Monday, July 13, 2009

Pilihanraya PERMAI sesi 08/09

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya kamu akan melihatnya tunduk terpecah-belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Inilah misalan yang Kami berikan kepada manusia supaya mereka berfikir. - Al-Hasyr : 21

Amanah. Satu taklifan. Bukan satu kemuliaan.

Amanah sebagai seorang pimpinan adalah sedaya upaya untuk membawa Al-Quran & Hadith : ya3ni Islam itu sendiri.

Allah SWT ceritakan bagaimana keadaan gunung tatkala menerima Al-Quran.


Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan menerima amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia, sesungguhnya manusia itu amat zalim & bodoh. - Al-Ahzab : 72


Juga bagaimana takutnya langit & bumi, tatkala menerima amanah, maka makhluk Allah SWT ini enggan menerimanya.

Amanah. Yang akhirnya diambil oleh manusia, kerana manusia itu amat zalim, lagi bodoh.

Telah aku coretkan dalam entriku sebelum ini berkenaan pemilihan tahunan (klik sini). Bagaimana mahu memilih pemimpin, dari aspek integriti & juga kompetensi.

Integriti pada ilmu, syakhsiah & akhlak. Kompetensi pada kebolehan, keupayaan & kemampuan dalam kepimpinan dan juga dalam kehidupannya sendiri, tidak lupa pembawakan dari sudut AKADEMIK.

Create your own banner at mybannermaker.com!


Melihat kepada senarai calon yang layak bertanding dalam blog JPR PERMAI (klik sini), izinkan aku untuk memberikan komen tentang beberapa perkara, terutamanya untuk sebelah ikhwah.

1) Dalam pentadbiran PERMAI, antara perkara yang perlu dititikberatkan adalah seniority. Pengalaman & pemahaman mengenai waqi3 atau keadaan setempat, baik dari masyarakat setempat atau komuniti PERMAI itu sendiri.

2) Jawatan Presiden & Timbalannya seharusnya diberikan kepada 2 pimpinan dari universiti yang berbeza (sama ada Presiden dari JUST & Timbalannya dari Yarmouk, atau sebaliknya).

Hal ini bagi membolehkan kelangsungan dalam perjalanan gerak kerja. Misalnya pada tahun ini, Yarmouk & JUST mempunyai tarikh peperiksaan yang berbeza. Ustaz Faiz @ Baha exam, timbalannya yang akan cover, & bila timbalannya pula exam, Baha akan buat kerja macam biasa. Kalau 2-2 exam, yang tu tak boleh nak cakap apa la kan. Tapi sekurang-kurangnya, 1 aspek telah dapat dijaga.

Perkara lain adalah dari sudut suara & pendapat. Meskipun dalam PERMAI punyai entiti Majlis Mahasiswa Yarmouk atau Majlis Mahasiswa JUST, namun entiti ini kadangkala tidak dapat menumpukan kepada gerak kerja PERMAI secara KESELURUHANNYA. Penumpunan selalunya diberikan pada entiti masing-masing sahaja. Jadi perlunya 2 kerusi tertinggi ini untuk diduduki oleh 2 pemimpin dari universiti yang berbeza.

3) Majlis Tertinggi PERMAI bukan sahaja bertindak sebagai penggerak, tetapi juga sebagai pemikir (think tank). Maka pemimpin yang dipilih bukan sahaja mampu untuk bergerak & bekerja, tapi mampu mengeluarkan pendapat & memberikan pandangan serta melakukan penambah-baikan.

Pengalaman, ketajaman fikiran, kemampuan untuk mengawal emosi & perkara-perkara yang disebut dalam perkara (1) tadi juga perlu diambil kira.


Jadi, melihat kepada perkara ini, izinkan juga untuk aku mengemukakan calon-calon yang layak pada pandangan aku untuk 2 kerusi tertinggi ini.

Muhammad Naqeb bin Sulaiman
Ahmad Amirul Amin bin Azmi

Aku yakin, ramai yang percaya Amin lebih cenderung kepada BKASJ (Selangor). Namun melihat kepada senarai calon yang dikeluarkan oleh JPR, aku tidak nampak ada senior lain dalam senarai tersebut melainkan Amin. Maka tatkala ini (sebelum BKASJ sapu), Amin sangat-sangat diperlukan oleh PERMAI. Nilai pengalamannya yang telah berada di Jordan lebih awal daripada calon-calon yang lain, serta pengalaman bekerja dalam BKASJ membuatkan aku rasa beliau layak untuk diletakkan dalam 2 kerusi tertinggi ini.

Beliau menyandang sebagai

1- Setiausaha Agung BKASJ sesi 2007/2008,
2- Timbalan Yang diPertua BKASJ sesi 2008/2009.

2 tahun bekerja, aku yakin & pasti, insyaAllah beliau mampu untuk mengadaptasikan nilai yang diperolehinya dalam PERMAI di samping pengalamannya berada dalam komuniti PERMAI sejak PERMAI sesi Ustaz Ismat Nazirin (sesi 2006/2007).

Naqeb, meskipun kecil, namun kecilnya ibarat cili padi. Setahun bekerja dengan Naqeb, pada pandangan aku, sudah cukup untuk aku meletakkan kepercayaanku pada beliau. Gerak kerja yang mantap & laju, serta kemampuan berfikir yang tajam, melayakkan beliau untuk menjadi think tanker PERMAI, juga selayaknya pada 2 kerusi teratas ini.

Beliau juga lantang dalam berbicara, berbeza dengan Amin yang diam-diam ubi berisi.

Gandingan Amin & Naqeb untuk 2 kerusi teratas PERMAI ini, menjadikan aku yakin, insyaAllah PERMAI tahun akan datang, dengan pertambahan ahli yang pada expectation akan mencecah 600 orang (WOW!), akan dapat menyambung perjuangan pimpinan sebelum ini.

Apa pun, semua ini hanyalah pendapat peribadi aku. Mungkin anda di luar sana punyai pandangan yang berbeza. Namun aku harapkan anda semua yang membaca dapat menilai.

Yang mana satu pada kerusi Presiden, itu aku letakkan pada kebijaksanaan para pembaca semua untuk menilai.

Ingatlah akan pesan Allah SWT :

Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu untuk memberikan amanah kepada ahlinya. - Surah An-Nisa' : 58


Siapa saja pilihan anda, pastikan anda letakkan mereka yang layak pada tempatnya.

Suka-suka mengenakan kawan-kawan, undi kesian atau apa jua bentuk kempen & undian yang tidak didasari dengan akal yang rasional, juga WAHYU yang memimpin, telah MELETAKKAN KITA DALAM GOLONGAN YANG ZALIM. Zalim pada diri sendiri kerana tidak mahu berfikir & juga melanggar ayat-ayat Allah, zalim kepada sahabat-sahabat sendiri kerana menganiaya mereka, zalim kepada seluruh ahli PERMAI kerana tidak memilih pemimpin yang benar-benar layak.


Wallahua3lam.

-Syphoon-
Irbid, Jordan.


No comments: