Friday, September 21, 2007

Sekadar Insan...

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Menelusuri tangga-tangga kehidupan

Kehidupan umpama sebuah pendakian. Kadang-kadang kita terpaksa turun untuk terus memanjat ke atas, kerana rapuhnya kawasan tersebut untuk kita berpijak. Mungkin pendakian tanpa penurunan lebih cepat, tapi tatkala sampai ke puncak, tempat berdirinya itu mungkin tidak kukuh, hanya menunggu masa untuk roboh.

Mungkin juga kita akan jatuh tergolek kerana keletihan untuk terus mendaki. Kita akan berehat sebentar untuk mengambil nafas, mengatur langkah kembali, meneliti jalan-jalan pendakian yang lebih secure, agar tidak tersembam buat kali kedua.

Letih, sakit-sakit badan, semuanya lumrah bagi seorang pendaki.

Begitu juga kehidupan ini. Semuanya ini akan kita rasai. Namun semua inilah yang menyedarkan kita, bahawa kita ini tidak lain hanyalah seorang manusia biasa, punyai 1001 kekurangan, yang juga diberikan masa sehari 24 jam, tidak lebih, tidak kurang & yang hujungnya akan menemui mati yang pasti.

Fajar yang terbit juga akan tenggalam
(Terbit fajar di ufuk timur Karak)


Tiadalah kita ini melainkan seorang hamba kepada Pencipta Yang Maha Agung. Status 'hamba' yang diberikan kepada kita ini merupakan status yang tinggi. Lebih tinggi daripada seorang raja yang mempunyai kerajaan & kekayaan. Hamba merupakan syarat utama untuk kita mendapat syurga-Nya. Bukan raja, bukan perdana menteri, bukan presiden.

Dan hamba ini punyai kelemahan-kelemahan, & kepada Tuhannya sahaja tempat dia memohon pertolongan..


-Downstate Mode- (sekadar motivasi kepada diri sendiri)

Ya Allah,
Jauhkanlah aku daripada perasaan futur,
Janganlah Kau jadikan aku tergolong dalam golongan yang tercicir...

Amiin...

-Syphoon-
Irbid, Jordan
1016, 9 Ramadhan 1428

Klik sini untuk muat turun sesuatu yang menyejukkan hati..

2 comments:

madt said said...

come on la syafiq ali.. dont give up.. puncak sikit je lg tu.. da nak sampai da.. nak aku dokong ke naik atas? hehe..

smile always!

syphoon said...

haha...larat ke nk dokong aku?