Thursday, June 23, 2011

Memilih Melihat

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

"Kalau nak buat something, buatlah kerja yang kita suka. Kalau tak suka takyah la buat".

Antara kata-kata yang senang diungkap, namun tak mudah ditelan realiti.

Satu hari, waktu balik Januari lepas, aku sempat bersembang dengan seorang abang ni. Dia kerja kontrak je, buat rumah. Kadang buat simen dinding, kadang pasang bumbung & atap, ikut permintaan, ikut peluang yang ada.

Abang ni duduk di rumah kecil, sudah berkahwin dan ada 3 orang anak perempuan, kecil-kecil semuanya. Yang sulung baru masuk tadika.

"Pagi-pagi dah kena fikir, nak kerja apa hari ni, nak bagi anak-anak makan," katanya.

"Nak tak nak kena kerja jugalah, kalau ada projek sana, kena pergi sana, walaupun sayang nak tinggal anak bini. Kalau tak, tak berasaplah dapur," sambungnya lagi.



Dulu, waktu aku mula-mula kena repeat year, aku memang janggal nak masuk dengan batch yang baru ni. Dok seorang diri, jadi kera sumbang. Tersisih seorang. Pergi kelas, seat number di depan, kiri kanan Arab. Baru tahun ke-2 di sini, nak cakap Arab pun tunggang-langgang, lantas ambil keputusan diam diri. Keseorangan dalam dunia yang sesak.

Perasaan tak suka tu makin menggunung. Siapa suka perasaan keseorangan? Setiap hari rasa begitu. Baik menyendiri buat hal sendiri. Rasa sangat-sangat berat nak pergi kelas.

Tapi gagahkan juga sebab kalau tak datang kelas, dikira ghiyab (tak hadir). Tak cukup attendance, tak boleh masuk exam. Sedangkan aku dah berazam, taknak lagi melalui benda-benda sebegitu.


Sepasang suami isteri yang sudah lanjut umurnya. 60 tahun, barangkali 70 tahun, umur perkahwinan mereka yang menjangkau 30-40 tahun mungkin. Jika dikatakan rahsia rumahtangga kekal utuh itu adalah sentiasa gembira & suka, apakah setiap hari perasaan suka atau sayang itu ada?

Itu yang buatkan aku sering terfikir.


Bagi aku, kehidupan bukanlah untuk kita lakukan sesuka hati.

Kalau kita tak suka, maka kita tak perlu buat? Tak semudah itu.

Ada suka & minat, tapi ada juga duka & benci.

Semua kita kena telan. Bukan boleh kita tinggalkan. Macam ubat, pahit atau kelat, tetap kita makan. Tapi atas dasar apa untuk kita telan benda-benda yang kita tidak suka ini?

Aku sandarkan pada tanggungjawab.

Tak suka apa yang Allah suruh, suka yang Allah larang. Sepatutnya terbalik. Tapi disebabkan kita sebagai seorang hamba, seorang manusia yang Allah ciptakan, maka itu tanggungjawab kita, untuk kita mentaati Allah SWT.

Dulu pun bukan suka sangat pada bidang pergigian ni. Cuma terbelenggu dengan tanggungjawab kepada ma & abah, kepada rakyat Malaysia yang dah bagi biasiswa pada aku, pada diri sendiri, pada Allah SWT. Sebab seorang mukmin tu, kalau cemerlang, semua bidang dia akan buat sehabis baik. Bukan sebab tak suka ditinggalkan macam tu je.

Banyak perkara berkaitan yang kita kena fikir, kena timbang tara. Macam abang yang sembang dengan aku tu, dia kata, kalau tak pergi kerja, macam mana nak bagi anak-anak makan. Maka atas dasar tanggungjawab, dia membanting tulang empat kerat tu, buat kerja-kerja berat walaupun umur dah dekat 40.

Ada banyak tanggungjawab yang kadang kita terlepas pandang, hanya kerana kita letakkan timbangan kita pada 'kalau aku suka, aku buat'. Paling basic, 3 yang asas untuk kita sesama muslim; ketika sakit mesti ziarah, jemputan mesti tunaikan & bila meninggal dunia mesti diuruskan.

Aku pun bukan kuat sangat nak harungi benda-benda dalam kehidupan ni. Makin besar, makin banyak tanggungjawab. Tapi takkan sebab tak suka, aku tak nak buat, kan?

Life is like an abstract drawing. Some find it ugly, others find it pretty.
Its not 'what' you see, its all about 'how' you see it.


Kalau korang pula macam mana?

-Syphoon-
Irbid, Jordan

Saturday, June 18, 2011

Jalan-jalan Cari Makan

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...


Balik bulan 1 yang lepas, aku sempat baca Kreko.
(Siapa tak tahu Kreko, maka dia adalah budak nerd. Keh keh keh.)

