Monday, December 31, 2007

Tahun baru?

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Sedikit ringkasan & terjemahan serta tambahan daripada Mimbar Masjid Universiti Yarmouk, 17 Dzulhijjah 1428 bersamaan 28 Disember 2007, disampaikan oleh Dr Dhiya'.

1. Apakah hukum menyambut perayaan keagamaan selain Islam bagi seorang Muslim?

Jawapannya telah pun aku nyatakan dahulu, seperti mana risalah yang diedarkan di sini.

2. Bagaimana pula dengan menyambut tahun baru?

Tidakkah kita mengetahui asal-usul hari-hari yang kita sebutkan dalam Bahasa Inggeris? Ataupun bulan-bulan yang kita gunakan dalam kalendar miladi kita?

Nama-nama hari ; Monday, Tuesday, Wednesday; merupakan satu bentuk syiar dalam agama Kristian (klik sini untuk maklumat lanjut). Kalendar yang kita gunakan ketika ini merupakan Gregorian Calendar yang juga digunapakai oleh penganut agama Kristian.

Nah, kita meraikan kedatangan tahun baru, yang mana merupakan salah satu perkara yang ada dalam agama mereka. Perbuatan kita itu seperti meredhai apa yang mereka telah lakukan.

3. Bolehkah menyambut tahun baru?

Menyambut tahun baru adalah sama seperti meraikan perayaan mereka yang lain, sedangkan tidak terdapat dalam syiar Islam. Malahan dalam Islam sendiri, menyambut kedatangan tahun baru Hijriah sendiri tidak ada. Kita diminta untuk menghayati peristiwa Hijrah, bukannya merayakannya.

Aku teringat akan status seorang seniorku di YM yang lebih kurang begini,

"Jangan ucapkan selamat tahun baru kepadaku, kerana aku bukan kristian, & aku juga tidak merayakan tahun baru hijrah, kerana hijrah merupakan peristiwa yang patut dihayati, bukan dirayakan"

Bagi aku, tidak salah kita untuk membuat azam. Tapi adakah terhad apabila datang tahun baru, & lebih-lebih lagi tahun baru yang bukan syiar Islam itu sendiri?

Dalam Islam sendiri menekankan masa, sehingga Allah SWT bersumpah 'Demi Masa' dalam Surah Al-Asr. Kita sepatutnya merenung setiap masa yang kita lalui sehari-hari, seperti mana mafhum kalam sahabat RA, Saidina Ali bin Abi Talib Karramallahu Wajhah :

Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik dari semalam, dan celakalah bagi mereka yang hari ini lebih buruk dari semalam.

Setiap detik masa yang berlalu harus diambil kira & dimuhasabah kembali, menjadi contoh supaya penambah baikan boleh dilakukan. Azam tidak terhad kepada tahun baru, azam boleh terbina dengan kesedaran yang wujud, pada bila-bila masa.

Hal seperti menunggu tahun baru misalannya, atau meletakkan sasaran dengan ucapan seperti "alah, muda lagi, nanti dah 30-40 tahun aku stop la..." atau "tahun depan la baru aku berenti, tahun ni enjoy dulu...", semuanya menjadikan kita bertangguh dalam melaksanakan urusan kita di atas muka bumi Allah ini. Sedangkan kita tahu, yang maut itu berada begitu hampir dengan kita.

Masihkah anda berazam hanya ketika tahun baru sedangkan maut itu begitu hampir dengan kita?

p/s: Mana tahu, malam-malam tahun baru ini nyawa kita dicabut oleh Allah SWT. Apa kata kita mulakan sahaja azam kita sekarang tanpa perlu menunggu esok?

Wallahua3lam.


-Syphoon-
Irbid, Jordan
1955, 22 Dzulhijjah 1428

artikel berkaitan:

Tahun Baru & Bunga Api

Sunday, December 30, 2007

Komen : Usia Persaraan Dilanjut

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Berhubung dengan artikel dalam Berita Mingguan 30 Disember 2007, Cadangan usia bersara dilanjut.

Komen saya :

Cadangan ini seharusnya diperhaluskan lagi dengan mengambil kira kadar pertumbuhan & jumlah graduan muda yang ada dan akan lahir kelak di negara kita, dengan kepulangan graduan berwarganegara Malaysia dari luar negara yang dihantar oleh pihak kerajaan sendiri.

Melanjutkan umur bagi kakitangan sedia ada akan menjadikan peluang pekerjaan sedia ada lebih terhad kepada tenaga kerja yang baru dan muda. Hal seperti ini secara tidak langsung akan menjadikan jumlah pengangguran yang berlaku di Malaysia semakin meningkat. Jika kita teliti, sebahagian besar mereka yang menganggur adalah daripada kalangan mereka yang berumur 20-40 tahun.

Tambahan, disebabkan pengangguran inilah berlakunya pelbagai kes salah laku yang berat seperti rompakan, masalah sosial, penculikan dan sebagainya. Tekanan hidup yang dihadapi oleh masyarakat lebih-lebih lagi generasi muda yang baru melangkah ke alam kehidupan secara sendiri (baca: berdikari) menjadikan mereka mudah putus asa & mengambil langkah mudah bagi mendapatkan pendapatan walaupun dengan cara yang tidak sewajarnya.

Di samping itu, potensi yang ada pada generasi muda tidak dapat ditonjolkan. Golongan muda merupakan tunjang & tiang sebuah negara. Seharusnya mereka diberikan peluang untuk mentadbir & memimpin di peringkat atasan. Orang kata, belum cuba, belum tahu. Tambahan, tenaga kerja yang baru lebih bertenaga & bersemangat, secara tidak langsung akan meningkatkan proaktiviti & produktiviti serta kualiti dalam perkhidmatan kelak.

Golongan muda seharusnya diberikan peluang. Meskipun akan terdapat pelbagai masalah pada peringkat awal, insyaAllah pengalaman itulah yang akan membentuk diri seorang pemimpin supaya lebih teliti & teratur dalam gerak kerja akan datang. Hatta kakitangan sedia ada yang telah berumur kini pun bermula dari usia yang muda, barulah mencapai keadaan & pengalaman seperti yang mereka ada kini.

Sekali lagi saya ingin menekankan sebagai seorang mahasiswa yang akan tamat pelajaran dalam tempoh beberapa tahun lagi, cadangan bagi melanjutkan usia persaraan ini seharusnya diteliti secara terperinci & memikirkan akan mahasiswa sedia ada & kadar pengangguran yang sedang berlaku di Malaysia.

Wallahua3lam.

-Syphoon-
Irbid, Jordan
0417, 20 Dzulhijjah 1428

Tuesday, December 25, 2007

Hukum Tahniah

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Terjemahan & ringkasan daripada risalah edaran di Masjid Jamiah Yarmouk :

Hukum mengucapkan tahniah di Hari Krismas.

Mengucapkan selamat kepada orang bukan Islam pada Hari Krismas atau hari-hari kebesaran agama mereka yang lain DISEPAKATI HARAM, seperti yang dinaqalkan oleh Ibn Qayyim Rahimahullah dalam kitabnya (Ahkam Ahli Az-zhimmah):

"Hal ini adalah disebabkan kerana perbuatan-perbuatan mereka seperti yang sujud (menyembah) salib adalah dosa besar di sisi Allah SWT & perkara-perkara lain seperti meminum arak & membunuh diri adalah mengundang sebesar-besar kemurkaan Allah SWT."

