehah yang tidak lagi terjaga. Ya, tidak mustahil perkara ini berlaku dalam komuniti seramai 600 orang, kiranya tiada kepimpinan yang mantap.
Mengapa tiada kepimpinan yang mantap pada waktu itu? Kerana kesan daripada hari ini, kita, para seniors yang ego tidak mahu mendidik, memandu & membentuk mereka untuk menjadi seorang pemimpin.
Maka atas dasar kepercayaan jugalah, aku memohon kepada seluruh warga PERMAI untuk membuat keputusan yang terbaik. Bukan untuk kita pada tahun-tahun yang bakal kita ada di Jordan ini sahaja, malahan untuk generasi-generasi yang masih belum sampai di Jordan ini juga.
Juga, agar tatkala mereka sudah membentuk kabinet penuh & melaksanakan gerak kerja di tengah-tengah sesi, tidak ada antara kita yang bangun, mengutuk, mengeji, mencerca malahan MENENTANG apa yang cuba dilakukan oleh mereka sedangkan KITA SENDIRI YANG MEMILIH & MELETAKKAN MEREKA pada tempat itu, satu masa dahulu.
Semua undi yang kita buang menggambarkan keputusan kita & setiap keputusan yang kita lakukan bakal dipersoalkan di hadapan-Nya kelak. Sanggupkah kita berhadapan dengan Allah SWT dalam keadaan kita tahu keputusan kita itu tidak tepat?
Wallahua3lam.
-Syphoon-
Irbid, Jordan
Monday, July 13, 2009
Pilihanraya PERMAI sesi 08/09
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Amanah. Satu taklifan. Bukan satu kemuliaan.
Amanah sebagai seorang pimpinan adalah sedaya upaya untuk membawa Al-Quran & Hadith : ya3ni Islam itu sendiri.
Allah SWT ceritakan bagaimana keadaan gunung tatkala menerima Al-Quran.
Juga bagaimana takutnya langit & bumi, tatkala menerima amanah, maka makhluk Allah SWT ini enggan menerimanya.
Amanah. Yang akhirnya diambil oleh manusia, kerana manusia itu amat zalim, lagi bodoh.
Telah aku coretkan dalam entriku sebelum ini berkenaan pemilihan tahunan (klik sini). Bagaimana mahu memilih pemimpin, dari aspek integriti & juga kompetensi.
Integriti pada ilmu, syakhsiah & akhlak. Kompetensi pada kebolehan, keupayaan & kemampuan dalam kepimpinan dan juga dalam kehidupannya sendiri, tidak lupa pembawakan dari sudut AKADEMIK.
Melihat kepada senarai calon yang layak bertanding dalam blog JPR PERMAI (klik sini), izinkan aku untuk memberikan komen tentang beberapa perkara, terutamanya untuk sebelah ikhwah.
1) Dalam pentadbiran PERMAI, antara perkara yang perlu dititikberatkan adalah seniority. Pengalaman & pemahaman mengenai waqi3 atau keadaan setempat, baik dari masyarakat setempat atau komuniti PERMAI itu sendiri.
2) Jawatan Presiden & Timbalannya seharusnya diberikan kepada 2 pimpinan dari universiti yang berbeza (sama ada Presiden dari JUST & Timbalannya dari Yarmouk, atau sebaliknya).
Hal ini bagi membolehkan kelangsungan dalam perjalanan gerak kerja. Misalnya pada tahun ini, Yarmouk & JUST mempunyai tarikh peperiksaan yang berbeza. Ustaz Faiz @ Baha exam, timbalannya yang akan cover, & bila timbalannya pula exam, Baha akan buat kerja macam biasa. Kalau 2-2 exam, yang tu tak boleh nak cakap apa la kan. Tapi sekurang-kurangnya, 1 aspek telah dapat dijaga.
Perkara lain adalah dari sudut suara & pendapat. Meskipun dalam PERMAI punyai entiti Majlis Mahasiswa Yarmouk atau Majlis Mahasiswa JUST, namun entiti ini kadangkala tidak dapat menumpukan kepada gerak kerja PERMAI secara KESELURUHANNYA. Penumpunan selalunya diberikan pada entiti masing-masing sahaja. Jadi perlunya 2 kerusi tertinggi ini untuk diduduki oleh 2 pemimpin dari universiti yang berbeza.
