Monday, February 09, 2009

Doktrin terbaru : Cinta

Bismillah…

Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW…


“Mungkin generasi nta ni generasi tak cukup kasih sayang,” kata Abu Saif dalam satu sesi chat bersamanya.

Masih teringat akan kata-katanya itu. Mungkin betul.


Hari ini aku mendengar beberapa siaran radio. Kebanyakan lagu yang diputarkan 98% berunsur cinta & hubungan lelaki & perempuan. Cinta & kasih sayang daripada jantina yang berlainan.


Perhatian & kasih sayang yang tidak mencukupi dalam keluarga menyebabkan remaja masa kini terperangkap dalam cinta dari sumber yang lain. Ibubapa yang sibuk dengan kerja, meninggalkan anak-anak bersama pembantu rumah. Pembantu rumah boleh menggantikan ibubapa menukar lampin, memberikan susu, memandikan anak-anak, namun mereka tidak boleh menggantikan ibubapa dalam memberikan perhatian & kasih sayang.


Hal ini menjadikan mereka cenderung kepada kasih sayang di luar rumah. Mereka lebih senang & mesra dengan kawan-kawan. Lantas mereka juga lebih mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya.

Gaya pemikiran ini seterusnya dizahirkan melalui media-media, sama ada lagu ataupun lakonan.


Lebih merisaukan sekiranya dilaksanakan.


Cuba kita lakukan survey hari ini, berapa % daripada remaja berumur 14-19 tahun yang tidak mempunyai geli/buaya friend ini. Golongan yang tidak mempunyai adalah minoriti, & sekiranya disoal lanjut sama ada teringin untuk mempunyai, maka bolehlah dibuat pecahan yang baru.


Pendoktrinasian meletakkan nilai material lebih tinggi dalam kehidupan menjadikan ibubapa mengabaikan tanggungjawab, menghasilkan doktrin yang seterusnya menghantui jiwa remaja masa kini, yang dibantu oleh media pada hari ini, itulah penyakit CINTA DUNIA.


Penyakit cinta dunia yang menjadi barah dalam generasi remaja kini telah menjadi sangat kritikal & memerlukan rawatan khusus serta penjagaan rapi. Jika tidak dirawat segera, kelak negara bakal dipimpin oleh mereka yang CINTA akan DUNIA.


Wallahua3lam.


-Syphoon-

Teluk Intan, Perak.

No comments: