Saturday, September 29, 2007

Sebelum Terlena..

Bismillah..
Segala puja & puji buat-Mu Ya Allah... Selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Alhamdulillah, selesai sudah program Majlis Iftar Jamai'e & Perasmian Minggu Penghayatan Al-Quran peringkat PERMAI. Kurang satu kerja aku... Alhamdulillah...

Letih, & sebelum ku melelapkan mata, aku hadiahkan nasyid ini kepada semua AJK Pelaksana program kali ini....

Sebelum Terlena



Sebelum Mata Terlena
Di Buaian Malam Gelita
Tafakurku Di Pembaringan
Mengenangkan Nasib Diri

Yang Kerdil Lemah Dan Bersalut Dosa
Mampukah Ku Mengharungi Titian Sirat Nanti
Membawa Dosa Yang Menggunung Tinggi
Terkapai Ku Mencari Limpahan HidayahMu

Agar Terlerai Kesangsian Hati Ini
Sekadar Air Mata Tak Mampu
Membasuhi Dosa Ini

Sebelum Mata Terlena
Dengarlah Rintihan Hati Ini
Tuhan Beratnya Dosaku
Tak Daya Kupikul Sendiri

Hanyalah Rahmat Dan Kasih Sayangmu
Yang Dapat Meringankan Hulurkan Maghfirahmu
Andainya Esok Bukan Milikku Lagi
Dan Mata Pun Ku Tak Pasti Akan Terbuka Lagi

Sebelum Berangkat Pergi Ke Daerah Sana
Lepaskan Beban Ini
Yang Mencengkam Jiwa Dan Ragaku

Selimuti Diriku
Dengan Sutra Kasih Sayangmu
Agar Lena Nanti Kumimpikan
Syurga Yang Indah Abadi

Pabila Ku Terjaga
Dapat Lagi Kurasai
Betapa Harumnya
Wangian Syurga Firdausi.. Oh Ilahi

Di Sepertiga Malam
Sujudku Menghambakan Diri
Akan Kuteruskan Pengabdianku Padamu

oleh : Hijjaz

Semoga diri kita diberi kekuatan untuk terus berkhidmat, meninggikan kalimah-kalimah-Nya, & meletakkan kalimah-kalimah kufur itu di tempat yang paling bawah...


-Syphoon-
Irbid, Jordan
2104, 17 Ramadhan 1428

4 comments:

Anonymous said...

Syukran jazilan..
maaf salah silap dan kekurangan sepanjg program..

mataku (B.i.B) said...

Tahniah tuan pengarah diatas berjayanya mjlis iftor ini..smg sgl titik pluh kalian di balasi Allah..bermuhasabahla sblm melelapkan mata..smoga hr esok msh ade u kite..

Anonymous said...

salam, tahniah utk program yg ... tak terungkap dgn kata2. terima kasih krn sudi menempatkan akak & anak2 satu mlm di irbid bersama adik2 tersayang. maaf jika menyusahkan. semoga kita bertemu lg dilain program.

syphoon said...

@haninah

insyaAllah kesilapan & kesalahan tu la pengalaman kita yg paling berharga. gunakan utk kita melangkah setapak ke hadapan, & jgn lupa utk kongsi pengalaman kita dengan yg lain nanti..

@mataku

syukran atas kerjasama semua... insyaAllah..

@ust razi & kak yana

sama2..terima kasih gak kerana sudi menerima jemputan & hadir ke Irbid, susah2 dtg jauh2 dari Amman...

kesian gak tgk Amir, hilang abi nya mlm tu... =)