3) Majlis Tertinggi PERMAI bukan sahaja bertindak sebagai penggerak, tetapi juga sebagai pemikir (think tank). Maka pemimpin yang dipilih bukan sahaja mampu untuk bergerak & bekerja, tapi mampu mengeluarkan pendapat & memberikan pandangan serta melakukan penambah-baikan.
Pengalaman, ketajaman fikiran, kemampuan untuk mengawal emosi & perkara-perkara yang disebut dalam perkara (1) tadi juga perlu diambil kira.
Jadi, melihat kepada perkara ini, izinkan juga untuk aku mengemukakan calon-calon yang layak pada pandangan aku untuk 2 kerusi tertinggi ini.
Ahmad Amirul Amin bin Azmi
Beliau menyandang sebagai
1- Setiausaha Agung BKASJ sesi 2007/2008,
2- Timbalan Yang diPertua BKASJ sesi 2008/2009.
2 tahun bekerja, aku yakin & pasti, insyaAllah beliau mampu untuk mengadaptasikan nilai yang diperolehinya dalam PERMAI di samping pengalamannya berada dalam komuniti PERMAI sejak PERMAI sesi Ustaz Ismat Nazirin (sesi 2006/2007).
Naqeb, meskipun kecil, namun kecilnya ibarat cili padi. Setahun bekerja dengan Naqeb, pada pandangan aku, sudah cukup untuk aku meletakkan kepercayaanku pada beliau. Gerak kerja yang mantap & laju, serta kemampuan berfikir yang tajam, melayakkan beliau untuk menjadi think tanker PERMAI, juga selayaknya pada 2 kerusi teratas ini.
Beliau juga lantang dalam berbicara, berbeza dengan Amin yang diam-diam ubi berisi.
Gandingan Amin & Naqeb untuk 2 kerusi teratas PERMAI ini, menjadikan aku yakin, insyaAllah PERMAI tahun akan datang, dengan pertambahan ahli yang pada expectation akan mencecah 600 orang (WOW!), akan dapat menyambung perjuangan pimpinan sebelum ini.
Apa pun, semua ini hanyalah pendapat peribadi aku. Mungkin anda di luar sana punyai pandangan yang berbeza. Namun aku harapkan anda semua yang membaca dapat menilai.
Yang mana satu pada kerusi Presiden, itu aku letakkan pada kebijaksanaan para pembaca semua untuk menilai.
Ingatlah akan pesan Allah SWT :
Siapa saja pilihan anda, pastikan anda letakkan mereka yang layak pada tempatnya.
Suka-suka mengenakan kawan-kawan, undi kesian atau apa jua bentuk kempen & undian yang tidak didasari dengan akal yang rasional, juga WAHYU yang memimpin, telah MELETAKKAN KITA DALAM GOLONGAN YANG ZALIM. Zalim pada diri sendiri kerana tidak mahu berfikir & juga melanggar ayat-ayat Allah, zalim kepada sahabat-sahabat sendiri kerana menganiaya mereka, zalim kepada seluruh ahli PERMAI kerana tidak memilih pemimpin yang benar-benar layak.
Wallahua3lam.
-Syphoon-
Irbid, Jordan.
Thursday, June 11, 2009
Entry tengah malam.
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Sebelum anda baca sampai bawah: poin di sini adalah 'Nak kahwin atau tak'. Bila & siapa tu, masih belum ada. Wallahua3lam. Teruskan membaca.
Entry ini ditujukan khas buat mereka yang selalu sembang pasal kahwin. Ye la kan, senior-senior ni ramai dah berumah tangga.

Once I called my dad, & made a joke with him. I think about 2 years ago.
“Abah, saya nak kawen la,” ujarku.
“Haa? Its a big NO, & there’s not even a small yes,” abah balas kembali dengan nada terkejut.