Sepertimana yang diingatkan oleh Ibn Qayyim. adalah haram mengucapkan selamat kepada orang bukan Islam pada hari kebesaran mereka kerana di situ terdapat syiar-syiar (perbuatan) kufur & seperti meredhai apa yang mereka lakukan. Pengharaman ini tidak dikhususkan hanya
pada hari kebesaran agam mereka, tapi kepada seluruh syiar-syiar mereka ke atas setiap muslim.

Firman Allah SWT :

Jika kamu kafir Maka Sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu[1307] dan dia tidak meridhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, niscaya dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu; - Surah Az-Zumar : 7

Pada hari Ini Telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan Telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan Telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu - Surah Al-Maidah : 3

Sekiranya kita diucapkan selamat oleh mereka, maka janganlah menjawabnya kerana hari tersebut bukanlah hari kebesaran Islam itu sendiri sebaliknya merupakan hari yang Allah SWT sendiri tidak redhai.

Meskipun mereka mendakwa hal tersebut adalah disyariatkan kepada mereka, tetapi perlu diingatkan yang kedatangan Islam telah pun menasakhkan perkara-perkara terdahulu dengan apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT :


Barangsiapa mencari agama selain agama islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. - Surah Ali Imran : 85


Dan juga dilarang kepada setiap muslim untuk mengadakan majlis atau pesta meraikan hari tersebut, atau perbuatan-perbuatan lain seperti bertukar-tukar hadiah, memberikan manisan/kuih atau bercuti daripada bekerja dan perkara-perkara lain yang bersamaan seperti meraikan hari / syiar tersebut.

Sabda Nabi SAW :

Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada mereka.
-Musnad Imam Ahmad-

Rujukan : Al-Majmu' Ath-thamin (8) oleh Syeikh Ibn Uthaimin, jilid ke-3

-Tamat terjemahan & ringkasan-

Wallahua3lam.

Maaf tak dapat nak terjemah secara total. Tak berapa pandai - > jadi tak faham sangat. Siapa-siapa nak teks asal boleh rujuk ana. (hanya kepada mereka yang berada di Jordan)

-Syphoon-
Irbid, Jordan
0709, 15 Dzulhijjah 1428

Wednesday, December 19, 2007

Eid Adha Mubarak

Pihak PERMAI ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh warga PERMAI & juga kepada sahabat-sahabat yang berada di mantiqah lain, terutama kepada Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Amman (PPMA), saudara Shahrul yang baru sahaja menerima kelahiran anak sulung beliau.

Sebanyak-banyak kemaafan dipohon dari kami barisan pentadbir PERMAI sesi 2007/2008 atas segala kesilapan & kesalahan yang telah dilakukan. Sekiranya ada teguran bolehlah disampaikan melalui saluran yang sepatutnya.

Beberapa program sempena Eid Adha bagi warga PERMAI :

10 Dzul Hijjah :
Solat Eid Adha
Jam 7 pagi
Masjid Jamiah Yarmouk

11 Dzul Hijjah :
Korban & melapah
venue : Bangunan di Dalki Abu Suhaib
(tahun ni dapat seekor lembu, 4 ekor KAMBING)
Warga PERMAI (ikhwah) boleh mula melapor diri jam 9 pagi
(menurut arahan Pengarah Program)

12 Dzul Hijjah :
Majlis Sinar Tadhiyah
Dewan Al-Farabi, Universiti Yarmouk
Jam 5 petang

*tertakluk kepada perubahan

Wallahua3lam

-Syphoon-
Irbid, Jordan
0645, 10 Dzul Hijjah 1428

Monday, December 17, 2007

Perang!

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu Ya Allah... Selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

InsyaAllah PERMAI akan menganjurkan Minggu Kempen Ikhtilat Sifar yang akan bermula pada 21 Disember ini, iaitu pada Majlis Sambutan Eid Adha peringkat PERMAI.

Fokus Al-Qalam terbitan Disember 2007 juga turut menarik ; Keluarga Aura Muslim.

Mengapa permasalahan ini merupakan satu perkara yang serius & diberikan perhatian oleh pihak PERMAI?

Berita baru-baru ini yang disiarkan oleh Harian Metro (klik sini) menunjukkan kita bukan sahaja perkara-perkara sumbang ini boleh berlaku di kalangan mereka yang masih bujang, tetapi turut menghantui golongan yang telah berkahwin.

Maka, untuk mengelakkan kes yang lebih berat, iaitu berlakunya kepincangan dalam masalah rumahtangga, hal ini tidak dapat tidak harus dibanteras diperingkat awal.

Firman Allah SWT :

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) - Surah An-Nur : 26


Keruntuhan institusi kekeluargaan adalah berpunca daripada kurangnya penghayatan kepada Islam itu sendiri. Pembinaan sebuah keluarga tanpa mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT & Rasulullah SAW akan akhirnya mengundang keretakan dalam hidup.

Lihat saja pada kes yang berlaku tersebut. Lewat ini bukan 1 atau 2 kes yang dilaporkan, tapi lebih daripada itu, yang tidak dilaporkan, siapa yang tahu?

Kepercayaan yang wujud dalam diri masing-masing akan semakin rapuh dek kerana hubungan yang bermula lebih awal daripada tempoh pembinaan keluarga, lantas mewujudkan kecurigaan antara satu sama lain. Mungkin juga kerana sudah bosan dengan hubungan yang sedia ada, maka mula mencari 'sesuatu yang lain'.

Banyak sudah kes yang berlaku & dibentangkan di depan mata kita. Tapi kita tetap sama, tidak mahu mengambil pengajaran daripada keadaan tersebut.

Perlu diingatkan juga, institusi kekeluargaan yang terbina kelak bakal mencorakkan anak-anak yang lahir dalam keluarga tersebut. Sekiranya institusi tersebut penuh dengan kepincangan, maka akan tempanglah pembentukan rohaniyah & insaniyah anak tersebut. (klik sini )

Kesan daripada keruntuhan institusi ini juga akan berlarutan dalam pembentukan masyarakat dalam konteks yang lebih besar.

Semua ini bermula dengan hubungan yang tidak mendapat keredhaan Allah SWT. Impaknya akan turut mengekori setelah berumahtangga. Maka perkara ini harus kita perangi sejak awal lagi, supaya tidak menjadi lebih buruk pada hari kemudian.

Wallahua3lam

-Syphoon-
Irbid, Jordan
0741, 8 Dzul Hijjah 1428

artikel yang perlu dibaca :
Zina bakal lahirkan keluarga & zuriat zina

Negaraku semakin bahaya?

Bahaya nafsu lelaki
Pilih yang mana satu
Pertemuan bukan milik kita
Sepinggan dosa berulam 'pahala'
Menguruskan fikiran tentang perkahwinan
Erti sebuah perkahwinan

Sunday, December 16, 2007

Realiti Akademik

Bismillah
Segala puja & puji buatMu...Selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...


-Dragonzakura-

Sudah sebulan lebin aku menonton satu drama Jepun 'Dragonzakura', namun aku tidak pernah bosan menonton beberapa bahagian yang memberikan maksud yang begitu mendalam bagiku.

Drama ini mengisahkan berkenaan seorang peguam yang mempunyai misi untuk menghantar 5 orang pelajar di sebuah sekolah yang paling teruk di kawasan ke universiti terkemuka di Jepun, Todai (Tokyo University). Antara method yang dilakukan adalah mengadakan satu kelas khas untuk persediaan menghadapi peperiksaan kemasukan ke sana.

Beberapa perkara yang dapat aku pelajari & teliti daripada drama ini.

1) "Study, or you will remain as an idiot!"

Firman Allah SWT :

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan mereka sendiri - Ar-Ra'ad : 11

"Dah perangai aku camni, takkan aku tiba-tiba nak tunjuk 'alim' plak. Tu hipokrit namanya."

Pernahkah kita mengucap sesuatu sebegini?

Salah satu watak dalam drama ini, Ichirou Okuno, sering diperkatakan sebagai seorang yang lembab & tidak mampu berbuat apa-apa. Tapi pada akhirnya mampu beroleh satu kejayaan yang tidak pernah diimpikan (ambil pengajaran meskipun hanya drama & rekaan semata-mata).

Begitu juga diri kita ini. Apa sahaja keadaan, bukan dalam study sahaja, namun dalam kehidupan. Kita selalu menghadiri kelas-kelas tafaquh misalnya, mendengar teguran daripada sahabat-sahabat, tapi masih tidak mahu berubah menuju kepada yang lebih baik dengan alasan "tidak mahu hipokrit" & mengatakan "inilah diri aku yang sebenarnya".

Adakah perkara ini merupakan sesuatu jalan yang betul?

2) Kelas merupakan sumber mendapatkan ilmu, tidak kira apa jua bentuk. Kehadiran ke kelas atau ke kuliah merupakan salah satu cara untuk memahami & mendalami ilmu tersebut.

Lewat ini, aku perhatikan ramai antara sahabat-sahabat yang tidak ke kuliah, dengan alasan nota-nota & buku-buku sudah memadai untuk skor dalam peperiksaan. Apatah lagi kuliah tersebut dirakam, kemudian ditulis kembali & boleh didapati di internet.

Pembelajaran jarak jauh kononnya.

Tidak kira dalam drama ini atau realiti, guru atau lecturer bukan sahaja mengajar what, tetapi mereka juga menunjukkan how. Golongan pengajar ini bukan sahaja menerangkan berkenaan realiti kehidupan.

Sebagai contoh, bagi sesiapa yang pernah mengambil subjek Genetics di JUST, sudah tentu mengenali Dr. Jamil 'Alami. Beliau bukan sahaja mengajar berkenaan subjek, malahan etika & berkenaan realiti di luar. Banyak pandangan & kefahaman kita yang mungkin bercanggahan dengannya, tapi dari satu segi kita tahu yang di luar sana terdapat lagi kemungkinan yang lain.

Prof. Dr. Abu Hassan Din dalam satu kuliahnya mengatakan :

Kita ini tidak perlu pergi jauh ke Masjid An-Nabawi untuk memasuki Raudhah di sana, cuma dengan menghadiri majlis-majlis ilmu ini kita sudah berada di dalam taman-taman Syurga.

Kuliah & kelas-kelas pengajian ilmu sekiranya kita niatkan kerana-Nya, insyaAllah akan mendapat keberkatan & punyai kesamaan dengan apa yang Rasulullah SAW katakan.

Tidak mahukah kita berada di dalam taman-taman syurga yang sememangnya terbentang di depan mata kita?

3) Aku pernah merasai kegagalan. Down, merasakan diri tidak berguna, tidak mampu berbuat apa-apa. Futur.

Tidak dinafikan memang sukar untuk bangkit kembali, tetapi jika kita mampu untuk bangun dari jatuh yang tersungkur tersebut, insyaAllah setiap langkah kita akan menjadi lebih kukuh & teratur.

Meskipun kita gagal, tetapi selagi mana kita tidak mengaku kalah, insyaAllah Allah akan menunjukkan jalan keluar bagi kita. Percayalah dengan apa yang Allah tentukan untuk kita setelah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh.

4)Pepatah mengatakan, yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Setiap perkara ada harga yang mesti dibayar. Kejayaan tidak dapat dinikmati tanpa juhud & kebergantungan kepada Allah SWT & serta mungkin tidak dapat dikecapi dalam waktu yang singkat, mungkin selepas beberapa kali gagal, barulah dapat menggapainya.

Usaha yang berterusan & tempat pergantungan yang betul iaitu kepada Allah diperlukan.

Hanya mereka yang pernah gagal & tahu penat lelah dalam perjuangan menghargai erti kejayaan tersebut.

5) Kehidupan merupakan satu ujian yang lebih besar & tiada jawapan yang absolute dalam realiti ini.

Tidak semestinya mereka yang tidak masuk ke universiti adalah golongan yang gagal & tidak semestinya seorang graduan universiti terkemuka itu telah berjaya dalam kehidupannya.

Apa yang penting adalah berusaha bersungguh-sungguh & menyedari serta melaksanakan semua tanggungjawab yang telah Allah SWT berikan & Rasulullah SAW tunjukkan kepada kita, maka ketika itu insyaAllah kita akan termasuk dalam golongan yang berjaya.

6) "What ever you want to do, just live a magnificent life. Try to make your own life as best as you can".

Jadilah seorang hamba yang taat, dalam apa jua yang kita lakukan. Gelaran atau jawatan sebagai seorang presiden, perdana menteri, mahasiswa atau apa juga, tidak bererti jika jiwa hamba kepada Allah Yang Maha Agung itu tidak digilap.

Wallahua3lam...


-Syphoon-
Irbid, Jordan
1420, 6 Dzul Hijjah 1428

p/s: Apa sahaja yang kita lakukan atau tonton, pastikan Allah & Rasul menjadi timbangan, & ada sesuatu yang boleh kita kaitkan dengan kehidupan sebagai seorang Mahasiswa Muslim.


Tuesday, December 11, 2007

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan - Al-Alaq : 1

Wahyu yang pertama, merupakan tarbiah pertama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi SAW. Kick start kata orang, yang akan menjadi penentu ke mana halatuju seterusnya.

Maka tidak dapat tidak, perkara pertama yang perlu pada seorang dai'e itu adalah untuk menuntut ilmu, sebelum bermujahadah & keluar menyampaikan peringatan-Nya. Tidaklah manhaj tarbiah Ilahi ini bermula dengan solat, zakat, menegakkan pemerintahan Islam mahupun keluar berjihad terlebih dahulu melainkan dengan perintah "Bacalah...".

Material yang perlu dibaca oleh seorang dai'e itu luas. Tidak kira apa jua bidang, perubatan, pergigian, kejuruteraan, Syari'ah Islamiyah & sebagainya. Tapi jangan kita lupa untuk membaca ayat di atas sehingga habis.

Mahasiswa hari ini ghairah dalam mengejar, berlumba-lumba dalam mencedok ilmu di bidang masing-masing. Tapi malangnya dalam keghairahan tersebut, mereka mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba-Nya. Mereka terlupa title mereka sebagai seorang Mahasiswa Muslim, yang terikat dengan ayat-Nya (di atas).

Untuk kita bina sebuah rumah, tidak dapat tidak harus kita mencari sebidang tanah dengan tapak yang rata & diyakini stabil & kukuh, supaya tidak runtuh pada masa hadapan. Begitu juga kehidupan kita sebagai seorang Mahasiswa Muslim, dalam proses kita membina kerjaya kita, jangan kita lupa akan 'tanah' tempat kita berpijak kini. Adakah sudah cukup rata & stabil? Atau bakal terjerlus & menelan semua hasil yang kita kaut selama ini sekelip mata?

Bagi seorang muslim, apa yang menjadi pancang di dalam tanah tapak rumah yang bakal dibina itu adalah hubungan dengan Pencipta Yang Maha Kuasa, Allah SWT. Ilmu yang dicipta oleh Allah SWT, maka pada Allah lah kita wajib meminta segala-galanya.

