Sunday, September 02, 2007

Perlu ku kembali...

Perjalanan yang hujungnya masih jauh...

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu... Selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

Letih, sejak 2 minggu lepas. Banyak urusan yang perlu diselesaikan. Ketiadaan tenaga kerja menjadikan kerja bagi setiap individu menimbun meskipun pembahagian tugasan telah dilakukan.


Wasiat Syed Qutb

Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku, dengan air matamu
Maka di atas tulangku yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat mulia ini
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya.


Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merinduku
Taman-taman di syurga bangga menerimaku
Burung-burung berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi

Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindu-Nya
Janganlah gentar berkelana di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar


*Aku tujukan nasyid ini buat semua sahabat-sahabat yang sedang bekerja di Irbid tika ini. Terima kasih kerana sudi menyumbangkan tenaga antum....

Ah, tidak lupa juga kepada juniors yang baru tiba semalam, ahlan wasahlan diucapkan... Harapnya dapat bersabar dengan kerenah seniors yang agak 'keterlaluan' terutamanya mereka yang sedang transit di Bayt Qurra' =)


-Syphoon-
Irbid, Jordan
0052, 20 Syaaban 1428

4 comments:

madt said said...

abg syafiq, bile nak bawak saye pg sorofah?
abg syafiq, tolonglah temankan saye beli simkad?
abg syafiq, kat mane nak cari katil?
abg syafiq.. abg syafiq.. abg syafiq......



syafiq ali: ARGHHHH!!!! DIAM KORANG SUME!!!!

muahahaha.. jgn tension naa..

syphoon said...

cess ko mattaq!!!

mataku (B.i.B) said...

salam..betul syafiq,pejalanan kite msih belum nampak hujungnya lagi,so kite harus mara ke hadapan untuk sampai ke garisan penamat..teruskan syafiq!

mataku (B.i.B) said...
This comment has been removed by the author.