Friday, January 29, 2010

Usia Menelan, Menuntut Perubahan

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Semalam, ada makan-makan, Nadzeem jemput. Sempena habis exams untuk batch kami, sebelum ada yang pergi bermusafir. Juga meraikan birthday Mad Taq dan aku. Tapi aku rasa macam tak sampai lagi. Terima kasih buat kalian yang hadir.

Juga dapat kad daripada Halim.


Oh, ada juga pengumuman tergezut oleh Pengarah PSL PERMAI. Beliau bakal menghadapi sesuatu yang besar bulan 7 ini. Tahniah diucapkan. Semoga dipermudahkan segala urusan... =)

Menginjak usia pertengahan 20-an, yang aku rasakan sudah agak melewati zaman remaja, bakal menelusuri zaman kepemudaan. Maka banyak perubahan yang perlu dilakukan.

Nabi Muhammad SAW, junjungan tercinta, pada usia sebegini, baginda telah pun memegang tanggungjawab yang besar, membawa barang dagangan Saidatina Khadijah, berniaga jauh ke Syam. Kematangan, kejujuran, ketinggian budi pekerti baginda, menjadi satu titik banding bagi aku dalam usia ini.

Mampu berdikari, mampu mengurus diri, tidak bergantung kepada orang lain, seterusnya memikul tanggungjawab sebagai seorang suami, membuktikan Nabi Muhammad SAW, sebagai seorang pemuda, memanfaatkan segala kudrat & konsentrasi bukan kepada perkara yang sia-sia.

Aku?

Kedua, terkadang, kita terkenang, masa kita yang terdahulu. Aku di sekolah menengah, aku di sekolah rendah, aku sebelum datang ke Jordan. Kita ingin menjadi seperti dahulu. Lebih carefree, lebih bebas. Namun bisakah semuanya itu terjadi?

Galasan amanah yang menimbun, kaki yang dirantai dengan taklifan, tangan yang diikat dengan tali-tali tanggungjawab. Dulu, seorang pelajar sekolah rendah, pergi berhantar, balik diambil, makan disedia, baju digosok siap. Sekolah menengah sudah advance sedikit, duduk di asrama, mula belajar berdikari. Undergrad? Lebih jauh, lebih kena berdikari. Tambahan dengan course dentistry yang berat.

Itu baru amanah sebagai penuntut ilmu.


Belum tambah kepada ma & abah, adik kepada kakak & abang. Masih bujang, belum berkahwin, belum ada anak. Kalau dah, lagi bertambah. Boleh join KMM bak kata orang Amman (Kumpulan Mata Merah). Dah kerja, apatah lagi. Terkejar-kejar ke sana ke mari.

Semuanya menuntut untuk kita melakukan perubahan. Aku tidak boleh setia seperti dahulu. Mereka yang berjaya, adalah mereka yang memaksa diri mereka berubah. Mereka yang terpaksa berubah, adalah mangsa, quoted from Abu Saif.

Bersyukur dengan apa yang ada disekeliling kita, menerima apa yang ada pada kita, menggunakan peluang yang datang sekali seumur hidup. Tidak mahu nanti menoleh pada hari mendatang dengan penuh penyesalan.


Andai mahu direnung ke belakang, banyak kenangan yang manis. Simpan dalam lipatan memori. Aku yang hari ini, bukan aku yang semalam. Perlu melangkah lebih kuat, lebih hebat. Berpencak bersilat, menelan kelat, agar esok tidak terkulat-kulat.

Itu aku. Engkau?


Wallahua'alam.


-Syphoon-
Irbid, Jordan

No comments: