Wednesday, July 15, 2009

Pilihanraya PERMAI (siri 3)

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Tempat, biarlah sepadan dengan orangnya!

Menjawab kepada persoalan yang dilontarkan dalam shout box & juga komen dalam entriku sebelum ini, berkenaan 'Bagaimana pula dengan juniors dari Universiti Yarmouk?'

Sebelum aku mengulas panjang, perlu aku tegaskan di sini yang semua ini hanyalah pandangan peribadiku, yang boleh jadi salah atau tidak tepat. Anda berhak menerima & menolak. Apa yang aku lontarkan di sini hanyalah untuk difikirkan bersama.

Maka, sekali lagi, aku mohon, izinkan aku mengemukakan pendapatku berkenaan pemilihan pucuk pimpinan PERMAI untuk sesi akan datang.

Soalan: Bagaimana dengan Afifuddin, Sahel & Farahindun?

Bukanlah niatku untuk mendiskriminasi antara JUST & Yarmouk ye... (",)

Aku tidak nafikan, mengikut pengalamanku berurusan & bekerja dengan Afif & Sahel, serta pada pengamatanku, mereka berdua punyai nilai & kualiti yang sangat tinggi, baik dari segi gerak kerja, mahupun corak mereka berfikir dan mengeluarkan pendapat. Amat rugi sekali kiranya mereka tidak dimanfaatkan.

Namun, perlu diingatkan, kerusi yang diperuntukkan untuk mahasiswa Yarmouk hanyalah 2 untuk siswa & 1 untuk siswi.

Calon-calon yang lebih seniors di Universiti Yarmouk ini lebih berharga, & wajar untuk 'dipergunakan' & 'diperhambakan' sebelum mereka pulang, memandangkan tempoh mereka berada di Jordan ini begitu singkat berbanding JUST.

Misalan, untuk siswa, aku sendiri yang mencadangkan untuk Amin berada di 2 kerusi teratas. Manakala calon kedua pula adalah lebih sesuai dari kalangan senior itu sendiri, memandangkan kerusi yang bakal dipegangnya adalah Naib Presiden (merangkap Ketua Yarmouk) atau lebih popular disebut sebagai Presiden/Pengerusi Majlis Mahasiswa Yarmouk. Dan aku pasti anda sebagai pembaca boleh meneliti sendiri siapa yang layak untuk berada di kerusi tersebut berdasarkan senarai calon yang dikeluarkan, berpandukan kepada seniority, pengalaman & pemahaman berkenaan waqi3 di Jordan ini.

Maka atas sebab yang tersebut di atas, aku tidak menyebut nama-nama juniors dari Universiti Yarmouk.

Walaubagaimanapun, aku rasakan mereka ini kiranya tidak dipilih untuk kerusi Majlis Tertinggi, masih boleh dimanfaatkan dalam Majlis Mahasiswa Yarmouk. Kebolehan, kemampuan & kemantapan dari segi gerak kerja mereka seharusnya dimanfaatkan

Majlis Mahasiswa Yarmouk, aku yakin, entiti ini masih menagih tenaga-tenaga untuk menggerakkannya. Ahli PERMAI secara keseluruhannya juga, masih tertunggu-tunggu, sekiranya Majlis Mahasiswa JUST sudah pun melaksanakan program Mini Clinic mereka, menuntut, apakah yang mampu dijana & dihasilkan oleh Majlis Mahasiswa Yarmouk untuk manfaat masyarakat PERMAI umumnya.

Aku yakin, insyaAllah, dengan serapan tenaga-tenaga muda yang gigih ini bakal menjelmakan kekuatan sebenar entiti yang dianggotai oleh seluruh mahasiswa Yarmouk ini.

Akhir kalam, sekali lagi aku tegaskan, semua ini tiadalah lain, pandangan seorang yang tidak jauh mana penelitiannya. Aku mengemukakan pendapatku atas kapasitiku seorang senior yang mahu melihat PERMAI untuk melangkah lebih besar, daripada tahun-tahun sebelum ini.

Wallahua3lam.

-Syphoon-
Irbid, Jordan

5 comments:

suara hati said...

"Ahli PERMAI secara keseluruhannya juga, masih tertunggu-tunggu, sekiranya Majlis Mahasiswa JUST sudah pun melaksanakan program Mini Clinic mereka, menuntut, apakah yang mampu dijana & dihasilkan oleh Majlis Mahasiswa Yarmouk untuk manfaat masyarakat PERMAI umumnya."

- ayat ini telah menimbulkan beberapa kontroversi - yang turut diajukan kepada saya (walaupun mungkin empunya blog tidak berniat buruk..) andai boleh dijelaskan kesamaran buat pembaca. bahkan ada yang mempertikaikan, apalah hebat sangat Mini Clinic itu sehingga boleh dianggap 'sumbangan' dari MMJ? apakah perlu MMY pula menubuhkan Mini Surau? mohon perbandingan sewajarnya -

bisik2 MMY : wakil kami (baca : mereka) menyampaikan tafaquh setiap minggu...

cik santun said...

Bukankah MMY juga telah mengadakan Multaqa ilmu, aizad dan firdaus yang menyampaikan..

MMY itu mungkin tidak menonjol, tapi sekurangnya ada perubahan dari tahun lepas.. dan sekiranya Ahli MMJ, mengharap dan menuntut perubahan yang drastik, kalian sendiri tahu itu adalah perkara yang sukar!!

Jika MMJ dan MMY yang dibahaskan, maka sila baca ini : http://mmyjordan.blogspot.com/2009/07/jamaah-vs-assobiyah.html ..

mastermind said...

kenapa perlu dibahaskn sumbangan dari sapa @ kpd siapa.

ibarat seorang peminta sedekah menanti sumbangan dari pihak2 tertentu.

andai sumbangan yg diterima tidak sesempurna, maka wajarkah kita sebagai penerima melenting?

tidakkah tangan yg memberi itu lebih mulia dri yg menerima??


p/s : sama-sama memberi dlm
konteks islam adalah
tunjangnya bukan ats nama
sesiapa.

: MMJ & MMY adalah lembayung
PERMAI

Anonymous said...

salam..ayt tersbut sdikit sbyk mmberi konflikasi bhwa MMy tidak mmberi sumbgn lgsung pd Permai.mmg mudah untuk berkata,tetapi apa salahnya jikalau MMY&MMJ sama2 mmberi sumbagn?beri idea,beri tenaga.apa guna tbuhnya PERMAI andai nafsi-nafsi?

bagaimana kita smua nak naik jikalau masih lg ade yg bfikiran bgini?harap maaf ats sgala kekasaran-

syphoon said...

maaf kalau ada salah faham mengenai ayat tersebut. saya akan terangkan dalam entri seterusnya memandangkan keadaan saya yang sibuk pada ketika ini.

harap maaf.