Tidak faham, terlupa atau tidak minat, mintalah pada-Nya dengan usaha yang semampu mungkin. Meskipun natijahnya nampak kecil, tapi di sana wujud keberkatan pada ilmu itu. Hatta jikalau sudah memahamahi sekalipun, ringankan mulut memuji-Nya. Kadang-kadang kita sombong, mengatakan apa yang kita fahami adalah hasil usaha kita berjaga sepanjang malam. Nah, di mana kita meletakkan ayat di atas? Tidakkah kita telah menjuzu'kan ayat di atas? Na3uzubillah!!!

Biarlah meskipun keputusan peperiksaan kita tidak seberapa, tapi insyaAllah, akan ada keberkatan pada Ilmu tersebut, keberkatan yang bakal menaungi kita kelak, menjadi tapak untuk kita membina kerjaya kita. Tiada keberkatan ilmu merupakan salah satu punca ramai graduan yang gagal dalam hidup & mengaplikasikan ilmu yang ada di dada. Berlakunya kes-kes pecah amanah, rasuah & jenayah-jenayah lain, berpunca daripada ketiadaan keberkatan ilmu itu sendiri.

Tanggungjawab kita sebagai seorang hamba kita juga jangan kita lupakan. Hamba merupakan syarat untuk kita beroleh syurga Allah, bukan doktor, jurutera, ustaz mahupun pemerintah sekalipun.
Kita usaha semampu mungkin & berdoa memohon apa yang terbaik untuk diri kita kepada Allah SWT. Kita study tanpa mengabaikan solat jemaah, tidak lupa untuk qiyam sekiranya stay-up di tengah malam & membaca Al-Quran di samping kita membaca material subjek yang beratus-ratus muka surat.

Hadith ke-19, Matan 40 An-Nawawi

Yakinlah, sekiranya kita menjaga hak-hak Allah, melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba-Nya, insyaAllah hak-hak kita akan dijaga oleh-Nya, Yang Maha Sempurna, yang tidak akan memungkiri janji-Nya.

Hal inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan Mahasiswa Muslim hari ini. Kegagalan sebagai seorang hamba, merupakan satu tanda kita ini tidak mampu pun untuk memikul title lain. Kata orang, "nak buat benda basic pun tak boleh, ada hati nak buat benda yang lagi advance!!".

Tiadanya keberkatan, bukan sahaja pada ilmu, tetapi juga pada kehidupan kita. Sentiasalah menjaga diri sebagai hamba. Bukan mudah untuk bernafas dalam diri hamba, namun berdoalah kepada-Nya, minta dipermudahkan segala urusan kita.

Misalnya, sekadar berkongsi pengalaman peribadi, kadang-kadang kita sudah bersedia dengan peperiksaan. Material semua telah kita baca & hadamkan. Tapi pagi itu tiba-tiba kita tertidur & bangun lewat untuk ke universiti & dalam perjalanan, bas yang dinaiki rosak di tengah jalan, sampai di universiti kononnya mahu mengambil jalan singkat, namun tiba-tiba pintu yang selalu kita guna itu terkunci. Akhirnya masuk 30 minit lewat & menjawab dalam keadaan yang tidak menyenangkan.

Percayalah akan segala ketentuan-Nya setelah kita berusaha sedaya yang kita mampu. Berdoalah, minta apa yang terbaik buat kita. Andai yang yang rendah atau gagal itu yang terbaik buat kita, maka itulah yang kita harapkan & sekiranya lulus & markah yang tinggi itu yang terbaik untuk kita, maka itulah yang kita minta. Kita selalu meminta yang bagus & sedap dipandang mata, Allah akan beri mengikut apa yang kita minta, tapi tidak semestinya semua yang kita pinta adalah yang terbaik. Maka, pohonlah yang terbaik untuk diri kita.

Ucaplah setinggi-tinggi kesyukuran tatkala mendapat kejayaan, & pujilah Allah, Yang Maha Suci sekiranya apa yang kita dapat itu luar dari jangkaan kita, kerana Dialah yang Suci dari sebarang kejahilan & sifat-sifat negatif yang ada dalam diri kita serta sempurna sifatnya, tanpa ada sebarang cacat cela.

Perkara paling penting yang diakhirkan, tidak dapat tidak, dalam kita menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba, adalah melakukan segala perintah-Nya & meninggalkan segala larangan-Nya.


شكوت إلى وقيع سوء حفظي
فأرشدني إلى ترك المعاصي

وأخبرني بأن العلم نور
ونور الله لا يهدى للعاصي

Aku mengadu pada (guruku) Waqi' tentang buruknya hafalanku
Maka dia menasihatiku supaya meninggalkan maksiat
Dan dia memberitahuku bahawa ilmu itu adalah cahaya
Dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada orang yang melakukan maksiat.

Tinggalkan perkara yang sia-sia & tidak bermanfaat, apatah lagi perbuatan yang menjurus kepada maksiat. Membuang masa dengan menonton movie, bercouple, tidak menjaga batasan dalam pergaulan, bermain game secara berlebihan Leka di bawa arus yang entah ke mana yang akhirnya diri sendiri tenggelam lemas dalam dunia kehidupan.

Wallahua3lam

-Syphoon-
Irbid, Jordan
0803, 1 Zulhijjah 1428

-Perjumpaan MEKAP kali ke-2 kumpulanku, sesi 2007/2008-

Antara Dua

Bismillah…
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW…

وعن أَبِي مسعودٍ عُقبَةَ بْن عمْرٍو الأَنْصَارِيِّ رضي اللَّه عنه قال :

قال رسول اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم :

« مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلهُ مثلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ »

رواه مسلم .


Abu Mas`ud `Uqbah bin `Amr Al-Ansari Al-Badri RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : Sesiap yang menunjukkan sesuatu kebaikan (atau menjadi contoh) adalah seperti orang yang melakukan kebaikan tersebut. [Muslim].

Hadith 173, Riyadh As-Solihin

Setiap satu perkara yang berada & berlaku di atas muka bumi-Nya ini terjadi dengan berpasang-pasangan. Positif meneutralkan negatif, utara ada selatannya, malam ada siangnya. Begitu juga dalam konteks taqwa.

Taqwa menurut ulama' datang 2 perkara, melakukan apa yang disuruh oleh-Nya meninggalkan segala larangan-Nya, tidak boleh kita mengambil sebahagian & meninggalkan sebahagian yang lain (imbas kembali tajuk MEKAP : Tasawur Kesyumulan Islam)

( (

Berlumba-lumbalah dalam membuat kebaikan – Al-Baqarah : 148

Kebaikan juga punyai lawan, iaitu kejahatan atau mungkar. Maka tidak dapat tidak dalam kita berlumba-lumba melakukan amal kebajikan, wajib bagi kita untuk berlumba-lumba dalam meninggalkan kemungkaran.

Sesetengah orang silap dalam menafsirkan ayat ini. Mereka berpuasa dalam bulan Ramadhan misalnya, tapi tidak menjaga hati & mata, serta perlakuan mereka tidak menggambarkan seorang yang berpuasa, maka puasanya itu hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui nilainya.

Dalam skop kita sebagai seorang Mahasiswa Muslim, menuntut ilmu milik Allah SWT, merantau jauh ke Bumi Syam merupakan satu perlumbaan mencari kebaikan. Tapi malangnya perlumbaan yang kudus ini dicemari dengan unsur-unsur yang sia-sia & maksiat.

Membazirkan masa dengan perkara-perkara tidak berfaedah, leka dalam movie marathon, meletakkan solat entah di mana dalam jadual waktu harian kita, berCOUPLE, pergaulan ikhwah & akhawat yang tidak mengikut kehendak syariat dan sebagainya.

