Wednesday, September 12, 2007

Peristiwa September...

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu Ya Allah... Selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

11 September...
16 September...

Dan yang terbaru 9 September...

Banyak peristiwa yang berlaku dalam bulan September. 11 September di Amerika Syarikat, 16 September penubuhan negara Malaysia, 9 September merupakan tragedi berdarah di Batu Burok.

1 Ramadhan 1428 jatuh pada 13 September 2007.

Namun, ingatkah kita kepada 1 lagi peristiwa pada bulan ini?

Dalam tak sedar, air mataku menitis tatkala menonton sebuah video. Seorang anak kecil menyeru :

Ayah!!!
Kata mereka kau penjahat
Padahal sebenarnya engkau bukan penjahat

Ayah!!!
Mengapa mereka jauhkan aku darimu..
Mereka menangkapmu tanpa memberikan kesempatan
Untuk menciumku meskipun hanya sekali
Atau mengusap air mata ibu..

Ibu!!!
Aku melihat air mata di kelopak matamu setiap pagi
Apakah Palestin tidak berhak diberi pengorbanan?

Setiap hari aku bertanya pada Matahari
Ibu, apakah ayah akan kembali suatu hari
Ataukah dia akan pergi sehingga hari Qiyamat?
Atau dia akan mengusap air mata ibu yang terus menitis setiap hari?

Wahai ayah, dimanakah engkau?

Oooh, bayi-bayi yang dijajah..
Kini telah datang hari raya baru, setelah hari raya tahun lalu
Dan bayi yang telah lahir sesudah bayi yang itu
Dan para syuhada' berguguran setelah gugurnya syahid yang lalu
Sedang ayah masih disembunyikan di sebalik jeriji besi
Dalam sel mengerikan yang tidak layak dihuni oleh manusia

Mana hari kemenangan & kehancuran jeriji-jerisi besi itu?


MALULAH KALIAN
MALULAH KALIAN
MALULAH KALIAN


Aku inginkan ayah pulang
Aku inginkan ayah pulang...
Aku inginkan ayah pulang........



Malulah diriku ini yang mengaku pejuang-pejuang Islam tapi masih terleka.
Malulah diriku ini yang mengaku memperjuangkan kalimah-Nya tetapi masih melakukan dosa-dosa.
Malulah diriku ini yang masih termimpi mengidamkan tertegaknya Islam di bumi ini tanpa sebarang usaha.
Malulah diriku ini yang mahu menjadi seorang mujahid, namun masih bertelagah sesama sendiri, memburuk-burukkan antara satu sama lain.
Malulah diriku ini yang mengeluh pada kerja yang tidak seberat mana...

Malulah kita. Sedang mereka di Al-Quds menyeru untuk bangkit, kita masih menguap, menggeliat di pagi hari.

Peristiwa di Sabra & Shatila tidak akan padam dari lipatan sejarah. Malulah kita kerana hari ini masih tiada ada yang mampu kita lakukan bagi membela mereka.

Malulah kita sedang tahun beranjak & kita merayakan Eid sedangkan mereka masih berada dalam keadaan derita.

Biarlah hancur luluh tulang seperti Asy-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisy & Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yasin daripada menanggung malu seumur hidup.

Tidak malukah kita dihadapan Allah kelak apabila disoal apakah sumbangan kita terhadap-Nya semasa hayat kita? Tidak malukah kita tatkla disoal kelak apa yang kita lakukan pada umur kita?

Madrasah Ramadhan yang bakal tiba ini seharusnya digunakan sebaiknya. Keluarlah daripada madrasah ini kelak menjadi seorang muslim yang cekal & berperibadi mulia. Keluarlah kelak daripada madrasah ini sebagai seorang muslim yang bersedia untuk bekerja untuk-Nya.


Ya Allah...
Terima kasih kerana membenarkan aku untuk bertemu dengan Ramadhan sekali lagi...


-Syphoon-
Irbid, Jordan
1235, 30 Syaaban 1428

*Maklumat lanjut berkenaan Sabra & Shatila
web 1
web 2
web 3
web 4
gambar-gambar

2 comments:

Anonymous said...

Peristiwa 1 September x nak letak ke... heh heh... jgn marah aa...

syphoon said...

adeh...