Wednesday, January 27, 2010

Menjadi lebih manusia

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Bagi students JUST, sudah pasti kita semua familiar dengan bas biru di Mujamma' Amman. Bas mustasyfa nama timangannya. Agak-agak kalau dah keluar lewat jam 7.30 tu, boleh guna khidmat beliau.

Aku sejak semester musim panas sesi 2007/2008 dah kurang menggunakan khidmat bas mujamma' sheikh khalil. Perjalanan yang sepatutnya 15 minit menjadi 45 minit. Aku pun tak faham, lantas mengambil keputusan untuk berhenti menggunakan khidmat bas di sana.

Meskipun mahal, namun bagi aku, masa itu lebih penting, tidak dapat dibeli dengan seqirsy dua, mahupun 20 qirsy.

Keselamatan juga seperti masa, walaupun mahal, tetapi sebenarnya priceless.
(Abaikan bendera tepi, tidak berkaitan)

Apa pun, 1 perkara yang aku sangat-sangat hargai berkenaan dengan bas biru ini, ialah keadaannya menjadikan aku lebih manusia.

Bas biru, menuju ke hospital. Maka ramailah pakcik makcik yang lain juga menggunakan khidmat ini. Aku perhati, ada pakcik makcik ni yang datang jauh dari ceruk-ceruk mukhayyam sekitar Irbid, pagi-pagi dah beratur, & bila aku balik lewat dinihari, kadang terjumpa kembali dengan pakcik - makcik yang sama, memegang beg plastik ubat & slip bayaran bil hospital.

Terkadang, kita yang muda ni berdarah panas, tengok pakcik makcik ni tak beratur, terus potong naik bas tu walaupun kita dah 2 bas terlepas sebab line panjang. Tak pun bila nak turun atau naik bas, pakcik makcik ni dok jalan terkedek-kedek depan kita, jalan perlahan-lahan. Kita dah lambat terkejar-kejar nak pergi kelas. Kalau orang lain tak ada yang rasa begini, baguslah. Tapi untuk aku, kadang-kadang ada rasa sikit.

Tapi kalau direnung jauh, aku pasti teringatkan ma & abah di Malaysia. Ma dengan tidak berapa upaya nak berjalan, abah yang usianya menjangkau lewat 60-an. Bayangkan kalau yang ada depan kita tu mak ayah kita, yang tak berapa larat nak berjalan sangat, disuruh beratur sekali dengan barisan yang panjang jauh ke tempat-tempat jual buahan tu.

Bayangkan sekiranya mak ayah kita yang dah tua, nak disuruh berjalan sepantas kita yang muda bertenaga. Kejam. Sungguh.

Ikan yang sepatutnya menjadi lebih ikan, bukan bernafsu macam manusia.

Keduanya, kadang-kadang terintai kertas-kertas yang pakcik makcik, atau sesiapa sahaja pesakit yang balik semula menaiki bas ini. Ada diagnosis yang begitu teruk, yang aku tengok dalam buku pun rasa macam dah tiada harapan untuk sembuh. Ada yang secara luarannya sahaja telah menggambarkan betapa teruk keadaan penyakitnya.

Melihatkan hal ini, menjadikan diri aku cukup insaf, yang aku masih diberikan peluang oleh Allah SWT untuk beramal & berbakti kepada-Nya dalam keadaan yang sihat & tanpa ada apa-apa halangan yang kronik lagi teruk.

Kalau di mujamma' Sheikh Khalil ni, terkadang menjadi ganas macam pemain ragbi, nak masuk bas pun kalau dah lewat tu kena berebut. Tu tak campur nak gaduh-gaduh dengan Arab yang book tempat ikut tingkap dengan letak buku atas seat. Walaupun kena banyak bersabar, memang itulah yang menjadikan kita manusia.

Untuk menjadi lebih manusia, kerapkan diri kita untuk berinteraksi dengan manusia.

Nabi pesan,

خالق الناس بخلق حسن
Hadith ke-18, Matan 40


Pilihan kita, nak naik bas Mujamma' SK, atau Bas Mustasyfa. Kedua-dua ada kelebihan masing-masing.


Pilihlah yang mana berkenan di hati! =)


-Syphoon-
Irbid, Jordan

No comments: