Thursday, May 21, 2009

Tumpang gembira...

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Pagi-pagi lagi mesej dari Kak Ngah telah masuk.

"Dah beli Berita Harian?"

Macamlah Abu Sofwan kedai Simsimah tu ada jual pula.

Aku reply, "Can I buy it from here? Anything interesting?"

Kak Ngah balas kembali, "Check BH Online - Ratu".

Oh, kepada yang sama-sama nak tahu, boleh klik sini.

Jadi pada kesempatan ini, ingin mengucapkan tahniah kepada Kak Ngah, atas segala kurniaan Allah kepada Kak Ngah. Walaupun jauh di mata, tapi tetap dekat di hati. Lain kali boleh pow Kak Ngah lagi. (Hoho)

Okeh, thats all for now. I'll write more later. Cheerio~

-Syphoon-
Irbid, Jordan.

Saturday, May 16, 2009

Banyaknya sawang.....

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Semester ini tempo ku menjadi perlahan. Faktor kesihatan yang tidak mengizinkan, menjadikan aku agak pasif.

Pulang ke Malaysia pada cuti semester pertama yang lalu, aku telah di’diagnose’ memerlukan rawatan akar (atau Root Canal Treatment) bagi gigi kacip (atau gigi kapak @ central incisor) yang satu masa dahulu telah patah lebih separuh akibat trauma (dirahsiakan apa sebabnya, hoho).

Malangnya waktu ketika itu tidak mencukupi untuk aku menghadiri kesemua temujanji (biasanya RCT memerlukan 3-4 temujanji, di samping aku memerlukan crown yang baru bagi gigi kacipku ini). Dan doktor mengesyorkan supaya aku membuat rawatan ini setelah pulang ke Jordan. Bengkak (atau periapical abscess) di gusi ketika itu tidaklah serius mana.

Sekembali ke bumi Irbid, setelah seminggu kelas bermula, aku cuba mendapatkan rawatan di klinik berhampiran (Markaz Sihhi) dan diminta untuk ke Klinik bagi pelajar Master di JUST. Sampai di sana, aku diminta untuk mendaftarkan nama, dan akan dihubungi kemudian. Perlu beratur katanya (namaku pada no.7).

Setelah 2 minggu, masih tidak dihubungi. Aku pergi sekali lagi, bertanya mengapa masih tidak dihubungi. Katanya pelajar Master sikit. Tidak menang tangan & tidak semua berada dalam specialty Endodontics.

Ketika itu sudah masuk 3 minggu aku pulang ke Jordan. Kadang aku lihat di cermin, kelihatan bengkak tersebut menonjol keluar dari gusi aku.

Salah satu yang aku paling takut adalah infeksi (infection). Infeksi mulut (oral infection) boleh bermula dengan satu tempat, dan merebak dengan mudah ke satu tempat yang lain. Radang (inflammation) boleh menyebabkan demam & immune depression akan berlaku ketika itu. Sekiranya abscess itu pecah, boleh jadi tonsil dan juga paru-paru boleh dijangkiti dalam keadaan immune badan yang rendah.

Ismail kata aku macam budak kecik sebab tak ada gigi depan.


Lalu aku mengambil keputusan untuk mendapatan rawatan di Specialty Clinic (agak mahal ye sebenarnya di sini). Selepas 5 temu janji, Alhamdulillah, semuanya selesai. Namun aku mendapat bonus, seminggu sebelum rawatan terakhir aku mengalami batuk-batuk yang sangat teruk & setelah melakukan pemeriksaan disahkan sebagai Acute Bronchitis, dan seminggu selepas itu mendapat demam, disebabkan oleh Tonsillitis.

(untuk yang nak tahu kos rawatan ; Specialty Clinic adalah klinik doktor pakar ya, jadi caj agak mahal. RCT - JD33, Ceramic Crown (nampak macam gigi betul) - JD200. Total - JD233. Kalau nak murah boleh buat dengan Halim. Buat RCT waktu dia 4th year, crown waktu dia 5th year. hoho)

Maaflah kalau ada sahabat-sahabat yang tengok aku macam masam tak mahu senyum tu, bukan tak nak senyum, tapi segan sebab kalau senyum nanti ibarat menunjukkan aib pula. (Hoho)

Congak-congak, dalam 2 bulan juga. Jadi, perlu untuk aku catch-up kembali pelajaran, mendapatkan tempo & rentak semula. Agak cemburu melihat sahabat-sahabat yang sudah jauh ke depan, sedangkan aku masih terkebil-kebil ketinggalan.

