Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Sibuk. Sangat sibuk. Penduduk Melayu Irbid sangat sibuk setelah bermula semester musim panas bagi sesi pengajian 2007/2008. Semester ini merupakan semester terakhir, sama ada bagi mereka yang mengejar akademik, mahupun yang terlibat dengan persatuan.
Irbid kini menjadi tumpuan, kerana ramai warga mahasiswa Malaysia di sini. Kebanyakan program diadakan di Irbid, sampai tak menang tangan nampaknya ahli PERMAI.
Apa pun, aku ingin mencoretkan sesuatu, dek kerana terlalu lama tidak menulis, risau semakin kaku & keras jari-jemari ini untuk menari di papan kekunci.
_____________________________________________________________________
Apa yang paling menarik ketika ini adalah berkenaan pertukaran sesi bagi persatuan & organisasi yang ada di Jordan. Mesyuarat Agung bagi persatuan berkaitan telah bermula pada minggu lepas lagi, bermula dengan Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) & seterusnya pada 4 & 5 Julai ini dan disambung dengan minggu berikutnya, 11 & 12 Julai.
Kita di sini beruntung, kerana kita tidak perlu bersentimen seperti pilihan raya kampus di Malaysia. Tidak perlu kita memikirkan ' dia ini dari parti mana?', kerana kita di sini jelas, arah & matlamat utama kita adalah Islam, yang membolehkan kita untuk berada dalam satu barisan kepimpinan.Maka kita bebas memilih siapa sahaja yang berkelayakan & berkebolehan, dengan meletakkan asas utama iaitu tidak lain IMAN & TAQWA di samping perlu kita menitikberatkan aspek yang lain. Janganlah semata-mata untuk mengenakan seseorang, maka kita menaikkan atau mencalonkan sahabat-sahabat yang tidak berkemampuan.
Firman Allah SWT:
Faktor-faktor seperti AKADEMIK, kesihatan, kebolehan & pengalaman mesti diambil kira. Sedarilah, yang amanah & tanggungjawab bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan, tambahan amanah tersebut terpaksa dipikul selama satu sesi!
Dan bagi mereka yang telah memegang amanah untuk sesi yang baru, ingatlah akan amaran Allah SWT :

Dan bagi mereka yang telah memegang amanah untuk sesi yang baru, ingatlah akan amaran Allah SWT :
Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan menerima amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia, sesungguhnya manusia itu amat zalim & bodoh. - Al-Ahzab : 72
Tanggungjawab tersebut adalah tidak lain untuk memikul agama-Nya & Allah SWT turut memberikan perumpamaan lain. Firman Allah SWT :
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya kamu akan melihatnya tunduk terpecah-belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Inilah misalan yang Kami berikan kepada manusia supaya mereka berfikir. - Al-Hasyr : 21
Pilihlah sesiapa sahaja, asalkan ciri-ciri yang asas ada padanya dan berkelayakan bagi anda. Mungkin yang senior punyai lebih pengalaman, ibarat kelapa, makin tua makin berguna. Mungkin juga yang junior tidak kurang dengan bakat sedia ada, jika digilap, makin gemilau sinarnya, seperti telefon bimbit, makin latest, makin banyak fungsinya.
Wallahua3lam.
Sekadar coretan melepas rindu. Harapnya artikel berkaitan yang terpaut di bawah dapat dibaca bersama.
-Syphoon-
Irbid, Jordan
2346, 25 Jamadil Akhir 1429
Artikel berkaitan :
Makin Tua Makin Berguna
Kembalilah