Bismillah….
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW…
Era.FM, Hot.FM, Hitz.FM, IKIM.FM.
Kesemuanya berada dalam satu kategori, iaitu siaran radio.
Tapi malangnya yang akhir, iaitu IKIM.fm, yang merupakan media alternatif Islamik tidak menjadi pilihan utama meskipun moto bagi channel ini adalah Pilihan Utama Anda.
Mengapa aku berkesimpulan sebegini rupa?
Rata-rata masalah umat Melayu Muslim di Malaysia boleh kita dengari di Era.fm. Malangnya di IKIM.fm kebanyakannya hanyalah (mungkin aku sahaja yang dengar tidak kena waktunya, betulkan kira aku silap) salam di tengah-tengah malam, request nasyid.
Segmen pagi di Era.fm membolehkan aku mengetahui apakah isu utama yang berlegar dalam masyarakat di sekeliling. Sebut sahaja, masalah pembantu rumah, pertengkaran suami isteri, gosip, malahan mentality & cara berfikir dengan jelas dapat aku teliti dari segmen ini. Tak percaya? Dengar-dengarkanlah…
Mungkin media alternatif Islamik ini perlu belajar daripada saluran yang lain.
Bagaimana membuatkan Era.fm misalannya untuk menarik para pendengar menceritakan masalah mereka kepada DJ-DJ yang bertugas sehinggakan sekecil-kecil perkara pun boleh dikongsikan kepada semua.
Bayangkan, alangkah baik kiranya masalah itu disoal & mendapat respon yang member saranan dari sudut Islam. Masalah rumah tangga sebagai contoh, dapat dibantu hanya dengan panggilan telefon ke saluran alternatif ini. Mungkin 5 minit tidak memadai, tetapi boleh dipanjangkan kepada pihak yang berkenaan.
Juga dalam soal hiburan & lagu.
Ada juga di kalangan masyarakat Melayu Muslim di Malaysia ini cuba untuk mencari ketenangan melalui lagu-lagu yang mendamaikan hati. Namun apa yang mereka dapat sebagai contoh pada waktu tengahari sebelum zohor hanyalah forum yang hanya menarik minat sesetengah pihak. Lantas ‘celoteh’ yang mereka anggap tidak bermanfaat & membosankan kepada mereka itu ditinggalkan.
Selain itu, ada juga golongan yang mahu ‘melarikan diri’ dari unsur-unsur ‘jiwang’ atau cinta dunia ini, namun apa yang mereka jumpa dalam media alternatif ini juga merupakan hal yang sama. Mungkin itu yang menjadi kegemaran pendengar, ataupun sememangnya industri nasyid di Malaysia yang bermasalah. Antara dua cuma.
Bagi aku, masih banyak yang perlu dipelajari daripada media alternatif berbentuk Islamik di Malaysia. Tidak perlu pergi jauh, saingan di sisi sendiri juga boleh dijeling-jeling antara nampak. Satu pengubahsuaian daripada pendekatan-pendekatan yang digunakan oleh media utama seperti Era.fm perlu dilakukan. Satu kumpulan pemikir atau think-tanker perlu dibina. Juga pastikan ianya bebas dari pengaruh politik yang memanipulasi serta penuh korupsi.
Wallahua3lam.
-Syphoon-
Teluk Intan, Perak.
5 comments:
salam..
kadang2, masalah penaja takde..
ikim.fm ada ruangan utk feedback x? i think, u shud send this to them.. insyaAllah ada perubahan positif..
Assalaamu'alaikum w.b.t.,
Pandangan saudara cukup baik, tetapi saya kira saudara perlu lebih mengambil tahu tentang latarbelakang IKIM dan IKIM.fm untuk saudara memberikan pandangan yang lebih adil dan objektif. Namun, sekali lagi saya tegaskan, pandangan dan saranan saudara adalah baik.
