Friday, June 17, 2011

Menjadi Diri Sendiri

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...


Minggu lepas, berpeluang menonton filem X-Men: First Class di Grand Cinema Amman (dalam City Mall).

Best jalan ceritanya. Sejarah bagaimana boleh tertubuhnya kelas yang pertama bagi Sekolah Khas untuk Anak-anak Mutan (betulke tah term aku nih?). Jalan cerita dia aku agak mengambil lokasi masa pada sekitar tahun 1950-an dan 1960-an, kerana Soviet Union masih ada lagi ketika itu.

Pergi 4 orang. Dengan siapa? Ada la... =P

Mengisahkan bagaimana pada ketika itu para mutan menyembunyikan 'kecacatan' pada diri mereka dengan apa jua cara kerana malu, takut berbeza dengan manusia yang normal. Ya lah kan, kalau aku kulit biru bersisik pun segan kot.

Sehinggalah pada satu ketika itu, mereka para mutan ini berkumpul sesama sendiri & menganggap masing-masing mempunyai kelebihan & keistimewaan sendiri. Mereka tidak lagi malu & segan kerana telah ada orang yang menghargai diri mereka seperti sedia ada.

Akhir cerita ini, Profesor Xavier telah mengumpulkan para mutan ini dalam sebuah sekolah sepertimana yang kita tahu sebelum ini. Nak tahu lebih lanjut boleh tengok sendiri. Moviebox ada jual dah dvd cerita ni, tapi cinema quality la. =P


Cerita-cerita juga, tapi yang penting pengajaran yang boleh diekstrak daripada cerita ini.

Ada dua point yang aku dapat & ingin kongsikan.

(1)

Satu masa dulu, waktu aku masuk tadika, nametag pertama aku salah eja. Sepatutnya NursyafiQ, tapi jadi NursyafiG. Mungkin silap pada huruf kecil. Huruf q & g kalau tulisan biasa kan lebih kurang sama. Lagipun, biasalah, aku masuk tadika pun Tadika Sithambaram Pillay, so bila dah besar-besar ni, terfikir kot, maybe they were not familiar with Malay names. So they just put what they saw literally.

Masa tu, memang agak segan la nak pakai nametag.

Bila masuk sekolah rendah, disebabkan nama aku ada Nur, tambah pula lagi aku sekolah semua lelaki, aku selalu la kena ejek sikit. Nama macam perempuan katanya. Tapi lepas aku dapat skor exams semua, kawan-kawan tu semua senyap. (evil grin)

Bila masuk sekolah menengah, aku start main internet. Dulu-dulu mana ada facebook, friendster semua. Dulu guna Internet Relay Chat je. Kalau Malaysia punya mIRC (Malaysia Internet Relay Chat). Siapa guna dulu mesti ingat, channel #mamak, #kampung & macam-macam lagi lah.

Nickname aku dulu waktu mula-mula dalam tu Ayam. Sebab waktu form 1 & form 2, pagi-pagi aku bangun paling awal, siap mandi, pergi masjid SMKA Azlan tu azan Subuh. So seniors semua panggil aku ayam, sebab aku pagi-pagi dah berkokok (azan). Lekat la gelaran tu sampai form 2 je.

Form 3 dah start guna nickname lain. Kalau log in mIRC tu, aku guna aLFa^Z3rO. Aku pun tak tahu kenapa aku guna nickname tu. Macam menarik kot. Pastu rasa nak poyo-poyo. Kalau ada yang kenal tu, minta maaf la kalau tercarut ke, tereksen lebih ke. Biasalah, budak mentah lagi dulu kan. Keh keh keh.

Tapi itu alam maya je. Kalau dalam asrama, sebut je Syafiq Ali, mesti hampir semua kenal (okeh ni ayat poyo, walaupun memang kenyataan).


Oh, maaf la, panjang pula flashback.

Bila dah ada friendster & facebook ni, satu jaringan sosial secara maya terbentuk. Ramailah yang dah join. Tengok friend list aku pun dah seribu. Ada yang dah maksimum pun, 5 ribu (kagum aku).

Bagi aku secara peribadi, walaupun jaringan sosial ni dalam bentuk maya, tapi disebabkan aplikasi ni merupakan JARINGAN SOSIAL (Social Networking), maka yang nama pelik-pelik tu kalau ada yang request nak jadi friend tu memang aku reject (walaupun kenal real life). Nama Si Bunga Tanjung la, Pejuang Angkasa la, macam-macam la, tu memang aku takkan approve, siap aku mark 'Don't Know' lagi. Barrack Obama pun ada buat friend request kat aku, tapi aku reject. Keh keh keh. Minta maaf awal-awal la ye.