(the rest of the conversations are confidential (,^^) )
Banyak pula respon pada entry sebelum ini. Sebenarnya perkara ini aku rasakan telah banyak kali aku berlawak dengan sahabat-sahabatku. Paling aku ingat ialah dengan MaTaQ.
“Kenapa kau nak balik Syafiq? Baru je balik bulan 8 dulu,” soalnya.
“Aku....” saja aku biarkan tergantung.
“Kau nak kawen eh?” soalnya lagi.
“A’ah,” aku balas ringkas dengan muka yang serius.
“Ooo yeke. Tu la, aku tengok sekarang ni ramai dah nak kawen...” balasnya lagi.
Belum sempat Mataq habiskan ayatnya, aku dah ketawa terbahak-bahak lagi ketika itu.
“Sape taknak kawen Mataq. Aku lelaki normal,” kataku dengan nada selambe.
Perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah. Bak kata Abu Saif, perang melawan hawa nafsu itu adalah jauh lebih kecil berbanding cabaran-cabaran yang ada selepas perkahwinan.
Pernah juga aku sembang dengan MaTaq (MaTaq ni bakal bergelar abang ipar next Eid Adha) berkenaan kahwin ni.
“Cuba kau tengok, haji contohnya, nak pergi dalam sebulan, tapi persediaannya, kursusnya, dekat setahun,” luahnya.
“Kalau nak menikah plak, kursus 2 hari je, tapi nak hidup seumur hidup,” sambungnya lagi.
Banyak persediaan yang perlu dilakukan. Bukan kata nak kahwin hari ni, esok dah boleh akad nikah. Kurang-kurang kena merancang untuk ‘hari’ tersebut. Atau lebih advance bak kata Abu Saif lagi, rancanglah bukan sekadar ke jinjang pelamin, tetapi hingga susu & lampin.
Satu advantage jadi anak bongsu ni, aku boleh melihat yang ada di atasku. Kekanda-kekandaku semuanya telah berumah tangga. Jadi sedikit sebanyak bolehlah nak sembang-sembang, kongsi apa yang aku dapat.
Perkahwinan bukan semata suka sama suka. Kena mengadap yang ‘di Pertuan Agong’ dulu (baca: parents), kalau setuju, baru boleh proceed. Kalau mereka dah ada calon, maka banyaklah ‘kerja’ anda.
Aku ada satu kisah yang diceritakan oleh seseorang (identiti dirahsiakan).
Katanya, suka sama suka tidak mencukupi.
Satu masa, dia pernah menyukai seorang ukht, dan setelah dirisik & ditanyakan, ukht tersebut juga memberi respon yang positif. Namun ukht tersebut menyatakan yang dia (ikhwah ini) perlu untuk bertanya kepada walinya, iaitu ayahnya.
Dan setelah sekian lama mencuba, ayahnya masih belum bersedia untuk membincangkan hal ini. Alasannya, dia pun tidak tahu. Setiap kali, menjelang exam, ukht ini akan hantar SMS kepadanya, dan memberitahu berkenaan keadaan di rumahnya & pendirian parentsnya.
Dia dapat mengesan yang ukht ni sebenarnya agak mendapatkan tekanan dari parentsnya. Satu masa ayahnya memberitahu yang telah dia telah ada pilihan.
Sahabat aku ni, dek kerana kesian pada ukht ni, boleh kata setiap kali nak exam, ukht akan call parents perkara yang sama dibangkitkan. Lagipun setelah difikir masak-masak, sahabat aku ni kata, dia taknak sampai ada khilaf ukht ni dengan parents dia.
Jadi atas 2 sebab, ditambah pula dikatakan pilihan ayahnya itu dari keluarga yang mereka kenal, maka sahabat aku ni lepaskan ukht ni. Dia takut terinduce ukht ni ‘lawan’ parents dia pula, sedangkan dia mahu rumah tangga yang dalamnya ada redha Allah & redha ibubapa.
Untuk yakinkan parent ukht ni tadi, dia kata, dia pun tak punyai sesuatu. Ya lah, masih belajar. Nak memberikan kepastian, jauh sekali.
Ya, pengalaman aku melihat kakak-kakak ku begitu juga. Abang-abang iparku, bukannya mudah nak lepas dengan abah. Abah muda-muda dulu agak tegas. There must be something valuable that can convince them (parents) that you can take a good care of their daughter. Itu realiti masyarakat kita hari ini.
Apatah lagi nak jadi adik ipar, kena interview dengan bakal abang-abang ipar dulu. Maka bertambahlah lagi panel hakim anda.
Aku masih berpijak pada realiti. Bukan semudah cerita-cerita dalam novel atau dalam filem. Cuma bila mana aku nyatakan ‘mahu untuk berkahwin’, aku sedang menyediakan pemikiran, minda, fizikal & material untuk menuju ke arah tersebut.
Bak kata Mataq, nak kahwin, tapi 2 hari je pergi kursus. Menyediakan pemikiran ke arah itu, menjadikan setiap hari anda bagaikan kursus (betulkah? Haha)
Aku tahu, ada juga parents yang tidak sama seperti yang aku ceritakan di sini. Tapi aku boleh katakan ‘kebanyakan’ dalam masyarakat kita adalah seperti itu.
Andai perkahwinan & pembinaan rumah tangga ini semudah ABC, masakan banyak keruntuhan institusi kekeluargaan di luar sana. Melayari bahtera di tengah badai tanpa pengetahuan (pengalaman mana nak ada, ye tak? Lain la kalau duda.. Adeh) yang minimum, kelak akan karam tanpa kita sendiri mengetahui.
Last year, when I went back to Malaysia, I talked to abah again regarding this matter.
I said, “Abah, please trust your son. I know what I’m doing .”
Abah hanya diam & mengangguk.
Jadi, adakah anda telah menyediakan pemikiran anda?
p/s:
0) Fardu muslim adalah tingkatan sebelum Bait Muslim. Jadi sempurnakan fardu muslim sebelum melangkah jauh (bak kata seseorang).
1) Aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba aku tulis pasal ni. Junior-junior aku rasanya lagi awal dah tulis pasal perkara ni. Tak caye boleh tengok blog Naqeb (mati la aku).
2) Kisah yang aku ceritakan di atas tidak semestinya berlaku di Jordan.
3) Sila jangan salah sangka dengan aku. Husnu zhan ye.
4) Mataq sekarang sedang pergi Umrah. Doakan segala urusannya & semua sahabat-sahabat yang ke sana dipermudahkan.
5) Aku tengah bengong. Exam yang berderet menjadikan aku insomnia. Maka terlahirlah entry ini.
6) Doakan aku boleh tidur malam ni.
7) Aku tidak menulis dari konteks hukum agama, tapi lebih kepada pengalaman & pengamatan dari realiti. Hukum, masing-masing boleh dapat. Haji Google kan ada. Boleh tanya sama beliau.
8) Tahniah buat Athiq, selamat pengantin baru. Jangan lupa upload gambar nanti.
9) Juga buat Amir & Kak Zay yang akan buat kenduri di Malaysia cuti ni. Sila jangan kedekut gambar anda. (huahuahua)
10) Lagu Mirwana ni menemani aku setiap malam.
Get your own playlist at snapdrive.net!
11) Takziah buat keluarga Allahyarham Ammar. Ku hadiahkan Al-Fatihah buatnya. Moga ditempatkan di kalangan mereka yang beroleh nikmat di sisi-Nya. Juga buat sahabat-sahabatnya yang masih dalam rawatan, moga Allah menentukan yang terbaik buat mereka.
Menunggu mata terpejam...
-Syphoon-
Irbid, Jordan.
Wednesday, June 10, 2009
Bahasa....
Sekolah yang abah masuk adalah sekolah British. Ya, pendidikan British Oriented. Zaman selepas Jepun adalah zaman British. Anak-anak Melayu ketika itu hanya ada 3 pilihan, sama ada ke sekolah Melayu, British atau tidak pergi langsung.
