Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
"Kalaulah aku ada duit banyak, dah lama aku sedekah buat masjid kat sana," kata si fulan selepas selesai menonton Slumdog Millionaire.
"Kalaulah aku macam dia, mesti aku boleh skor juga..." kata si fulan yang seorang lagi selepas mendengar pengalaman seorang pakar perubatan yang berjaya.
Ini dialog yang kadang-kadang kita dengar. Orang kata, termotivasi selepas melihat sesuatu yang besar. Maka kita inginkannya juga.
Tapi kita kurang sedar akan potensi yang kita sendiri ada. Kita tak perlu memiliki duit berjuta untuk baru bersedekah. Sepuluh sen jika dimasukkan ke tabung derma, tetap dikira derma.
Kita tidak perlu menjadi orang lain. Kita hanyalah kita, yang patut kita syukuri. Ada tangan, ada kaki. Ada mata 2 biji, ada mata hati.
Pertama, kita perlu menerima & bersyukur dengan apa yang ada pada kita. Tiada sobah, hiram yang ada jangan dimaki hamun. Ada tangan, ada kaki, gunalah. Apa yang ditunggu lagi.
Tidak perlu untuk memiliki satu keajaiban untuk melakar sesuatu pencapaian. Sebuah perjalanan yang jauh, dimulai dengan langkah-langkah kecil. A thousand miles journey, begin with a small step kalau dalam bahasa omputeh.
Aku mendiami bilik no.7 di aras pertama bangunan sakan Sakran ini. Bertentangan dengan aku, bilik no.6 yang diduduki oleh Abdullah, seorang budak Arab. Nak diceritakan, aku memang sangat kagum dengannya. Beliau masih seorang pelajar di Universiti Yarmouk. Siang keluar ke kuliah, malam bawa keluar meja kayunya & bekas-bekas minyak 'atar (minyak wangi) untuk dijual di tepi terowong Bab Iqtisad.
Minggu lepas, beliau telah membeli sebuah stall minuman. Memandangkan tengah cuti ketika ini, beliau keluar lepas zohor, dan membuka stall di depan Mat'amji. Siapa-siapa kalau lalu boleh tembung dengan beliau dengan stall warna kuning, dengan kaca di bahagian atas.
Beliau tidak seperti aku, ada bantuan kewangan, mampu memiliki itu & ini. Boleh berjalan ke sana ke mari, tanpa memikirkan, bagaimana untuk aku dapat wang hari ini? Bagaimana untuk aku sambung pengajian aku semester depan? Cukupkah duit aku untuk bayar sewa bulan ini?
Soalan yang tidak pernah kita runsingkan...
(Aku pakai cerita je, aku pun tak tahu apa yang aku tulis ni berkaitan atau tak. )
Acceptance.
Terimalah apa yang ada dalam genggaman kita. Jangan kita sia-siakan. Jangan kita bazirkan.
Tidak perlu untuk menjadi seseorang yang gah, barulah berani untuk berbuat sesuatu. Bagaikan pengurusan sebuah program, jika tiada orang yang mengangkat barang-barang menaiki pikap, maka tidak akan berjayalah program itu. Jika tiada orang yang mahu memotong sayur & daging di dapur, maka tidak akan siaplah masakan tersebut.
Every small deed is count. Jangan hampa, jangan putus asa. Jadilah langkah-langkah kecil, yang membina satu pengembaraan yang jauh melata. Biar lambat, asalkan sampai ke destinasinya.
Wallahua'alam.
-Syphoon-
Irbid, Jordan.
p/s: maaf, memang banyak sangat mengarut. tengah cari feel untuk menulis benda yang betol. kelapa tengah biol. =(


5 comments:
syukuri & hargai nikmat-nikmat yg kiter ader..alhamdulillah~
let's recite surah ibrahim verse 7 ^_^
hahaha..kelapa memanglah biol.kalau kepala baru lah x biol. recheck your spelling
kak ain :
alhamdulillah
Ano :
kesilapan yang disengajakan. =) good work noticing it.
Cerita sahabat kamu Abdullah BEST. Manusia itu akan lebih feeling bila memerhatikan orang susah sekelilngnya. Maher Zain kata "Open ur eyes"
btw, Memang manusia itu diciptakan tergesa2. susah bila manusia nak terus2 sahaja dah jd hebat. kena naik tangga.. langkah demi langkah.. yg kecil akan membesar.. resipi sabar memng paling penting dalam fatrah ini. moga semua thabat
p/s: Kucing yang melihat dirinya singa. Suka ini.
@pohonbakti :
nikmat yang paling kurang dihargai adalah nikmat yang datang instant.
Daddy kasi orang kata. bukan dedikasi.
ya, kucing itu sememangnya comel. Tapi dia yakin, yang dia punyai potensi seperti singa.
Post a Comment