Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Surat tersebut: (pautan asal di sini)
____________________________________________________________________
MELALUI ruangan ini, ingin saya mengutarakan pendapat. Mengapa perlu menghantar pelajar cemerlang STPM atau SPM keluar negara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan sedangkan kita mempunyai universiti tempatan yang dahulunya setaraf
Kerajaan membelanjakan banyak duit untuk menaja pelajar perubatan di luar negara. Pada pendapat saya, kerajaan mengalami lebih kerugian daripada keuntungan. Pertama, kos untuk melahirkan pelajar perubatan di luar negara memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk seorang pelajar.
Ditambah lagi kenaikan elaun kepada 28 hingga 84 peratus seperti diumumkan dalam Bajet 2008 dengan kebanyakan pelajar perubatan menerima 84 peratus kenaikan berikutan meningkatnya kos sara hidup pelajar secara keseluruhan.
Kedua, kajian daripada ahli akademik dan juga doktor tempatan mendapati graduan luar negara tidak kompetitif, tidak mesra pada pesakit dan juga tidak mempunyai kemahiran untuk mengendalikan kes klinikal contohnya, ambil darah, pemeriksaan perubatan.
Ini adalah jelas kerana di negara di mana mereka belajar, pelajar perubatan tidak dibenarkan sama sekali untuk menyentuh pesakit, tidak seperti di negara kita.
Ketiga, pelajar perubatan keluar menjadi doktor pelatih dan belum tentu dia akan menjadi pakar apalagi ketua jabatan. Lebih baik menaja pelajar dalam bidang jurusan lain kerana dengan kos yang banyak itu, kita mampu melahirkan lebih banyak jurutera, peguam, akauntan dan mereka ini mungkin akan keluar menjadi ketua eksekutif (CEO) di sesebuah syarikat besar berkaitan kerajaan.
Keempat, graduan luar negara tidak berterima kasih pada kerajaan. Malah, bukan saja menjadi pembangkang di
Sepatutnya kita menghantar pelajar yang berjaya ini ke universiti dalam negara agar kita tidak lagi membazir menghantar pelajar perubatan yang berasakan diri ini terlalu bagus.
Kelima, kita sudah terlalu banyak universiti atau kolej yang melahirkan pelajar perubatan. Kalaulah alasan kerajaan yang kita kekurangan doktor, maka dengan ini kita perlu menghantar pelajar luar negara, jelas sekali ia satu kata-kata yang tidak tepat sedangkan kita mempunyai lebih kurang 15 universiti tempatan awam dan swasta yang melahirkan purata 150 graduan perubatan setahun, bersamaan dengan lebih daripada 2,000 hingga 3,000 doktor setiap tahun.
Adalah lebih baik menaja semua pelajar perubatan yang berada di institusi pengajian tinggi ini kerana kosnya jauh lebih murah iaitu kira-kira RM200,000 dan juga melahirkan doktor yang benar-benar berkualiti.
Barulah selepas ini kita tidak lagi mendengar kes bayi tangan putus dan sebagainya. Ingin saya jelaskan, kita sebenarnya bukan kekurangan doktor cuma doktor yang tidak mahu ke hospital yang jauh dari bandar.
Kita sepatutnya meniru negara jiran Singapura, kerana mereka tidak menaja pelajar perubatan ke luar negara kerana sedar ia tidak akan memberi keuntungan kepada kerajaan dan juga rakyat.
MAHASISWA BIASA,
Fakulti Perubatan,
Universiti Malaya.
____________________________________________________________________
Respon saya :Sebenarnya, tak berapa minat nak jawab surat ni, sebabnya, persoalan yang dikemukakan tu, bukan kepada kita, tetapi kepada pembuat polisi, iaitu kerajaan Malaysia sendiri.
Hal macam inilah kita nak tengok kebijaksanaan pemimpin kerajaan kita, sebab mereka yang buat polisi, maka merekalah yang sepatutnya lebih tahu berkenaan perkara ini. Kalau kita sendiri yang jawab, nanti akan dikata sebagai self defense & sebagainya.