Monday, June 08, 2009
Selamat Hari Jadi~
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Biasanya apabila call Malaysia, aku akan call semua familiku. Mula dengan ma & abah, bertanya keadaan di Teluk Intan, kemudian Kak Long, Kak Ngah & Kak Lang (Abg Aie di Teluk Intan juga, jadi tanya pada ma & abah je la)
Kebetulan hari ni birthday salah seorang anak saudaraku. Riuh sewaktu aku call pagi ini.

Get your own playlist at snapdrive.net!
Salam sayang dari Pak Su di sini~
Yang sedang rindu,
-Syphoon-
Irbid, Jordan
Sunday, June 07, 2009
Bila rindu bertandang...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Masih dalam mood final exam, tapi jua dalam rindu yang membuak. Rindu pada 3 perkara.
1) Rindu pada Baitullah & Rasulullah...
Tahun ni, tidak berpeluang untuk menunaikan umrah sekali lagi sebagaimana 2 tahun sebelum ini. Pelbagai peristiwa yang berlaku di Haramain ini. Telah aku nukilkan dalam coretan-coretan sebelum ini. 2 keputusan besar telah aku buat di Haramain. 2 keputusan yang merubah segala-gala dalam aspek kehidupan aku.
Rindu pada lambaian Kaabah. Menjadi tetamu Allah bukannya mudah. Walaupun tahun ini secara teknikalnya aku diminta untuk menguruskan berkenaan UMRAH oleh PERMAI, tapi undangan tersebut tidak sampai kepadaku.
Aku doakan semoga semua sahabat yang telah & akan bertolak ke Haramain dipermudahkan segala urusan mereka, semoga pengabdian yang ditunjukkan diterima oleh-Nya...
2) Famili
Aku sangat jarang menulis berkenaan diri & keluargaku. It is really something special to me, & I couldn't share with others.
Pernah Kak Ngah beritahu, tekanan darah abah mencecah 200/150, yang menyebabkan abah sering sakit kepala. Ma pula tidak lagi kuat untuk berdiri & berjalan. Untuk memudahkannya bergerak di dalam rumah, ma biasanya menggunakan kerusi roda. Masak pun atas kerusi rodanya itu.
Sewaktu kecil dulu, abah selalu ceritakan pengalamannya. Abah lahir pada tahun 1945. Sempat dengan Jepun di Tanah Melayu dulu. Mama pula pada 1955, sebelum merdeka. Abah & mama selalu kata, betapa senangnya aku hari ini. Tidak perlu melalui kehidupan seperti mereka.
Tiap kali aku pulang, aku lebih suka duduk di rumah di Teluk Intan. Hanya keluar untuk ke Klang atau KL, atau ke rumah kakanda-kakanda sahaja. Pada siapa lagi harus aku berbakti? Dalam usia mereka berdua yang bagi aku tidak lagi berapa mampu untuk melakukan banyak perkara serta kesihatan yang tidak seberapa, aku rasakan amat tidak patut bagi aku untuk balik ke Malaysia dengan tujuan yang lain.
Kebiasaan yang lain kira aku pulang ke Malaysia adalah pusing ke rumah setiap kekandaku. Kak Long di Indera Mahkota, Kuantan. Kak Ngah di Bukit Sentosa, Rawang. Cuma Kak Lang ku tidak dapat ku kunjungi ketika balik bulan 1 dulu, kerana kak lang telah berpindah ke Sarawak ikut Abang Hairul. Tak dapat jumpa Irfan yang comel itu...
Abang Aie, masih duduk di rumah dengan Kak Ila & Baby Hannah. Aku hanya berharap mereka dapat menjaga Abah & Ma ketika ketiadaan ku di sana.
Agak runsing sebenarnya banyak anak saudara ni. Boleh pokai. Dah lah tak kerja lagi (adeh). Nak pergi pusing rumah kekanda-kekandaku ni, kurang-kurang kena bawa something untuk anak-anak saudara ku.
Jadi, silalah jangan pow Pak Su lebih-lebih... Murah-murah boleh lah~
Its hard actually being the youngest, when all of my siblings already have their on family. There must be someone that keep us together, & the easiest & movable in my family is me. So I have to move around to see them all, but that really worth of it. Boleh pow kakanda-kakanda ku.