Apa salahnya jadi diri sendiri? Segan sangat ke dengan nama yang ada tu? Bukan nak taqdim akhawat pun. Yang tu cerita lain la. Haih. Tak faham aku.


Just be your own self. Nothing to be ashamed of. Kalau ada buat salah, akui kesalahan, minta maaf. Kalau ada terhutang budi, ucap terima kasih. Kalau ada kelebihan sikit, ucap syukur, rendahkan hati, rendahkan diri.

Firman Allah SWT:
Telah Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. - Surah At-Tin

Itu satu perkara.

Perkara lain yang berkaitan adalah berkenaan dengan personaliti & jati diri.

Dulu, waktu awal-awal sampai di Jordan, teruja tengok seniors yang hebat & mantap. Lepas tu dok berkhayal, aku kalau boleh nak jadi macam abang ni la. Study mantap, muaddal 80%, petah berkata-kata. Lepas tu start la tiru & ikut step by step macam abang tu.

Tapi tak berjaya.

Lepas tu tengok senior lain pula. Perhati punya perhati, tengok gaya macam masuk dengan style aku. Cubalah tiru juga.

Tapi tak berjaya juga.

Lepas tu terdengar la satu kuliah TG Nik Aziz.

TG Nik Aziz kata,

"Ambo ambo la, demo demo lah. Mano boleh ambo jadi demo. Sama ada lebih dari demo, atau kurang dari demo".

Terus tersentak.

Start dari tu, aku belajar je dari semua yang ada di sekeliling, tapi aku cuba asimilasikan dengan diri aku sendiri. Dari semua cara dari abang A, abang B, abang C, aku integrasikan, jadilah cara Syafiq Ali (ni poyo). Dan hanya sesuai untuk Syafiq Ali sahaja. Orang lain nak ambil boleh, tapi bukan 100%. Kalau nak ambil 100%, percayalah, takkan muat punya!


Jadi kalau ada mana-mana junior ni yang rasa ada krisis identiti tu, tak payah la nak jadi orang lain. Jadi diri sendiri lagi bagus.

Ok, habis point pertama.

(2)

Sambungan daripada firman Allah SWT di atas :

Kemudian Kami kembalikannya ke tempat yang paling rendah (yakni Neraka) - Surah At-Tin

Menjadi diri sendiri bukan bermaksud 'kalau aku jahat, aku jadi jahat la. Kalau tak aku hipokrit'.

Menjadi diri sendiri dalam erti kata lain, menjadi diri kita yang sepatutnya kita jadi seperti mana yang Allah SWT perintahkan.

Allah SWT perintahkan supaya manusia ini menjadi khalifah, berhukum dengan adil dengan syariat-Nya. Maka itu yang perlu kita lakukan.

Allah SWT perintahkan supaya manusia menjadi hamba kepada Nya, maka itulah yang patut kita jadi.

Allah SWT perintahkan supaya kita buat amar makruf nahi mungkar, itulah yang kita perlu jadi.

Allah SWT ciptakan seorang lelaki, untuk menjadi seorang LELAKI. Bukan seorang PEREMPUAN. Dan sebaliknya.

Maka itulah maksud menjadi diri-sendiri yang hakiki. Apabila kita tahu apa tujuan kita hidup di atas muka bumi Allah SWT, dan kita berbalik kepada-Nya.

Seriously, aku agak pelik bila ada yang mengatakan 'Oh, aku tak nak hipokrit, biarlah aku macam ni, mencarut-carut bagai'. Lepas tu buat lagu Lady Gaga jadi dalil & motivasi.

Kalau ada yang terasa, memang tepat aku punya peluru. Kalau rasa-rasa nak jadi berbeza, cabarlah diri sendiri, supaya balik ikut apa yang Allah SWT suruh.



Susah memang susah. Tapi jadilah diri sendiri, seperti yang Allah SWT suruh. Kalau tak nak, pergi tampar pipi sendiri laju-laju, kasi sedar diri tu sikit. Maaf la ye.

Buat akhirnya, aku dedikasikan lagu ni kepada semua yang baca entry kali ni. Mohon maaf kalau terkasar bahasa, tersalah kata.

Pendek kata, jadilah diri sendiri. =)




-Syphoon-
Irbid, Jordan

p/s: Jangan tanya mana aku dapat nickname Syphoon ni. Tu nanti aku cerita lain kali. xD

No comments: