Tuesday, December 19, 2006

Tak kenal maka tak benci ???

Bismillah...
Alhamdulillah... Selawat & salam hanya untuk baginda SAW...

Aku suka mendengar nasyid-nasyid lama, yang punyai mesej yang lebih bermanfaat daripada nasyid-nasyid kontemporari, yang kebanyakan membawa mesej cinta remaja. Biarlah siapa pun yang mahu mengatakan aku ketinggalan zaman ataupun kolot, tapi aku tetap mempertahankan pendirianku.

Adapun nasyid-nasyid lama ini juga ibarat satu nostalgia buatku, mengingatkan aku dikala aku masih kecil. Tak kurang juga nasyid-nasyid ini masih menggunakan peralatan-peralatan muzik yang dibenarkan syara' serta boleh aku katakan sebagai original, tidak seperti nasyid-nasyid kontemporari yang menggunakan peralatan-peralatan yang canggih.

Pagi tadi, selepas subuh, aku mendengar salah satu nasyid yang bagi aku mengingatkan aku kepada sesuatu yang aku kenal, dan menjadikan aku lebih benci kepadanya....

Aku kongsikan di sini lirik dan nasyid tersebut....

_______________________________________________________________

Tersebut Al-kisah,
Syaitan penggoda, syaitan durjana,
Nabi Adam & Hawa,
Ditipu daya, tersingkir ke dunia.(1)

"Aku berasal daripada api"
Syaitan mendabik dada
"Sedang Adam berasal dari tanah,"
"Aku lebih mulia" (2)

Alangkah kejinya kedegilan dan keangkuhannya,
Ia menentang Tuhan, melalui Adam hamba-Nya. (3)

Awas manusia janji syaitan kepada kita,
Menggoda insan dari awal hingga akhirnya, (4)
Janganlah leka hindarilah tipu dayanya,
Syaitan pendusta, ia anak neraka. (5)

Nasyid bertajuk Awas Penggoda daripada kumpulan Suara Firdaus
_______________________________________________________________

(1) Bagaimanakah Nabi Adam Alaihissalam & Hawa ditipu daya hingga tersingkir ke dunia?

Firman Allah :

Baqarah : 36

36. Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari surga itu[38] dan dikeluarkan dari keadaan semula[39] dan kami berfirman: "Turunlah kamu! sebagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan."

[38] Adam dan hawa dengan tipu daya syaitan memakan buah pohon yang dilarang itu, yang mengakibatkan keduanya keluar dari surga, dan Allah menyuruh mereka turun ke dunia. yang dimaksud dengan syaitan di sini ialah Iblis yang disebut dalam surat Al Baqarah ayat 34 di atas.

[39] maksud keadaan semula ialah kenikmatan, kemewahan dan kemuliaan hidup dalam surga.


A'araf : 20-22

20. Maka syaitan membisikkan pikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka yaitu auratnya dan syaitan berkata: "Tuhan kamu tidak melarangmu dan mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (dalam surga)".

21. Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya. "Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasehat kepada kamu berdua",

22. Maka syaitan membujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. tatkala keduanya Telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun surga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku Telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?"


(2) Syaitan yang bangga dengan dirinya.

A'araf : 12

12. Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" menjawab Iblis "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah".


(3) Syaitan mengingkari perintah Allah.

Baqarah : 34

34. Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah[36] kamu kepada Adam," Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.

[36] sujud di sini berarti menghormati dan memuliakan Adam, bukanlah berarti sujud memperhambakan diri, Karena sujud memperhambakan diri itu hanyalah semata-mata kepada Allah.

A'araf : 11

11. Sesungguhnya kami Telah menciptakan kamu (Adam), lalu kami bentuk tubuhmu, Kemudian kami katakan kepada para malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam", Maka merekapun bersujud kecuali iblis. dia tidak termasuk mereka yang bersujud.

(4) Apakah permintaan Syaitan kepada Allah SWT & janjinya kepada manusia?

A'araf : 14-16

14. Iblis menjawab: "Beri tangguhlah saya[529] sampai waktu mereka dibangkitkan".

15. Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh."

16. Iblis menjawab: "Karena Engkau Telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,

[529] Maksudnya: janganlah saya dan anak cucu saya dimatikan sampai hari kiamat sehingga saya berkesempatan menggoda Adam dan anak cucunya.

A'araf : 17

17. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).

(5) Peringatan Allah kepada manusia.

Dalam surah Al-A'araf : 22 Allah telah memperingatkan manusia yang sesungguhnya syaitan itu merupakan musuh kita yang nyata. (Rujuk ayat & terjemahan di atas)

____________________________________________________________________________

Mungkin ada sahabat-sahabat yang lebih mengenali 'mereka' ini... Aku hanya sekadar mengingatkan kita untuk menyuburkan lagi rasa benci kita kepada 'mereka' , agar tidak lagi ditipu daya....

