Sunday, December 17, 2006

AKSES PEMIKIRAN ISLAM (API)





Bismillah...
Alhamdulillah... Selawat & salam atas Baginda SAW....

AKSES PEMIKIRAN ISLAM (API)

Objektif:

Merupakan akses ( satu cara memperoleh maklumat ) berkaitan aspek ilmu asasi Islam kepada Mahasiswa di Jordan yang dirangka MPPM. Bertujuan melahirkan golongan yang sanggup berbakti kepada masyarakat dengan ilmunya. Juga menunjukkan semangat yang berkobar-kobar motivasi aqidah yang murni

Pengenalan :

Akses Pemikiran Islam (API) merupakan salah satu program di bawah Nadwah Ulama' & Ilmuan Muda (NUIM) anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia (MPPM) Jordan.

Program ini diwajibkan di semua mantiqah, bermaksud semua Persatuan Zon (PZ) wajib melaksanakan program ini.

Berikut merupakan butiran berkenaan API yang akan diadakan oleh pihak Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI) Jordan :

Tarikh/Hari:
Jumaat
1 Zulhijjah 1427 bersamaan 22 Disember 2006

Masa :
8.30 pagi - 2.30 petang

Tempat :
Dewan Al-Farabi, Universiti Yarmouk

Sasaran :
Para mahasiswa Tahun 1 & 2

Tentatif Ringkas :

Pembentangan Kertas Kerja 1 :
Aqidah Islamiyyah : Tasawwur & Implikasi
oleh :
Ustaz Wan Yusrizal bin Wan Shafie
Presiden MPPM Jordan

Pembentangan Kertas Kerja 2 :
Konsep Nasihat & at-Ta'awun dalam Islam
oleh :
Dr. Muhammad Amin bin Tunai Shamsidi
Timbalan Presiden PERMAI

Diskusi secara berkumpulan

Meskipun sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak MPPM adalah mahasiswa & mahasiswa tahun 1 & 2, namun penyertaan tetap dibuka kepada seluruh warga PERMAI yang berminat.

Butiran mengenai program akan dikemaskini dari masa ke masa.

Pendaftaran adalah percuma. Mana-mana warga PERMAI yang berminat bolehlah mula mendaftar dengan menghantar e-mel/YM ke permai2004@yahoo.com.

InsyaAllah sarapan pagi & makan tengahari akan disediakan pada hari program diadakan.

Pihak PERMAI mengharapkan komitmen & kerjasama yang padu daripada seluruh warga PERMAI dan segalanya pihak PERMAI dahului ucapan ribuan terima kasih.


Wallahu'alam...

untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi :

Presiden PERMAI - syababul_jabal@yahoo.com
YM PERMAI - permai2004@yahoo.com


-Syphoon-
Irbid, Jordan
1426, 26 Zulkaedah 1427

4 comments:

Anonymous said...

sapiq ali...saye nak pegi boleh tak?

syphoon said...

insan teruja

boleh je, daftarkan diri pada ana pun boleh... =P

Anonymous said...

ye ke...

Anonymous said...

erm, bagusla program macam ni.,, jom beramai2