Lama tak baca Kreko. Dulu ada buat koleksi dari edisi 1 sampai la 200+. Balik tahun 2009, aku kemas-kemas, minta abang Aie jual je dekat surat khabar lama. Sekali dengan komik-komik Dragon Ball, Dragon Quest, Pencak Nujum & banyak lagi. Yang tinggal sekarang ni komik yang nipis-nipis tu je. Ada la kot Alam Perwira. Dewata Raya & Juara Wira entah hilang ke mana.

Memang sentimental betul layan komik nih.

Balik pada topik.

Manga Toriko, pengembaraan mencari bahan-bahan masakan kelas pertama!

Bulan 1 dulu baca Kreko, banyak dah komik dalam tu yang baru. Salah satu yang aku terbaca adalah Toriko. Tengok macam best, layan je la. Sampai balik Jordan sangkut. Komik ni keluar ikut chapter, setiap minggu di Jepun. So aku ikut through 1 laman web yang buat fan scanlation. Kaki komik mesti tahu la laman web ni.

Toriko ni nama watak utama. Dia ni seorang Bishokuya (aku pun tak pasti apa benda ni), dia menjelajah seluruh dunia Gourmet mencari bahan-bahan yang berkualiti dalam dunia tu untuk dijadikan ramuan, untuk dia melengkapkan 8 dishes full-course versi Toriko. Dalam full-course tu semua la ada, start dari appetizer, sampai la pencuci mulut. Nak tahu kena baca sendiri. ^^

Jadi ni muqaddimah je. Sebenarnya nak tunjuk beberapa tempat sekitar Irbid ni, ada juga certain kedai-kedai makan yang tak kurang hebatnya baik dari segi harga, mahupun rasa berbanding kedai-kedai yang nampak grand setaraf Popeye, KFC & McDonald.

Saja nak tulis, sebab hari tu ada kawan dalam facebook tanya, dekat Irbid ni mana nak makan yang best. Tapi ni dari pandangan peribadi, kalau sahabat-sahabat lain rasa ada yang lagi sedap, ikut selera masing-masing. ^^

1) Sarapan pagi

Mat'am Hashem

Kedai ni bagi aku untuk sarapan pagi memang best. Fresh humus, mutabbal & foul. Falafel dia pun memang agak terbaik. Selain tu, ada menu sampingan lain macam french fries & telur dadar. Ada kedai-kedai sayur & buah dekat area ni. Biasanya sebelum aku sampai, aku singgah kedai sayur beli timun & tomato. Sampai sana, bagi je pada pelayan kedai ni, nanti dia tolong basuh & potongkan.


1 lagi yang best, kedai ni buat pakatan dengan 1 kedai roti dekat situ. Bila datang makan, dia akan bagi token ikut jumlah pelanggan yang datang tu, lepas tu kita kena ambil dari kedai roti tu. Tak jauh pun. Roti fresh, baru keluar furnace. Memang terbaik punya.

Terletak dekat area Zam-zam. Buka dalam jam 7 pagi & tutup dalam lepas Isya' sekitar jam 9-10 malam.

Harga :

Humus/Mutabbal/Foul - JD0.60 sepinggan
Falefel - JD0.10 sepinggan (5 biji)
French Fries/Telur goreng - JD0.60
Teh - JD0.15
Air gas - JD0.20

2) Lunch

Biasanya orang Melayu ni kalau lunch nak makan nasi. Jadi aku post kedai-kedai nasi je la kot. Kalau syawarma tu banyak dah.

Kedai pertama :

Taj Mahal

Kedai ni lama dah beroperasi. Start dari aku 1st year sampai sekarang masih tip top. Menu masih kekal, rasa pun masih maintain. Resepi tak ubah.

Kedai ni offer banyak jenis nasi. Bukan kedai Yamani, tapi comparable dengan kedai Yamani.

Yang best dalam menu adalah syurbah atau sup yang jadi side dishes tu. Ada 2 jenis, 1 dia bg 'Adas, 1 lagi aku panggil syurbah je (lupa nama betul dia).

Sekarang ni tutup lagi, cuti ikut waktu cuti JUST, sebab kebanyakan pelanggan kedai ni students JUST. Lokasi dekat dengan Solah Petra.

Buka start lepas Zohor sampai Isya sahaja.

Harga :

(Setiap hidangan datang dengan side dishes yang lain: Adas, Syurbah, Sambal cili, timun dengan laban/sayur kosong)

Nasi + ayam goreng - JD 2.75
Nasi + ayam turki - JD 2.85
Nasi + daging - JD 3.50
Nasi + ikan - JD 3.50

Kedai kedua :

Nima' Al-Mandi
(Mandi tu nama nasi. Bukan mandi dalam Bahasa Melayu ye)


Kedai ni kedai Yamani.

Aku prefer kedai ni untuk siapa-siapa yang suka mentekedarah. Dia bagi nasi kaw-kaw punya banyak. Sedap tu pasti dah.

1 hidangan

1 lagi yang best pada nasi dia. Kalau kedai Yamani lain, nasi dia kosong. Tapi kedai ni ada banyak isi. Ada kismis & kacang. Macam nasi minyak kot. So bila makan tu tekstur setiap gigitan tu macam best. Nasi yang lembut, kismis yang macam liat-liat sikit, lepas tu ada yang keras sebab ada kacang.

