Thursday, January 04, 2007

Eidul Adha & Tahun Baru 2007

Bismillah...
Alhamdulillah....Selawat & salam khas buat baginda SAW yang tercinta...

Solat Eidul Adha di sini bermula jam 7.00 pagi, 30 Disember tahun lalu. Sejuk, sungguh sejuk. Keluar rumah, asap berkepul-kepul keluar dari mulut. Di sini, Eid Adha lebih meriah berbanding Eid Fitri. Tidak seperti di Malaysia, Eid Fitri disambut lebih meriah berbanding Eid Adha. Aku pun masih tertanya-tanya mengapa.

Sejarah korban aku rasa semua orang sudah tahu. Firman Allah :


As-Shaffat : 100-110

100. Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.

101. Maka kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar[1283].

102. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".

103. Tatkala keduanya Telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ).

104. Dan kami panggillah dia: "Hai Ibrahim,

105. Sesungguhnya kamu Telah membenarkan mimpi itu[1284] Sesungguhnya Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

106. Sesungguhnya Ini benar-benar suatu ujian yang nyata.

107. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar[1285].

108. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang Kemudian,

109. (yaitu)"Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim".

110. Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.


[1283] yang dimaksud ialah nabi Ismail a.s.

[1284] yang dimaksud dengan membenarkan mimpi ialah mempercayai bahwa mimpi itu benar dari Allah s.w.t. dan wajib melaksana- kannya.

[1285] sesudah nyata kesabaran dan ketaatan Ibrahim dan Ismail a.s. Maka Allah melarang menyembelih Ismail dan untuk meneruskan korban, Allah menggantinya dengan seekor sembelihan (kambing). peristiwa Ini menjadi dasar disyariatkannya qurban yang dilakukan pada hari raya haji.


Tahun ini, warga Melayu Irbid mendapat seekor lembu dan 2 ekor kambing bagi tujuan korban dan dilaksanakan pada hari ke-2, 11 Dzulhijjah 1427.

"Wah, mewah kita tahun ni!! Banyak tu.."
ulas seorang sahabatku.

Aku fikir, adakah tujuan korban itu untuk makan? Ataupun sebagai maksud tanda pengabdian kita kepada-Nya? Jika sebagai tanda pengabdian kita kepada-Nya, Alhamdulillah...Kalau bukan?

Seminggu sebelum itu, aku diminta untuk menulis bagi ruangan kalam MT bagi makalah Al-Qalam. Fokus Al-Qalam menyentuh Eid Adha & Tahun Baru 2007. Aku quote salah satu dari ayat-Nya :


Al-Ankabut : 2

2. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Ayat ini sungguh bertepatan dengan Principles of Equivalent Trade yang aku dapat daripada Anime : Full Metal Alchemist yang berbunyi "In order to gain something, one must present something equal to it" , salah satu hukum alam ini.

Bolehkan seseorang itu membeli sesuatu tanpa mengeluarkan wang yang sama harganya dengan barang tersebut? Tentu tidak. Bolehkah seorang pelajar itu beroleh keputusan yang cemerlang sekiranya dia malas ke kuliah, malas mengulangkaji pelajaran, malas membuat assignment ? Rajin ke kuliah, rajin menelaah pelajaran, rajin berjumpa lecturer, rajin bertanya, semua ini adalah harga yang perlu 'dibayar' oleh seorang pelajar jika mahu cemerlang dalam exam.

Begitu juga dengan iman. Bolehkah kita mengaku yang kita ini seorang mukmin, sedangkan kita tidak pernah diuji oleh-Nya, tidak pernah menunjukkan rasa 'ubudiah kita pada-Nya, tidak pernah melakukan pengorbanan untuk-Nya? Bak kata pepatah melayu, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

______________________________________________________________

Aku bersyukur pada-Nya kerana mencampak aku ke sini. Malam 31 Disember, aku berada di rumah, memotong daging korban untuk program Eidul Adha PERMAI. Tambahan , untuk program tersebut, ada pula bahan bacaan untuk dibaca kerana adanya kuiz mengikut kumpulan MEKAP masing-masing sewaktu program tersebut. Bahan bacaan berkenaan Fiqh Adha.

