Thursday, June 23, 2011

Memilih Melihat

Bismillah...
Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW...

"Kalau nak buat something, buatlah kerja yang kita suka. Kalau tak suka takyah la buat".

Antara kata-kata yang senang diungkap, namun tak mudah ditelan realiti.

Satu hari, waktu balik Januari lepas, aku sempat bersembang dengan seorang abang ni. Dia kerja kontrak je, buat rumah. Kadang buat simen dinding, kadang pasang bumbung & atap, ikut permintaan, ikut peluang yang ada.

Abang ni duduk di rumah kecil, sudah berkahwin dan ada 3 orang anak perempuan, kecil-kecil semuanya. Yang sulung baru masuk tadika.

"Pagi-pagi dah kena fikir, nak kerja apa hari ni, nak bagi anak-anak makan," katanya.

"Nak tak nak kena kerja jugalah, kalau ada projek sana, kena pergi sana, walaupun sayang nak tinggal anak bini. Kalau tak, tak berasaplah dapur," sambungnya lagi.



Dulu, waktu aku mula-mula kena repeat year, aku memang janggal nak masuk dengan batch yang baru ni. Dok seorang diri, jadi kera sumbang. Tersisih seorang. Pergi kelas, seat number di depan, kiri kanan Arab. Baru tahun ke-2 di sini, nak cakap Arab pun tunggang-langgang, lantas ambil keputusan diam diri. Keseorangan dalam dunia yang sesak.

Perasaan tak suka tu makin menggunung. Siapa suka perasaan keseorangan? Setiap hari rasa begitu. Baik menyendiri buat hal sendiri. Rasa sangat-sangat berat nak pergi kelas.

Tapi gagahkan juga sebab kalau tak datang kelas, dikira ghiyab (tak hadir). Tak cukup attendance, tak boleh masuk exam. Sedangkan aku dah berazam, taknak lagi melalui benda-benda sebegitu.


Sepasang suami isteri yang sudah lanjut umurnya. 60 tahun, barangkali 70 tahun, umur perkahwinan mereka yang menjangkau 30-40 tahun mungkin. Jika dikatakan rahsia rumahtangga kekal utuh itu adalah sentiasa gembira & suka, apakah setiap hari perasaan suka atau sayang itu ada?

Itu yang buatkan aku sering terfikir.


Bagi aku, kehidupan bukanlah untuk kita lakukan sesuka hati.

Kalau kita tak suka, maka kita tak perlu buat? Tak semudah itu.

Ada suka & minat, tapi ada juga duka & benci.

Semua kita kena telan. Bukan boleh kita tinggalkan. Macam ubat, pahit atau kelat, tetap kita makan. Tapi atas dasar apa untuk kita telan benda-benda yang kita tidak suka ini?

Aku sandarkan pada tanggungjawab.

Tak suka apa yang Allah suruh, suka yang Allah larang. Sepatutnya terbalik. Tapi disebabkan kita sebagai seorang hamba, seorang manusia yang Allah ciptakan, maka itu tanggungjawab kita, untuk kita mentaati Allah SWT.

Dulu pun bukan suka sangat pada bidang pergigian ni. Cuma terbelenggu dengan tanggungjawab kepada ma & abah, kepada rakyat Malaysia yang dah bagi biasiswa pada aku, pada diri sendiri, pada Allah SWT. Sebab seorang mukmin tu, kalau cemerlang, semua bidang dia akan buat sehabis baik. Bukan sebab tak suka ditinggalkan macam tu je.

Banyak perkara berkaitan yang kita kena fikir, kena timbang tara. Macam abang yang sembang dengan aku tu, dia kata, kalau tak pergi kerja, macam mana nak bagi anak-anak makan. Maka atas dasar tanggungjawab, dia membanting tulang empat kerat tu, buat kerja-kerja berat walaupun umur dah dekat 40.

Ada banyak tanggungjawab yang kadang kita terlepas pandang, hanya kerana kita letakkan timbangan kita pada 'kalau aku suka, aku buat'. Paling basic, 3 yang asas untuk kita sesama muslim; ketika sakit mesti ziarah, jemputan mesti tunaikan & bila meninggal dunia mesti diuruskan.

Aku pun bukan kuat sangat nak harungi benda-benda dalam kehidupan ni. Makin besar, makin banyak tanggungjawab. Tapi takkan sebab tak suka, aku tak nak buat, kan?

Life is like an abstract drawing. Some find it ugly, others find it pretty.
Its not 'what' you see, its all about 'how' you see it.


Kalau korang pula macam mana?

-Syphoon-
Irbid, Jordan

No comments: