Tuesday, September 11, 2007

Tiada ungkapan...

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu... Selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

3 hari meninggalkan Irbid, menjadikan kepalaku berat. Banyak kerja yang terpaksa aku serahkan kepada sahabat yang tinggal. Terpaksa ke Mu'tah atas tugasan, bukan sengaja mahu pergi bercuti.

Namun, kepeningan & 'kepusingan' yang bercampur aduk di dalam kepala ini terubat tatkala merasai betapa manisnya ukhwah...

Fasilitator Kumpulan 5
(Peserta terbaik dari kumpulan ni la =P )

Barisan Fasi & Urusetia
(Presiden MPPM segak bergaya)


Bersama ahli kumpulan (Saiful Hadi)
Sebahagian daripada ahli Kumpulan 5
(Dari kiri : Saif, Rifaie, Naqeeb, Hakim & Basya)
Sek-sek Kelate =)
(Dari kiri : Shakir, Nasrul & Hamdi)

Pada Malam Kebudayaan Islam, Minggu Haluan Siswa 2007
Ashraf Marwan, junior KISAS yang transit di Bayt Qurra'
(Kuar tanpa mengemaskan rumah abg... Satgi kene belanje..x kire..)

Ketahuilah adik-adikku, andai ukhwah ini terus dijahit rapi & kemas dengan benang-benang keimanan, tiada apa yang mampu mengoyakkan jahitan tersebut. Sedangkan kemanisan gula itu tidak dapat digambarkan hanya dengan kata-kata, apatah lagi kemanisan yang dapat dirasai daripada ukhwah yang terbina atas pasak & tunjang yang telah Allah & Rasul SAW tunjukkan. Tiada ungkapan yang boleh digunakan. Hanya mereka yang merasainya sahaja tahu.

Semoga perkelanaan adik-adik di dataran Syam ini sentiasa berada dalam lingkungan rahmat Allah SWT.

Semoga aku diberikan kekuatan oleh-Nya untuk membantu mereka ketika diperlukan...


-Syphoon-
Irbid, Jordan
1541, 29 Syaaban 1428

2 comments:

madt said said...

perhatian~

kempen mencari 'hadeq2' & 'anak ikan' dibuka sekarang.. macam2 ada! cepat2 nanti kalu da di'book' org melepas.. muahahaha

syphoon said...

mattaq dah jumpe la tuh.. tu yg dia bukak tu...