Aku sedih melihat sebahagian sahabat-sahabatku di Malaysia, malam 31 Disember mereka dipenuhi hedonisma yang melampau. Apatah lagi mereka yang berumur sebaya denganku. Pernah aku tonton di Youtube , rencana 'Edisi Siasat' berkenaan sambutan tahun baru di Malaysia oleh muda-mudi generasiku. Tiada yang menarik melainkan dihidangkan dengan hedonisma yang melampau, menggelapkan hati, membekukan minda & menjadikan mereka ini jauh daripada mengingati-Nya.
______________________________________________________________

Bagiku, Eid Adha & Tahun Baru 2007 ku di sini cukup meriah, dimeriahkan dengan kerja-kerja program, gurauan sahabat-sahabat yang datang menolong, riuh-rendah ketika memasak, penambahan ilmu & ukhwah yang erat antara warga Melayu Irbid.

Semua orang punyai 'penjuru-penjuru' mereka sendiri yang dijaga dengan kemas...

Terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan program Eid Adha PERMAI, Senior-senior tahun 6, tahun 5 di JUST, senior-senior daripada Universiti Yarmouk, sahabat-sahabat tahun 3, tahun 2 dan tahun 1 ... Semoga ukhuwah ini akan terus berkekalan, dan terus berada di bawah payung rahmat-Nya...

Dan tidak dilupakan juga, lontarkan persoalan ke dalam benak masing-masing, berapa banyakkah 'pengorbanan' yang telah kita lakukan untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, dan apakah 'pengorbanan' yang telah kita lakukan untuk mendapatkan title mukmin...????



Ya Allah...
Satukanlah kami dibawah kasih sayang-Mu,
Bersatu memikul ketaatan kepada-Mu,
Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Dan berikrar bersama-sama membantu menegakkan syari'at-Mu...

Amin.....

-Syphoon-
Irbid, Jordan
1418, 14 Dzul Hijjah 1427,

4 comments:

Anonymous said...

Hari Raya Aidil Adha & Aidilfitri..x lain x bukan hanyelah utk mnguji ketaatan hambaNya

syphoon said...

2 Eid utk umat Islam adalah cukup utk menggantikan dengan perayaan-perayaan lain yg disambut oleh agama lain...

X ckp kah dgn 2 Eid itu? 2 Eid yg Dia beri pada kita kerana Dia tahu akan ketaatan hamba-hamba-Nya...

dan andaikata 2 Eid ini kita anggap anugerah dari-Nya, mengapa terus kita cemari dengan hedonisma yg melampaui batas?

Anonymous said...

"Ketika Rasul saw sampai di Madinah, bagi penduduk Madinah itu ada dua hari (raya) yang mereka bermain (berseronok) pada hari tersebut sepertimana kebiasaan semua kaum (Rom dan Parsi), setiap umat itu bagi mereka hari raya mereka tersendiri. Dan adalah bagi orang Arab Madinah ketika zaman Jahiliyah terdapat dua hari yang mana mereka bermain (dan berseronok) pada hari tersebut. (apabila Nabi saw melihat mereka menyambut dua hari tersebut) Nabi saw bertanya: "hari apakah dua hari ini?" Mereka menjawab: "Adalah kami di zaman Jahiliyah bermain (berseronok) dalam dua hari ini." Sabda Nabi saw: "Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan hari yang lebih baik dari dua hari tersebut iaitulah hari raya al-Adha dan Hari raya al-Fitr." (Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa-ie dari Anas Bin Malik. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata: "Sesungguhnya Isnad hadith ini berdasarkan syarat Muslim)

syphoon said...

syukran akh basyir... =P