Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...
Sedar atau tidak, telah 4 siri aku keluarkan untuk komen pilihanraya PERMAI kali ini, menggambarkan betapa hangat & sengitnya pemilihan pucuk pimpinan sesi depan ini.
Aku juga hairan buat akhir-akhir ini, ramai antara warga PERMAI menuntut setiap calon untuk mengemukakan manifesto masing-masing. Atas nama mahukan perubahan, maka tuntutan sebegini dilakukan, meskipun tahun-tahun sebelum ini tidak dilakukan.
Perlu diingatkan, yang kita di sini tidak sama seperti di kampus-kampus di Malaysia, yang calon-calon sendiri yang mendaftar untuk bertanding. Maka mereka perlu membuat manifesto yang diyakini untuk meraih undi daripada para pemilih.
Berlainan dengan kita dalam komuniti PERMAI, kita, selaku ahli, sendiri YANG MENCALONKAN MEREKA, sedangkan ada di antara MEREKA TIDAK PERNAH TERFIKIR PUN UNTUK DUDUK DI KERUSI MT.
Malahan, ada juga calon-calon ini dikempenkan tanpa pengetahuan mereka! Maka kita secara senang-senang menuntut itu & ini, jika tidak, tidak mahu keluar mengundi.
Itu satu perkara.
Yang kedua,
Perlu kita kaji dalam aspek MEMINTA-MINTA JAWATAN. Aku yakin, insyaAllah calon-calon ini tiadalah mengharap akan perkara ini. Mereka semuanya akan bekerja insyaAllah kerana Allah SWT. Meskipun mereka tidak memegang jawatan, keringat dan kudrat mereka akan digunakan untuk membantu menegakkan Islam melalui platform PERMAI ini.
Membuat manifesto, ibarat meminta-minta jawatan. Anda yang menuntut perkara ini, dalam tidak sedar, anda telah mendesak calon-calon ini supaya melakukan perkara yang ditegah oleh Islam itu sendiri. Tidakkah kita sedari ?
Ketiga,
Tiadalah manifesto dilakukan melainkan untuk menarik pengundi, kerana di Malaysia, contohnya dalam pilihanraya antara Parti A & Parti B, masing-masing mengemukakan manifesto sendiri. Parti A dengan ideanya untuk menegakkan keadilan berprinsipkan ISLAM tanpa mengenal batasan kaum, sedangkan lawannya bersifat perkauman. Maka atas dasar MAHU kepada kedudukan tersebut, agar TIDAK ADA YANG DIZALIMI, manifesto dilancarkan.
Jadi aku ingin lontarkan satu persoalan di sini. Adakah ada antara calon-calon ini yang naik kelak, AKAN BERLAKU ZALIM???
Suka aku melihat komen abgygbaikhati di shout box JPR PERMAI.
"psl manifesto tu...abg bukan nk kata pe la...knp kita nk depa wat manifesto..pe sgt yg kita nk perjuangkn di jordan ni smpi mendesak keperluan manifesto tu'??? seharusnya...kita sdiri lah yg menjadi 'manifesto bayangan' kpd bakal pemimpin kita ni..kita pilih yg terbaik di kalangan diorg..yg boleh dan mudah utk b'kerjasama dgn segala kehendak dan tuntutan kita...xder la jd mslh nnt kan? zaman abg dulu pn...x penah2 wlau skali pilihanraya ni...de manifesto2 cm hipokrit la plak...kang kalu x tunaikn jnji dia..pe dia nk jawab dpn tuhan nnt???"
Andai ada yang anggap pemikiran & fikrah seperti ini kolot lagi jumud, maka aku berani katakan, corak pemikiran kita masih belum mencapai tahap matang, tidak sesuai dengan slogan 'Kematangan Bepersatuan' itu masih jauh dari gapaian kita.
Mengapa? Kerana kita sendiri tidak mencipta identiti sendiri, yang terikut dengan apa yang dibawa di Malaysia, sedangkan keadaan kita SANGAT-SANGAT BERBEZA di sini.
Kaji & selidikilah lagi berkenaan sistem siasah Islam, kiranya kita masih mahu menggunakan slogan 'Kematangan Bepersatuan' dalam Mesyuarat Agung Tahunan kita kali ini.
Harapnya, dalam pemilihan kali ini, ahli sendirilah yang bersikap proaktif, mencari maklumat calon-calon, bertanya-tanya, merisik-risik, apa salahnya? Agar kelak, pilihan yang dibuat, tidak meletakkan kita dalam golongan yang ZALIM! (macam nak kawen plak)
Wallahua3lam.
-Syphoon-
Irbid, Jordan


2 comments:
saya setuju, itulah perlunya kita ni bersama2.. nampak terkurang, pimpin bawak ke jalan yang benar!!
manifesto itu, jika di dunia ini tak dapat dilakukan, boleh lah menjawab di mesyuarat agung nanti, tapi bila berdepan dengan tuhan, harapan yang diindahkan dengan lisan itu, bagaimana kita nak jawab??!!
saat lisan kita tak berkata, yang hanya tangan dan anggota lain yang berbicara, apa jawapan yang sewajarnya kita beri depan tuhan??
na'uzubillah..
Percaya dan yakin saja dengan calon2 pilihan kita., Mereka naik pun, bukan atas kemahuan mereka sendiri, tp majoriti undi!! undi itu pula dari kita..
soal apa ya, yang kita perlu ragukan bab kepimpinan mereka??!!
Saya rasa mungkin ramai
yang inginkan Manifesto
sebab mereka ingin mencari
sesuatu perubahan
yang mgkin tidak dapat
dibawa oleh pimpinan terdahulu (bukan hendak merendah2kan abang dan rakan2 sekepimpinan) terhadap Masyarakat Malaysia Irbed,
mgkin sekiranya
perubahan yang mereka inginkan
ada dinyatakan dalam
manifesto calon,
mereka lebih yakin untuk mengundi.
Tidak salah sekiranya
inginkan perubahan, jika perubahan
itu perlu dan tidak
melanggar syara'
setuju?
Post a Comment