Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Satu hari aku diminta oleh Anas Asmadi untuk escort 'Ouwn, iaitu pegawai ISO JUST ke Balai Polis untuk menyiapkan iqamah para juniors.
Satu ketika aku bersembang dengan 'Ouwn di kawasan luar sementara menunggu passport yang dibawa itu diproses.
"Kau mesti dapat markah tinggi kan boleh dapat biasiswa & belajar luar negara?" soal 'Ouwn
"Aku ni golongan pertengahan je, yang bagus-bagus semua belajar Eropah, US sana," balasku berbasa-basi.
"Kenapa kau tak belajar rajin-rajin dulu?" soalnya lagi.
"Kalau semua nak kerja doktor, siapa nak kerja polis? Setiap orang ada tempat masing-masing..." balasku.
Tawa kami berderai.
Sebenarnya nak cover yang aku memang malas untuk study dulu-dulu. Orang lain yang datang Jordan ni aku tahu, semua mantap-mantap. =)
Dalam hidup, mungkin kita akan menjadi tangan, kaki, mahupun helaian-helaian rambut. Namun tiada satu pun yang tidak mempunyai sumbangan. Semuanya signifikan. Tiada satu pun atas muka bumi ini yang Allah ciptakan tanpa tujuan.
Maka, jagalah setiap penjuru yang telah ditetapkan kepada kita. Jangan kaki sibuk nak suap nasi ke mulut. Itu kerja tangan. Masing-masing hormat, masing-masing kerja pada tempatnya. Faedah & manfaat lebih besar. InsyaAllah.
Itu kalau dalam satu jasad. Masalah akan berlaku sekiranya 2 tubuh berbeza (note : bukan 'berbadan dua' @ hamil). Satu penyakit senang melanda, iaitu 'pijak kepala' atau 'memperguna' atau 'memperalat'.
Contoh mudah, seorang menteri menggunakan kedudukannya untuk memberi tender & projek kepada kroni mereka, mahu pun pihak-pihak tertentu. Kemudahan yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat, dihadkan kepada golongan tertentu sahaja. Ini kes menteri. Kes besar.
Kes persatuan pun sama. Ada yang guna persatuan mahupun badan kebajikan untuk kepentingan sendiri. Mungkin nama & populariti, cari jodoh (mungkinkah?) mahupun kelompok-kelompok tertentu. Tiba-tiba ada program tertutup. Ahli sendiri pun tak boleh join? Apatah lagi guna peruntukan & kemudahan persatuan. Rasa macam rakyat teraniaya pula.
Ini pengalaman dulu-dulu. Harapnya tidak berlaku di Jordan.
2 atau 3 jasad, mahupun 100, kena ada sinergi. Masing-masing kena fikir untuk maslahah ummah. Sinergi untuk hasilkan keberkesanan yang lebih efektif. Bukan ikut perut sendiri. Asal aku kenyang, sudah. Ini bahagian aku, bahagian kau, kau usahalah sendiri.
Susahlah kalau semua fikir begitu.
Aku tulis sebab peha yang sebelah sana kena cubit. Jadi aku pun terasa juga. Kalau ada mana-mana bahagian lain yang terasa, cepat-cepatlah sedar.
Wallahua'alam.
-Syphoon-
Irbid, Jordan


No comments:
Post a Comment