Itulah sedikit cerita di sebalik mengapa blog ini bersawang. Pengajaran, doktor gigi juga adalah penting dalam kehidupan anda. Jagalah kesihatan mulut sentiasa, kerana poor oral hygiene boleh membawa kepada komplikasi yang lebih besar seperti mana yang berlaku kepada aku.

(Kanser mulut pun ada, 5 years survival rates – 55%, drop to 30% for 10 years survival rates. Ni aku baca dalam buku Oral Patho la, sebab tengah studi kan...)

Akhir sekali, ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir (final exam) kepada semua warga PERMAI (terutama kepada Pres PERMAI, hoho) & sahabat-sahabat di mantiqah lain. Moga sukses semuanya.



Yang dalam mood exam

-Syphoon-
Irbid, Jordan

Taklifan bukan Permainan II

Sedang dibelenggu. Sedang menunggu...

Menunggu perbicaraan. Penentu jenis hukuman. Ya, taklifan bukan satu bonus yang boleh dibanggakan.

Taklifan adalah bebanan. Bagai sebiji batu besar diletakkan di atas kepala, atau diikat pada kaki dan diseret, dibawa merata ke mana-mana.

Kuasa, pangkat, kedudukan atau jawatan, semuanya bebanan.

Fir’aun dihukum dengan kekuasaan & kedudukan. Lantas tersimpang jauh dari kebenaran. Hukumannya diteruskan hingga ke tali gantung dunia, disambung lagi ‘di sebelah sana’.

Kita? Apa bezanya?

Perdana Menteri, Sultan & Raja bagi struktur di Malaysia. Presiden & Yang DiPertua, Ketua HELWI & Timbalan Yang DiPertua untuk yang di sini. Itu karektor utama. Yang kecil-kecil jangan dilupa.

Mereka menyeret ‘shackles’ berbentuk jawatan & kedudukan. Signifikan di sebaliknya, adalah khidmat. Memberi khidmat, ibarat khadam. Supaya sedar diri sendiri itu hamba. Bukan untuk berbangga.

Salah guna, mengundang binasa.

Tidak tahu?

Tanya pada yang tahu, jangan jadi dungu.

Selaklah Lembaran.Sejak dulu terpelihara, tiada perubahan oleh tangan-tangan. Termaktub jelas,tercatat kemas.

Andai tetap sombong, maka tiada beza seperti Fir’aun.

Taklifan bukan satu bonus. Taklifan adalah satu ujian. Bagi mereka yang mengharapkan pengampunan.

Taklifan ada perbicaraan, dengan Maha Adil sebagai hakim.

Meminta atau mengharap taklifan, bukanlah satu pilihan, takut-takut nanti menjadi ‘buta’ tidak nampak jalan.

Wallahua3lam.

Friday, May 15, 2009

Taklifan bukan Permainan

Masih terkurung. Masih terhukum.

Hukuman berbentuk taklifan. Taklifan bukan permainan. Taklifan bererti berperanan. Berperanan di satu tujuan, atau terpesong sesat di kejauhan.

Andai Qarun dihukum dengan lambakan kekayaan, apa bezanya dengan kita ketika ini?

Tiada yang dapat sampai ke Jordan dengan percuma. Semuanya ditanggung. Mungkin jumlah yang berbeza.

Apa kurang pelajar-pelajar tajaan JPA & MARA? Punyai isi poket yang boleh tahan lumayan.

Namun ke mana isi itu dilaburkan? Itu yang menjadi persoalan.

Jika dulu merungut tidak kecukupan, hampir-hampir ‘kebuluran’. Kini, tidak kurang ada yang punyai ‘rakan’ atau tersalah jalan.

Kita dapat melancong melihat tempat-tempat yang bersejarah, mendalami kesan tinggalan dahulu.
Kita semakin kerap keluar makan bersama sahabat-sahabat, dengan tujuan merapatkan ukhwah.
Kita dapat buat itu, buat ini .... (bla bla bla)

Ya, semuanya betul.

Tapi...

Ianya jadi tidak betul apabila ada yang keluar melancong bersama mereka yang bukan mahram, dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah.

Ia menjadi tidak betul apabila ada yang keluar makan bersama ‘sahabat’ yang berlainan jantina.

Ia menjadi tidak betul apabila ada yang membazir pada hiburan dan hedonisma.

Kecewa.

Adakah kita tika ini umpama Qarun, makin ditambah kekayaan, makin jauh kita dari rahmat-Nya?

Awaslah kita pada kenikmatan yang menghukum.

Wallahua3lam.

Dunia Ibarat Penjara

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...


Dunia ibarat penjara...

Penjara merupakan satu kurungan. Terkandung di dalam kurungan tersebut pelbagai manusia, dengan pelbagai ragam.

Penghuni kurungan ini hidup dalam keadaan ‘didisiplinkan’, punyai peraturan yang perlu dipatuhi. Pengawasan yang ketat, hukuman yang berkadar langsung dengan kesalahan. Semakin berat kesalahan, semakin berat hukuman. Mungkin diletakkan dalam sel yang biasa, atau mungkin diletakkan dalam sel yang tiada sedikit pun cahaya menusuk. Mungkin 10 tahun, mungkin sepanjang hayat.

Mengapa? Kerana penjara punyai tujuan supaya mereka yang menghuninya insaf & sedar kesalahan mereka. Apabila mereka keluar kelak, pasti mereka akan menghargai erti kebebasan yang mereka miliki. Bagaimana? Dengan hidup dengan lebih baik, tidak lagi melanggar peraturan.

Sekiranya dalam kurungan ini lagi peraturan tidak diendahkan, boleh jadi tempoh hukuman dipanjangkan, atau hukuman yang lebih berat dikenakan.

Bagi mereka yang dihukum sepanjang hayat, sentiasa mereka diuji & diperhati. Tak kurang juga diri sendiri mengharap, agar diberikan parole atau pengampunan. Apa jua tugasan, hukuman sanggup mereka lalui, asalkan dapat menghirup kembali kebebasan.

Dunia ibarat penjara...

Dunia, indah di mata namun hakikatnya ia seperti sebuah penjara, melingkungi manusia. Ada peraturan yang dicipta, yang mesti dipatuhi. Ada hukum alam yang mesti dituruti.

Lampu merah tanda berhenti. Bila ada yang berhenti, akan ada yang berjalan atau bergerak. Itu peraturan & hukum alam pada setiap lampu isyarat di jalan raya. Melanggar salah satu, mengundang bencana, menambah azab derita.

Pengawasan setiap detik. Bahkan apa yang difikir jua telah dicatat. Anda tidak dapat merasuah 2 ‘pencatat’ tersebut. Mereka bekerja dengan penuh ketelusan.

Pelbagai jenis manusia, pelbagai ragam. Malangnya, ada yang terkurung tanpa mengetahui. Ada yang tahu, tetapi tidak mampu untuk meloloskan diri, lantas mereka cuba mencipta ‘kebebasan’ dengan ‘mendirikan’ syurga. Syurga di dalam ‘penjara’. Mereka inilah yang akan tetap terkurung & menjalani hukuman meskipun dunia selepas dunia ini bermula.

Dunia ibarat penjara...

Bagi mereka yang mengetahui hakikat kebebasan & kenikmatan yang nun jauh di hujung.

30 , 40 tahun?

Tidak.

Sepanjang hayat.

Mereka sanggup dikenakan apa sahaja ‘hukuman’. Untuk apa?
‘Parole’ dari TUAN YANG MENCIPTA PENJARA.

Mereka tahu, perbuatan mereka seharian, menuruti peraturan & hukuman, belum tentu dapat melepaskan mereka dari seksaan. Doa mesti mengiringi, belas kasihan wajib dipinta.

Dunia ibarat penjara...

Kesalahan yang semakin berat, maka hukuman juga akan semakin berat. Hukuman bukan dalam bentuk kesusahan & kepayahan semata, juga berupa kesenangan, kedudukan & kekayaan.

Firaun dihukum dengan diberikan lagi kekuasaan & kedudukan, menjadikannya bertambah sombong & bongkak.

Qarun dengan kekayaannya, dilimpah-ruahkan lagi dengan harta, membuatkannya kian ego & bakhil.

Tiada parole bagi mereka. Mereka lupa mereka sedang dipenjarakan. Alpa dengan syurga yang terbina.

Dunia ibarat penjara...

Setiap masa kita dibicara. Apakah nasib yang bakal menimpa?

Dunia ibarat penjara...
Bagi mereka yang beriman DAN MAHU beramal soleh...


Wallahua3lam

-Syphoon-
Irbid, Jordan