Aku sangat-sangat merindui mereka semua. Biarpun tiada gambar mereka (HD kena virus, semua files hilang), tapi mereka tetap di hatiku...
Aku sangat-sangat berharap, aku dapat laksanakan 2 perkara ni sebelum ma & abah tiada.
2) Kahwin
Jadi, aku harap sahabat-sahabat yang nak pulang ke Malaysia, bila-bila pun, berbaktilah kepada ibubapa kita sebelum mereka pergi meninggalkan kita. Aku masih bersyukur kedua-dua ma & abah masih ada, tidak seperti ada di kalangan kita yang ibu atau bapa atau kedua-duanya telah tiada.
3) My old friends.
Tiba-tiba aku teringat sahabat-sahabat lamaku di SMKA Sultan Azlan Shah (SMKASAS), terutama yang menyertai Jubli Perak Ihtifal SMKA di SMA Kuala Lumpur pada tahun 2002.
That time was really great.
Ihtifal SMKA ketika itu ada 6 acara. SMKASAS ketika itu hantar 4 acara semuanya lelaki, 2 acara semuanya perempuan.
Acara yang pelajar lelaki ambil adalah Hiwar (dialog/lakonan), Qiraat Sab'ah & Hafazan Al-Baqarah serta Kalimah Assobah (syarahan Bahasa Arab kot). Team hiwar dianggotai oleh Ajib, Harun & Hilfi. Mereka dilatih oleh Ustaz Rushdi, yang baru pulang dari Jordan. Ustaz Rushdi lepasan Universiti Mu'tah. 1st time tengok Ustaz Rushdi memang tak macam Melayu.
Aku pula dipaksa masuk Qiraat. Senior aku ketika itu tiba-tiba tarik diri 2 minggu sebelum tarikh ihtifal tersebut. Syukurlah pada masa tu yang latih aku ialah Ustaz Hussin. Beliau yang banyak ajar aku bagaimana nak sebut dengan lahjah yang betul
Hafazan Al-Baqarah pula diwakili oleh Mabrur. Dia ni pun mangsa sebenarnya. Senior yang sepatutnya masuk tarik diri last minute. Juga trainernya adalah Ustaz Hussin.
Kalimatussobah pula diwakili oleh Faqih. Trainer dia time tu Ustaz Musa kalau tak silap. Aku ingat lagi Faqih jadi segan nak buat gaya yang Ustaz Musa tunjuk suruh dia buat time ucapan dia.
Walaupun ada yang masuk dari awal, & ada yang masuk kerana terpaksa, namun ketentuan Allah tu yang merapatkan kami.
Alhamdulillah, walaupun pergi sebagai underdog, team hiwar menang sebagai johan, qiraat dapat naib johan. Memang tak sangka boleh menang untuk Qiraat tu. Pergi cukupkan korum je.
Lain-lain tak menang.
Mesti ramai sahabat-sahabat di Jordan ni yang pergi juga Ihtifal Jubli Perak SMKA ni kan? Maaflah dulu-dulu tak kenal.
Jadi, itulah 3 perkara yang sedang aku rindui ketika ini. Melayan perasaan sebentar.
p/s: Its hard for me to tell my own story. This is the 1st time.
Yang sedang rindu...
-Syphoon-
Irbid, Jordan
Friday, June 05, 2009
Pemilihan Tahunan
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Rata-rata blog & laman web yang sering aku kunjungi kini banyak bicara soal pemilihan tahunan. Dan yang paling menarik perhatian aku, walaupun banyak isu yang cuba dibangkitkan untuk menaikkan atau menjatuhkan individu-individu yang bertanding, maka akan ada suara untuk meneutralkan, menjernihkan para pemilih yang akan turut serta.
Cukup dekat dengan kita tika ini, yang akan menjalankan pemilihan tahunan di peringkat Persatuan Zon, Badan-badan Kebajikan Anak Negeri dan juga Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan. Agak tertarik untuk menulis berkenaan ini setelah membaca entri terbaru di blog saudara Ifwat bertajuk Harapan Irbid : Nadi MPPM.
