Tuesday, March 20, 2007

Siapa aku?

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam hanya buat yang tercinta SAW...

Lama rasanya jari-jemari ini tidak menari-nari di atas papan kekunci, meluahkan apa yang terdetik di hati. Mungkin dek kerana 'cuti sakan', sehingga jari-jemari ini letih untuk menaip.

__________________________________________________________________

Seorang tentera, apabila ditanya oleh komandernya

"Posisi apa yang kamu boleh diletakkan?"
"Saya sedia berkhidmat dalam apa jua posisi, tuan!"
balas tentera tersebut.

Itulah sikap yang perlu ada pada seorang tentera, tidak kira diletakkan di mana-mana, tugasnya hanya satu, mempertahankan & memperjuangkan negara. Tiada beza, jika dia diletakkan di barisan hadapan, tengah, belakang, mahupun kiri & kanan.

Tetapi aku?

Tempoh hari, apabila ditanya kepadaku,

"Kat mana hang boleh dok untuk membantu?"

Aku kelu. Mungkin kerana aku baru bangun dari tidur, kemudian tiba-tiba ditanya soalan begitu, tapi adakah dibenarkan sedemikian bagi seorang tentera untuk memberi alasan sedemikian?

Untuk mereka yang bertanya tempoh hari, ketahuilah yang aku tidak akan menjawab sebarangan tanpa berfikir panjang. Aku bersikap analitikal & akan berfikir beberapa ketika untuk menjawab sesuatu. Aku paling tidak menggemari soalan on-the-spot, lebih-lebih lagi ketika baru bangkit dari tidur.

Aku sedia diletakkan di mana-mana, tidak kira dalam apa jua posisi, dengan izin-Nya, aku akan sedaya upaya melakukan yang terbaik, sebagai tentera-Nya... Tiada halangan yang tidak mampu ku atasi dengan bantuan-Nya.


Wallhua'alam...

Nahnu Jundullah, Ruuhuna, ruhul jadid...

-Syphoon-
1541, 1 Rabi' Al-Awwal 1428,
Teluk Intan, Perak