Bismillah…
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW…
Pernahkah anda menonton filem ‘V for Vendetta’? Atau bahagian ke-2 daripada 50 siri dokumentari ‘The Arrivals’?
Sudah masuk minggu ke-2 aku berada di Malaysia. Pelbagai isu semasa yang berlaku di sekelilingku. Terbaru merupakan krisis politik di Perak.
Mengapa aku persoalkan hal-hal sedemikian pada awal tadi? Kerana 2 minggu ini aku cukup meluat dengan media & saluran utama yang ada di Malaysia.
Di sini, kami sekeluarga melanggan Astro. Saluran Astro tidaklah sebanyak satelit di Jordan yang mencecah ratusan siaran tanpa perlu apa-apa bayaran.
Televisyen & juga siarannya (terutama di Malaysia) merupakan jerangkap samar yang melilit kepala otak & akal mereka yang menontonnya 5 kali sehari setiap kali waktu makan, ataupun melebihi 30 minit dalam satu sesi penontonan.
Isu di Perak misalannya, banyak hal yang dirahsiakan atau diselindungkan daripada sampai ke pengetahuan masyarakat di luar Perak. Malahan maklumat yang salah diperbesarkan sehingga menjadi seakan-akan betul! Ya, tanya sahaja mereka yang duduk di kedai kopi, maka apa yang ditonton itulah yang mereka percaya.
Ibarat Prothero dalam ‘V for Vendetta’, aku rasakan mereka yang menjadi dalang di sebalik kecurangan & kekorupsian ini perlu dihukum sepertinya. Ya, masakan tidak, pendoktrinasian & berat sebelah yang melampau, apatah lagi diulang berkali-kali dalam sehari.
Bak kata Ust Nasa, andai televisyen itu harganya 30 sen, sudah pasti 4 kali sehari televisyen itu ditendang!!! Cuma disebabkan harga yang mahal, tak sampai hati untuk berbuat demikian.
Itu hal politik & isu semasa.
Tapi bagi mereka yang tidak berminat, yang tidak mahu memberatkan diri dengan hal-hal kemasyarakatan, apakah mereka punya pilihan lain? Ya. Hiburan.
Doktrin yang kedua, iaitu hiburan.
Sebut sahaja rancangan realiti, Raja Lawak, Akademi Fantasia & banyak lagi, semuanya bagi mengalihkan tumpuan masyarakat yang menonton supaya leka, asalkan mereka tidak terkesan secara terus dengan arus perubahan politik yang berlaku, itu sudah memadai.
Saluran utama di Malaysia hanya punyai 2 pilihan, percaya dengan apa yang digembar-gemburkan, ataupun hanyut dalam dunia hedonisma yang mengkhayalkan.
Pergolakan politik yang berlaku di Malaysia kala ini akan mempengaruhi & mengkesankan semua rakyat Malaysia golongan pertengahan & bawahan. Mungkin juga golongan atasan yang ‘jujur’, tapi tidak bagi mereka yang korup & ‘suka menangguk di air keruh’. Maka mereka dengan bijak cuba melarikan tumpuan rakyat dengan meletakkan hiburan sebagai diversion di mata rakyat merupakan satu langkah yang ‘bijak’. Memang serupa dengan apa yang ditunjukkan dalam siri ke-2 dokumentari The Arrivals.
Bagi sesiapa yang masih belum menonton V for Vendetta, percayalah, anda tidak akan dapat menjumpainya di kedai-kedai video di Malaysia (dengarnya di’banned’).
If the crimes of this government remain unknown to you, so I would suggest that you allow the '6th of February' to pass unmarked. But if you see what I see, if you feel, as I feel and if you would seek as I seek, then I ask you to ……. (censored nanti kena tahan bawah Akta Menghasut pula Y(^^) )
Nah, anda boleh mengatakan yang artikel ini keterlaluan, namun impak yang melanda masyarakat kini, yang bakal menentukan keadaan masa akan datang ini jauh lebih besar daripada apa yang saya nyatakan di sini. Generasi muda yang kian hanyut dengan CINTA DUNIA, media & saluran utama yang mendoktrinasi, dimanipulasi serta ahli politik yang penuh korupsi. Itulah Malaysia Hari Ini. Cuma rancangan Malaysia Hari Ini tidak terlalu jujur untuk menunjukkan semua ini.
Wallahua3lam…
Yang sangat kecewa,
-Syphoon-
Teluk Intan, Perak.
7 comments:
ah! aku dah lama meluat dengan politik. ada ke politik yang bersih? entah. kalau perasan dah lama aku tak tulis apa2 berkaitan dengan politik. kalau aku tulis, tak bermakna aku "bersih" pun dengan politik yang "sangat bersih" tu.
bagi aku semua politik or politician sama saja. semua untuk kepentingan diri sendiri!
p/s: aku luahkan saja kepada cousin aku ex yb BN. merah je muka dia tahan marah! lol.
@Admar
Itulah taktiknya, bila tak ada orang nak amik tau pasal politik, diorg la akan amik kesempatan. Better org yg tau pasal politik 'bersih' ni ke depan, dari kita lari sebab kata politik tu kotor, & membiarkan mereka yang sedia kotor itu mengotorkan lagi politik yg seharusnya adil & saksama.
buleh bace artikel yg ust nik abduh tulis kat sini :
http://nikabduh.wordpress.com/2008/08/03/dah-nak-masuk-tabligh-dah/
Politik di Perak: Kekejaman dan kejahatan rampasan di sebalik "daulat Tuanku".
p/s: v for vendetta, memang sebuah filem yang hebat. Two thumbs up!
@Hidayat
sebab tu la dikatakan tindakan tersebut adalah merompak bagaikan lanun!
gajah depan mata buat tak nampak, semut nun jauh di seberang diperbesarkan.
diri sendiri tidak dicermin, keburukan orang dicanang merata.
bang, saya tertarik dengan ulasan abg tentang taktik menyingkirkan mereka yang bersih dari politik.
membuat orang lain jadi bodoh, dan meninggalkan saja politik, lalu terus mengotorkannya lagi. ermm...
rasa macam nak kaji sejarah politik amerika la. sebab, kata kawan saya, American kat sini, dia kata, di US, orang tak peduli pasal politik. Everybody knows that 90% of American are stupids. kata dia. haha. saya gelak saja.
dia kata, sapa yg terlibat dalam satu bidang, dia akan fokus dalam bidang tu saja. kalau engineering, engineeringlah sampai mati. tak layan benda lain. kalau dia politician, orang lain tak peduli.
berbeza dengan sistem di britain, saya pernah bersembang dengan orang besar ALKIS dan PIBG, dia pensyarah di USM, dia kata, masa dia buat PhD di Oxford, memang diorang, akan dicampur dengan student dari jurusan berlainan. Dia bussines, diletakkan dalam satu rumah dengan pelajar Engineering, Law dan apatah lagi satu.
Erm...
perbezaan sistem mebawa kepada perbezaan mentaliti...
Sistem yang dilakukan atau dilaksanakan adalah bagi membodohkan atau memandaikan manusia.
US sebagai contoh, tidak mahu ada rakyat yg lebih pandai, yg menyedari bahawa adanya korupsi dalam pentadbiran & pemerintahan semasa.
Hal ni bukan berlaku di US sahaja , Malaysia pun sama juga. Masakan AUKU atau AKU JANJI diperkenalkan bagi menghalang golongan muda yg masih segar ini belajar mengenai politik yang sebenar.
Sistem yang dibentuk, membentuk manusia atau rakyat yg terikut & terikat dengan sistem tersebut menjadi bodoh seperti apa yg mereka mahukan.
Post a Comment