Lebih malang lagi sekiranya perkara ini dilakukan oleh para senior dan akhirnya menjadi ikutan bagi para junior atau di kalangan sahabat-sahabat kita sendiri.

Hadith pada awal artikel ini turut mempunyai kefahaman sebaliknya, iaitu mereka yang menunjukkan sesuatu keburukan/kemungkaran, dalam keadaan sedar atau tidak & diikuti oleh orang lain, maka akan turut mendapat 'saham' seperti pelakunya.

Bonus, buat dah dapat 1 saham, orang lain tengok & lakukan dapat 1 lagi saham, bagi kedua-dua keadaan.

Jadi, saham yang mana satukah kita mahukan?

-Syphoon-
Irbid, Jordan
0637, 22 Dzul Qaedah 1428

(Dari Hati Ke Hati (DHKH) Disember 2007, terbitan JKK Pembangunan Minda & Akademik PERMAI)

Saturday, November 24, 2007

Tambah lagi...

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu...Selawat & salam buat junjungan tercinta SAW

Irfan Kamil bin Hairul Faizal

Tahniah kepada kekanda Faizah Nur & Hairul Faizal atas kelahiran cahaya mata yang pertama...Moga-moga menjadi penyejuk mata & pengerat hubungan kepada kekanda berdua...

Juga kepada anakanda-anakanda ku yang lain

Muhammad Syamil bin Ahmad Hisham
Muhammad Daniel Hasyimi bin Ahmad Hisham (merah)
Adam Syazwan bin Ahmad Hisham

(dari kanan)
Farah Nasrin binti Mohd Nazri
Farah Yasmin binti Mohd Nazri
Farah Tasnim binti Mohd Nazri

dan
Farah Nur Izreen binti Mohd Nazri
(tiada gambar-lahir time PakSu dah balik sini)

Salam sayang dari PakSu buat kalian ~

(dah 8 orang anak saudaraku...)

Miss all of them badly...


-Syphoon-
Irbid, Jordan
0806, 14 Dzul Al-Qaedah 1428

Tuesday, November 20, 2007

AKSES PEMIKIRAN ISLAM

Peringkat PERMAI

Bertemakan
KEMANTAPAN ROHANI ASAS KECEMERLANGAN


Tempat : Dewan Al-Farabi, Universiti Yarmouk
Tarikh : 23 November 2007
Masa : 8.30 pagi - 3.30 petang
Sasaran: Semua mahasiswa baru di Irbid

Terbuka kepada semua warga PERMAI yang berminat


Tentatif ringkas :

8.30 pagi : Sarapan pagi & pendaftaran

9.00 pagi : Majlis Pembukaan
- Ucapan aluan Pengerusi majlis
- Ucapan Pengarah Program
- Ucapan & perasmian oleh Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia (MPPM)

9.15 pagi : Pembentangan kertas kerja
- Aqidah Islamiyah : Kesilapan Umum Umat Islam dalam Aqidah
oleh : Ustaz Ismail Muhammad (Pelajar Ph.D di Universiti Jordan, Amman)

10.30 pagi : Bengkel
- Pembahagian masa ideal seorang mahasiswa
Fokus : Hedonisme

11.15 pagi : Solat Jumaat & makan tengahari

1.00 petang : Forum Amar Ma3ruf Nahi Munkar
- Fokus : Masalah ikhtilat di kalangan mahasiswa
panelis : Ustaz Mujahid Abu Bakar (Pelajar Ph.D di Universiti Jordan, Amman)
Ustaz Wan Yusrizal Wan Shafi'i (Pelajar MA di Universiti Jarash)
Saudari Noorzayyani bt Md Nor (pelajar perubatan tahun 4 di JUST)

3.00 petang : Majlis bersurai


KEMANTAPAN ROHANI ASAS KECEMERLANGAN

Marilah sama-sama kita jayakan, memberikan komitmen dengan kehadiran atau membantu dalam apa jua aspek yang diperlukan.


-Syphoon-
Irbid, Jordan
2253, 10 Dzu Al-Qaedah 1428

Sunday, November 18, 2007

Melihat dari luar kotak

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu Ya Allah, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

1 entry sebelum menyambung study untuk exam histology esok..

Alhamdulillah, masih diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk terus berdiri di atas muka bumi-Nya, mencurahkan keringat berbakti selagi mampu.

-Iklan-

Mini Klinik di Mafraq terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada program Akses Pemikiran Islam (API) yang akan diadakan pada 23 November ini, di Mafraq & juga di Irbid mengikut kumpulan sasaran masing-masing.

Jadi dijemput kepada semua warga PERMAI khususnya adik-adik junior untuk turut serta dalam program ini. InsyaAllah banyak manfaat yang boleh dicedok daripada program ini untuk bekalan masa hadapan.

Butiran ringkas berkenaan API :

Tempat : Dewan Al-Farabi Universiti Yarmouk
Tarikh : 23 November 2007 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi - 3.30 petang

Solat Jumaat eksklusif bersama Syeikh Ma'mun
Imam Masjid Jamiah Yarmouk


-Tamat Iklan-



Laban (susu masam). Sekiranya dibeli dalam pek ini di kedai-kedai berhampiran, laban dalam keadaan separa pejal. Kebanyakan mahasiswa Jordan khususnya ikhwah mengambil laban sebagai makanan tambahan bagi meningkatkan imuniti badan, lebih-lebih lagi apabila masuk musim sejuk.









Yang ini pula Calcefor, supplement Vitamin C & Kalsium, berbentuk tablet soluble. Aku ambil dek kerana kurangnya mengambil sayur-sayuran dalam diet seharian.

Apa simboliknya kedua-dua perkara di atas? Kesihatan, sudah tentu. Bagaimana kita melihat kedua-dua perkara di atas dari aspek yang lain?

Cuba anda berus gigi anda sebelum anda makan laban. Anda akan merasa satu sensasi yang luar biasa efek daripada rasa laban tersebut. Boleh cuba jika tidak percaya. Ubat gigi biasanya akan neutralize deria lidah anda terlebih dahulu, berbanding saliva yang memang agak masam, apatah lagi selepas bangun dari tidur.

Laban walaupun masam, namun tetap ditelan apabila difikirkan manfaatnya. Begitu juga dengan ubat-ubatan yang lain, sepahit hempedu atau sebesar saga, tetap ditelan.

Begitu juga diri kita sebagai seorang manusia.

Selalunya kita mengharapkan kata-kata yang manis dalam percakapan atau tatkala diberi teguran. Namun apabila menerima sesuatu yang diluar dugaan atau kadang-kala rasanya masam sedikit, lantas kita luahkan bulat-bulat atau orang yang memberi teguran itu pula yang dimarahi kembali. Mungkin ada benarnya yang menegur itu pun silap dari segi tatacaranya, tapi dari perspektif yang lain, kita sebagai yang ditegur juga harus menelan rasa masam dalam teguran tersebut, andainya perkara itu benar.


Dari aspek yang lain, kita sebagai seorang dai'e. Jadilah seperti laban tersebut, walaupun diketahui rasa masam laban tersebut, namun tetap dimakan kerana diketahui manfaatnya. Pendek kata, jadilah seorang manusia yang berguna kepada masyarakat, dalam apa jua aspek, tidak kira usia. Bukan kata, "aku dah tua, tak sesuai buat perkara-perkara ni, bagi la orang muda-muda" atau "aku dulu time 1st year 2nd year dah selalu datang program, biarla junior-junior plak yang pegi, pengisian same je selalu" Tidakkah kita tahu walaupun dengan hadir & menjayakan program-program ilmiah dengan komitmen kita itu juga merupakan satu sumbangan di samping dapat kita beroleh manfaat?