Apa pun, ada beberapa komen & ulasan serta kritikan kepada Mahasiswa Biasa ni. Jelas sekali yang beliau tak buat homework yang cukup sebelum mula menulis. Lantas mengeluarkan idea & hujah tanpa beban bukti yang cukup, & apa yang dituliskan itu hanyalah mengikut hati & perasaaan semata.
1) Bidang sains & teknologi termasuk sains kesihatan adalah satu ilmu yang sentiasa berkembang. Setiap hari akan ada penemuan baru, tidak kira penyakit, teknologi mahupun ubatan. Sekiranya hanya untuk belajar dalam bidang perubatan, sememangnya mencukupi dalam Malaysia sahaja, tapi untuk belajar berkenaan pengetahuan yang lebih advance, semestinya ilmu tersebut dicedok terus dari tempat berkenaan. Negara-negara maju di Eropah sendiri pun masih saling bergantung, inikan kita pula 'eksen' dengan mengatakan sudah memadai apa yang ada dalam negara.
2) Mengambil contoh Singapura. Singapura bukanlah seperti Malaysia, dari segi saiz sekalipun. Adakah Mahasiswa Biasa benar-benar pasti yang kerajaan Singapura atau sememangnya tiada pelajar dari Singapura keluar belajar di tempat-tempat lain?
3) Nisbah doktor & pesakit. Nisbah yang paling ideal adalah 1:10, seorang doktor & sepuluh pesakit. Cuba rujuk statistik oleh Medical Board terlebih dahulu berkenaan jumlah doktor & pesakit di Malaysia sebelum membuat hujah yang dangkal
4) Pengalaman & pengajaran. Semestinya keadaan di negara lain adalah berlainan dengan negara kita Malaysia sendiri. Banyak yang lebih positif berbanding negatif. Misalnya di negara-negara Barat & Eropah, mereka mempunyai Chapel yang menawarkan khidmat kaunseling & mental untuk para pesakit, & Alhamdulillah kini telah terlaksana di Institut Jantung Negara yang kini punyai Muslim Chapel pula.
Jika dikatakan lepasan luar negara tidak pandai untuk mengambil darah, maka di situ kita nampak Malaysia sendiri punyai kekurangan, iaitu Nurse juga tidak mencukupi!!! Sedangkan di negara luar, soal ambil darah tidak dilakukan oleh doktor, tetapi oleh jururawat.
Malahan di Jordan sendiri, adanya course Radiology, yang mana tidak dipelajari oleh medical students di Malaysia, kerana cabang Radiology diasingkan untuk membentuk profesyen Radiologist.
Perkara lain seperti Fiqh Perubatan seperti yang diketengahkan oleh Mahasiswa Perubatan di Mesir, semestinya sukar untuk dipelajari sekiranya tidak diambil terus daripada sumbernya.
5) Balik menjadi pembangkang. Hujah paling cetek & dangkal. Tak perlu hurai panjang-panjang.
6) Tidak berada dalam keadaan realiti. Mahasiswa Biasa jelas masih lagi seorang Penuntut & bukannya telah bekerja. Jadi bagaimana beliau boleh menuduh lepasan luar negara sombong & tidak pula menjadi ketua jabatan? Adakah dengan berjumpa seorang dua doktor lepasan luar negara, maka boleh menghukum sesuka hati begitu sahaja?
7) Membawa kes-kes terpencil. Jelas Mahasiswa Biasa suka mengemukakan kes-kes terpencil seperti lepasan luar negara tidak pulang ke Malaysia semula, kes tangan bayi terputus & menghasut pelajar lain di luar negara.
Rasanya cukup sekadar ini dahulu. Sekiranya ada antara sahabat-sahabat yang ingin menambah, ruangan komen saya sentiasa terbuka, tapi pastikan menulis dengan akal yang waras.
Wallahua3lam
-Syphoon-
Irbid, Jordan
1151, 2 Jamadil Awwal 1429.