Kalau datang ramai-ramai boleh makan dalam talam.

Kedai Yamani selalunya semua akan ada satu ruang untuk makan bersila dekat bawah. Jadi dekat kedai ni pun ada, tapi tingkat atas. Ruangan untuk keluarga & wanita pun ada untuk lebih privacy.

Kedai ni agak tersorok, kena masuk ke dalam sikit. Lokasi dekat dengan Syawarma Shauhah. Kalau siapa tahu, kedai ni depan rumah Amir Razak & Firdaus Kinawan. Boleh tanya mereka kalau nak tahu lebih lanjut.

Oh, kedai ni ada hidang teh panas juga lepas makan. Tapi kena minta. Kalau tak dia bagi air gas je.

Buka lepas Zohor sampai Maghrib sahaja kalau tak silap la.

Harga :

1 hidangan (ayam) - JD 2.25
1 hidangan (daging) - JD 3.50

Kedai ketiga :

Mansaf Abu Al-Anas

Kalau datang Jordan, mesti kena rasa Mansaf. Mansaf hanya ada di Jordan & katanya asal dari Palestin. Negara-negara Arab lain memang tak ada mansaf.

Kedai ni salah satu kedai mansaf yang aku nak recommend, sebab dia hanya jual mansaf sahaja. So memang specialize dalam mansaf. Aku rasa nasi & laban mansaf dia sama je, tapi yang jadikan sedap tu ayam dia, dia macam grill & letak rempah-rempah sikit.

So boleh cuba kalau nak tukar-tukar selera.

Nasi biasa je, tapi yang jadikan dia mansaf tu adalah laban mansaf tu. Bukan nasi atau ayam.

Waktu operasi start lepas Zohor sampai lepas Asar sahaja. Lokasi terletak dekat dengan Pizza Forno. Boleh tanya orang Irbid kalau nak pergi kedai ni. ^^

Harga :

Mansaf (ayam) - JD 2.75
Mansaf (daging) - JD 3.50

3) Snek & minum petang

Wok 'N' Roll

Untuk siapa-siapa yang dah jemu dengan syawarma sandwich yang typical tu, boleh cuba kedai ni. Dia buat modification sikit dalam pembikinan & rasa syawarma yang biasa tu. Style masak dia macam orang buat char kuey tiow dekat pasar malam. Api besar-besar lepas tu goreng dalam kuali (the wok part). Dah siap dia boh dalam roti france (the roll part).

Ada jual juga syarwama yang biasa, tapi untuk selera lain, dia ada 4 jenis. Mexicana, Chinese, Butter & 1 lagi tak ingat.

Lokasi dekat dengan rumah Syahmi. Dari jalan utama turun ke Simsima, ada satu simpang ke kanan, masuk sikit je, dah boleh nampak kedai ni.

Buka tengahari sampai lewat malam.

Harga : JD1.50 sahaja setiap satu.

Syawarma Rim & Ta3miyyah

Syawarma Rim. Kedai ni offer syawarma daging paling best dekat Irbid setakat yang aku dah rasa. Kedai kecil sahaja, tapi memang best.

Sebelah dia ada kedai Ta3miyyah. Kedai ni jual sandwich falafel versi biasa & versi Jumbo. Antara yang tersedap di Irbid.

Lokasi dekat dengan Masjid Universiti Yarmouk, jalan menghala ke Hotel Al-Joud.

Waktu operasi :
Syawarma Rim - lepas Zohor sampai lewat malam.
Ta3miyyah - pagi around 9 am - lewat malam.

Harga :
Sandwich Syawarma - JD0.60
Sandwich falafel : JD 0.30 (biasa) | JD0.60 (jumbo)
Hidangan syawarma - JD1.50

4) Dinner

Kalau lunch dah makan nasi, dinner makan ayam/daging!

Dale' Karshak

Kedai ni specialized only in chicken & chips. Jual tu sahaja. Tak ada benda lain. Memang sedap dengan harga yang berpatutan. Testimoni hampir keseluruhan warga Irbid mengakui kedai ni kedua atau comparable dengan Popeye dari segi rasa. Dari segi harga memang tak terkalahkan lah. Kedai jual ayam broasted paling murah di Irbid.

Lokasi belakang Restoren Dai'ah. Ada jalan kecil turun ke bawah, celahan bangunan. Atau pun kalau dari bawah, dari bangunan Sa'adun nak naik ke Restoren Abu Mahmud, ada simpang ke kanan.

Buka start jam 12.30pm hingga lewat malam. Menawarkan 2 jenis rasa, Spicy & Original.

Harga :

Golden 1 (1 hidangan) - JD 2.50
Golden 2 (3 hidangan + air gas 500ml) - JD 8.00
Golden 3 (4 hidangan + air gas 1.5l) - JD 11.00
Golden 4 (5 hidangan + air gas 500ml x10 botol) - JD 16.00

Kalau tak minat ayam, boleh cuba daging.

Tadammur

Kedai ni offer daging bakar. Antara yang terbaik sekitar Irbid.

Aku prefer kedai ni sebab dia ada banyak jenis hidangan dalam menu dia. Ada dalam bentuk hidangan (wajibah) atau timbang kilo (sekilo jenis daging untuk hidangan).

Selalu kalau pergi sini, aku akan order 1/4 kilo 'arais (mince meat + pita bread), 1/2 kilo risy (daging rusuk) & 1/2 kilo musyakkal (daging-daging campur) untuk makan 4 orang. Tak larat la nak makan seorang diri kat sini. Pokai woh.

Harga berpatutan dengan rasa. ^^

Tak ingat sangat harga dia. Kalau nak lebih lanjut boleh tengok dalam list menu dia.

Kedai kecil sahaja, terletak berdepan dengan jalan nak masuk ke kedai Nima Al-Mandi.

5) Supper


Wadi Hadramaut atau nama lain dia Yamani Underground

Kedai ni kedai Yamani. So memang dia ada serve nasi. Sama macam kedai yamani lain. Tapi kedai ni best sikit, sebab malam dia ada menu lain.

Kalau lepak-lepak malam-malam minum Syai 'Adni (teh susu + cengkih), ditambah dengan Roti Tawa (ala-ala roti canai sikit), atau dengan Mutabba' Hellu (ala-ala murtabak, tapi dengan susu & madu) dan juga ma'subah (pisang yang dikisar, dicampur dengan susu & madu) sebagai pencuci mulut & penutup menu seharian, tempat ni memang terbaik.

Lepak-lepak dengan graduan Yarmouk @ Yamani Underground

Terletak sebelah Bank Islam Jordan area Syari' Jamiah ni. Kalau datang Irbid, tanyalah budak-budak ni, siapa tak tahu memang nak kena pukul. =P

Waktu operasi bermula lepas Zohor sampai lewat malam. Tapi menu yang selain nasi hanya akan ada selepas maghrib sahaja.

Harga ikut menu. Nak cerita pun tak reti. Kadang-kadang pakcik kedai tu belanja syai adni tu. So complicated sikit. Hehe.

So, kalau datang Irbid, jangan lupa try kedai-kedai ni. Setakat ni memang puas hati untuk aku. ^^

Rasa ni subjektif kot. Apa yang aku tulis ni berdasarkan pandangan peribadi aku. Kalau yang lain ada tempat-tempat yang sedap, pun boleh kongsikan.

Bihun tomyam - Special order sahaja. =P

Orait, thats all for now. Take care folks!

-Syphoon-
Irbid, Jordan


Friday, June 17, 2011

Menjadi Diri Sendiri

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...


Minggu lepas, berpeluang menonton filem X-Men: First Class di Grand Cinema Amman (dalam City Mall).

Best jalan ceritanya. Sejarah bagaimana boleh tertubuhnya kelas yang pertama bagi Sekolah Khas untuk Anak-anak Mutan (betulke tah term aku nih?). Jalan cerita dia aku agak mengambil lokasi masa pada sekitar tahun 1950-an dan 1960-an, kerana Soviet Union masih ada lagi ketika itu.

Pergi 4 orang. Dengan siapa? Ada la... =P

Mengisahkan bagaimana pada ketika itu para mutan menyembunyikan 'kecacatan' pada diri mereka dengan apa jua cara kerana malu, takut berbeza dengan manusia yang normal. Ya lah kan, kalau aku kulit biru bersisik pun segan kot.

Sehinggalah pada satu ketika itu, mereka para mutan ini berkumpul sesama sendiri & menganggap masing-masing mempunyai kelebihan & keistimewaan sendiri. Mereka tidak lagi malu & segan kerana telah ada orang yang menghargai diri mereka seperti sedia ada.

Akhir cerita ini, Profesor Xavier telah mengumpulkan para mutan ini dalam sebuah sekolah sepertimana yang kita tahu sebelum ini. Nak tahu lebih lanjut boleh tengok sendiri. Moviebox ada jual dah dvd cerita ni, tapi cinema quality la. =P


Cerita-cerita juga, tapi yang penting pengajaran yang boleh diekstrak daripada cerita ini.

Ada dua point yang aku dapat & ingin kongsikan.

(1)

Satu masa dulu, waktu aku masuk tadika, nametag pertama aku salah eja. Sepatutnya NursyafiQ, tapi jadi NursyafiG. Mungkin silap pada huruf kecil. Huruf q & g kalau tulisan biasa kan lebih kurang sama. Lagipun, biasalah, aku masuk tadika pun Tadika Sithambaram Pillay, so bila dah besar-besar ni, terfikir kot, maybe they were not familiar with Malay names. So they just put what they saw literally.

Masa tu, memang agak segan la nak pakai nametag.