Cuma, saudara perlu faham "nature" IKIM. IKIM adalah sebuah "institut kefahaman" yang pada pengetahuan saya bertujuan untuk membentuk kefahaman umat Islam akan perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam. Kalau saudara mendengar kuliah-kuliah, ceramah-ceramah yang sering diudarakan dalam IKIM.fm, ataupun jika saudara membaca penerbitan-penerbitan IKIM, atau jika saudara menghadiri segala seminar yang dianjurkan oleh IKIM, saudara akan memahami bahawa IKIM membawa satu pendekatan yang sangat ilmiah ke dalam masyarakat. Hal ini sudah tentu sangat diperlukan, kerana masyarakat pada hari ini berada dalam kekeliruan. Tambah-tambah lagi dengan serangan pemikiran yang begitu pelbagai, khususnya daripada luar. Walaupun sebahagian daripada "content" yang disampaikan oleh IKIM dan IKIM.fm kadang-kadang masih boleh dibincangkan, namun saya kira pengisian-pengisian yang ilmiah sebegitu adalah perlu dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana sebagai umat Islam, budaya ilmu itu harus kita letakkan sebagai satu keutamaan. Justeru, kita harus memberikan sokongan kepada IKIM agar terus konsisten dengan usaha mereka, di samping menyampaikan kritikan-kritikan yang konstruktif demi membaiki lagi mutu kerja mereka.
Adapun tentang hal yang saudara utarakan, tentang soal radio alternatif yang Islamik, saya kira itu memerlukan kepada satu saluran yang lain. Tidak harus, dan tidak perlu, kita sandarkan tanggungjawab itu kepada IKIM.fm. Biarlah IKIM.fm dengan corak dan gaya mereka. Kalau seluruh umat Islam menunding jari kepada IKIM.fm, maka itu menggambarkan sikap umat yang sungguh tidak bertanggungjawab. Apa yang perlu kita semua sama-sama fikirkan sekarang adalah, bagaimana kita boleh mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu lagi saluran radio yang sifatnya betul-betul menyaingi stesen radio yang hangat masa kini seperti Era dan HotFM. Lagi banyak alternatif Islam, lagi elok.
Lagi satu, harus difahami, IKIM bergerak dengan kekangan dana yang sangat sangat mencengkam. Namun, dalam keadaan yang begitu pun, mereka masih berhempas pulas untuk mengekalkan kewujudan IKIM.fm. Semoga Allah terus memberikan kekuatan.
Kadang-kadang kita terlupa bahawa tugas untuk membangkitkan umat ini adalah tugas kita semua - tidak ada yang terkecuali. Semua orang harus menyumbang mengikut kapasiti dan kepakaran masing-masing...
Saya mohon maaf.
Wallahu'alam.
@falih
thats a brilliant idea. InsyaAllah akan cuba dipanjangkan ke sana.
@akhie naim
Terima kasih atas penerangan yang diberikan.
Saya tidaklah bermaksud meletakkan kesalahan atau menyalahkan IKIM.fm semata, ianya sekadar contoh.
Semua sesi kuliah yang di-ke-udarakan, semuanya bagus-bagus belaka. Seminar di luar yang dianjurkan, saya yakin & pasti ianya berkualiti & punyai input yang sangat-sangat bernilai.
Namun bukanlah semata pada IKIM.fm yang cuba saya maksudkan. Misalnya, terdapat lagi beberapa siaran radio di internet yang alternatif kepada mainstream channel. Tapi malangnya boleh saya katakan ianya stereotaip.
Selain itu juga, peranan media alternatif Islamik ini juga perlu diperluaskan. IKIM.fm sebagai contoh yang menerajui & menjadi role model kepada saluran alternatif ini seharusnya memulakan langkah awal.
Bermula dengan Era.fm, kemudian dipecahkan kepada Sinar.fm, dan juga ada bahagian English seperti Hitz.fm. Mungkin ini juga boleh dipelajari.
Juga harus kita ingat, Era.fm sebagai contoh berjaya menarik pelbagai lapisan masyarakat untuk mendengarnya, tetapi mengapa tidak dengan saluran alternatif ini?
Berkenaan dengan penaja & dana, andaikan jika zakat & baitul mal itu diatur & ditadbir dengan baik, mungkin beban dari aspek material ini dapat ditangani.
Maka mungkin langkah awal yang boleh kita lakukan adalah dengan membebaskan IKIM itu sendiri dari pengaruh politik yang memanipulasi & penuh korupsi, sebelum menjadikan siaran radionya itu (IKIM.fm) turut sama terkesan!
Wallahua3lam.
Terima kasih atas penerangan & teguran.
Y(^^) peace beb, peace~
salam..
apapun yg org kata.. ikim tetap menjadi pilihan sy, dr dulu hnga skrg..=)
p/s : x suka buka radio lain..nnt lagho
@Ano
Bgs la gitu... Tapi kdg2 ada bagusnya kita tinjau2 yg lain gak...
Kalau tak, masakan dapat kita bezakan mana masin, mana yg manis, betul tak?
Post a Comment