Segala puja & puji buat-Mu... Selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Banyak persoalan yang akan timbul saban hari. Persoalan memerlukan kita untuk mencari jawapan & mencari jawapan bagi persoalan kehidupan bukannya satu perkara yang mudah.
Satu persoalan telah timbul dalam fikiranku & persoalan itu memerlukan aku untuk menyoal kepada yang lain. Persoalan yang telah wujud sejak hampir setahun lalu, namun aku hanya menulis persoalan tersebut dengan bantuan dari yang lain selepas pulang dari Haramain yang lalu untuk ditanyakan kepada
yang sepatutnya.

Jawapan kepada persoalan tersebut telah ku perolehi beberapa hari yang lalu. Alhamdulillah, jawapan tersebut telah merungkaikan salah satu persoalan yang merunsingkan otakku.
Tiada betul atau salah dalam jawapan kepada persoalan kehidupan. Tiada skema yang tetap. Cuma keputusan tersebut terletak di tangan kita untuk kita fikirkan. Sama ada betul atau salah, negatif atau positif, semuanya berbalik kepada diri kita sendiri, bagaimana kita akan menghadapi kehidupan kita sendiri.
Terima kasih kepada yang menolong aku untuk menulis persoalan tersebut & terima kasih juga kepada yang menjawab persoalan tersebut. Terima kasih kerana sudi berfikir (dalam tempoh yang agak panjang juga) kepada persoalan yang menghuni diri ini sejak sekian lama. Meskipun lari sedikit dari skema kepunyaanku, namun aku tetap menghormati jawapan tersebut, kerana setiap individu punyai perspektif & sudut pandangan masing-masing dalam meneliti sesuatu masalah & persoalan. Sebagai penyoal, semestinya aku bersedia untuk menerima apa-apa kemungkinan jawapan yang akan datang.Setiap apa yang berlaku itu, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik bagi kita...
-Syphoon-
Irbid, Jordan
1004, 10 Ramadhan 1428
No comments:
Post a Comment