Wallahua'alam...

Ya Allah,
Tiadalah tempat lain bagiku untuk memohon perlindungan melainkan pada Mu,
Lindungilah hamba-Mu ini daripada perasaan yang dicipta oleh hawa nafsu & bisikan syaitan...

Amiiin....


-Syphoon-
Irbid, Jordan
1600, 28 Zulkaedah 1427

5 comments:

Anonymous said...

encik syafiq...

saya tak suke sgt dgr lagu nasyid2 kontemporari ni sbb asyik2 psl cinta dan ibarat melalaikan. so saya dengar peterpan je la. camane tu encik syafiq? boleh ke saya dengar peterpan? lelaki yg nyanyi takpekan?

syphoon said...

ariel vokalis

blh rujuk http://www.mail-archive.com/islah-net@yahoogroups.com/msg06909.html

andai kata kumpulan peterpan tu ade melakukan perkara yg bercanggahan dgn syara', maka adalah lebih baik kita menjauhinya.

hatta kalo lagu tu akapella sekalipun, tapi x membawa kita kembali kpd Islam, malah menjadikan kita lalai, ttp kita kena jauhkan...

lebih2 lagi di Jordan ni, beralasankan "nak belajar bahasa arab" maka lagu-lagu arab nyanyian penyanyi wanita menjadi halwa telinga. Mungkin sesetengah org kata "kalo x blh dgr perempuan nyanyi, kita dgr yg laki pulak lah" , tapi balik pada point yg atas td, kalo lagu tu menyalahi syariat, elok lah kita menjauhinya. Matlamat tak menghalalkan cara salah satu point yg dibawa oleh Ust Fathi Yakan dalam buku Maza Ya'ni Intima' Al-Islam dlm bhgn kedua buku tersebut.

Cara lain ada, blh tadabbur al-quran, x penah pula kita nk buat. Al-Quran bahse arab gak kan?

Balik pada isu lagu tadi, Islam x pernah melarang utk umat Muslim berhibur, malah Islam meletakkan garis panduan utk hiburan tersebut semata-mata mahu umat Islam ni sejahtera.

so saudara ariel, blh la cek pada link yg ana bg tu, andai kata menyalahi peterpan tu mengikut syara', bkn shj ana, malah Islam turut benarkan.tp andai menyalahi hukum hakam Allah, eloklah kita jauhi bersama.

Hiburan itu perlu, tapi jangan sampai tahap hedonisma, menjadikan kita lupa pada-Nya...

Wallahua'alam...

Minta maaf atas kejahilanku ini...

Anonymous said...

trimas atas infomasi yg berguna amat itu. encik syafiq ali

namun di benak ini masih lagi ada persoalan. harapnya encik syafiq bisa mencari jawabannya.

saya pernah aja ditanya oleh seorang non-muslim. tanyanya ngapain ulama2 mengharamkan sesetengah alatan bunyian namun memberi lesen halal pd sebahagian yg lain. katanya, bukankah muzik itu asalnya dari perkara yg ama juga sih? bunyian itu asalnya dari getaran udara juga bukan? gitar atau gendang, dua2nya berbunyi karena ada getaran udara.

bagaimana jawabnya?

syphoon said...

ana pun x reti sgt nk perjelaskan sbb bukan bidang ana nk terangkan..

tp saudara blh try rujuk

http://www.saifulislam.com/artikel/muzik.htm

mungkin ade pencerahan di situ, & kalo dah bace mgkin kita blh bincang pnjg lg..

syphoon said...

salah satu perenggan daripada artikel tersebut

Alat-alat muzik tidak haram kerana ‘ainnya (zatnya) dan tidak halal kerana ‘ainnya. Tetapi di sana terdapat unsur-unsur luar yang menyebabkan sebahagian alat hukumnya haram sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW di dalam hadith-hadith Baginda. Sebabnya ialah kerana alat-alat yang diharamkan tersebut adalah syiar peminum-peminum arak, lelaki pondan dan golongan fasiq dan maksiat. Yang dimaksudkan dengan syiar ialah alat-alat tersebut tidak digunakan melainkan oleh golongan tersebut sahaja dan digunakan di dalam majlis-majlis mereka sahaja sebagaimana halnya di zaman dahulu. Di zaman tersebut tiadanya media-media seperti televisyen, radio, video, kaset, wayang, satelit dan tiadanya bentuk-bentuk hiburan seperti pementasan, pentomin, drama... dan sebagainya. Di zaman tersebut juga, hiburan seperti nyanyian dan alat-alat muzik hanya boleh didapati di majlis-majlis golongan fasiq, lelaki pondan dan majlis-majlis arak.

hanya sebahagian, so kalo nk pencerahan lagi, silalah membaca artikel tersebut secara total...