Bila masuk sekolah rendah, disebabkan nama aku ada Nur, tambah pula lagi aku sekolah semua lelaki, aku selalu la kena ejek sikit. Nama macam perempuan katanya. Tapi lepas aku dapat skor exams semua, kawan-kawan tu semua senyap. (evil grin)

Bila masuk sekolah menengah, aku start main internet. Dulu-dulu mana ada facebook, friendster semua. Dulu guna Internet Relay Chat je. Kalau Malaysia punya mIRC (Malaysia Internet Relay Chat). Siapa guna dulu mesti ingat, channel #mamak, #kampung & macam-macam lagi lah.

Nickname aku dulu waktu mula-mula dalam tu Ayam. Sebab waktu form 1 & form 2, pagi-pagi aku bangun paling awal, siap mandi, pergi masjid SMKA Azlan tu azan Subuh. So seniors semua panggil aku ayam, sebab aku pagi-pagi dah berkokok (azan). Lekat la gelaran tu sampai form 2 je.

Form 3 dah start guna nickname lain. Kalau log in mIRC tu, aku guna aLFa^Z3rO. Aku pun tak tahu kenapa aku guna nickname tu. Macam menarik kot. Pastu rasa nak poyo-poyo. Kalau ada yang kenal tu, minta maaf la kalau tercarut ke, tereksen lebih ke. Biasalah, budak mentah lagi dulu kan. Keh keh keh.

Tapi itu alam maya je. Kalau dalam asrama, sebut je Syafiq Ali, mesti hampir semua kenal (okeh ni ayat poyo, walaupun memang kenyataan).


Oh, maaf la, panjang pula flashback.

Bila dah ada friendster & facebook ni, satu jaringan sosial secara maya terbentuk. Ramailah yang dah join. Tengok friend list aku pun dah seribu. Ada yang dah maksimum pun, 5 ribu (kagum aku).

Bagi aku secara peribadi, walaupun jaringan sosial ni dalam bentuk maya, tapi disebabkan aplikasi ni merupakan JARINGAN SOSIAL (Social Networking), maka yang nama pelik-pelik tu kalau ada yang request nak jadi friend tu memang aku reject (walaupun kenal real life). Nama Si Bunga Tanjung la, Pejuang Angkasa la, macam-macam la, tu memang aku takkan approve, siap aku mark 'Don't Know' lagi. Barrack Obama pun ada buat friend request kat aku, tapi aku reject. Keh keh keh. Minta maaf awal-awal la ye.

Apa salahnya jadi diri sendiri? Segan sangat ke dengan nama yang ada tu? Bukan nak taqdim akhawat pun. Yang tu cerita lain la. Haih. Tak faham aku.


Just be your own self. Nothing to be ashamed of. Kalau ada buat salah, akui kesalahan, minta maaf. Kalau ada terhutang budi, ucap terima kasih. Kalau ada kelebihan sikit, ucap syukur, rendahkan hati, rendahkan diri.

Firman Allah SWT:
Telah Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. - Surah At-Tin

Itu satu perkara.

Perkara lain yang berkaitan adalah berkenaan dengan personaliti & jati diri.

Dulu, waktu awal-awal sampai di Jordan, teruja tengok seniors yang hebat & mantap. Lepas tu dok berkhayal, aku kalau boleh nak jadi macam abang ni la. Study mantap, muaddal 80%, petah berkata-kata. Lepas tu start la tiru & ikut step by step macam abang tu.

Tapi tak berjaya.

Lepas tu tengok senior lain pula. Perhati punya perhati, tengok gaya macam masuk dengan style aku. Cubalah tiru juga.

Tapi tak berjaya juga.

Lepas tu terdengar la satu kuliah TG Nik Aziz.

TG Nik Aziz kata,

"Ambo ambo la, demo demo lah. Mano boleh ambo jadi demo. Sama ada lebih dari demo, atau kurang dari demo".

Terus tersentak.

Start dari tu, aku belajar je dari semua yang ada di sekeliling, tapi aku cuba asimilasikan dengan diri aku sendiri. Dari semua cara dari abang A, abang B, abang C, aku integrasikan, jadilah cara Syafiq Ali (ni poyo). Dan hanya sesuai untuk Syafiq Ali sahaja. Orang lain nak ambil boleh, tapi bukan 100%. Kalau nak ambil 100%, percayalah, takkan muat punya!


Jadi kalau ada mana-mana junior ni yang rasa ada krisis identiti tu, tak payah la nak jadi orang lain. Jadi diri sendiri lagi bagus.

Ok, habis point pertama.

(2)

Sambungan daripada firman Allah SWT di atas :

Kemudian Kami kembalikannya ke tempat yang paling rendah (yakni Neraka) - Surah At-Tin

Menjadi diri sendiri bukan bermaksud 'kalau aku jahat, aku jadi jahat la. Kalau tak aku hipokrit'.

Menjadi diri sendiri dalam erti kata lain, menjadi diri kita yang sepatutnya kita jadi seperti mana yang Allah SWT perintahkan.

Allah SWT perintahkan supaya manusia ini menjadi khalifah, berhukum dengan adil dengan syariat-Nya. Maka itu yang perlu kita lakukan.

Allah SWT perintahkan supaya manusia menjadi hamba kepada Nya, maka itulah yang patut kita jadi.

Allah SWT perintahkan supaya kita buat amar makruf nahi mungkar, itulah yang kita perlu jadi.

Allah SWT ciptakan seorang lelaki, untuk menjadi seorang LELAKI. Bukan seorang PEREMPUAN. Dan sebaliknya.

Maka itulah maksud menjadi diri-sendiri yang hakiki. Apabila kita tahu apa tujuan kita hidup di atas muka bumi Allah SWT, dan kita berbalik kepada-Nya.

Seriously, aku agak pelik bila ada yang mengatakan 'Oh, aku tak nak hipokrit, biarlah aku macam ni, mencarut-carut bagai'. Lepas tu buat lagu Lady Gaga jadi dalil & motivasi.

Kalau ada yang terasa, memang tepat aku punya peluru. Kalau rasa-rasa nak jadi berbeza, cabarlah diri sendiri, supaya balik ikut apa yang Allah SWT suruh.



Susah memang susah. Tapi jadilah diri sendiri, seperti yang Allah SWT suruh. Kalau tak nak, pergi tampar pipi sendiri laju-laju, kasi sedar diri tu sikit. Maaf la ye.

Buat akhirnya, aku dedikasikan lagu ni kepada semua yang baca entry kali ni. Mohon maaf kalau terkasar bahasa, tersalah kata.

Pendek kata, jadilah diri sendiri. =)




-Syphoon-
Irbid, Jordan

p/s: Jangan tanya mana aku dapat nickname Syphoon ni. Tu nanti aku cerita lain kali. xD

Some Old Memories...

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...


Semalam, seharian menguruskan urusan cop-cop sijil. Bermula dari JUST, pergi ke Kementerian Luar Jordan kemudian terus ke Jabatan Pelajaran Malaysia di Amman.

Dok kira-kira hari, pejam celik, lagi 2 minggu nak balik dah. Rasa macam tak percaya. Sebenarnya tak berapa ingat tarikh sampai sini. Tapi ambil je la 5 September 2005 tu sebab ada peristiwa lain sekali dengan tarikh tu. (^^)

The 1st building I entered in Irbid, Jordan.
Rumah abang Amin ground floor, 1st door on the right. Rumah abang Anhar 2nd door on the right.

Aku ingat lagi, malam yang aku sampai di Irbid, rumah pertama yang kami semua jejakkan kaki adalah di rumah Abang Amin & Abang Piji. Dekat situlah kami dibahagikan ikut group rumah transit & diberi dinner (ke supper) malam tu. Lapar punya pasal, taram je. Benda free je pun. =P

Dok la di rumah transit tu, ada dalam seminggu kot. Aku ingat sekali time tu Halim, Marwan Cullen je. Lain-lain tu tak ingat pula. Dok kat tingkat 3 bangunan Umari, rumah abang Mat Singapore. Rumah tu kosong, penghuninya semua balik cuti. Memang rasa terkontang-kanting sikit la. Tak tahu nak buat apa.

Ada 1 perkara yang aku tak boleh lupa sampai sekarang ni. Ada la 1 group kawan-kawan aku, ada yang dapat duit Jordan dari kenalan rapat. Satu pagi ni depa pergi la breakfast. So nak menunjukkan betapa generousnya seorang sahabat aku ni, dia pergi la bayar, konon-konon nak belanja. Time tu rasanya dalam hari kedua or ketiga je. Duit pun tak tukar lagi. Dok pergi kat kaunter tu, orang tu kata duit tu tak valid. Duit lama. Bank pun dah tak keluarkan dah! Hehe! Dia cerita time tu dah pasrah nak kena basuh pinggan dah. (Ni siapa ingat mesti terkekek gelak. =P )

Seminggu juga kot dok rumah transit ni. Then I moved to my 1st house.

Bangunan Abu Malik

Bangunan ni la port batch 2005. Walaupun ada 2 rumah je mula-mula dalam bangunan ni, tapi disebabkan rumah atas tu (rumah Nazim, Awe, Mando & Ijat) ada ruang tamu yang agak besar, jadi memang sesuai dijadikan tempat lepak walaupun majoriti batch 2005 dok kat bangunan Saadun.
Doors of my first house.


Aku dok kat rumah ni dalam setahun lebih. Housemates time tu Faiq & Halfi. Halfi still staying here in the same room just like when I left this house years ago. Sini la belajar memasak, mengurus rumah semua, yang hangit-hangit tu minta maaf la ye kawan-kawan. Dulu noob lagi. Hehe.

Time raya 2005 tu, kami semua buat potluck untuk buat rumah terbuka (bukan ramai mana pun time tu, tolak yang balik lagi) nak jamu seniors yang banyak tolong kami. Macam-macam fesyen hidangan ada. Rasa pun pelik-pelik. Hahaha!

So, early of my 2nd year (September 2006), aku pindah ke bangunan Abu Muhammad.

Macam tak siap je kan? Tapi sebenarnya tu dia tambah je kat atas tu.