Seseorang boleh berkata "sekiranya mahukan perubahan, maka pilihlah saya".
Amanah adalah satu taklifan, satu bebanan. Anda ibarat menggari kaki anda dengan bebola besi seberat 1 tan sekiranya anda meminta-minta amanah.
Ya, anda akan terikat. Anda tidak lagi boleh suka-suka mahu keluar dari zon sekiranya anda punyai amanah. Anda tidak lagi punyai masa yang banyak untuk melakukan perkara-perkara yang anda sukai seperti sebelumnya.
Al-Qiyadah : Takliif La Tasyrif, bak kata Ustaz Nasa.
(Kepimpinan ( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan ( tasyrif ) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah ( taklif ).)
Tapi bagi mereka yang mahu memilih, bagaimana?
Aku tertarik dengan tulisan Abu Saif berkenaan integriti & kompetensi. Memilih mereka yang punyai 2 ciri ini sangat penting bagi memastikan survival satu jemaah Islamiyah. Meskipun artikel itu ditulis untuk pemilihan yang lain, tapi aku rasakan intipatinya harus kita ambil. Baiklah anda baca di sana daripada aku membuat kerja 2 kali di sini. Kalau ada perkara menarik, boleh kita bincangkan di sini.
Juga sepertimana yang dicatat oleh Ustaz Nik Abduh, apakah dasar & tunjang bagi seorang pemimpin yang layak dipilih itu. Boleh klik sini untuk baca.
Maka setelah kita memahami apakah ciri-ciri pimpinan yang mesti kita pilih, gunakanlah kuasa yang ada pada kita, kuasa untuk memilih (banyaknya perkataan pilih & derivativesnya dalam artikel ni).
Pilih dengan iman & taqwa. Bukan pilih suka-suka. Mahu mengenakan sahabat, kerana individu itu kroni, atau undi kasihan/simpati. Aku yakin di Irbid, malahan di Jordan ini mereka yang berintegriti & punyai kompetensi masih ramai.
Allah memerintahkan kita supaya meletakkan amanah itu pada tempatnya. Tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya, adalah ZALIM.
Sama ada mereka yang muda, seperti model-model handphone yang terbaru di pasaran ketika ini, mahupun mereka yang senior ibarat sebiji kelapa, makin tua makin banyak manfaatnya.
Pilih dengan taqwa. Aku cadangkan seluruh warga PERMAI untuk lakukan solat istikharah sebelum melakukan pencalonan & juga pengundian dilakukan menjelang Mesyuarat Agung Tahunan PERMAI kelak (boleh pakai ke?)
Sekiranya ada antara pemimpin yang naik kelak itu kita rasakan individu itu tidak sesuai pada tempatnya itu, KETAHUILAH, DIRINYA SERIBU KALI LEBIH MENGETAHUI PERKARA ITU. Tidak perlu untuk anda hentam atau cakap-cakap di belakang. Kalau ada salah & silapnya, maka tegurlah. Jika tiada, berilah kepatuhan kepadanya. Kepimpinan bukan pada kebolehan memimpin sahaja, tapi juga pada kebolehan untuk dipimpin.
Aku percaya, warga PERMAI matang-matang belaka. Ada tak puas hati, boleh settle depan-depan. Kita cari penyelesaian terbaik. Betul tak?
Dan aku percaya juga, bahawa warga PERMAI semuanya sayang pada PERMAI. Maka dengan kasih sayang yang terbina daripada iman & taqwa ini, buatlah pilihan anda dengan bijak. Mesyuarat Agung akan bakal berlangsung dalam tempoh sebulan lebih (dalam bulan Julai) ini.
Berikanlah respon terbaik kita, dengan berpaksikan Allah & Rasul, seperti yang tertulis dalam Surah Al-Mulk, ayat yang ke-2.
Wallahua3lam...
Yang dah season,
-Syphoon-
Irbid, Jordan
.jpg)












.jpg)
.jpg)

