Sunday, December 10, 2006

Resolusi

Bismillah...
Alhamdulillah, segala-galanya hanya untuk-Mu, selawat dan salam ke atas junjungan besar, Muhammad SAW...

Resolusi merupakan satu perkataan yang lebih advanced berbanding kesimpulan. Resolusi merupakan satu kesimpulan, yang disusuli dengan tindakan, ataupun kesimpulan yang praktikal. Kita belajar sesuatu hari ini dan membuat kesimpulan. Tapi kesimpulan tersebut tidak boleh dipraktikkan, maka kesimpulan tersebut bukanlah satu resolusi.

Perbincangan kumpulan MEKAP ku tempoh hari telah membawa beberapa resolusi yang menarik, dan ingin aku kongsikan bersama di sini.


1- "Improvement itu mesti, tapi bagaimana? " soal hati kecilku.
Berdasarkan hadith ke-11 dalam Hadith 40 susunan Imam Nawawi, yang mafhumnya, "Hendaklah kita tinggalkan perkara yang diragui kepada perkara yang kita yakini". Kita menjadi yakin apabila kita punyai pengetahuan mengenai perkara yang kita ragui.

Misalnya, aku meragui apa yang dibawa oleh A dalam begnya, lalu aku bertanya pada A, "Apa yang ade dlm beg hang tu?" dan A memberikan jawapannya dengan menunjukkan apa yang ada dalam begnya. Maka aku tahu dan kini aku yakin apa yang ada dalam beg si A itu tadi.

Atau contoh lain, dalam exam, ketika aku menjawab soalan, aku meragui apa yang aku jawab, lalu apabila selesai, aku membuka buku dan membaca, mencari jawapan untuk soalan tadi. Bermakna aku membaca untuk menambah pengetahuan, dan menjadikan aku lebih yakin dengan jawapan aku itu tadi, yakin sama ada apa yang aku jawab itu betul, atau yakin dengan apa yang aku jawab tadi adalah salah. Andai aku tidak mahu membuka buku, aku bertanya pada classmateku.

Untuk improve dalam second exam, aku harus meningkatkan pembacaanku. Meningkatkan pembacaan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Sifir yang mudah, tingkatkan pembacaan = tingkatkan ilmu pengetahuan.

Begitu juga dengan amal Islami, bagaimana untuk improve? Salah satunya dengan meningkatkan ilmu pengetahuan. Aku meragui solatku, "Sempurna ke x aku solat tadi? Ada kotor-kotor sket kat seluar aku ni" , lalu aku rujuk pada orang yang sepatutnya, senior-senior aku yang belajar mengenai Feqah di Universiti Yarmouk. Aku mendapat ilmu yang baru, menjadikan aku lebih yakin, sama ada solatku tadi, sempurna atau tidak.

2- Selepas improve, apa pula? Konsisten.

Katakan aku mendapat 30/30 dalam first exam, apa yang perlu aku lakukan? Teruskan sahaja dengan cara study ku itu. Andai cara tersebut berkesan, maka aku seharusnya teruskan secara konsisten.

Begitu juga dengan amal Islami. Bukan sahaja perlukan pada improvement, tetapi perlu juga kepada konsistensi. Sebagai contoh, aku yang semalamnya solat berjemaah 4 waktu di masjid, dan hari ini, Alhamdulillah, aku telah berjaya untuk solat 5 waktu berjemaah di masjid. Tapi selepas itu, apa lagi? Hendak bersolat 6 waktu di masjid? Apa yang perlu aku lakukan adalah konsisten dalam menunaikan solat 5 waktu berjemaah di masjid.

Atau, hari ini aku menghadiri program Introspeksi Iman, yang berlangsung selepas Isya', maka aku seharusnya konsisten untuk menghadiri program tersebut. Ada juga aku lihat sesetengah orang, yang hari ini telah solat cukup 5 waktu berjemaah di masjid, esoknya tidak mahu solat berjemaah, dek kerana tidak tahu apa lagi yang hendak di improve kan. "Xpe je, hari ni dah cukup 5 waktu , sok xyah pun xpe la...xde mende nak upgrade dah lusa kalo hari-hari same je..." Ah...cetek sungguh pandangan tersebut. Tapi itulah realiti!

Dua resolusi yang kumpulan MEKAP ku gapai ini aku kongsikan di sini, mudah-mudahan menjadi panduan untuk kita IMPROVE dan KONSISTEN bukan sahaja dalam kehidupan dan pembelajaran, malahan dalam kita mengamalkan amal Islami kita.

Wallahua'alam

Ya Allah,
Tambahkanlah pengetahuanku & Kurniakanlah aku kefahaman...
Berikanlah aku kekuatan agar aku terus istiqamah di jalan-Mu...

Amiiiin...

-Syphoon-
Irbid, Jordan
1527, 19 Zulkaedah 1427

7 comments:

Anonymous said...

resolusi..satu keputusan yang dibuat..yang kadang2 sukar dilaksanakan..memerlukan kekuatan hati..insya Allah..jika resolusi yang dilakukan bertepatan dengan syara'..dibantu dengan hati yang bersih..tujuan yang baik..kekonsistenan akan dibantu oleh Allah..wallahu a'lam..

betapa sukar melakukan satu resolusi

syphoon said...

jgn lupa baca artikel " Self Improvement yek... =P

syphoon said...

Saudara/i "saya bukan dia"

Resolusi boleh dilakukan dengan adanya kemahuan. Bak kata pepatah, mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih... X gitu?

Anonymous said...

apabila ade resolusi maka tercetuslah revolusi atau reformasi. namun tetap takde kaitan dgn konstipasi

selamber meng'link'kan blog aku. segan seyh

syphoon said...

yup, reformasi adalah satu perkataan besar, yg mana arabnya 'Islah', ataupun boleh dikatakan 'tajdid'. tapi bukan mengubah kpd suatu benda yg baru, tapi kepada sesuatu yg asal...

Wallahua'alam...

syahid_zul said...

Tulisan yg mnarik...good job!

Anonymous said...

'improve' dan 'konsisten' perlu seiring dan sentiasa di asah dalam setiap inci perbuatan walaupun di saat kita rasa 'aku dah tua' untuk buat2 benda ni...nice job ^^