Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Izinkan aku sekali lagi untuk mencoret berkenaan pilihanraya PERMAI yang bakal berlaku, bagi memilih kepimpinan baru bagi sesi akan datang ini. Niatku bukanlah untuk berkempen semata-mata, malah untuk memberikan rasional kepada para pembaca untuk menilai sendiri calon-calon yang ada, supaya jelas akan ciri-ciri pemimpin yang bakal kita sendiri pilih, juga agar tepat pilihan kita kelak pada hari pengundian.
1) Keperluan untuk melatih pelapis (juniors) bagi memastikan kemandirian & juga kelangsungan mata-mata rantai perjuangan, meneruskan legacy PERMAI pada tahun-tahun akan datang.
Melihat kepada senarai calon yang layak bertanding, ada beberapa nama dari kalangan juniors (tahun 1) berbanding calon lain yang terdiri daripada mereka yang berada pada tahun 2 & ke atas.
Bagi aku, perlunya kepada beberapa kerusi dalam Majlis Tertinggi PERMAI ini diduduki oleh juniors. Misalan pada kerusi Setiausaha & Timbalannya, atau Bendahari & Timbalannya. Hal ini bagi membolehkan mereka mengaut & menimba pengalaman dalam pentadbiran PERMAI itu sendiri.
Majlis Tertinggi jauh berbeza dengan Majlis Eksekutif. Majlis Eksekutif punyai portfolio masing-masing yang jauh lebih berat & cenderung kepada pelaksanaan program & aktiviti.
Majlis Tertinggi pula lebih tertumpu kepada pentadbiran, perjalanan gerak kerja, penggubalan dasar & penentuan keputusan.
2 perkara yang berbeza digabungkan yang membentuk Majlis Mesyuarat PERMAI, bersinergi dalam keadaan yang harmoni. Namun kedua-duanya tetap berbeza!
Maka sekiranya tiada pelapis, bagaimana PERMAI bakal meniti hari-hari (baca: sesi-sesi) mendatang?
Nama-nama seperti Arif Hakimi, Faiz Azra'in, Farhanah & Nadhirah harus difikirkan untuk diberi peluang, agar mereka dapat ditempatkan sebagai Ahli Majlis Tertinggi PERMAI, supaya pada tahun-tahun berikutnya, mereka mampu menjadi pengganti, peneraju yang berkualiti, dengan menambah-baik idea-idea, serta menampal lompong-lompong kosong dalam kekurangan pentadbiran PERMAI sesi sebelumnya.
2) Seniors tidak hanya diperlukan dalam Majlis Tertinggi, malahan dalam Majlis Eksekutif.
Kadangkala, kita sebagai seniors ini sering kali menganggap, "Ah, dulu kerja tu aku time jadi junior la buat, dah jadi senior ni takyah dah buat keje-keje tu..."
Kita akan mengandaikan, juniors ini masih baru, masih awal untuk mereka diletakkan dalam Majlis Tertinggi. Cukuplah dulu bekerja dalam Majlis Eksekutif yang 6 itu (ya3ni JKK).
Ini tanggapan yang silap.
Kadang-kadang kita terlepas pandang yang juniors ini pun ada kekurangannya. Dari aspek pengalaman, memahami waqi3 & pengetahuan berbanding seniors. Boleh jadi kiranya MT yang kita rasakan kuat untuk naik, tapi Majlis Eksekutif yang lemah, bisa menggugat kelicinan gerak kerja keseluruhan organisasi itu sendiri.
Sinergi antara seniors & juniors, baik dari segi antara AMT atau AME, yang membentuk AMM, bakal menjadikan pergerakan gerak kerja itu jauh lebih lancar berbanding sebelum ini. Malahan, proses latihan untuk para juniors ini turut dapat dilaksanakan.
Aku berkata sebegini rupa kerana pada pandangan aku, kiranya para juniors ini tidak diberikan peluang, para seniors ini yang nak membolot semua kerusi, pada satu hari nanti PERMAI bakal dilanda krisis ketiadaan pemimpin yang berkelayakan. Lantas penyakit-penyakit lain bakal menghinggap, seperti perpecahan, perbezaan pendapat yang ketara, masalah sosial yang meruncing, biah solehah yang tidak lagi terjaga. Ya, tidak mustahil perkara ini berlaku dalam komuniti seramai 600 orang, kiranya tiada kepimpinan yang mantap.
Mengapa tiada kepimpinan yang mantap pada waktu itu? Kerana kesan daripada hari ini, kita, para seniors yang ego tidak mahu mendidik, memandu & membentuk mereka untuk menjadi seorang pemimpin.
Anda boleh berkempen untuk siapa sahaja, tapi disebalik kempen anda, fikirkanlah yang terbaik untuk semua. Aku tidak rasakan semua yang tercalon itu ada antaranya yang tidak layak. Mereka semua, aku yakin, punyai kualiti & nilai mereka tersendiri yang menyebabkan anda semua yang membaca ini memilih mereka.
Maka atas dasar kepercayaan jugalah, aku memohon kepada seluruh warga PERMAI untuk membuat keputusan yang terbaik. Bukan untuk kita pada tahun-tahun yang bakal kita ada di Jordan ini sahaja, malahan untuk generasi-generasi yang masih belum sampai di Jordan ini juga.
Juga, agar tatkala mereka sudah membentuk kabinet penuh & melaksanakan gerak kerja di tengah-tengah sesi, tidak ada antara kita yang bangun, mengutuk, mengeji, mencerca malahan MENENTANG apa yang cuba dilakukan oleh mereka sedangkan KITA SENDIRI YANG MEMILIH & MELETAKKAN MEREKA pada tempat itu, satu masa dahulu.
Semua undi yang kita buang menggambarkan keputusan kita & setiap keputusan yang kita lakukan bakal dipersoalkan di hadapan-Nya kelak. Sanggupkah kita berhadapan dengan Allah SWT dalam keadaan kita tahu keputusan kita itu tidak tepat?
Wallahua3lam.
-Syphoon-
Irbid, Jordan
Maka atas dasar kepercayaan jugalah, aku memohon kepada seluruh warga PERMAI untuk membuat keputusan yang terbaik. Bukan untuk kita pada tahun-tahun yang bakal kita ada di Jordan ini sahaja, malahan untuk generasi-generasi yang masih belum sampai di Jordan ini juga.
Juga, agar tatkala mereka sudah membentuk kabinet penuh & melaksanakan gerak kerja di tengah-tengah sesi, tidak ada antara kita yang bangun, mengutuk, mengeji, mencerca malahan MENENTANG apa yang cuba dilakukan oleh mereka sedangkan KITA SENDIRI YANG MEMILIH & MELETAKKAN MEREKA pada tempat itu, satu masa dahulu.
Semua undi yang kita buang menggambarkan keputusan kita & setiap keputusan yang kita lakukan bakal dipersoalkan di hadapan-Nya kelak. Sanggupkah kita berhadapan dengan Allah SWT dalam keadaan kita tahu keputusan kita itu tidak tepat?
Ala kullukum ra3in, wa kullukum mas'ulun 3an ra3iyyatihi...
Wallahua3lam.
-Syphoon-
Irbid, Jordan



1 comment:
salam..apakah hanya nama2 seperti arif hakimi,faiz azra'in,farhanah dan nadhirah sahaja yg harus difikirkn??
bagaimana pula dgn nama2 seperti sahel,afifudin & nur fahindun??
mereka x layaykah utk diberi peluang??
Post a Comment