Bismillah...
Segala puja & puji hanya bagi-Mu, selawat & salam buat yang tercinta SAW...
Mimbar Jumaat Masjid An-Naim Taman Seri Setia hari ini menperihalkan berkenaan ajaran sesat. Pelbagai bentuk ajaran sesat tumbuh ibarat cendawan selepas hujan di Malaysia, berbentuk tarekat, sufi dan lain-lain. Ada yang bergerak secara terbuka dan ada yang secara rahsia. berlainan, tapi Substance tetap sama, sesat.
Aku fikir, mengapa boleh wujud keadaan ini? Lebih pelik yang mengikut majoriti adalah umat Melayu Muslim. Ayah Pin, majoriti pengikutnya Melayu. Malam semalam, aku dengar di radio IKIM.fm perbincangan topik mengenai stress, yang aku kira berikutan kes yang berlaku baru-baru ini. Panel dalam rancangan tersebut, Datuk Fadzilah Kamsah, menyatakan antara punca utama berlakunya kes-kes sebegini kerana tiadanya ketenangan dalam jiwa. Dek kerana kurang iman, hati tidak tenteram, terasa jauh dari rahmat-Nya.
Manusia memerlukan suatu tempat untuk mengadu. Tuhan. Bagi seorang Muslim, Allah adalah segala-galanya. Tapi manusia moden telah disetkan fikiran mereka dengan perkataan 'cepat' & 'segera'. Makan mahu segera, kalau tidak, mana mungkin wujud mi segera. Berjalan mahu cepat, lantas mencipta kereta, bullet train dan kapal terbang. Hinggakan untuk menggapai redha-Nya turut mahu segera.
Ajaran-ajaran sesat berkembang dengan menawarkan khidmat segera untuk mencari Tuhan, khidmat segera untuk menghilangkan dosa-dosa yang dilakukan, khidmat segera untuk ke syurga. Hal inilah yang mewujudkan ajaran-ajaran sesat ini. Perkembangan tamadun yang tidak selari antara fizikal & roh menjadikan era modenisasi ini terencat dari segi sosial. Kita kaya dengan material, tapi miskin dari segi ketahanan mental. Kita terlalu banyak menggadaikan agama demi mencapai pembangunan lahiriah. Shape yang cantik, namun substance yang membentuk, rapuh.
Tindakan-tindakan sepatutnya telah diambil oleh pihak berwajib, menahan ahli-ahli gerakan, membubarkan, mengisytiharkan kesesatan mereka dan banyak lagi. Tapi cukupkah sekadar itu?
SHAPE YANG LAIN
Bentuk yang jelas, kita tahu itulah dia. Sama seperti kes ajaran sesat ini. Kita dapat mengetahui dengan melihat pada para ahli mereka. Pihak berwajib juga bertindak ke atas mereka. Tetapi bagaimana dengan bentuk yang tidak dapat kita pastikan? Maka hendaklah kita lihat pada substance yang membinanya.
Islam Liberal. Gerakan yang makin berani melebarkan sayap mereka, kononnya memayungi umat Muslim di Malaysia. Golongan ini tetap menggunakan hadith & Al-Quran sebagai hujah, tetapi dalam sudut yang berbeza. Berdalilkan Al-Quran & Hadith, mereka berhujah, dengan pandangan mereka sendiri. Ada juga kes, ada antara golongan ini memperlekehkan sunnah Rasul SAW, mengatakan apa yang Rasul SAW buat itu sudah tidak relevan pada era yang serba canggih ini. Mentafsirkan Al-Quran mengikut fikiran mereka, sedangkan yang dibaca hanyalah terjemahan, bukannya teks asal Al-Quran itu sendiri.
Mereka mendakwa tafsiran Al-Quran yang dibuat oleh para Ulama' terdahulu sudah ketinggalan zaman, & perlu dikaji semula. Aku setuju, walaupun tidak 100%, untuk menyemak semula, kerana Ulama' terdahulu pun bukannya ma'sum. Tetapi untuk menolak mereka, tidak sama sekali. Dan biarlah mereka yang ahli sahaja menyemaknya. Siapa aku untuk menyemak kitab tafsir Fathul Qadir? Siapa aku untuk menyemak Syarah kitab Riyadhus Solihin:Nuzhatul Muttaqin? Dan siapa mereka yang 'berbunyi' itu untuk menyemak kitab-kitab ini?
Nah, bukankah itu sesat? Namun, apa tindakan kita? Berdiam diri? Membutakan mata? Memekakkan telinga?
Ya Allah,
Tetapkanlah hatiku di jalan-Mu,
Dan dalam mentaati Mu & Rasul-Mu...
Amiin...
-Syphoon-
Teluk Intan, Perak.
1551, 5 Safar 1428.
2 comments:
Assalamua'laikum..
Orang kampung, lama tak nampak? mana pergi? busy study ke?
wsalam..
bz sket lately...besela, dh ade kt kg, byk la keje nk dibuat sket...
Post a Comment