Bangunan Abu Muhammad, bangunan yang pertama aku masuk time sampai di Irbid. Bangunan yang sama dengan rumah abang Amin & abang Anhar. Mula-mula dok rumah ni, ada 2 bilik, 1 tandas & 1 dapur sahaja. Tuan rumah ni dia mengelat, dia kunci satu pintu ni, then dia sewakan bahagian belakang tu (bahagian ruang tamu) yang ada 1 ruang tamu, 1 bilik & 1 tandas tu pada orang lain. So memang bising sikit la masa tu.

Dok kat sini dalam 3 tahun juga rasanya. Setahun yang repeat, my 2nd year & my 3rd year. Housemate time tu Sophee (untuk tahun yang 1st tu, sebelum kami minta buka bahagian belakang) & Hadi Damanhuri (Hadi pindah sini lepas dia disisihkan keluar dari bangunan Umari =P).

Bayt apa entah kami bagi nama. Lepas tu tukar jadi Bayt PERMAI.

Rumah kami ni berdepan dengan rumah abang Anhar & abang Amin. So time dok sini banyak la yang kami 'menuntut' dengan depa. Ada la, banyak rahsia. Hehe.

Rumah ground floor ni, cabaran banyak sikit.

Tingkap tak boleh buka, sebab nanti mesti ada pencuri tarik barang walaupun ada grill, so rumah jadi berkuwap sikit la. Kalau nak buka pun, time kita ada di rumah sahaja. Lepas tu, kat sini la belajar deal dengan binatang & serangga. Macam-macam ada. Rumah bawah ni memang selalu akan jadi mangsa tempat pembuangan sampah. Kalau tak pun, secara automatik angin akan meniup sampah sarap, plastik-plastik ke depan pintu rumah.

Nak tak nak kena la jadi rajin sikit.

Lepas Sophee keluar, bahagian ruang tamu & bilik belakang tu jadi stor PERMAI. Tahun last aku dok situ. Sebenarnya sebelum tu lagi dah jadi pusat operasi PERMAI. Ada 1 tahun tu, masa Raya Haji, kami modified ruang tamu tu, gulung habis semua karpet, lepas tu gantung unta seekor tengah-tengah ruang tamu tu lapah ramai-ramai sebab dah malam. Masak pun sama dalam ruang tamu tu (sebab daging unta sampai dah malam, gelap dah kat luar masa tu).

Habis je program Raya Haji, memang berbau la 1 rumah. Hehe.

Ada sekali tu, kami biar je bahagian ruang tamu tu since AJK kata nak kemas. Sebulan kami tunggu, tak ada orang datang kemas. Padahal bersepah-sepah tengkorak kambing depan ruang tamu tu. Aiyo~ (silalah tidak mengamalkan perkara ini pada masa hadapan).

3 tahun dok sini, 2 tahun jadi rumah PERMAI. Banyak la ceritanya. Hehe.

My last home. Bilik no 7, Bangunan Sakan Sakran.

Masuk klinikal (4th year), aku pindah sakan. Dok seorang.

Sakan ni dulu ada mitos dia. Seniors semua kata, kalau dok sakan ni dok menyendiri. Jadi kalau nak dok pun, tunggu la dah lama sikit. Awal-awal ni dok dulu dengan kawan-kawan, belajar kehidupan.

Aku rasa betul pun apa yang seniors dulu kata.

Mostly kami (seniors) ni pindah masuk sakan sebab mahukan lebih privacy (from my own view, tak tahu la kalau korang ada pendapat lain =P ).

Sakan untuk students lelaki ni tak sama macam sakan students perempuan. Susah nak describe sebab tak pernah dok kat sakan students perempuan kan. =P

Actually, sakan yang 1st aku tinggal tu no 11 (rumah Asmi sekarang ni). Dok situ 1 semester, then pindah ke no 7 on the same floor (1st floor). No 7 besar sikit sebab dia kat hujung plus dapur dia ada tingkap. So it was much better than no 11 yang dok kat tengah-tengah tak ada sistem pengudaraan yang baik.

Last view of room no 7 before I emptied it.

Well, some advices for me to those yang rasa nak dok sakan or dok sorang-sorang. When I decided to live in Sakan, what I was thinking was I wanted to challenge my own self. I have to be disciplined, get up on my own, decide on myself to do what is the right thing, what is the wrong one. Kalau rasa tak mampu untuk dok seorang diri, bangun subuh pun kantoi lagi, then I strongly don't prefer for you to live in Sakan alone. Dok sakan ni, bear the risks on your own. Kalau bagus, Alhamdulillah, kalau hanyut, no one will know much about you.

Okeh, thats all for now. Nanti kalau ada bahan lagi boleh cerita. Nak kena snap banyak-banyak gambar dulu, baru boleh tulis entry. =)

2 more bars before I'm going back for good.

Take care folks.


-Syphoon-
Irbid, Jordan

Monday, June 06, 2011

Karut-Marut : Edited

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

He prayed hard to God, yet still he didn't get what he asked. Is God really unfair to him?