Apa pula kaitan Calcefor dalam entry kali ini?

Seperti yang aku katakan tadi, Calcefor merupakan tablet soluble dalam air.

Dalam konteks kita seoran dai'e, sejauh manakah kita mampu soluble dalam masyarakat di sekeliling kita?

Dan sejauh manakah kita dapat menukarkan substance masyarakat tersebut? Adakah mampu untuk kita berbuat seperti Calcefor, yang dapat menukarkan warna air tersebut & menambahkan mineral kalsium & vitamin C, yang akhirnya memberikan manfaat kepada Islam itu sendiri?

Atau kita hanya ibarat seketul batu yang tercampak di dalam air, tanpa mampu berbuat apa-apa, melihat sahaja tatkala air tersebut dicemari oleh unsur-unsur luar?

Aku tinggalkan beberapa persoalan di sini, untuk kita sama-sama jawab. Tiadalah aku timbulkan persoalan-persoalan tersebut melainkan untuk aku sendiri jawab. Eloklah kita jawab di dunia ini, daripada kita disoal di hadapan-Nya kelak, dengan keadaan mulut kita dikunci & tangan serta kaki kita yang menjadi saksi, atas apa yang kita lakukan (Surah Yaasin : 65)


Doakan kami 2nd year dental students untuk exam Histology esok...


Ya Allah,
Permudahkanlah segala urusan kami...

Amiin...



-Syphoon-
Irbid, Jordan
2118, 8 Dzu Al-Qaedah 1428

Thursday, November 15, 2007

Ku harapkan...

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu Ya Allah... Selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...


Minggu yang sibuk. Sangat sibuk. Hari Khamis lepas, aku bertolak ke Amman untuk membantu menguruskan Kursus Organisasi anjuran Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) Amman dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia (MPP) Jordan.

Jumaat keesokan harinya penuh dengan aktiviti di sana. Sabtu program sambutan Hari Raya Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan. Ahad peperiksaan subjek Lab Anatomy, pagi tu baru aku mula membaca. Alhamdulillah, walaupun tidak setinggi mana...

Isnin aku cuba untuk menyelesaikan urusan perabot yang sudah hampir 2 bulan tidak siap-siap lagi, tapi malangnya jawapan yang diterima adalah "Bukrah". Selasa - aku menerima permintaan daripada Persatuan Mahasiswa Al Al-Bayt (PRISMA) untuk membuat Mini Klinik di Mafraq. Malam tersebut juga MEKAP untuk kumpulanku dijalankan.

Rabu - merupakan hari terakhir sebelum iqamah aku tamat. Jadi nak tak nak aku terpaksa pergi untuk memperbaharui iqamahku. Sampai di sana polis di sana buat hal, katanya kena melalui Universiti untuk pelajar-pelajar lain. Alhamdulillah, hari ini juga urusan perabot selesai. Dapat semua palang & para yang diminta sejak 2 bulan yang lalu.

Khamis (hari ini)- pergi ke ISO bertanyakan berkenaan urusan iqamah. Kenyataan ISO - tetap perlu ke sana, untuk ambil borang & cop jari. Satu kerja. Aku bergerak ke Mudiriah Syurtoh, ambil borang perbaharui iqamah & borang cop jari. Sampai rumah terus fotostat & tengah tunggu nak pass pada JKK Perhubungan & Penempatan.

Jumaat & Sabtu - Rehat & masa untuk aku study

Ahad (18 Nov) - EXAM PHYSIOLOGY

Isnin (19 Nov) - EXAM HISTOLOGY

Selasa - Meeting MMJ untuk program di Mafraq.

Aku harapkan pada hari Jumaat & Sabtu ini tiada hal yang mendatang untuk aku bernafas seketika & untuk aku study menjelang exam 2 subjek tersebut...

Terlelap keletihan bersama Amir di bilik MPPM sewaktu Kursus Organisasi.



Ya Allah,
Permudahkanlah urusanku,
Berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi ujian-Mu...

Amiin...


-Syphoon-
Irbid, Jordan
1414, 5 Dzulqaedah 1428

Tuesday, October 30, 2007

Kewajipan yang dilupai

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu Ya Allah...Selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...





Nabi SAW ditanya oleh Jibril AS berkenaan apa itu Islam, baginda SAW menjawab :


وَقَالَ: یَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَم، فَقَالَ رَسُولُ ا للهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، وَتُقِيْ مَ الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّآَاةَ، وَتَصُوْمُ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاَ


Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya - Riwayat Muslim
(hadith ke-2 Matan 40 An-Nawawi)


Solat merupakan satu elemen penting dalam Islam. Apabila menyebut solat, maka itulah Islam. Apa yang membezakan seorang muslim & bukan muslim adalah solat itu sendiri.

"Sesungguhnya sempadan di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat"
( Hadith Sahih Riwayat Muslim )

Solat dapat melatih & membina jati diri seorang muslim. Beberapa disiplin perlu dipatuhi dalam pelaksanaan solat.


1) Adanya waktu & tempoh masa untuk solat ini.

Firman Allah SWT :

Sesungguhnya solat itu adalah fardu yang ditentukan waktunya atas orang-orang mukmin
Surah An-Nisa' : 103


Tempoh waktu & masa yang ditetapkan untuk setiap waktu solat ini mengajar kita untuk menguruskan kehidupan kita dengan lebih sistematik. Tiadakah kita perasan yang waktu solat yang Allah tentukan bagi kita ini sudah cukup teratur? Bermula dari waktu Subuh, sehinggalah Isya'. Waktu-waktu ini ibarat tiang yang menanda pada sekian-sekian tempat dalam kawasan yang bernama hari, menjadi panduan untuk kita, bagaimana untuk menempuhi kawasan tersebut. Senang lagi mudah untuk kita melalui berdasarkan tiang-tiang tersebut.

2) Adanya persediaan untuk kita melaksanakan solat. Sebelum bersolat, perlu kita untuk membersihkan badan terlebih dahulu, mengangkat hadas kecil, memakai pakaian yang sesuai. Tidak dapat tidak untuk kita melakukan persediaan ini sebelum melaksanakan solat.

Solat, perkara yang asas dalam Islam telah mengajar kita untuk bersedia sebelum melaksanakannya. Begitu juga dalam kehidupan ini, apa sahja kita lakukan memerlukan persediaan. Exam, study persediaannya. Pelaksanaan program-program, satu perancangan gerak kerja yang teliti persediaannya.

3) Adanya tatatertib sebelum, ketika & selepas solat. Wudhu' yang diambil mesti mengikut urutan. Tidak boleh hentam kromo, basuh kaki dahulu, muka dikemudiankan. Tidak boleh sujud dulu, kemudian bangun ruku' dalam satu rakaat yang sama. Sekiranya solat berjemaah, mesti mengikut isyarat daripada imam. Tidak boleh mendahului.

4) Solat mengajar kita erti kerendahan diri tatkala kita rukuk & sujud.

Disiplin & nilai yang ada dalam solat ini secara tidak langsung mengajar kita untuk berdisiplin & menyedarkan kita, yang kita ini tidak lain tidak bukan hanya seorang hamba yang hina. Kadang-kala, kita tidak perasan perkara ini, menjadikan kita tidak dapat menghayati pelaksanaan solat itu sendiri. Solat menjadi adat. Tiada lagi zouq dalam mengerjakannya.

Antara kelebihan solat yang lain, dapat mensucikan kotoran-kotoran dosa yang tertempel pada badan kita.

