Saturday, December 02, 2006

Mahu tetapi Malu...

Alhamdulillah...Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Muhammad SAW...

Firman Allah :Surah Al-'Alaq : 6 - 19


Sungguh panjang malam ini... 12 Zulkaedah 1427... Bermula selepas Isya' , aku telah membuang masaku di hadapan komputer, menatap telefon bimbitku yang bermasalah, menekan itu dan ini. Masa berlalu begitu pantas. Sedar-sedar sudah jam 2300. Cuba untuk aku tidur, tetapi mataku masih tidak mahu terlelap. Mungkinkah sudah puas lena di siang hari?

Sedang aku mundar-mandir di dalam bilikku, mencari 'mood' untuk aku tidur, teringat aku akan perjumpaan MEKAP kali pertama, Khamis lalu. Lantas aku mendapatkan buku catatanku di atas meja untuk melihat apa yang boleh di follow up untuk akan datang.

"Kita selalunya baca surah Al-'Alaq ayat 1-5, dan kita terlepas pandang pada ayat yang seterusnya sehingga akhir tu." Begitulah lebih kurang briefing yang diberikan oleh Presiden PERMAI 4 hari sebelum itu. Tersentak aku ketika itu, kerana aku turut berada dalam golongan tersebut, yang terlepas pandang.

Surah Al-'Alaq, pada awal menceritakan akan kepentingan ilmu, manakala bahagian yang lain menceritakan perihal mereka yang beramal dan menyebarkan ilmu itu. Halangan yang akan ditempuhi oleh mereka yang bergelar dai'e dan panduan bagi golongan tersebut.

Ligat fikiranku berputar... Mengaitkan dengan realiti yang hakiki. Golongan yang manakah aku berada? Teringat aku ketika aku berada di sekolah menengah "Aku bukan xnak ... tapi segan ar..satgi orang kate ape plak kan... Bukan org je yg kate...ko pun kate aku skalik nanti..."

Dalam kita beramal & menyampaikan ilmu, sudah tentu akan ada yang menghalang. Bukanlah halangan itu untuk memberhentikan kita, tetapi untuk menguatkan lagi keazaman kita. Akan ada satu golongan, yang sanggup berkumpul menggembleng tenaga, mengerahkan keringat bagi menggagalkan kita.

Di golongan manakah aku berada? Teringat aku akan satu hadith yang mafhumnya : Jauhilah hasad, sesungguhnya hasad itu memakan kebaikan, sebagaimana api memakan kayu (1) Andai aku berada di golongan yang yang cuba menghalang kebaikan & penyebaran ilmu itu, bermakna aku berada di dalam golongan yang hasad. Kenapa? Kerana aku tidak mahu orang lain melakukan kebaikan melebihi aku, tidak mahu orang lain ilmunya melebihi aku, bimbang-bimbang aku ditegur disebabkan kejahilan aku tersebut.

Teringat aku sesi usrah yang aku sertai satu masa dahulu, seorang sahabatku menyatakan, Imam Ghazali mengatakan yang hasad ini terbahagi kepada 3
1- Seseorang itu mahukan orang yang punyai kebaikan/kelebihan itu lenyap, dan dia mahu kebaikan/kelebihan itu datang kepadanya
2- Seseorang itu mahukan orang yang punyai kebaikan/kelebihan itu lenyap, dan dia mahu menilai dahulu sama ada kelebihan/kebaikan itu sesuai atau tidak dengan dirinya. Sekiranya sesuai, dia akan menerimanya.
3- Seseorang itu, tidak mahu orang lain sama/setaraf atau melebihinya. Dan golongan inilah yang paling teruk berbanding dua golongan yang sebelumnya.

Pernah satu ketika dahulu, aku tergolong dalam mereka yang bersikap hasad ini. Aku tidak mahu mengikuti Tamrin, malah aku mengajak dan menghasut beberapa sahabatku yang lain untuk escape . Aku tidak mahu membaca Ma'thurat selepas Asar, lantas aku mengajak sahabat-sahabatku untuk turun ke dewan bermain badminton seawal yang mungkin. Bukan sahaja aku tidak mahu untuk diriku, malah aku juga tidak mahu sahabat-sahabatku yang rapat denganku untuk beroleh kebaikan tersebut.

Tidak cukup dengan itu, aku berkata belakang... "Pigi dah dia tu...bajet sikah je...tau la KP...padahal dulu time f4 same je dgn aku... Naik f5 mentang2 jadik KP byk bunyik plak..." Mengapa susah untuk aku menerima seseorang itu berbuat sesuatu yang baik, atau seseorang itu berubah kepada yang lebih baik?