Dah habis exam ni, aku berpeluang untuk menonton sebuah filem ni. Facing The Giants. Cerita ni mengisahkan seorang jurulatih pasukan American Football yang pada awalnya gagal dalam kehidupan & takut untuk menghadapi realiti. Selama 6 tahun itu juga, dia gagal sebagai seorang jurulatih, mengundang kemarau kemenangan buat pasukan yang dipimpinnya.

Dek kerana itu, dia mula mempersoalkan dirinya, lalu menemui jalan untuk kembali kepada agama & Tuhan, iaitu dalam cerita ini adalah Kristian. Dia telah mengubah purpose atau tujuan semua aspek kehidupannya, daripada sesuatu yang kosong, atau lebih kepada diri sendiri, kepada tujuan yang lebih besar, iaitu kerana Tuhan. From self-centered to God-centered. Termasuk juga kepada falsafah dalam pasukan yang dilatihnya.

Ada lagi beberapa filem yang menarik, yang bagi aku, agama ini dikupas bukan dari aspek kegerejaan dalam konteks Kristian, tapi lebih kepada aspek aplikasi dalam kehidupan. Dan ini aku rasa kita sebagai umat Islam, kurang mempelajarinya. Kebanyakan filem adalah berunsur tahyul & seram, lalu pada akhirnya barulah kembali kepada Islam, supaya dapat menghalu semua anasir-anasir tersebut. Entah, aku pun tak faham.

Salah satu babak yang menarik dalam filem Facing The Giants ini adalah apabila jurulatih tersebut didatangi oleh seorang kawannya dan kawannya itu berkata, "2 farmers praying for rain, but only 1 of them preparing his farm to receive the rain, which one do you think God will grant his prayer?"

Aku bukanlah taksub kepada quotation tersebut. Dah habis exams ni, semua orang pun dok tunggu results. Semua doa nak yang terbaik. Tapi berapa ramai yang sebelum ni sedia dari awal lagi untuk dapat results yang terbaik, kan? Kalau setakat study pun ala kadar, malam nak exam baru nak baca, then do you expect good results from there?

Aku pernah melalui satu zaman gelap. Zaman kena ulang tahun. Bukan sambutan ulang tahun kelahiran. Kena repeat year orang kata. Masa tu kecewa sangat-sangat. Mungkin itu yang terbaik kot Allah nak bagi pada aku. Dan aku bersyukur sangat-sangat, dengan kepahitan tu, aku sangat menghargai setiap kemanisan yang aku boleh capai. Tak mahu lagi tersungkur.

Masa tu, bila balik Malaysia pun segan. Ada sekali aku balik dari Feb-April 2007. Memang terasa inferior betul dengan kawan-kawan. Ye lah, balik mesti orang tanya, jiran-jiran tanya, balik cuti ke, study semua ok? Berapa lama cuti? Bila dah lama sangat mula orang tanya, cuti lama-lama ni bila nak start kelasnya? Masa tu pun elaun sikit lagi. Duit bawa balik pun sikit. So tak boleh nak jalan-jalan sangat. Melangok je lah habiskan beras kat rumah.

Sendiri jadi segan.

Balik je Jordan semula, aku nekad, takkan ambil lagi Make-Up Exam, takkan fail lagi apa-apa subjek, takkan ulang tahun lagi.

Dan aku sangat tidak faham, bagaimana ada orang yang boleh kena repeat year, lepas tu boleh anggap cuti 3 bulan tu macam honey moon, then the other year tu boleh pulak kena duduk make-up exam lagi. Seriously. Don't you learn any lesson?

Wake up la bro/sis. Shame on yourself.

Well, its a good thing, that I learnt it from earlier, long before I watched this movie. When I win, I praise Allah & even when I lose, I praise Allah. None that come from Allah is something bad or terrible. Allahu Akbar, Alhamdulillah.


And I feel glad that I didn't quit back there. I finished up what I already started. Even though I didn't like it earlier. I didn't lose faith, I didn't break up. Alhamdulillah. Thanks to Allah that giving me strength to endure all of the pains.

Ada yang tanya, apa tips nak berjaya. 1 je yang boleh aku kongsikan, iaitu mujahadah.

Nak buat kerja dakwah, berhadapan dengan cabaran itu ini, kena tekanan & sebagainya, itu yang jadikan kita kuat dari dalaman. Tapi berapa ramai yang kalah dengan diri sendiri?

Itu dakwah, masuk jemaah itu, jemaah ini. Bepersatuan bagai nak rak. Tapi study lupa.

Study juga perlu mujahadah.

Mujahadah kena ada disiplin. Kena ada kekuatan. Kena lawan nafsu, kena lawan ketidak-inginan diri. Takde mood nak study? Mujahadah. Paksa diri juga.

Tutup semua distraction. Off laptop, off komputer, off handset kalau perlu.

Mujahadah.

Tumpaskan diri sendiri. Fikir manfaat untuk orang lain, yang lebih besar. Jangan bagi alasan.

Well, enough said. I've completed my journey here in Jordan. Next, its yours. I wish all of you luck.

-Syphoon-
Irbid, Jordan.