وَعنْ أَبي هُرَيْرةٍ رضي اللَّه عنْهُ قَال : سمِعْتُ رسُول اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم يَقُولُ :

« أَرأَيْتُمْ لَوْ أَنَّ نَهْراً بِباب أَحَدِكم يغْتَسِلُ مِنْه كُلَّ يَوْمٍ خَمْس مرَّاتٍ ، هلْ يبْقى مِنْ دَرَنِهِ شَيءٌ؟»

قالُوا : لا يبْقَى مِنْ درنِهِ شَيْء ،

قَال : « فذلكَ مَثَلُ الصَّلَواتِ الخَمْسِ ، يمْحُو اللَّه بهِنَّ الخطَايا »

متفقٌ عليه

Abu Hurairahu (May Allah be pleased with him) reported: I heard the Messenger of Allah (PBUH) saying, "Say, if there were a river at the door of one of you in which he takes a bath five times a day, would any soiling remain on him?'' They replied, "No soiling would left on him.'' He (PBUH) said, '' That is the five (obligatory) Salat (prayers). Allah obliterates all sins as a result of performing them.''
[Al-Bukhari and Muslim]. *Hadith ke-1042, Riyadh As-Solihin

Commentary: This Hadith tells us about the merit and benefits of the performance of the prescribed five daily Salat, performing them will wash off one's sins, but this is true of only such Salat which is performed in accordance with Sunnah, i.e., punctually in exactly the manner showed by the Prophet (PBUH), and not of that which is offered at will in one's own way.

Solat yang khusyu' dan sempurna dapat menyelamatkan diri kita daripada perbuatan yang keji & mungkar.

Firman Allah SWT :


Sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji & mungkar
Surah Al-Ankabut : 45


Ganjaran daripada persediaan & pelaksanaan solat ini dapat kita gandakan, sekiranya :

1) Kita melakukannya secara berjemaah

Sabda Rasulullah SAW :

عن ابنِ عمَر رضي اللَّه عنهما أَنَّ رسولَ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قال :

«صَلاةُ الجَمَاعَةِ أَفضَلُ مِنْ صَلاةِ الفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ درَجَةً »
متفقٌ عليه

Ibn `Umar (May Allah be pleased with them) reported: The Messenger of Allah (PBUH) said, "Salat in congregation is twenty-seven times more meritorious than a Salat performed individually.''
[Al-Bukhari and Muslim].
- Hadith ke-1064 Riyadh As-Solihin

2) Solat di masjid

وعنهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قالَ :

« مَنْ تَطَهَّرَ في بَيْتِهِ ، ثُمَّ مَضى إِلى بيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ ، لِيَقْضِيَ فَرِيضَةً مِنْ فَرائِضِ اللَّهِ كانَتْ خُطُواتُهُ إِحْدَاها تَحُطُّ خَطِيئَةً ، والأُخْرى تَرْفَعُ دَرَجَةً »

رواه مسلم .

Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) reported: The Prophet (PBUH) said, "He who purifies (performs Wudu') himself in his house and then walks to one of the houses of Allah (mosque) for performing an obligatory Salat, one step of his will wipe out his sins and another step will elevate his rank (in Jannah).''
[Muslim].

Commentary: This Hadith has an inducement for offering Salat in the mosque and brings into eminence the merit of doing so. The merit lies in the fact that one minor sin is pardoned at every step that is taken towards the mosque and one's status (in Jannah) is enhanced by one stage. This Hadith also mentions the vastness of the Mercy and Blessing of Allah.

*Hadith ke-1054, Riyadh As-Solihin

3) Combo, solat berjemaah & di masjid

وعن أَبي هريرة رضيَ اللَّه عنهُ قال :

قال رسولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم :

«صَلاةُ الرَّجُلِ في جَماعةٍ تُضَعَّفُ عَلى صلاتِهِ في بَيْتِهِ وفي سُوقِهِ خمساً وَعِشْرينَ ضِعفًا ، وذلكَ أَنَّهُ إِذا تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ خَرَجَ إِلى المَسْجِدِ ، لا يُخْرِجُه إِلاَّ الصَّلاةُ ، لَمْ يَخْطُ خَطْوةً إِلاَّ رُفِعَتْ لَه بهَا دَرَجَةٌ ، وَحُطَّتْ عَنْه بهَا خَطِيئَةٌ ، فَإِذا صَلى لَمْ تَزَلِ المَلائِكَة تُصَلِّي عَلَيْهِ مَا دَامَ في مُصَلاَّه ، مَا لَمْ يُحْدِثْ ، تَقُولُ : اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ ، اللَّهُمَّ ارحَمْهُ . وَلا يَزَالُ في صَلاةٍ مَا انْتَظَرَ الصَّلاةَ »

متفقٌ عليه . وهذا لفظ البخاري .


Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) reported: The Messenger of Allah (PBUH) said, "A man's Salat in congregation is twenty-five times more rewarding than his Salat at home or in his shop, and that is because when he performs his Wudu' properly and proceeds towards the mosque with the purpose of performing Salat in congregation, he does not take a step without being raised a degree (in rank) for it and having a sin remitted for it, till he enters the mosque. When he is performing Salat, the angels continue to invoke Blessings of Allah on him as long as he is in his place of worship in a state of Wudu'. They say: `O Allah! Have mercy on him! O Allah! Forgive him.' He is deemed to be engaged in Salat as long as he waits for it.''
[Al-Bukhari and Muslim].

Commentary: This Hadith tells us that Salat in congregation is far more in reward than Salat offered alone. In the preceding Hadith it has been held 27 times and in the present, 25 times more rewarding. The reason for this variation offered by some `Ulama' is that at first it was told to the Prophet (PBUH) 25 times and then it was increased to 27 and he communicated to his Companions what was revealed to him. Some other scholars have linked it with the form, spirit and concentration of the Salat. The more meticulous one is about its details, the greater will be the reward for it. Another difference of opinion in this respect is regarding the nature of Salat in congregation. How does one become eligible for higher reward? Does he become eligible for it by performing Salat in congregation anywhere, i.e., at home, in business premises, at an open place, in the desert etc., or in that congregation which gathers in a mosque? Some `Ulama' go with the first opinion while others agree with the second. Hafiz Ibn Hajar preferred the second view on the grounds that the words occuring in the text of this Hadith support this view. * Hadith ke-1065, Riyadh As-Solihin


-------------------------------------------------------------------------------------------

Dewasa ini, pelbagai perkara berlaku di sekeliling kita yang tidak sedap untuk didengar. Pergaulan bebas, couple, hilang semangat untuk study, tiadanya permuafakatan dan lain-lain lagi. Aku fikir, mungkin berpunca daripada kita sendiri yang mengabaikan perkara asas dalam Islam ini.

Tatkala azan dilaungkan, di manakah kita berada? Adakah kita pergi menjawab seruan tersebut? Atau berada di hadapan pc melayan movie? Ataupun kita memandang remeh, "Alah, awal lagi, baru je masuk waktu..." Kita tahu, salah satu wasiat Imam Hassan Al-Banna adalah menyuruh kita menjawab azan apabila berkumandang. Bukannya menjawab azan tersebut sekadar di mulut, namun dari segi perbuatan kita juga.

Ingatlah ancaman daripada Rasulullah SAW :

وعن أبي هريرةَ رضي اللَّه عنهُ أَنَّ رسولَ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قالَ :

«وَالَّذِي نَفْسِي بِيدِهِ لَقَدْ هَمَمْت أَن آمُرَ بحَطَبٍ فَيُحْتَطَب ، ثُمَّ آمُرَ بالصَّلاةِ فَيُؤذَّنَ لَهَا ، ثُمَّ آمُرَ رَجُلاً فَيُؤمَّ النَّاسَ ثُمَّ أُخَالِفَ إِلى رِجَالٍ فأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بيوتهم»
متفقٌ عليه

Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) reported: The Messenger of Allah (PBUH) said, "By Him in Whose Hand my life is, I sometimes thought of giving orders for firewood to be collected, then for proclaiming the Adhan for Salat. Then I would appoint an Imam to lead Salat, and then go to the houses of those who do not come to perform Salat in congregation, and set fire to their houses on them.''
[Al-Bukhari and Muslim].
- Hadith 1068, Riyadh As-Solihin


Sedangkan dalam perkara yang asas pun susah untuk kita berdisiplin, apatah lagi dalam persoalan kehidupan yang lebih besar? Bagaimana kita mahu berjaya dalam exam tanpa persediaan yang rapi, sedangkan dalam solat pun kita lakukan lebih kurang sahaja?

Bagaimana solat itu dapat mencegah kemungkaran dalam diri kita sedangkan kita endah tak endah sahaja dalam mengerjakannya?

Ingatlah firman Allah SWT :

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya.
Surah Al-Mauu'n : 4 & 5



Solat jemaah merupakan asas pembentukan ukhwah & pembinaan perpaduan itu sendiri. Nabi SAW memberikan kita satu perumpamaan yang cukup cantik. Sabda baginda SAW :

وعن أَبي الدرداءِ رضي اللَّه عنه قال : سمعت رسولَ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم يقول :

« ما مِن ثَلاثَةٍ في قَرْيَةٍ ولا بَدْوٍ لا تُقَامُ فِيهمُ الصَّلاةُ إِلاَّ قدِ اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ . فَعَلَيكُمْ بِالجَمَاعَةِ ، فَإِنَّمَا يأْكُلُ الذِّئْبُ مِنَ الغَنمِ القَاصِيَةَ »

رواه أبو داود بإِسناد حسن .

Abud-Darda' (May Allah be pleased with him)reported: I heard the Messenger of Allah (PBUH) saying, "If three men in a village or in the desert, make no arrangement for Salat in congregation, Satan must have certainly overcome them. So observe Salat in congregation, for the wolf eats up a solitary sheep that stays far from the flock.''
[Abu Dawud].

Commentary: This Hadith also stresses the importance of offering Salat in congregation and mentions the disadvantages of offering it individually. One who remains aloof from the congregation, is like the sheep which is separated from its herd and becomes a victim of the wolf. One who lives alone is easily overpowered by satanic doubts.

* Hadith ke-1070 Riyadh As-Solihin


Tiadanya persefahaman, permuafakatan adalah berpunca daripada pengabaian solat jemaah, lantas menuntut badan-badan pentadbir untuk melaksanakan program atau aktiviti yang boleh merapatkan ukhwah, sedangkan tugas badan pentadbir ini skopnya lebih besar.

Mengungkap kata-kata seorang pemimpin yang aku sanjungi,

"Hidup kalau nak buat jalan raya, longkang besar-besar, bangunan tinggi-tinggi, Allah tak payah utus Rasul...."

Begitu juga badan pentadbir ini, mereka punyai tugas untuk melaksanakan hukum-hukum Allah di atas muka bumi ini. Aku tidak nafikan perlunya ada aktiviti untuk merapatkan lagi ukhwah, tetapi di sana lebih banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Pembentukan modal insan itu sendiri terangkum dalam solat. Tiada penekanan dalam pelaksanaan solat menjadikan kita memandang enteng akan perkara ini, sedangkan solat salah satu rukun dalam Islam.

Solat yang khusyu', dilaksanakan secara berjamaah dalam saf yang tersusun cantik, tepat pada waktunya, akan menghasilkan sebuah masyarakat harmoni, punyai persefahaman & ukhwah yang jitu.

Alasan-alasan remeh yang selalu kita berikan bukanlah penghalang bagi kita. Sahabat RA yang buta juga Nabi SAW menyuruhnya menjawab panggilan azan, apatah lagi kita?

وعنهُ قالَ :
أَتَى النبيَّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم رَجُلٌ أَعمى فقال :
يا رسولَ اللَّهِ ، لَيْس لي قَائِدٌ يقُودُني إِلي المَسْجِدِ ، فَسأَلَ رسولَ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم أَن يُرَخِّصَ لَهُ فَيُصَليِّ في بيْتِهِ ، فَرَخَّص لَهُ ، فَلَمَّا وَلىَّ دَعَاهُ
فقال له : هلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ بِالصَّلاةِ ؟ » قال : نَعَمْ ، قال : « فَأَجِبْ »

رواه مسلم


Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) reported: A blind man came to the Messenger of Allah (PBUH) and said: "O Messenger of Allah! I have no one to guide me to the mosque.'' He, therefore, sought his permission to perform Salat (prayer) in his house. He (PBUH) granted him permission. When the man turned away, he called him back, and said, "Do you hear the Adhan (call to prayer)?'' He replied in the affirmative. The Messenger of Allah (PBUH) then directed him to respond to it.
[Muslim].
*Hadith ke-1066, Riyadh As-Solihin

Ketahuilah, semakin jauh rumah kita dari masjid, maka semakin banyak ganjaran yang dijanjikan untuk kita sekiranya kita thabat dalam menjawab seruan azan.

وعنْ أَبي موسى رضيَ اللَّه عنه قالَ : قال رسولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم :
«إِنَّ أَعْظَم الناس أَجرًا في الصَّلاةِ أَبْعَدُهُمْ إِليْها ممْشًى فَأَبْعَدُهُمْ . والَّذي يَنْتَظرُ الصَّلاةَ حتَّى يُصلِّيها مَعَ الإِمامِ أَعْظَمُ أَجراً مِنَ الذي يُصلِّيها ثُمَّ يَنَامُ »
متفقٌ عليه .

Abu Musa (May Allah be pleased with him) reported: The Messenger of Allah (PBUH) said, "The person who will receive the highest reward for Salat (prayer) is the one who comes to perform it in the mosque from the farthest distance. And he who waits for Salat to perform it with the Imam (in congregation) will have a greater reward than the one who observes it alone and then goes to sleep.''
[Al-Bukhari and Muslim].

Commentary: This Hadith tells us that a person who comes to the mosque for Salat from a longer distance earns a greater reward than the others who live near the mosque. It also mentions the merit of performing Salat in congregation and waiting for it till one performs it behind the Imam.

* Hadith ke-1057 Riyadh As-Solihin

Setelah mengetahui akan ganjaran-ganjaran ini, tidak mahukah kita melaksanakannya? Atau adakah kita hanya mahu dihidangkan dengan ancaman-ancaman sahaja?

Sesungguhnya, ciri pertama pada seorang mukmin yang berjaya itu, adalah mengambil berat akan solat mereka.

Firman Allah SWT :

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya - Surah Al-Mu'minuun : 1 & 2




Aku sering teringat kata-kata ibuku,

"Takkan la dah mati satgi baru nak carik orang masjid mandikan mayat kita, solatkan kita, sedangkan tengah-tengah hidup ni tak pernah tunjuk muka pun kat masjid... Malu la sikit..."

Ayuh, mulakan langkah kita. InsyaAllah setiap langkahan kita itu, merupakan langkah kita mendekati-Nya....


Wallahua'alam...



Ya Allah,
Ikatkanlah hati-hati kami,
Dengan cinta kepada rumah-Mu & Cinta kepada-Mu....



-Syphoon-
Irbid, Jordan
2251, 23 Syawal 1428