Maksud firman Allah :

11. Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. dan janganlah suka mencela dirimu sendiri[1409] dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman[1410] dan barangsiapa yang tidak bertobat, Maka mereka Itulah orang-orang yang zalim. (Surah Al-Hujraat : 11)

Sikap aku yang dahulu inilah yang menjadikan golongan dai'e yang MAHU bekerja ini MALU. MALU yang membawa kepada TIDAK MAHU. Adakah aku mahu segala kebaikan aku itu dimakan oleh perasaan hasad seperti mana dalam hadith di atas?

Pernah juga aku berasa tidak lagi mahu untuk beramal dengan amal Islami ini, apabila aku dikatakan seorang hipokrit "Alah, dia tu, ajak orang buat baik, tapi blakang...xyah ckp ar, movie lagha tgk gak.." kerana aku rasakan yang lagha itu lebih mudah dan lebih selesa bagi aku. "Kalo aku terus buat amal Islami, aku kene tinggalkan movie-movie aku ni... xbest la plak...boring2 nnt nk buat ape?" pernah hati kecilku berbunyi sedemikian...

Andai aku berada di dalam golongan yang menyebarkan ilmu, maka Allah dalam ayat yang terakhir Surah Al-'Alaq,menyatakan supaya aku terus meneguhkan hati dan sentiasa mendekatkan diri kepada-Nya. Sesungguhnya andai terdapat golongan yang cuba menghalangku, maka tiada satu pun yang dapat memberikan mudharat kepadaku (2)

Ya Allah...
Sesungguhnya aku berlindung pada-Mu daripada menjadi hamba-Mu yang engkar ,
Janganlah Kau jadikan aku tergolong dalam golongan mereka yang benci kepada agama-Mu,
Teguhkanlah hati ini agar sentiasa berada dalam jalan dakwah-Mu...

Amiiin...

Wallahu a'alam...

-Syphoon-
Irbid, Jordan
0438 , 12 Zulkaedah 1427



(1) Hadith ke 1569, Riyadhus Solihin - Hadith ini merupakan hadith dhaif
(2) Hadith ke 19, Hadith 40 susunan Imam Nawawi

8 comments:

lynn md noh said...

slm,mmg xtdr la ni smlm ek..
mmgla asal klate tp pahang is my home to be..sorila klu rase terperli plak..hehe..tp btl per?:p

Anonymous said...

Erm, insaf bace artikel ni.. semua ayat .. aku terzipzass.. isk isk

Anonymous said...

sbnrnyer artikel ni mmg menggmbrkan diri kite,manusia n student yg sbnr...mmg sume org ade perasaan mcm tu,hasad...xleh tgk org lain dpt tu dpt ni...,even saya pn...sama2la kiter beringat ape2 kelebihan yg org dpt sumenyer dtg dr Allah..bukan kite xde,cume blom tiba masanya Allah nk kasi..n maybe yg baik utk org tu xsemestinya baik utk kita..ingatlah..Allah tu Maha Adil..akn tibe masenyer nnt Allah kurniakn kita rezeki...insyaAllah

-sabyah-

syphoon said...

sifat hasad inilah yg akan membentuk satu suasana, suasana yg akan melahirkan satu generasi pendakwah, generasi pendakwah yang punyai kemahuan, tetapi malu utk mengamalkan amal Islami ataupun mereka ini dimalukan oleh mereka yang punyai sifat hasad ini.

syphoon said...

teringat akan satu mafhum hadith SAW...

Jadilah kamu orang yg berilmu/mengajar ilmu, atau orang yg menuntut ilmu, atau orang yg mendengar ilmu, atau org yg suka pada ilmu, dan janganlah kamu menjadi golongan yg kelima (yg mana tidak tergolong dalam mana-mana golongan tersebut di atas)

Golongan ke-4, iaitu mereka yg mencintai ilmu, atau boleh kita tafsirkan dari sudut yg lain, org yg mencintai kebaikan, bukan sekadar cinta akan kebaikan tersebut, tetapi juga mencintai org yg mengajak kepada kebaikan tersebut, dan org yg melakukan kebaikan dan org yg berusaha utk melakukan kebaikan tersebut. Sama seperti ilmu, bukan sekadar kita cinta pada ilmu itu shj, bahkan pada org yg mengajar ilmu itu, org yg belajar akan ilmu itu, dan org yg mendengar ilmu itu...

Wallahu a'alam...

Anonymous said...

tiada komen kerana itulah hayah...

Anonymous said...

what cmie said is realy unthinkable...

Anonymous said...

what cmie said is really unthinkable...